Friday, December 14, 2012

Life Is Just A Game..

1 Safar 1434 H.
sedar tak sedar,kita dah masuk bulan kedua tahun baru hijrah kan? Tarikh yang cantik, 1.2.34. Jatuh pula pada hari yang indah, Jumaat. Ada yg melangsungkan perkahwinan pada hari ini? Kalau ada,tahniah diucapkan...:)

Kompem ramai yg tengok bola semalam kan? So,ape perasaan korang? Geram? Tak puas ati dengan pengadil? Mau boikot k-pop n tom yam gong? Rasa mau 'ganyang style'kan pengadil? Macam-macam perasaan yang timbul kan? Bayangkan, hanya dengan seketol bola,anything can happened. Kan?

Bile bukak pesbuk,penuh timeline,duk update pasal bola. Ada yang kutuk kemain coz Malaysia kalah, tak dapat pi final.Dah macam-macam cacian pemain Malaysia dapat, termasuklah binatang yang takde kena mengena dengan pemainan bola sepak, yakni BABI! Ana pun heran, awat la makhluk Allah yang tak berdosa tu pun terpalit sama dalam game tu ek? Hoho.. Terlalu ramai yg jadi pengulas sukan,kalah uncle Hasbullah tu.

Ana ni natural je. Sekadar tengok je tu,boleh la. Tapi tuk jerit-jerit sampai putus segala urat,memang Ana tak kuasa. Tang bola ni,Ana suke tau keputusan dia je, kalo terlepas tengok pun, tak rasa terkilan. Hehe.

Kita marahkan dan kutuk pemain Harimau Malaya kerna tak berjaya pertahan gawang sendiri, senang-senang je bagi si Gajah Perang sumbat gol. Seakan pemain-pemain tu buat salah & dosa yang besar kat kita. Tapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri, berjayakah kita mengawal dan pertahankan gawang iman kita ni dari dibolos syaitan? Sudah hebatkah sangat kita ni mempertahankan iman kita? Atau, kita langsung tak pertahankan gawang iman kita dan seakan mempersilakan si syaitan menyumbat berdas-das dosa dalam diri kita? Solat itu tiang agama. Sudah cukup teguhkah 'tiang gol' kita ni? Ataupun sudah mula bergoyang dan mula nak roboh? Masih mampu ke kita menepis serangan bertubi-tubi dari pihak syaitan? Bayangkan, kalau pihak lawan tendang bola,kena tiang. "Fuh,mujur kena tiang,kalau tak,gol dah tadi."...Macam tu la biasanya reaksi kita kan? Kita boleh andaikan tiang tu sebagai penyelamat pasukan kita. Sama jugak macam hidup kita ni. Solatlah yang jadi penyelamat kita di akhirat nanti.

 

So, hidup di dunia ni hanyalah permainan dan manusia sebagai pemainnya. Kejarlah PAHALA di atas padang DUNIA selaju mungkin. Tepis sebarang serangan DOSA dari pihak lawan. Bersama bantu-membantu menjaringkan PAHALA untuk mendapat gol utama kita, SYURGA. Ikutilah segala tunjuk ajar & panduan dari jurulatih kita, RASULULLAH SAW & pelajari peraturannya dari QURAN & SUNNAH. ALLAH sebagai Pengadil yang mengadili permainan. Hanya Dia berhak memberi 'kad merah' lalu terus menghumbankan kita ke dalam kebinasaan atas dosa-dosa dan khilaf kita,atau diberi 'kad kuning', memberi peluang kepada kita yang berdosa ini untuk bertaubat, atau terus membiarkan kita bermain hingga tamat permainan.Bila permainan ini akan tamat? Tiada siapa yang tahu berapa lamakah masa tambahan akan diberikan kepada pemain untuk terus mengejar untuk menjaringkan gol.Yang pasti,wisel penamat akan berbunyi dan pasukan/setiap pemain yang banyak menjaringkan pahala akan mendapat habuan kemenangan yang hakiki,yakni syurga yang indah menanti...:')



Wednesday, December 12, 2012

Aku Pencintamu...

Setelah 173 hari bersamaan 5 bulan 20 hari tak mengemaskini (chewaahh, bakunyee) blog kesayangan Ana ni, maka hari ni pada tanggal 12.12.12 ni, Ana akan berusaha mungkin untuk merepek semahunya sebelum jam 00:00 esok..hihi

Okey, kalau baca tajuk, mesti korang ingat entri ni berunsurkan jiwang-jiwangan, bunga-bungaan (eh, peliknye bunyi), syahdu-syahduan dan seumpamanya kan? Definitely not! Eh, mungkin iya jugak. Entri ini dikarang khas buat insan-insan yang terlalu Ana cintai sehingga hujung nyawa Ana. Mereka adalah Ibu & Ayah.

Kalau nak diceritakan semua, sampai mentari terbit di belah barat pun, masih takkan pernah tamat cerita tentang mereka. Terlalu banyak hal tentang mereka yang Ana terlalu kagumi. Tidak melampau seandainya Ana jadikan mereka role-model selepas Rasulullah SAW. Kan? :)
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa...
Mesti selalu sangat kita dengar kata-kata ni kan? Memang kasih sayang & pengorbanan mereka takkan dapat kita balas sehingga ke hujung nyawa kita. Terlalu banyak air mata, peluh, keringat, jerit payah yang telah mereka hadapi untuk membesarkan kami empat beradik. Kami bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang lenang, tapi alhamdulillah & sangat bersyukur kerana ibu & ayah tetap berusaha untuk mencukupkan keperluan kami sekeluarga.

So, Ana nak story sikit pasal Ibu & Ayah yang Ana sayang ni. Bukan nak mendewa-dewakan mereka, tapi cuma ingin berkongsi rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah telah meminjamkan mereka berdua kepada kami di dunia ini dan Ana berharap akan terus bersama mereka di Syurga nanti. Mereka adalah anugerah yang terindah yang telah Allah kirimkan kepada Ana..;')


Sepanjang hampir 24 tahun Ana hidup bersama mereka berdua, sesungguhnya Ibu & Ayah tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, sama ada sesama mereka, kepada kami adik beradik & kepada orang luar. Bak kata 'Kak Ngah' dalam cerita Keluarga Iskandar tu, perkataan 'bodoh' adalah perkataan contoh perkataan kesat yang berada pada level paling atas dalam semua senarai kata-kata kesat/lucah. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak. Mungkin banyak lagi perkataan kesat yang sangat 'makan dalam' selain perkataan 'bodoh' kan? Ibu & ayah sentiasa mengucapkan perkataan yang baik-baik saja. Jarang @ mungkin tak pernah Ana dengar mereka mencarut tak tentu hala. Itu yang Ana sangat kagum tentang mereka berdua. Keperibadian melalui teladan ; bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ya, alhamdulillah jarang sekali/ tidak pernah kami mengeluarkan kata-kata kesat. Ana rasa, dalam 24 tahun ni, bohonglah kalau Ana cakap ana tak pernah mencarut/keluarkan kata-kata kesat kan? Tapi, taklah sampai sentiasa keluar dari mulut ni. Asal bercakap je, mencarut. Asal bercakap je, ade je yang dicarutkan. Adik beradik Ana pun memang jarang sangat la Ana dengar diorang cakap kesat. Bukan nak menceritakan kebaikan sendiri, tapi itulah hakikatnya. Bukan dalam famili kami jer, famili-famili belah ibu dan ayah pun jarang sangat Ana dengar mereka cakap kotor/kesat. Bersyukur sangat rasanya diletakkan ke dalam famili-famili ini sebab Ana memang sangat tak kuasa/tak tahan dengan orang-orang yang sentiasa 'bertasbihkan' perkataan kesat & menyakitkan hati ni. Sebab Ana ni seorang yang sensitif, orang cakap bodoh kat Ana pun, Ana dah sebak.

Mereka berdua juga terlalu hebat dalam mengawal perasaan amarah. Ana memang salute dengan mereka.  Bila dah tidak tertanggung barulah mereka akan marah kami. Contoh: Dah berpuluh-puluh kali ketuk pintu bilik, suruh bangun pagi, masih tak bangun, ibu akan mula marah. Tapi bukan sahaja ibu marah kepada seorang tu jer, habis semua orang kat rumah tu ibu akan marah dan ayah hanya berdiam. Ayah takkan pernah menambahkan lagi minyak ke dalam amarah ibu. Begitulah hidup suami isteri kan? Ketika seorang menjadi api, seorang pasti menjadi airnya. Tapi, amarah ibu takdelah sampai menengking kami dan mengeluarkan kata-kata kesat yang mengguris perasaan. Ya, memang tak pernah. Ana tekankan sekali lagi, TAK PERNAH! Kalau ibu marah, ibu hanya mendiamkan diri. AWAS, kalau kami menegur, memang padah. Sebab apa? Sebab kalau kita layan bercakap masa ibu tengah marah, memang tempah nahas. Bukan ibu lempang, apatah lagi terajang, tapi kata-kata ibu. Kata-kata ibu yang dibalas dari sapaan kita tu, walaupun lembut tapi BERBISA. MEMANG SENTAP. Walau hanya 3-4 patah perkataan je. Tapi, ibu cepat reda. Marah ibu bukan dendam. Kalau dia dah bawak bercakap dengan kita tu, maknanya dah ok la tu. Dan ibu mula 'slow talk'. Menerangkan kenapa dia marah dan mula menasihati. Lembut dan penuh berhikmah. Dalam seminggu,ada lah sekali dua ibu marah. Memang susah nak buat ibu marah melainkan dia tengah menanggung sakit, pastu anak-anak buat perkara yang menyakitkan hati, barulah ibu marah.Ayah pulak berbeza. Ayah tak pernah marah ibu & anak-anaknya. Ayah kuat bebel, tapi bukan dengan nada meninggi suara seakan marah. Ya, mungkin ayah jenis seorang yang bersuara keras & kuat, kadang-kadang Ana akan termenangis bila ayah sedang menasihat. Haha. Padahal ayah bukan marah pun, cuma memberi sedikit nasihat untuk menerangkan & perbetulkan kesalahan kami. Ya, cara mereka berbeza, cuma yang sama, mereka tak pernah menengking kami untuk menunjukkan amarah mereka.

Ibu & Ayah gemar duduk di rumah. Maksudnya, bila ayah selesai tugas di kedai & selesai membeli stok barang, ayah akan terus pulang ke rumah. Berehat bersama isteri & anak-anak. Mungkin masa ayah di kedai lebih banyak berbanding masanya di rumah, tetapi ayah tak pernah tak balik rumah. Hihi. Biasanya orang-orang sebaya ayah akan melepak-lepak di kedai kopi, main dam haji sampai berjam-jam, tapi ayah tidak. Ibu pun jenis seorang wanita yang suka duduk di rumah. Kalau keluar pun, keluar berkebun, bagi makan arnab, main dengan kucing, borak dengan jiran dan sebagainya. Tapi masih selalu berada di kawasan rumah. Tak pernah lagi Ana tengok ibu merayap ke rumah orang lain untuk mesyuarat tingkap macam cerita P.Ramlee tu. Hihi. Dan ibu bukan jenis suke mendengar & bercerita hal orang. Kalau lah ada orang berborak dengan dia, dan berceritakan tentang kisah orang lain, ibu cuma mendiamkan diri dan tersenyum. Jarang sekali ibu menyampuk atau memanjang-manjangkan lagi cerita tu. Melainkan kalau melibatkan keluarga dia & dia ingin tahu. Kami sekeluarga memang jarang pergi bercuti. Dan Ana tak pernah ralat pun ayah & ibu jarang bawak kami bercuti & jalan-jalan ke tempat orang sebab Ana HATE TRAVELLING! Ana memang gemar duduk di rumah sahaja. Sebab Ana rasa, duduk kat umah tu lebih mendamaikan dari berjalan merata-rata. Lagipun, Ana ni mabuk! Haha. Memang selalu standby beg plastik dalam handbag kalau nak berjalan jauh, contohnye balik kampung kat Seremban ke. Even Ana ni banyak duduk kat luar (asrama,matrik,Uni) , tapi Ana tetap rasa kat dalam rumah lebih mendamaikan. Biarlah orang nak cakap minda tak berkembang kalau asyik terperap dalam rumah je, tapi Ana suka. Ibu pun sebijik macam Ana. Eh, mungkin Ana yang sebijik dengan Ibu. Ibu ni, kalau orang ajak dia kemana-mana, kebanyakannya dia menolak. Bukannya dia tak sudi, tapi mungkin masalah kesihatan agaknya. Contoh kalau nk balik kampung, ibu dah mula pening-pening kepala walaupun masih ade 5jam lagi sebelum naik bas. Dan tak akan selera untuk menjamah sebutir nasi. Dan sepanjang perjalanan tu, tak akan ada makanan akan hinggap ke dalam mulutnya (melainkan asam) sehinggalah tiba ke destinasi. Aneh kan? Itulah ibu saya yang unik. Dan keunikan ibu tu turut hinggap kepada saya. "Eh, orang ajak berjalan pun taknak, bukan ajak berperang pun!?". Ya, that's my mom & me! Ana kalau berjalan-jalan sekali sekala ni boleh la, excited la jugak. Kalau sentiasa berjalan, Ana tak suka. Ana memang lebih suka duduk di rumah. Zaman duduk kat matrik & UKM dulu, mana ada Ana sentiasa keluar. Asal weekend je, gi bandar, gi Kuantan, gi Midvalley, gi Times Square. Tak. Ana tak macam tu. Ana lebih suka abehkan hujung minggu dalam dorm. Sampaikan nak keluar kafe beli nasik pun berat hati nak tinggalkan dorm. Haha. Over kan? Tapi itulah realitinya. Dalam dorm tu bukannya study mana pun, habiskan masa depan lappy. Tak kisah lah duk buat aktiviti mengedit gambar ke, ngenet ke, skype ke. Haha. Teruk kan? Memang Ana takde social life dan Ana langsung tak terkilan.

Mereka juga agak tegas dalam hal solat. Ibu akan sentiasa bertanya, 'dah solat belum?'. Kalau kami jawab belum, ibu akan suruh kami solat waktu tu jugak. Waktu Subuh, ibu akan mengetuk-ngetuk pintu bilik pinta untuk kita menunaikan kewajipan kita. Dan kalau berjalan ke mana-mana sekalipun, ibu takkan tetap turun solat meskipun badannya tak sihat dan solat dalam keadaan duduk. Itu yang Ana kagum tentang ibu. Ana yang muda ni pun kadang-kadang tak cukup lima waktunya. :'(. Tapi Ana terus berusaha untuk melengkapkan yang lima itu. Ana tak faham, macam mana orang boleh rasa tak bersalah bila tinggal solat yer? Sampaikan kita lupa siapa yang menciptakan kita. Kita terlalu sibuk mengejar hal duniawi, sehingga terlupa yang kita di dunia ni bukan selamanya. Kita terlalu sibuk mencari rezeki sehingga kita lupa siapa Pemberi rezeki itu. Peringatan untuk diri sendiri yang selalu leka.
Ibu Ana seorang kaunselor yang hebat, lebih hebat dari kaunselor berbayar di luar sana.  Kenapa Ana cakap macam tu? Sebab setiap kali Ana bersedih/ sedang menghadapi masalah, Ibu pasti akan memberikan nasihat yang penuh berhikmah, dan bercerita kisah yang sesuai dengan situasi tersebut. Ana mengaku, terlalu banyak air mata kesedihan ibu yang telah menitis dek kerana sikap Ana. Ana ni jenis pemendam. Bukan pendendam! Apa sahaja yang orang buat pada Ana, Ana hanya bersikap pasif. Tapi, bila Ana dah tak dapat tahan perasaan tu, maka hancurlah! Ana memang tak akan dapat kawal perasaan itu dan terus berkata-kata akan ketidakpuashatian sehinggalah akan membuat ibu kecil hati. Dalam tangisan, ibu terus menasihati Ana. Kata-kata hikmah yang ternyata akan membuat hati kecil Ana menangis lalu terpancar di kelopak mata. Maka berderailah air mata penyesalan itu. Cepat-cepat ibu seka air mata yang dah mula basah di pipi. Ternyata, bersama ibu adalah waktu yang paling mendamaikan. Redup matanya mengundang kesayuan di hati. Bila Ana berhadapan masalah, ibulah orang pertama yang menghulurkan tangan membantu. Walaupun bukan dengan berbentuk wang ringgit/harta benda, tapi pertolongannya sangat bernilai. Kata-kata ibu membuat kita lupa masalah kita seketika. Lembut & mendamaikan sehingga kadang-kadang air mata ini tumpah.

Ayah seorang bapa yang tak pernah mengecewakan anak-anak. Ayah akan sedaya upaya memenuhi keinginan anak-anaknya walaupun agak berat, contohnya nak laptop, nak handphone baru, nak itu, nak ini. Al maklumlah, kami ni bukan orang kaya, nak dapatkan semua tu bukan hanya dengan petik jari. Ayah perlu kerja keras untuk dapatkan itu semua. Tapi, ayah tetap akan berusaha mendapatkannya. Thats my dad! I'm very adore & proud of him. Yang istimewanya ayah ni ialah, dia macam tahu akan isi hati anak-anaknya. Contohnya: Ayah pergi pasar. pastu Ana cakap dengan ibu, "kan best kalau dapat makan rambutan". Pastu ayah balik, bawah 3kilo rambutan! Wow! Ibu pun terkejut. Hihi. Pastu ada lagi. Ana teringin makan jagung. Tapi tak pernah luahkan kat ibu atau ayah. Ada 1 petang ni, ayah lambat sangat balik. Da 6ptg lebih pun tak sampai-sampai rumah lagi. Tak lama lepastu, ayah balik. Tengok-tengok, ade berbelas ketul jagung rebus ayah bawak balik! Jauh beli tu! Superwow!! Memang ayah Ana pandai baca hati anak-anaknya. Mungkin cara ayah menunjukkan kasih sayangnya berbeza dengan bapa-bapa lain di luar sana, tapi Ana tetap menganggap Ayahlah adiwira Ana selamanya.


Tahun ini, sudah 30 tahun ibu dan ayah melayari bahtera rumah tangga bersama. Sudah kelihatan kedutan yang mula berjinak-jinak di wajah mereka berdua. Kedut-kedut yang membesarkan kami, kedut ibu juga lah yang mengandungkan kami selama sembilan bulan. Kedut itu jugalah yang berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan kami. Bayangkan, berapa bnyak urat dan saraf telah terputus sewaktu melahirkan kita, kan? Tidak pernah diminta balas. Bagaimanalah caranya untuk Ana membalas semua jasa & pengorbanan mereka ye? Ana ni dahla kerja pun takde. Ingat taknak bagi dah Ayah kerja keras sangat. Tapi apakan daya, anaknya ini masih belum bisa membantunya walaupun usia hampir mencecah suku abad..T_T

Okey. Rasanya Ana memang balas dendam kali ni. Lebih 2000 patah perkataan ada ni. Maklumlah, dah dekat setengah tahun tak update belog ni. Hihi. Tapi, bukan semua sifat-sifat yang di atas sahaja yang Ana kagum tentang ibu dan ayah. Banyak lagi. Terlalu banyak. Tapi rasanya jari jemari ni nak mintak rest la pulak. Mungkin akan Ana sambung kisah mereka nanti. Seperti mana Ana cakap di awal entri tadi, sampai mentari terbit di belah barat pun, masih takkan pernah tamat cerita tentang mereka.

OK la. Gerak dulu. Nak lipat kain pulak. Dah lama kain tu berlungguk, sampai termasuk-masuk dalam mimpi. Bertapa kain-kain tu nak suruh Ana lipat dia.adehhh. =.="

Friday, June 22, 2012

[DIY] Casing External Hard Disc

sekali lagi zana wat DIY projek gune bahan terbuang...hihihi
kali ni sarung external hard disc plak..
 murah jer ni...tak payah kuarkan duit pun...
saya guna goodie bag orang kawen tu...ala..yg style beg bunjut tu....
then yg laen, jarum ngan benang jerp..
hiasan bunga2 tu, guna reja-reja kain felt adik saya..hihihi



hahaah..buruk kan? 
tapi boley la nak cover dari semut masuk (mungkinkah?)
kikiki..itu jer...
tatatata

Tuesday, June 12, 2012

Cinta Di Rentang Jarak

Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa.
Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir.
Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya.
Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya.


Kita dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali.
Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kita.
Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku mengerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh juga.

Kini aku semakin mengerti, JARAK ini bukan untuk menghukumku.
Tetapi JARAK ini untuk menjaga aku dan kamu.

Dengan JARAK ini kita berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Dengan JARAK ini kita berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Ilahi.
Dengan JARAK ini kita berjanji untuk mencintai Pencipta lebih dari segalanya.
Dengan JARAK ini kita berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi.
Dan Dengan JARAK ini jua kita yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan kamu akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini.
Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh.
Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku.
Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia.
Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya.
Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya.

Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku.
Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah.
Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia....

Monday, June 11, 2012

Andaikan Kau Tahu...

Bila awak susah,
mungkin saya tak dapat bantu apa-apa,
Tapi saya boleh pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan awak....

Tatkala awak resah dan sedih,
saya tak mampu tenangkan awak,
Tapi saya boleh pinjamkan hati saya untuk mendengar isi hati awak.....

Di saat awak lagi sendiri,sepi,
saya memang tak mampu untuk ada di sebelah awak,
Tapi saya akan cuba luangkan masa biarpun sedikit untuk menemani awak, berbicara di telefon....

Pertemuan kita berdua ini juga bukan kehendak saya,
Tapi atas kuasa dan takdir dari-Nya.
Yang mungkin punya perancangan yang indah di sebaliknya.....

Saya nak awak tahu,saya tidak sempurna dari segala sudut.
Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di tangan.
Tapi saya akan berusaha untuk selalu ada di saat awak dalam kesulitan.
Walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak,
Tapi saya nak ada sentiasa untuk awak dalam apa jua keadaan...

Friday, June 08, 2012

Thursday, June 07, 2012

Kebahagiaan Dalam Kesabaran....

Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim)

Friday, April 06, 2012

[DIY] Sarung Bakul Sampah

ahha...apa lagi la keje mengarut si syazana ni...
dek kerana sayang nak buang cadar kaler purple kesayangan yang dah koyak rabak (akibat selalu sangat guna),
maka terhasillah 'keras tangan' ni...hik3
semuanya pakai barang yang dah tak guna...recycle la kononnya.

ni first time menjahit-jahit ni..teruk kan?
maksud den, jahit juge machine la..jahit pakai tangan dah biasa,
*tapi cuma jahit pakaian terkoyak sikit la yang retinye*..haha

Yang kaler pink rambu-rambu tu rembat tudung bawal ibu yang zaman-zaman dulu..
mana la pakai lagi kan..ngee

yang bunga-bunga tu pulak ambik bunga telur yang orang bagi time kenduri-kenduri tu..hahha
dah 'nyeng' dah bunganya...nak pakai reben, takde stok pulak..hihih

buruk giler kan?
huhuhu..tapi boleh la..pertama kali kot..
takleh la nak celen (challenge) ni, ni, ni atau yang ni..
ni pakai yang bebarang baru-baru je ni..lagipun depa buat bisnes..
takleh la nak lawan..uhuk..T__T

Monday, April 02, 2012

[Resepi] Lompat Tikam

Tetibe craving nak makan Kuih Lompat Tikam since semalam...
Nak buat tak reti...
Bodek la ibu..bodek punya bodek, arini tak makan lauk bersantan! yeahh..
Santan dalam fridge tu leh guna buat Lompat Tikam..tehehe
Ibu pun ajar la macam mana nak buat..
Tapi ibu tak penah buat yang ada pulut merah sebelum ni..
Den tengok kat internet, ramai pulak orang buat lompat tikam makan sekali dengan pulut merah
Nampak macam menarik je..
Kalau yang ada pulut merah ni orang panggil Kuih Lompat Tikam Kelantan..:)

Dan taraaa..inilah hasilnya...








Resepi?
Ini dia...asli dari Kak D'key (Puan Ibu)


Resepi Lompat Tikam Sampai Berdarah oleh Zakiah Abdullah

Bahan A : Pulut Merah
*1 cawan besar beras pulut direndam lebih kurang 2 jam.
*sedikit santan pekat untuk menggaul+ air suam dan daram secukup rasa.
Cara: buat macam masak pulut santan biasa.. cuma tambah sedikit pewarna merah..

Bahan B: Lapisan Hijau
*1 cawan tepung beras
*4 sudu tepung jagung
*pewarna hijau
*3 cawan air
Cara: Larutkan semua bahan.Pastu kacau atas api sampai kilat dan pekat.

Bahan C: Lapisan Putih
*1 cawan tepung beras
*4 sudu tepung jagung
*1/2 cawan santan pekat
*2 1/2 cwn air
*Sedikit garam
Cara: Larut semua bahan.Kacau lah sampai berkilat dan pekat.

Bahan D: Air gula
*300gm gula melaka
*4 sudu gula pasir (optional)
*3 cawan air
*1 inci kulit kayu manis (optional-bagi lagi wangi)
* sehelai daun pandan
Cara: Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.

Kemudian, ambil setiap sedikit setiap darinya dan curah dengan air gula/lapis ikut suka hati...:D

Senang je sebenarnya kan?
Ingatkan susah sangat buat lompat tikam ni.
Selamat mencuba..:)

Saturday, March 31, 2012

Manyak Makan - Mac

betul ke, "makin kita runsing, makin banyak kita makan"?
haha..den pun tak tau lah..
tapi yang pasti, den makin kuat makan semenjak lelepak kat umah ni...
dah bulat macam doremon dah den ghaso..
orang laen makin selim...den makin gendut..T__T

Semalam makan Roti Jala cicah Kari Sardin ibu buat..perghh..mabeles


pastu sebelum tu ibu buat Kuih Koci Labu pulak..first time buat. Kawan ibu time kerja navy dulu yang share resepi..sedap woo..lembutt..



Sebelum tu lagi, dan untuk pertama kali gak (rasanya) ibu masak Mee Hailam..
wulaweiii,...sodap..sangat sodap....
den yang tak berapo gamar mee hailam pada asalnya ni pun, jadi macam tersuka pulak..hihih



Then, sebelum tu lagi ibu buat Roti Bun Sardin..emphh..sedap masa makan panas-panas.
den tak tau apa ramuannya masa ibu adun roti tu, sebab den tak tengok.
tup-tup, masa den cakap roti tu sedap giler, ibu jalan menuju rak then amek tupperware susu tepung yang dah kosong,takdak isi dah.. ibu cakap "ni lah ramuan speselnye'!
GLUPPP...omaigod..ibu wat wakenabeb kat den..huaa...
mentang-mentang den ni anti susu tepung, ibu bubuh dalam roti, nak suruh gak den makan susu tepung tu! aiyarkk..=.=


sebelum sebelum sebelum tu lagi ibu buat cekodok bawang+ ikan rebus..
den ni kureng siket makan cekodok bawang, pastu den buat la Cekodok Milo!
Erk! cekodok milo? sangat kanak-kanak kan? ada ke orang tua macam den ni suka makan cekodok milo lagi? haha..parah! xD



dan banyak lagi yang ibu masak BEST-BEST yang tak sempat nak snap gambar..
hidang-habis..hidang-habis..hihi..

"Kenapa sedap sangat ni ibu masak?"
"Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu
"


Thursday, March 29, 2012

Dear My Queen..:')


Ibu...
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku..
T__T

Wednesday, February 29, 2012

[Resepi] Kek Kukus Velvet Haw Flakes



Haiyaaa..
Kek lagi kan?
Rasenye..berderet entry pasal makanan kebelakangan ni..
sabor je la..mananye tak gumuk..=.=

Kek Kukus Velvet Haw Flakes
Yup..itu lah panggilan manja lagi komersial, kek yang den wat arini..
Kek ni dah ujud sejak zaman ibu dulu lagi dah (mungkin sebelum tu lagi)..
zaman tu tak panggil nama sedap cenggini..namanya Kek Lapis Asam Manis.
Benda yang sama je sebenarnya, tapi nama bertukar seiring peredaran zaman..kikiki

Resepi asal den sedut resepi Kak Fida @ MyResepi

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

    5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
    225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
    220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
    1 sk rata baking powder*
    1 sb ovalette
    150 ml susu cair
    1/2 sk garam
    100 ml minyak jagung/masak
    1 sk esen vanilla
    pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
    secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

    Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
    Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
    Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
    Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
        ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
    Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. 
  

Boleh tahan mudah carik la bahan-bahan dia tu..
Yang paling penting, tak payah guna butter/marjerin..jimat siket.Lagipun, stok tak banyak kat umah..=P

Keinginan nk buat kek ni tercetus masa duk mengemas kedai baru2 ni..
Kemas barang baru sampai barang..pastu stock up gak la mende alah gambir/Haw Flakes ni..

Den pantang nampak mende alah ni, asek ngap..ngap..ngap je..
Naseb la tak payah bayor..wakaka

Oleh kerna semalam duk asek layan Vanilla Coklat sampai tak sempat nak buat, den pun tekad nak wat arini..
Awal-awal pagi da bangun tidor (tak pernah sebelum ini)..hahaha
duk carik2 resepi yang PALING MUDAH...then prepare barang & start 'mengeKEK"

maka...jadilah Kek Kukus Velvet Haw Flakes yang agak abnormal..-__-
Sebab pe abnormal? Sebab terdapat ketumbuhan di permukaannya..
Den pun tak tau kenapa..sob3..
Tapi rasanya not bad la..kurang manis sikit sebab sengaja kurangkan gula..
so, boleh la klasifikasikan kek den buat ni dalam Set Menu Makanan Sihat..=P



haa..nampak tak bisol kaler kuneng2 kat atas kek tu? =.=
musykil, camne lak bisol boleh hinggap kat situ?
masa buat lapisan pertama (hijau)..texture kek ok je..
Then masukkan plak lapisan kedua (kuneng)..
bila da nak masuk lapisan ke tiga, lapisan kuning tu bengkak tetibe..tak turun-turun pulak tu..
den ni, cuak dah rase..cucuk-cucuk dengan lidi pun, bisol tu tak meletup.
So, den pasrah je la bubuh lapisan ketiga (merah)..
bila dah siap kukus, bisol tu still ade..tak dapat dibendung dah..T__T



den ingat nak buat lapisan kek ni nipis-nipis..
ala..macam kek lapis sarawak tu..
tapi macam tak konpiden la pulak..
so..den perabis je la setiap adunan tu..1 color 1 layer..hihih
lagipun haw flakes tak banyak..ada siket jer..
kalau buat banyak lapis, kena guna banyak haw flakes pulak kan..
len kali, kalo terpanggil lagi nak masak kek ni, nak buat nipis-nipis lah...
^__^

 


Saturday, February 18, 2012

[Resepi] Apam Polka Dot

lebih kurang 5 bulan yang lalu, (10 September 2011) den try buat Apam Polka Dot..
tapi bukan buat sorang-sorang la...adek yang jadi Masterchefnye..den tolong2 jer..
Dan ini hasilnya...taraaa...





dan harini..sejarah berulang lagi..
sekali lagi buat apam ni..
dan sekali lagi bukan saya yang buat..
saya tolong mencacatkan kuih tu jer..
kikiki
Dan ini plak hasilnya...





P/S: teringin nak buat bentuk ladybird/angry bird pulak..masih dalam proses belajor..huhu

Apam Polka Dot
Resepi: Sheely MyR


Bahan-bahan: ( 50 biji papercup medium )

    3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
    275 gm tepung gandum
    220 gm gula halus
    150 ml susu segar@susu cair
    3 sudu teh baking powder
    1 sudu kecil ovalette
    filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
    pewarna

Cara-cara:

    Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
    Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
    Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
    Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
    Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
    Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak 

Thursday, February 16, 2012

Menanti Pasangan Hati...

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf AS, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman AS, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad SAW, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.


Credit: iluvislam

Melankolia...

Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia

Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia

T_______T

Sunday, February 12, 2012

[Resepi] Pau Gulung Coklat / Steamed Chocolate Swirl Mantou

Di petang yang damai ni...saya menghabiskan tepung pau yang lebih buat pau bunga ros haritu...
dengan resepi yang entah apa-apa..main gabung resepi-resepi pau yang berlainan..
tuk menghasilkan pau gulung ni..









yang 'unik'nya...pau ni langsong takdak inti..
kalau nak tambah manis, sapu la ngan Lady's Choice @ papa2 aje..
haha...teruk giler perangai..



So..boleh letak apa saje filling kegemaran, tak payah nak gadoh2..'aku tak suka coklat!", "aku tak suka inti kaya!"..

Pau Gulung Coklat / Steamed Chocolate Swirl Mantou
Resepi: Rosri Kitchen

Bahan-bahan:-
-*500gm tepung pau @ tepung high protein
-*1 biji telur
-*1/2 sdt garam halus
-*200ml air suam
-*1 sdb yis mauripan
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb shortening
-*2 sdb gula
-*2 sdb susu pekat
-*1 sdb serbuk koko

Cara-cara:

      Didalam bekas adunan atau bekas lain yang agak besar, tuangkan air suam...masukkan yis, marjerin, shortening, gula dan susu pekat...kacau sedikit dan biar adunan tadi 8 - 10 minit.
      Bila yis dah berbuih...masukkan separuh tepung, telur yang dipukul sedikit dan garam.
Gaul adunan tadi dengan sudu sehingga sebati dan melekat pada sudu...bila dah sebati, gaul dalam satu arah.
      Bahagi adunan tadi kepada dua...yang satu lebihkan sedikit dari yang satu lagi...satu adunan letakkan serbuk koko dan yang satu lagi tanpa pewarna / boleh letak pewarna kegemaran...gaul sebati.
      Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan gaul dengan sudu sekejap...kemudian uli guna tangan...kalau adunan lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tak melekat pada bekas adunan.
      Bulat-bulatkan adunan hingga habis...doh coklat bulatkan kecil sedikit dari doh asal...canai doh asal dan doh coklat...setelah siap letak doh coklat atas doh asal dan potong sikit hujung doh pink untuk kemaskan nya.
      Gulung dengan kemas doh tadi kemudian potong kecil-kecil...masa potong jangan menekan kerana adunan akan jadi tak kemas...setelah siap letak diatas kertas minyak...
       Rehatkan selama 15 minit...kukus pau menggunakan api yang sederhana...kalau api yang kuat...tepung akan jadi keras dan kekuningan kalau pau putih...kukus 15 minit atau sehingga masak.

Saturday, February 11, 2012

Biarkan Dia Menangis.....(4) - Tamat

AMARAN: Kesinambungan Biarkan Dia Menangis kali ini lebih panjang dari bahagian-bahagian terdahulu. Harap anda sabar membaca hingga ke noktah terakhir. :-)

Biarkan Dia Menangis.....(1)
Biarkan Dia Menangis.....(2)
Biarkan Dia Menangis.....(3)



“Abang, kita nak tanam kat mana uri ni?”, soal Jasmin kepada Irsyad sejurus sahaja doktor menyerahkan bungkusan plastik yang berisi uri itu.

“Tanam dekat kawasan rumah kita je la yer sayang? Bila dah besar nanti, takdelah dia suka merayap keluar, biar dia duduk kat rumah jer”, balas Irsyad.

“Okey, Min ikut je Bang, Min tak kisah nak tanam kat mana-mana pun. Nanti, Abang balik rumah, Abang terus tanam yer”, pinta Jasmin.

“Okey sayang,” balas Irsyad ringkas.

Irsyad mengerling jam di dinding wad, jarum jam menunjukkan ke angka 1.15 pagi. Sungguh leka dia menemani Jasmin dan Izzah sehingga dia tak perasan waktu berlalu. Irsyad pulang lewat ke rumah dan terpaksa dia meredah embun pagi memandu pulang dalam kesunyian dinihari.

“Esok je lah aku tanam uri ni, mengantuk sangat dah ni.” Irsyad bermonolog sendiri sambil meletakkan bungkusan plastik berisi uri tersebut ke dalam peti ais.

********************

Jasmin dan si comel Izzah dibenarkan pulang tengahari itu. Selepas mendapat panggilan dari Jasmin bahawa dia akan pulang, Irsyad bergegas menjemput Jasmin di hospital dan tiba di rumah sekitar 3.30 petang.

“Abang dah tanam uri yang Abang bawak balik semalam?” soal Jasmin sambil mendukung dan mendodoikan Izzah yang sedang menangis.

“Aduh! Abang terlupa la Sayang! Sekarang jugak Abang tanam”, balas Irsyad sambil meluru ke dapur.

“Eh, kan hujan kat luar tu Bang,”

“Ala, gerimis je. Nanti kalau tangguh-tangguh, Abang takut Abang terlupa lagi”, ujar Irsyad sambil memegang bungkusan plastik yang berisi tembuni itu bersama-sama sebuah cangkul.

********************

Senyum tawa dan tangisan Izzah seakan menjadi ‘penawar’ kepada kedukaan Jasmin dan Irsyad selama ini. Sudah 9 tahun mereka hidup berdua, tapi kini telah bertiga. Mereka sudah dapat apa yang mereka harapkan selama ini, dan tiada duka yang akan menyelubungi hidup mereka berdua lagi.

Tiga minggu berlalu, pelbagai pengalaman baru mereka lalui. Bergilir-gilir mereka menjaga Izzah sekiranya dia meragam di tengah malam sampaikan mereka tidak cukup tidur. Mereka bahagia, tidak terasa terbeban sedikitpun dengan masalah itu. Tapi, ada satu hal yang merungsingkan Jasmin & Irsyad. Izzah kerap mengerang pada waktu malam. Izzah tidak menangis mahupun terjaga dari tidur, tapi dia mengerang dengan kuat sekali. Sangat menakutkan, seakan ada sesuatu yang menghimpitnya. Bukannya sekali dua, tapi dah lebih 6-7 hari Izzah berkelakuan begitu.

Irsyad nekad untuk bertemu dengan Tok Daik sekali lagi. Dia yakin Tok Daik akan membantunya sepertimana dia membantu menyelesaikan segala masalah-masalahnya dulu.

Terkumat-kamit mulut Tok Daik membaca mantera sambil melihat ke dalam mangkuk berisi air jernih. Hembusan angin begitu kuat menerpa ke arahnya tetapi dia tetap teguh menghabiskan beberapa rangkap jampi serapah. Tidak lama kemudian, Tok Daik bersuara. Katanya, ada masalah dengan uri bayinya. Uri Izzah yang ditanam Irsyad itu ‘ketat dan padat’.

“Semasa kau menanam uri tu, kau ada tekan tanahnya yang basah tu kan?”, duga Tok Daik.

“Betul Tok. Salah saya. Apa patut saya lakukan sekarang Tok?”, balas Irsyad terketar-ketar.

“Tak susah, kau hanya perlu gali balik uri itu dan tanam ia elok-elok. Pastikan tanahnya jangan terlalu padat”, pesan Tok Daik.

“Baiklah, saya akan buat pesan Tok itu”, balas Irsyad sambil meminta diri untuk pulang.


********************

“Buat apa dengan cangkul semua tu Irsyad oii, nak tanam pokok ke?”, sapa Hanif ramah. Hanif merupakan jiran belakang rumah mereka. Memang seorang yang peramah dan kuat mengusik.

“Aku nak tanam balik uri anak aku ni, dukun cakap uri anak aku ni ketat sangat, sebab tu la dia selalu duk mengerang tengah-tengah malam tu,” jawab Irsyad.

Hanif hanya memerhatikan sahaja Irsyad menggali lubang bagi menanam uri tersebut. Selepas selesai membuat lubang, Irsyad meletakkan uri yang dibalut dengan kain putih itu bersama-sama dengan sebatang pensil dan buku lalu ditimbusnya.

“Eh, kenapa ada pensil dengan buku tu?” tanya Hanif kehairanan.

“Yelah, kalau aku tanam uri Izzah ni sekali dengan pensil dan buku, moga-moga cerdik la bila dah besar nanti. Boleh belajar sampai oversea”, jawab Irsyad sambil memasang angan-angan.

“Lah…macam tu pulak? Kenapa tak tanam sekali dengan komputer? Boleh jadi pakar IT anak kau nanti!”, ujar Hanif seakan memerli. Dia tidak sangka, kepercayaan khurafat seperti itu masih wujud di zaman millenium dan di kawasan metropolitan seperti ini.

Irsyad hanya tersengih mendengar perlian jirannya itu. “Aku masuk dulu, cuaca pun dah gelap ni”, ujar Irsyad.

“Macam mana Bang? Dah siap tanam urinya?” tanya Jasmin sambil mendodoikan Izzah.

“Sudah Sayang. Abang tanam dekat bawah pokok belakang rumah kita. Moga anak kita akan jadi seorang yang tenang, cepat sejuk dan pemalu orangnya”, balas Irsyad sambil mencium pipi Izzah yang tembam itu.

********************

Genap sebulan usia Izzah, Irsyad dan Jasmin mengadakan kenduri akikah, doa selamat bersama-sama dengan majlis cukur jambul di rumahnya. Kenduri ini merupakan sebahagian dari nazarnya dulu. Dia juga sudah mendermakan RM 3000 di rumah anak-anak yatim berhampiran rumahnya.

Izzah dipakaikan dengan pakaian cantik berona merah jambu dan didukung oleh Irsyad lalu dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Izzah ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin yang dijemput bergilir-gilir menggunting sedikit rambut Izzah dan dimasukkan ke dalam kelapa muda yang dipotong bahagian kepalanya . Tujuh orang tetamu telah menggunting rambut Izzah termasuklah bapa Irsyad, bapa Jasmin, adik-adiknya dan jiran-jiran lain. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala Izzah dicukur sepenuhnya oleh ibu Irsyad. Kesemua rambut yang dicukur itu dimasukkan ke dalam kelapa muda lalu kelapa tersebut di tanam di halaman rumahnya bersama sepohon anak kelapa sebagai memperingati masa Izzah dilahirkan.

********************

Setahun telah berlalu, Izzah sudah pandai berjalan. Begitu lincah Izzah setelah ‘mendapat kaki’. Tidak menang tangan ibunya menjaganya. Ada sahaja barang yang mampu dicapainya, akan digigitnya. Tapi Jasmin segera mengambil barang yang dicapai Izzah itu lalu menyorokkannya. Jasmin takut sekiranya terjadi apa-apa yang tidak elok kepada puteri tunggalnya itu. Sejak dari Izzah mula merangkak lagi, Jasmin terlalu melindungi Izzah dengan sentiasa mendukungnya. Dia tidak membenarkan Izzah merangkak-rangkak meneroka persekitarannya. Dia tidak mahu Izzah mengalami kecelakaan hanya dari permainannya sendiri. Jasmin terlalu melindungi dan menyekat kebebasan Izzah meneroka dunianya.

Sesampai di rumah, Irsyad mencadangkan untuk membuat upacara jejak tanah memandangkan Izzah telah pandai berjalan. Jasmin hanya akur dengan cadangan suaminya. Pada hujung minggunya, mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman Irsyad di Perak bagi membuat kenduri doa selamat sekaligus mengiringi upacara jejak tanah itu. Setelah kenduri tersebut selesai, Irsyad membentangkan tikar hadapan tangga rumah ibu bapanya itu supaya menjadi alas bagi Izzah berjalan. Di atas tikar itu, telah Irsyad sediakan lima dulang yang setiap satunya berisi cermin, gunting, jam tangan, cincin serta wang. Izzah dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

Irsyad, seorang pelajar lulusan universiti tempatan yang merupakan eksekutif di salah sebuah syarikat perkapalan masih berpegang teguh kepada adat-adat kepercayaan Melayu. Dia tidak sedar, ada di antara adat yang diamalkannya itu sangat bercanggah dengan hukum Islam.

Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul dan jejak tanah sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu

Tapi, Irsyad percaya, adat yang dia lakukan ini adalah untuk meramal masa depan seorang kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat pijak tanah itu diteruskan dengan memijakkan kaki Izzah ke piring-piring kecil berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan dari kampungnya. Seterusnya, setelah habis membaca jampi, Izzah dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.

********************

"Taknak! Nak baju askar! Tak nak baju ni", rengek Izzah apabila Jasmin ingin membelikan gaun berwarna putih kepadanya.

"Izzah kan perempuan. Budak perempuan kena pakai baju macam ni, baru lah cantik macam puteri”, pujuk Jasmin.

“Taknak! Nak baju askar jugak!!”

Jasmin tewas. Jasmin terlalu sayangkan Izzah dan selalu mendengar kata Izzah sehingga Jasmin menjadi serba salah dan akhirnya perlu akur setiap permintaan Izzah. Izzah hanya mahu Irsyad dan Jasmin mengikut katanya sahaja. Dulu, dia akan menangis kalau apa yang dia pinta tidak ditunaikan. Tapi semenjak boleh bercakap, dia hanya tahu memerintah sahaja. Kalau dia mahu susu, jangan la sesekali Jasmin kata ‘tunggu kejap’, memang nahas jadinya. Dia akan memberontak dengan membaling barang-barang di sekitarnya. Ada satu hari, Izzah membaling pasu yang berada di atas meja kepadanya. Hampir sahaja terkena muka Jasmin, mujurlah dia sempat mengelak. Jasmin tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia tidak berani memarahi atau memukul anaknya itu kerana hanya Izzah satu-satunya anak yang dia ada.

“Ibu! Ija nak ball! Ija nak ball tu!”, rengek Izzah sambil menarik-narik lengan baju kurung yang dipakai Jasmin itu.

Lamunan Jasmin terhenti dengan rengekan Izzah sebentar tadi.

“Izzah kan perempuan. Perempuan mana boleh main ball, perempuan kena main doll”, Jasmin cuba memujuk walaupun dia tahu, dia mungkin tertewas lagi kali ni.

Izzah memulakan tunjuk perasaan. Dia terguling-guling di lantai Pasaraya Giant tersebut sambil menghentak-hentakkan kakinya. “Ija nak bola jugak! Ija nak bola tuuu!”.

“Izzah sayang, jangan lah macam ni. Malu orang tengok, Sayang. Izzah tak boleh main ball, ini permainan budak lelaki”, pujuk Jasmin sambil cuba mengambil Izzah yang sedang tergolek-golek di lantai.

Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh Jasmin, Izzah kemudian menggigit dan menarik tudung ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah Izzah yang agak keterlaluan, akhirnya Jasmin memukul punggung si comel.

“Jasmin! Kenapa pukul Izzah macam tu? Kenapa dengan Min ni? Dah hilang akal ke?”, bentak Irsyad yang kebetulan baru masuk ke dalam Pasaraya itu setelah memakir keretanya. Irsyad menurunkan Jasmin dan Izzah di hadapan Pasaraya dulu sebelum mencari tempat untuk memakir keretanya.

“Err..maafkan Min, bang. Min tak sengaja. Ini semua di luar kawalan Min”, jawab Jasmin perlahan.

“Ayah..Ija tatot. Ibu babab Ija”, ujar Izzah pelat sambil memeluk kaki Irsyad.

“Jangan takut ye, Sayang. Ayah kan ada”, balas Irsyad sambil mendukung anaknya yang berusia 3 tahun setengah itu.

“Ayah, Ija nak bola tu. Ija nak main bola tu!”. Izzah cuba meminta kepada ayahnya dengan harapan ayahnya menunaikan permintaannya seperti selalu. Tapi kali ini, airmatanya sudah mula menitis.

“Izzah nak main bola? Izzah kan perempuan. Tapi takpelah, ayah belikan Izzah bola ni! Jangan menangis lagi ye?”, balas Irsyad sambil mengambil bola tersebut lalu memberikannya kepada Izzah.

“Yeah! Cayang Ayah!”, sorak Izzah gembira sambil menjeling tajam kepada ibunya.

********************

“PRANGGG!!!”

Bunyi kaca pecah itu mengejutkan Jasmin yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dia segera meluru keluar rumah.

“Ya Allah! Apa Izzah dah buat ni?" Jasmin terkejut melihat serpihan kaca cermin kereta suaminya berselerakan di lantai garaj rumahnya. Kelihatan Izzah sedang berdiri kaku di satu sudut.

“Apa yang terjerit-jerit ni, Jasmin?” soal Irsyad yang baru keluar dari bilik, lalu menuju keluar rumah.

Tiba-tiba, Irsyad terpandang serpihan kaca yang bertaburan di lantai. “Ya Allah! Kereta aku!”.

Izzah kelihatan seperti tidak bersalah. Langsung dia tidak mengaku kesalahannya, walhal dia sendiri telah membaling bola yang baru dibeli itu ke arah kereta Irsyad.

“Izzah pecahkan kereta ayah ye?” soal Irsyad.

“Tak. Ija tak buat. Ibu yang buat”. Izzah sudah pandai menipu, dan tidak semena-mena telah menuduh Jasmin yang melakukan.

“Emm, takpelah. Izzah masuk dalam. Biar ayah dengan ibu sapu kaca ni. Izzah main elok-elok kat dalam ye!”, ujar Irsyad sambil menyuruh puteri kesayangannya masuk ke dalam rumah.

“Bang, anak kita dah pandai menipu. Apa patut kita buat sekarang ni, bang?” tanya Jasmin kerisauan.

“Abang rasa, ada sesuatu yang tak kena kat anak kita ni. Mungkin ada ‘sesuatu’ yang ganggu dia ni. Kalau tak, takkan lah perwatakan dia sangat berlawanan dengan asal kejadian dia. Dia kan perempuan, seharusnya dia lembut, macam Sayang. Tapi Abang tengok sebaliknya. Dia tak suka pakai pakaian perempuan, sukakan permainan budak lelaki, kuat mengamuk”. Irsyad membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemerhatiannya terhadap sikap kasar Izzah.

“Min pun rasa macam tu jugak lah Bang. Risau la Min macam ni. Min takut apa-apa yang buruk jadi kat dia. Izzah je lah satu-satunya anak kita”. Terdapat riak kerisauan pada wajah Jasmin.

“Esok kita bawak Izzah jumpa Tok Daik. Mungkin dia boleh halau ‘benda’ yang menumpang kat tubuh anak kita tu”.

“Min ikutkan je bang. Yang penting, anak kita selamat”, balas Jasmin.

********************

Pagi esoknya, mereka bersiap-siap untuk ke rumah Tok Daik. Pada mulanya Izzah enggan, tapi setelah dipujuk untuk membelikan senapang plastik untuknya, dia akhirnya setuju. Oleh kerana kereta milik Irsyad masih di dalam bengkel kerana cermin keretanya dipecahkan semalam, Irsyad memandu Proton Gen-2 milik Jasmin ke rumah Tok Daik.

Sudah lebih tiga tahun mereka tidak pergi ke rumah Tok Daik, tapi mereka masih ingat jalan ke sana. Apabila sampai ke rumah Tok Daik, mereka tercengang melihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Irsyad kemudian pergi bertanya dengan peniaga kedai runcit yang berhampiran rumah Tok Daik itu. Apa yang lebih mengejutkan, peniaga itu memberitahu bahawa sudah bertahun-tahun rumah itu kosong. Tuan rumah itu, Tok Daik telah meninggal dunia lima tahun lalu dan tidak meninggalkan waris. Irsyad dan Jasmin berpandangan sesama sendiri. Muka mereka pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. Seakan tidak percaya apa yang didengarnya tapi keadaan usang rumah Tok Daik itu membuktikan segalanya.

Irsyad memandu kereta meninggalkan perkarangan rumah Tok Daik . Perdu hatinya bagaikan bergayut dengan sebeban debaran. “Kalau Tok Daik sudah lama meninggal, siapa yang aku jumpa selama ini?” “Dengan siapakah aku mintak tolong selama ini kalau Tok Daik telah mati?”. Berulang-ulang kali pertanyaan ini timbul dalam otaknya.

********************

Izzah semakin diluar kawalan. Izzah semakin nakal dan buas. Pernah Izzah menghentakkan cawan ke atas kepala sepupunya sehingga berdarah kepala sepupunya itu. Tapi, Irsyad tidak mampu untuk memarahi Izzah dan hanya mampu meminta maaf kepada kakaknya atas perbuatan Izzah terhadap anaknya. Dia sudah bernazar yang dia tidak akan sesekali memarahi dan memukul Izzah. Dia akhirnya terjerat dengan janji-janjinya sendiri.

“Assalammualaikum”

Irsyad tersentak daripada lamunan. Suara yang memberi salam itu memang dia kenal sangat : suara Jazlan, adik bongsu Jasmin, satu-satu adik iparnya. “Waalaikumussalam.” Irsyad menjawab sambil bergegas membuka pintu.

“Eh, Lan. Bila kau sampai Malaysia? Tak dengar bunyi kereta pun?”, sapa Irsyad sambil mempelawa Jazlan masuk ke rumah.

“Apa yang Abang duk mengelamunkan sampai bunyi kereta saya pun Abang tak dengar? Hehe. Saya dah seminggu sampai Malaysia, Bang. Saja saya rahsiakan dari kakak, nak buat surprise kononnya. Oh ya, mana kakak? Izzah mana? Sunyi je”, balas Jazlan sambil melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu. Tapi, bila kaki Jazlan melangkah masuk, dia terasa macam ada aura seram datang ke arah tubuhnya.

“Kakak kau duk layan Izzah kat biliknya tu. Abang pun tak tau lah dengan Izzah tu, makin hari makin tak terkawal perangainya. Nak Abang panggilkan kakak kau ker?”, soal Irsyad

“Eh, tak apalah Bang. Biarlah dia layan Izzah tu dulu. Perangai Izzah tak terkawal? Apa maksud Abang?”. Jazlan menyoal abang iparnya itu.

“Entahlah Lan. Dia tu perempuan, tapi nakalnya mengalahkan anak lelaki. Dah puas Abang pujuk dia, supaya dia cuba berperangai lembut sedikit, tapi Abang pulak dimarahnya. Dengan ibunya lagilah, dicubit-cubit Jasmin sampai lebam-lebam lengannya. Kalau kita tak turutkan kemahuannya, dia buat tunjuk perasaan. Habis semua barang-barang dibalingnya. Sebab tu, apa yang dia nak, kitorang bagi je, tak nak dia terus memprotes”. Irsyad mengadu pada Jazlan.

“Abang tak marah dia ke bila dia buat perangai?”, soal Jazlan.

“Tak. Sebelum Abang dapat Izzah ni dulu, Abang dah pernah bernazar kat makam wali keramat. Abang cakap kalau Abang dapat anak, Abang takkan sesekali memarahi apatah lagi memukulnya. Dan, tak lama lepas tu, kakak kau pun mengandung dan lahirlah Izzah ni”, terang Irsyad.

“Haa?? Abang bernazar kat wali keramat untuk dapat anak? Khurafat tu bang! Kenapa Abang serahkan nasib Abang kat kubur yang kononnya keramat tu? Kenapa Abang buat semua ni? Abang kan seorang yang terpelajar”, soal Jazlan bertalu-talu.

“Abang dah takde pilihan Lan. Dah macam-macam kitorang buat untuk dapatkan anak. Semua pakar dah kami jumpa, tapi takde hasil. Pastu kawan abang rekemen sorang bomoh ni, boleh ubatkan semua jenis penyakit termasuklah penyakit takde anak ni. Dia bagi tangkal kat kakak kau dan suruh kami berdoa kat kubur wali keramat tu dan bernazar. Abang cuma ikut apa yang disuruhnya”, terang Irsyad bersungguh-sungguh.

Izzah sudah lena tidur di biliknya. Jasmin keluar dari bilik perlahan-lahan agar Izzah tidak terjaga dan menuju ke dapur untuk minum air tapi langkahnya terhenti apabila mendengar suara Irsyad seakan tengah berbual dengan seseorang. Dia tidak jadi ke dapur dan kakinya melangkah ke ruang tamu.

“Lan! Bila kau balik? Kau tengah cuti ke sekarang? Kenapa tak panggil kakak?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut Jasmin sambil memeluk adik kesayangannya itu.

“Lan dah seminggu dah balik dari Mesir, kak. Mana ada cuti. Kan dah empat tahun Lan kat sana, ni Lan dah habis study la! Apa la akak ni!”

“Lan saja nak datang jalan-jalan kat rumah akak. Tak sabar nak jumpa anak sedara kesayangan Lan tu. Selalu tengok gambar yang akak kirimkan tu je, mana puas!”, balas Jazlan sambil ketawa kecil.

“Lah…Izzah tengah tidur lah Lan. Nanti kalau dia dah jaga, akak bawak dia jumpa kau. Kau tinggal lah kat sini. Boleh main-main dengan dia”, pelawa Jasmin.

“Memang la kak. Lan dah ready dah dengan beg pakaian kat dalam bonet kereta tu, cuma nak tunggu akak pelawa jer”, balas Jazlan.

“Haha. Ada-ada je kau ni. Tak payah nak tunggu akak kau pelawa. Tinggal la lama mana kau nak tinggal, bukannya rumah orang lain, rumah abang dengan kakak kau jugak”, sampuk Irsyad.

“Apa yang korang borakkan tadi? Rancak sangat bunyinya”, soal Jasmin tiba-tiba.

“Abang cerita pasal Izzah, Yang. Pasal perangai dia yang menjadi-jadi tu”, balas Irsyad.

“Hmm..betul tu Lan. Kakak tak tau dah nak buat apa. Dukun yang kami selalu pergi berubat tu dah mati. Kitorang kehilangan arah. Biasanya, apa je masalah kitorang dia dapat selesaikan. Kitorang syak ada jin kat dalam tubuh Izzah ni, sebab tu dia ganas semacam jer”, duga Jasmin.

“MasyaAllah! Sampai macam tu sekali akak dan abang yakin kat bomoh tu? Tak boleh macam tu kak! Yang memberi kesembuhan penyakit kat seseorang tu bukannya ditangan bomoh, dukun, pawang hatta doktor sekalipun. Itu semua kuasa Allah!”. Kesal Jazlan dengan kepesongan akidah kakak kesayangannya itu.

“Tapi, dia berubat guna ayat al-Quran Lan, bukannya puja jin ke, setan ke”, ujar Irsyad pula.

“Iyelah bang. Walaupun nampak macam Islamik sebab dia baca ayat-ayat al Quran, tapi ia bida’ah dan khurafat, bang. Buktinya, tangkal yang kakak sedang pakai tu dan saya yakin ada lagi tangkal lain kat dalam rumah ni.” Jazlan cuba menduga.

“Mana kau tahu ada tangkal lain kat dalam rumah ni?”, soal Jasmin seakan terkejut. Dia bimbang sesuatu yang buruk akan menimpanya kerana Tok Daik telah berpesan agar tiada siapa boleh tahu akan kewujudan tangkal itu selain dia dan suaminya.

“Ketika saya melangkah masuk ke dalam rumah ni, saya rasa semacam. Saya rasa macam ada aura jahat yang bermaharajalela dalam rumah ni”, balas Jazlan.

Irsyad dan Jasmin terdiam. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Tangkal tak boleh buat apa-apa kak! Maafla kalau saya cakap ni, tapi memang bodohlah orang yang percayakan tangkal yang melindunginya dari kuasa jahat. Khurafat tu, dan mungkin boleh jadi syirik kalau kita percayakan ada kuasa lain yang jauh lebih hebat dari kuasa Allah SWT”

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya jampi, tangkal dan sihir adalah syirik." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Baihaqi dan Al-Hakim)

Jazlan menyambung bicaranya lagi. “Tujuan syaitan memang nak menyesatkan dan merosakkan akidah anak-cucu Adam. Memang itu sumpahnya. Syaitan takkan suruh kita bakar al-Quran ke, berak atas al-Quran ke, sebab benda tu memang jelas-jelas dilarang. Tapi syaitan perlahan-perlahan akan gunakan unsur-unsur agama untuk menyesatkan orang dalam beragama, iaitu melalui perbuatan bida’ah ini la kak, bang! Orang yang kita nampak macam baik, tapi hakikatnya telah merosakkan akidah kita”

“Macam abang cakap tadi, dia baca ayat al Quran tapi mungkin dia telah selang selikan dengan bacaan yang kita sendiri tak faham. Inilah cara syaitan menyesatkan manusia”, jelas Jazlan panjang lebar. Jazlan merupakan pelajar lepasan ijazah di sebuah universiti ternama di Mesir dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

“Tapi…lepas je kita jumpa Tok Daik dan berdoa kat kubur wali keramat tu, terus kakak kau mengandung. Takkan lah amalan Tok Daik tu tipu semata-mata”, balas Irsyad cuba menegakkan kebenaran.

“Kat sinilah terletaknya kepentingan niat, Bang. Jika niat baca al-Quran untuk kebaikan, InsyaAllah, akan dapat pahala. Tapi kalau bacaan ayat Quran tu untuk mendapatkan sesuatu, contohnya anak. Dan, dengan izin Allah, ianya berlaku, kakak pun mengandung. Ini dinamakann istidraj. Allah kabulkan permintaan kita tu dengan tujuan nak menyesatkan lagi kita.

Sabda Rasulullah SAW:”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

“Istidraj? Akak tak faham lah Lan, boleh Lan explain lagi?”, pinta Jasmin.

“Maknanya, Allah bagi kita nikmat dengan tujuan untuk menghancurkan kita. Lan bagi contoh senang la, kisah anai-anai.”

Rasullulah SAW bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

“Anai-anai ni, kalau tidak bersayap, dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat iaitu sayapnya, dia akan cuba melawan api. Dan, akhirnya akan mati bergelimpangan. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.” Jelas Jazlan lagi,

“Oh, macam tu ke Lan? Tapi macam mana akak nak buang tangkal-tangkal ni? Tok Daik tu cakap, kalau akak buang tangkal-tangkal ni semua, sesuatu yang buruk akan terjadi kat kak. Kalau akak mati macam mana? Akak takut!”, ujar Jasmin lemah.

Kak! Tolonglah jangan beriktikad sampai macam ni sekali! Apabila tiba masa mati, ketentuan tu akan datang tanpa dapat dielakkan. Umur kita panjang ke, pendek ke, semua tu urusan Allah. Ajal kita bukan terletak pada tangkal-tangkal tu! Akak cabut tangkal akak pakai tu sekarang jugak! Akak bagi Lan semua tangkal yang tergantung kat rumah ni. Tolonglah kak", rayu Jazlan.

Jasmin kelihatan sugul. Dia bangun dan mengambil semua tangkal yang berada di dalam dan luar rumahnya lalu memberikannya kepada Jazlan

“Lan akan hapuskan semua tangkal-tangkal ni. Pohonlah keampunan kepada Allah atas kekhilafan yang Abang dan Kakak lakukan ini. Bertaubatlah, sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa berdoa dan bertaubat. Berdoalah kepada Allah untuk memohon sesuatu, jangan meminta kepada dukun, bomoh”, ujar Jazlan lembut tapi tegas.

“Tapi, perangai Izzah yang menjadi-jadi tu bukan atas sebab gangguan jin ke?” soal Jasmin ingin tahu.

“Akak, akak terlalu obses kepada benda karut macam tu. Pada pandangan saya, ini bukan salah jin, tapi salah Kakak dan Abang. Maaflah, bukan niat saya untuk menyalahkan akak dan abang, tapi tu lah hakikat sebenarnya. Akak dan abang terlalu manjakan Izzah. Akak dan Abang tak pernah memarahinya kalau dia buat salah. Tak betul cara akak dan abang tu. Walaupun saya belum ada anak sendiri lagi, tapi saya banyak belajar dari pengalaman rakan-rakan dan saya banyak belajar dari buku. Anak ni anugerah kepada setiap ibu bapa. Walau senakal mana pun mereka, pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalannya, sesuai untuk tahap umurnya. Dalam Islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani anak-anak yang nakal ni. Paling utama ialah doa. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati. Sebagai ibubapa, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. Anak nakal ni ujian Allah, kak. Allah saja uji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya. Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayangNya”, balas Jazlan bersungguh-sungguh.

“Kakak sayang sangat kat Izzah. Akak tak sanggup tengok dia menangis kalau kena marah. Meruntun jiwa akak dibuatnya Lan. Lan pun tahu kan, dia je lah satu-satunya buah hati pengarang jantung yang akak ada. Sembilan tahun akak tunggu kehadiran dia tau!”, balas Jasmin dengan linangan air mata.

“Sebagai ibu bapa, akak dan abang perlu bijak dalam mendidik anak. Nak manjakan anak tak salah, tapi biarlah berpada-pada. Kesilapan akak dan abang sekarang ialah memanjakan Izzah dengan keterlaluan dan memberi ruang untuk Izzah mengambil kesempatan. Akak dengan Abang mesti pernah tengok filem "Anakku Sazali" kan? Dari filem tu je kita dapat ambil macam-macam pengajaran kepada ibu bapa agar tidak bersikap memanjakan anak dengan keterlaluan. Filem tu banyak bagi peringatan kat kita supaya berhati-hati dalam mendidik anak terutama sekali ketika masih kanak-kanak. Izzah baru tiga tahun setengah, Lan rasa akak dan abang masih belum terlambat.”

Jazlan hiba melihat kakaknya sudah mula menangis teresak-esak. Dia bangun dari sofa empuk yang di duduknya tadi dan menuju ke arah kakaknya yang duduk di sofa bertentangan. Jazlan merangkul Jasmin. Dipeluknya kakak kesayangannya itu erat. Jasmin menangis teresak esak di bahu Jazlan “Akak, biar anak menangis sekarang, jangan kita yang menangis di kemudian hari nanti. Bila perkara yang tak diingini terjadi, menangis airmata darah pun tak guna kak”. Jazlan berbicara lembut kepada Jasmin. Akhirnya Jazlan turut menitiskan air mata melihat keadaan kakaknya itu.

...TAMAT...

Wednesday, February 08, 2012

Wordless Wednesday #07 - New Benny





Biarkan Dia Menangis.....(3)




KRINGGG!! KRINGGG!! Bunyi telefon rumah yang berdering beberapa kali menandakan panggilan masuk. Bunyi bising deringan telefon itu mengejutkan Jasmin dari lena. Terpisat-pisat matanya bangun dari pembaringan. Kepalanya masih berdenyut-denyut namun digagahkan jua kakinya mencapai ganggang telefon.

"Assalammualaikum". Sapa Jasmin dengan nada lemah sebaik sahaja mengangkat ganggang telefon.

"Waalaikumussalam. Kenapa lama sangat angkat telefon? Ada apa-apa masalah je Min? Lain macam je Abang dengar suara Min", sapa Irsyad disebalik corong telefon.

"Err, maaf Bang. Min pening kepala sangat tadi pastu tertidur, abang call ni baru Min tersedar", jelas Jasmin.

"Laa..kan Abang suruh Min pergi klinik tadi. Kalau Abang ada kat rumah sekarang, memang Abang nak hantar Min ke klinik, tapi Abang kan out-station. Malam nanti mungkin baru Abang sampai. Min pergi ke klinik ye? Kalau tak larat drive, Min naik teksi je yer?", pujuk Irsyad.

“Ala, tak payah pergi klinik lah,Bang. Min dah sapu minyak cap kapak dah tadi, Panadol pun dah telan. Nanti okey lah tu. Maybe jetlag travel ke Sabah hari tu tak habis lagi kot”, ujar Jasmin.

“Eh, jetlag apanya, bukan pergi Sepanyol pun, Sabah je kan! Dah, jangan degil cakap Abang. I don’t want the same thing happened twice!”, tegas Irsyad sambil teringat peristiwa Jasmin pening-pening dan muntah-muntah sebaik sahaja sampai ke rumah setibanya dari Sabah tempoh hari. Apabila diajak ke klinik, Jasmin berkeras mahu berehat di rumah sahaja.

“Baiklah. Nanti Min telefon teksi ke sini ye. Jangan emosional sangat. Dah la Min rindu ni, tiga hari tak jumpa Abang”. Sungguh sayu Jasmin menuturkan kata.

“Eh, Abang bukan marah la Sayang. Abang bimbang apa-apa jadi kat Min je. Pergi klinik tau. Ok la ye, Abang ada kerja nak settle kan ni, nanti Abang call Min balik. Assalamualaikum isteriku. Jumpa malam ni!,” ujar Irsyad lembut.

“Waalaikumussalam Bang. Jaga diri. Bye”, balas Jasmin sambil meletakkan ganggang telefon.

********************

Jasmin menunggu kepulangan Irsyad dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan senyuman yang amat manis sedari pulang dari klinik tadi. Namun ternyata Irsyad tidak pulang ke rumah pada malam itu. Ada kes kecemasan katanya. Esok baru balik. Dia menanti penuh hampa. Dia tidak mahu memberitahu Irsyad tentang berita gembira ini melalui corong telefon. Dia mahu melihat sendiri apa reaksi Irsyad apabila dia memberitahu berita itu.

Jasmin mengerling jam di dinding di ruang tamu. Sudah jam 12.30 tengah hari namun kelibat suaminya masih belum kelihatan. Dia mengeluh perlahan. Kepalanya masih pening. Dia melangkah dari sofa untuk melangkah ke kamar tidurnya untuk berehat. Ketika dia baru hendak memejamkan mata, dia terdengar pintu bilik tidurnya dikuak.

“Assalammualaikum, Sayang. Eh, kenapa berselubung tengah hari buta ni? Isteri kesayangan Abang tak sihat lagi ke? Doktor cakap apa semalam? Maaflah, Abang tak sempat nak call, kerja banyak sangat semalam.” Irsyad serba salah. Dia kasihan melihatnya terbaring dan berselimut begitu.

“Tak apalah Bang. Min faham Abang sibuk. Sayang okey je Bang. Kat luar tu kan hujan, tu yang Min pakai selimut ni. Sejuk”, balas Jasmin ringkas.

“Doktor cakap apa? Pening macam mana? Dah ok?” soal Irsyad lagi sambil meraba dahi isterinya. Terpancar riak kerisauan di wajah Irsyad.

“Doktor cakap, Min kena buatan orang”, balas Jasmin.

“Biar betul Sayang ni? Macam mana Doktor tu boleh tau Min kena buatan orang? Min jumpa doktor ke dukun?”. Terkejut Irsyad mendengar jawapan Jasmin.

“Buat apa Min nak tipu Abang. Dosa. Tak masuk syurga! Min pergi jumpa doktor la. Abang la ni yang buat Min sakit.” Jasmin sengaja membuatkan Irsyad tertanya-tanya.

“Ha? Abang yang buat Min sakit? Takkan lah Abang nak buat Min sakit. Baru tiga hari Abang tak balik, takkan lah Min terus jatuh sakit. Ke, pasal jin yang tok bomoh cerita hari tu?” duga Irsyad.

“Eh, Abang ni. Suka-suka hati je tuduh-tuduh jin. Mana lah dia tak marah kalau benda yang dia tak buat, dia kena tuduh pulak!”, tingkah Jasmin.

“Dah tu, kenapa? Apa salah Abang kat Min? Apa Abang dah buat sampai Min sakit-sakit macam ni?”, soal Irsyad inginkan kepastian.

“Cuba Abang fikir betul-betul apa yang Abang dah buat kat Min”, balas Jasmin sambil melentokkan kepalanya ke dada Irsyad.

Irsyad terdiam. Masih memikirkan apa perbuatannya terhadap Jasmin hingga Jasmin jatuh sakit. Seingat dia, tak pernah dia berlaku kasar kepada isterinya.

“Tahu la penat, baru balik out station, tapi takkanlah Abang tak dapat teka lagi.” Jasmin ketawa sambil menggosok-gosok perutnya. Wajah Irsyad nampak begitu terkejut. Mulut Irsyad sedikit terlopong.

“Maksud Min….? Ya Allah, betul ke ni? Betul ni? Abang bakal jadi ayah?” Irsyad yang tadi duduk di birai katil bersama-sama Jasmin terus berdiri memandang Jasmin. Entah kenapa terasa lembap sekali otaknya nak memproses maklumat. Mungkin kepenatan agaknya.

Jasmin mengangguk perlahan sambil tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih bak mutiara.

Tiada kata lagi yang mampu keluar dari mulut Irsyad. Kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dadanya sebentar tadi. Irsyad terus menarik Jasmin ke dalam pelukannya.

“Thanks sayang. Dah lama kita tunggu saat ni kan. I love you…”. Ubun-ubun Jasmin dikucup mesra. Air matanya terasa mahu menitis. Saat yang teramat bahagia. Lebih bahagia dari saat mereka diijabkabulkan.

********************

Percutian mereka ke Sabah tempoh hari benar-benar bermakna. Mana tidaknya, sebaik sahaja sebulan pulang dari Sabah, Jasmin disahkan mengandung tiga minggu. Irsyad gembira bukan kepalang. Kini, usia kandungan Jasmin sudah menjangkau 17 minggu.

“Ini berkat berdoa kat makam wali keramat tempoh hari barangkali.” Irsyad bermonolog sendiri.

Tapi, ada sesuatu yang menggusarkan fikiran Irsyad. Sejak Jasmin berbadan dua, sikapnya berubah 360°. Jasmin sering bad mood. Irsyad faham, mungkin pembawaan budak. Yang paling merungsingkan Irsyad, Jasmin sukar untuk tidur malam, sering mengadu sakit sana sini. Tapi, setelah terlena, dia sering mengigau dan meracau dalam tidur pula. Bila dikejutkan, dia seakan orang kebingungan, seolah-olah antara sedar dan tidak.

Jasmin juga selalu mengadu yang dia sering terdengar bunyi-bunyi yang menakutkan seperti bunyi orang mengetuk tingkap atau kadang-kadang bunyi orang mencakar dinding. Kadang-kadang Jasmin terlihat kelibat kanak-kanak kecil berlarian di dalam rumah. Sejak mengalami peristiwa-peristiwa menyeramkan itu, Jasmin menjadi seorang pendiam padahal sebelum ini, Jasmin merupakan isteri yang banyak cakap, suka buat kelakar, dan suka menyakat Irsyad. Jasmin juga akan merasa ketakutan bila di tinggalkan seorang diri di rumah walaupun hari siang. Sekiranya Irsyad sedang mengaji, Jasmin akan meraung-raung kesakitan seolah-olah ada benda yang memasuki ke badannya.

Irsyad susah hati dengan kesihatan Jasmin yang makin merosot sejak mengandung. Atas nasihat ibunya, Irsyad pun membawa Jasmin berubat. Kali ini dia kembali lagi kepada Tok Daik, dukun yang diperkenalkan Khairul tempoh hari. Irsyad menceritakan segalanya. Dia memohon agar Tok Daik dapat membantu menyelamatkan isteri dan anak dalam kandungan Jasmin itu. Dia tidak mahu sebarang kecelakaan berlaku kepada mereka berdua.

Setelah Irsyad menceritakan masalahnya itu, Tok Daik memulakan perubatannya. Irsyad gerun melihat isterinya menangis, berteriak dan meronta seperti orang kepanasan apabila Tok Daik membacakan bacaan potongan ayat al Quran ke dalam mangkuk yang berisi air itu. Kemudian, Tok Daik menyuruh Jasmin meminum air tersebut. Setelah habis meneguk air tersebut, Jasmin kelihatan seperti orang bingung. Seakan tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya sebentar tadi.

“Pakai tangkal ni. Jangan tanggalkan. Tangkal ini akan mengelakkan jin-jin tersebut mengganggu kamu”, ujar Tok Daik sambil menghulurkan seutas tali berwarna hitam.

“Satu lagi, gantung botol ini di pintu utama rumah kalian. Jangan biarkan orang lain melihatnya, jika tidak, isteri kamu akan dalam bahaya”, beritahu Tok Daik serius sambil menghulurkan satu botol kecil kepada Irsyad. Lalu, Irsyad mengambil botol kecil yang di dalamnya terdapat gulungan kain kuning yang dia sendiri tidak tahu apa kandungan dalam balutan kain kuning itu.

Setelah pulang dari berjumpa Tok Daik dan melakukan apa yang disuruhnya, Jasmin kelihatan beransur pulih. Dia tidak lagi mengadu terserempak dengan kelibat-kelibat yang menakutkan. Dia juga sudah kurang mengigau dalam tidur. Cuma kadang-kadang sahaja, ketika tidur Jasmin bercakap-cakap yang Irsyad sendiri tidak faham butir bicaranya. Tapi itu mungkin simptom biasa bagi seseorang yang tidur dalam keadaan yang terlalu letih.

********************

Sembilan bulan yang sukar telah berlalu dan Jasmin selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Irsyad adalah orang yang paling gembira. Kehadiran bayi comel itu menambahkan lagi rasa cintanya kepada Jasmin. Dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri untuk menjaga Jasmin dan anaknya ini dengan sebaik mungkin, dengan penuh kasih sayang.

Tidak putus-putus ucapan selamat dan tahniah diberikan oleh saudara mara serta sahabat handai mereka. Semua memuji akan keelokan wajah bayi mereka. Ada yang kata hidungnya seperti Irsyad, ada yang kata pipi bayi yang tembam itu saling tak tumpah seperti Jasmin. Mereka berdua tersenyum bangga mendengar pujian teman-temannya.

Memang tidak dapat dinafikan, bayi yang dilahirkan itu sangat comel. Pipinya kemerah-merahan seperti ada sekuntum mawar berputik segar pada pipinya, keningnya terukir lembut bagaikan lalang yang di basahi embun, matanya luas dan bercahaya umpama sebuah tasik yang disinari cahaya matahari di waktu pagi dan bibirnya merah bak delima merekah. Irsyad dah Jasmin sepakat memberi hadiah pertama buat anak mereka yang baru melihat dunia itu dengan nama Juwita Nur Izzah. Semoga puteri yang dikurniakan ini bakal mempunyai peribadi yang mulia serta mampu menjadi penghibur mereka berdua.

********************

Tuesday, February 07, 2012

15 RabiulAwal 1409- ????

Dari luar tirai jendela kelihatan bulan mengambang penuh di kaki awan. Sangat indah! Ini menandakan sudah separuh bulan RabiulAwal 1433H kita lalui.

15 Rabiulawal 1409, 24 tahun yang lalu, gadis ini dilahirkan di muka bumi, dengan tujuan untuk menghambakan diri kepadaNya. Tapi, bila berganjak dewasa, terlalu banyak dosa dan kerosakan yang telah dia lakukan. Dan kini, dia cuba berubah walaupun belum mampu tuk menjadi yang terbaik.

Syukur, atas nikmat usia yang masih dipinjamkan ini. Sesungguhnya, yang jauh itu masa lalu dan yang dekat itu adalah kematian. Dan, semakin meningkat usia kita, semakin dekat kita dengan kematian..SELAMAT HARI LAHIR BUATKU..^^

Monday, February 06, 2012

Biarkan Dia Menangis.....(2)




Irsyad kelihatan mundar mandir di hadapan televisyen sambil menggigit kuku ibu jari tangan. Itulah tabiat buruknya dari kecil apabila sedang berfikir.

“Abang, Min kan tengah tengok TV ni. Boleh tolong duduk tak, Bang? Part best ni”, keluh Jasmin.

Irsyad masih begitu seakan tidak mendengar apa yang Jasmin katakan.

“Meh sini meh, duk sebelah Sayang”, pujuk Jasmin walau rasa terganggu apabila Irsyad mundar-mandir di hadapannya ketika dia asyik menonton rancangan kegemarannya.

“Abang ada problem ke ni? Sejak dapat call tadi, abang jadi macam ni. Ada apa yang tak kena ke? Tak nak share dengan Sayang?”. Sungguh lembut Jasmin menyusun kata apabila Irsyad seakan tidak mendengar pujukannya tadi. Risau dia melihat perubahan Irsyad seakan tengah menanggung beban yang berat di dalam kotak fikirannya.

Tiba-tiba Irsyad tersentak. Lamunannya terbang pergi.

“Err…Min cakap apa tadi? Sorry, Abang tak dengar”, soal Irsyad seakan orang kebingungan.

“Eh, mana ada Min cakap dengan Abang. Min cakap dengan Rosyam Nor kat TV tu. Kan Rosyam kan? ”, perli Jasmin. Bengang Irsyad tidak menghiraukan dia tadi.

“Ala kuci-kuci. Merajuk lah tu Abang kacau dia tengok TV. Sorry la ya. Abang sebenarnya ada hal nak discuss dengan Sayang ni”, pujuk Irsyad.

Discuss pasal apa tu Bang? Macam berat je bunyinya. Eh, cuak pulak nak dengar ni”, balas Jasmin dengan nada kerisauan.

“Tadi Khairul call Abang. Dia cakap, dia ada kenal sorang ni, dia boleh selesaikan masalah orang macam kita”, jelas Irsyad ringkas.

“Orang macam kita? Maksud Abang?”

“Err..macam kita. Takde anak. Dia kata, orang tu boleh tolong”, balas Irsyad.

“Maksud abang, tok bomoh ke ni? Sudah lah Bang, jemu dah Sayang dengan bomoh-bomoh ni. Diorang just nak duit je. Bukan diorang terer sangat pun. Sayang tak mau kena tipu dah”. Ada nada kesal dalam butir bicara Jasmin.

“Ini bukan sembarangan, Yang. Dah banyak orang-orang macam kita dia tolong. Memang mujarab. Khairul cakap, bomoh ni famous. Orang dari jauh pun sanggup datang jumpa dia untuk dapatkan rawatan. Memang bukan bomoh tipu. Percayalah. Takkan Abang nak pedajal isteri kesayangan Abang ni. Kita nak ikhtiar kan? Mana tau ini ikhtiar terakhir kita? Dan lepas ni, kita boleh sama-sama terima kehadiran orang baru dalam family kita ni. Boleh ye Sayang? Kali ni je. Last!”. Bersungguh-sungguh Irsyad cuba melembutkan hati Jasmin.

“Betul ni last? Promise?”.

“Ye Sayang. Terima kasih kerana percayakan Abang. Sayaang Min”.

***********************

“Assalamualaikum, Rul. Kau busy tak hari ni? Aku nak jumpa kau jap. Pasal yang kau cakap hari tu”, soal Irsyad dalam talian telefon.

“Ha..macam tu la kawan. Kau mesti setuju dengan cadangan aku kan? Petang ni kita jumpa kat tempat biasa, ok?”, balas Khairul

“Ok. Aku bawak Min sekali tau. Kesian pulak dia sorang-sorang kat rumah”.

“Kau nak bawak satu taman pun takpe Cad, no hal punya. Tapi make sure bawak awek-awek hot la, yang tak berapa nak hot, kau tinggal je kat jalan”. Khairul berseloroh.

“Miang betul! Aku report kat bini kau nanti, rentung la kau! Ahh..sudahlah, makin aku layan kau ni, makin menjadi-jadi pulak nanti.Bye! Jumpa petang nanti!”, segera Irsyad mematikan talian.

***********************

Dalam kesamaran cahaya lampu jalan yang masuk melalui celahan langsir bilik tidurnya, Irsyad masih boleh lihat jam dinding. Berbalam-balam. Dah jam dua setengah pagi. Dia masih belum boleh lelap walaupun bilik dah separa gelap. Ada sesuatu yang berlegar-legar di kotak fikirannya. Tentang bomoh yang Khairul ceritakan itu. Jasmin sudah pun setuju selepas mendengar cerita Khairul petang tadi.

Imbas Kembali…

“Kau jangan nak risau, Cad. Dukun tu mengamalkan perubatan Islam. Ada bacaan ayat Quran time dia merawat orang. Bukan jampi serapah yang mengarut-ngarut”, terang Khairul bersungguh-sungguh.

“Bini aku punya member pernah berubat gak kat dukun ni dulu. Kes diorang lebih kurang sama macam korang. 11 tahun diorang kahwin, tapi still tak dapat anak. Lepas je diorang jumpa dukun tu, terus bini dia disahkan mengandung. Sekarang dah ada anak dua dah”, tambah Khairul lagi.

“Eh, betul ke ni, Rul? Macam excited pulak aku dengar cerita kau. Bang, esok kita pergi jumpa dukun tu nak?”, teruja Jasmin mendengar cerita Khairul dan meminta agar Irsyad dan dia segera ke sana.

“Esok? Tak rushing sangat ke Yang?”

“Ala..apa salahnya bang. Esok kan holiday. Bukan kita ada plan lain pun kan? Boleh ye, Bang? Please…”, pujuk Jasmin sambil memegang tangan Irsyad.

“Tapi…..sayang kan belum buat persediaan mental fizikal lagi. Biasanya nak pergi travel jauh, sayang cakap kena ready fizikal mental dulu kan?”, perli Irsyad sambil mengulum senyuman.

“Ala…Abang perli Min la ni. Benci la!”, rajuk Jasmin sambil memalingkan wajahnya ke arah lain tanpa menyedari Khairul tengah memerhatikan gelagat mereka.

“Ewah-ewah korang ni. Macam pengantin baru, merajuk-rajuk pulak! Nak pergi ke tak ni? Kalau nak, aku boleh tolong buatkan appointment. Kau jangan tak tau, nak jumpa bomoh pun kena buat appointment tau!”, ujar Khairul sambil memandang Irsyad memohon jawapan segera.

“Em, ok lah. Aku setuju. Tapi kau teman la kitorang ye! Aku mana tahu tempatnya kat mana”, jawab Irsyad.

***********************

Keesokannya, mereka tiba di tempat yang dimaksudkan. Di kawasan kepulauan di selatan tanah air. Setelah berjumpa dan menceritakan tentang masalah yang mereka alami, dukun itu seakan memahami. Berbekalkan pengeras yang hanya RM5.25 bersama 7 batang paku dan 7 biji buah keras membuatkan Jasmin dan Irsyad yakin bahawa dukun ini bukan seorang penipu.

Dukun tersebut sudahpun memulakan bacaannya. Suaranya terketar-ketar dan sangat perlahan dan ada ayat-ayat yang sukar Irsyad dan Jasmin fahami. Setelah dukun itu selesaikan bacaannya, dia menerangkan bahawa terdapat jin yang tinggal dalam rahim Jasmin. Jin itu menghalang persenyawaan dan sekaligus kehamilan gagal berlaku.

Mereka terkejut mendengar penjelasan dari dukun tersebut. Tak sangka ada makhluk lain yang ‘menumpang’ dalam tubuh Jasmin, sekaligus menyebabkan Jasmin gagal untuk mengandung.

“Nah, ini air mineral yang sudah Tok bacakan dengan bacaan Quran tadi dengan air Yassin. Minum dan sapu pada perut isteri 3 kali sehari”.

“Oh ya, satu lagi. Ini yang penting. Kamu berdua mesti ke makam wali Allah yang keramat berhampiran pulau ini. Pohon doa dan bernazarlah di makamnya. Untuk mendapat berkat, bawalah bersama sesisir pisang dan pulut kuning. Doa lah dengan bersungguh-sungguh di situ mudah-mudahan permasalahan yang kalian hadapi sekarang dapat diselesaikan”. Panjang lebar dukun tersebut menerangkan apa yang perlu mereka berdua lakukan.

"Terima kasih Tok. Kami akan buat semua pesanan Tok itu. Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan Tok", balas Irsyad.

Kereta mereka pun beransur pergi meninggalkan perkarangan rumah dukun tersebut dan menuju ke makam wali keramat yang dimaksudkan. Setibanya di sana, Irsyad dan Jasmin pun memberi salam dan berselawat kepada wali Allah tersebut seperti yang dipesan dukun tadi.

Mereka pun mula berdoa agar jin yang ‘tinggal’ di dalam rahim Jasmin itu dimusnahkan dan memohon agar dimudahkan proses kehamilannya. Mereka sepakat bernazar sekiranya mereka dikurniakan cahaya mata selepas ini, mereka akan membuat kenduri kesyukuran, menyumbang RM3000 kepada anak yatim dan berjanji akan menyayangi anak yang dilahirkan itu dengan sepenuh hati dan tak akan sesekali memarahinya apatah lagi memukulnya.

***********************

“Yang…kan Sayang dah janji dengan Abang nak pergi dating-dating hujung minggu ni kan? Jangan nak mengelat lagi tau! Abang dah booking chalet untuk kita dah!”. Irsyad tersenyum girang sambil tangannya merangkul pinggang Jasmin yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

Jasmin tersenyum manis, menyerlahkan lagi lesung pipitnya.

“Min ingatkan Abang dah lupa dah. Min saja je buat senyap. Kalau Abang tak ingat, boleh Min layan sinetron puas-puas lagi”, usik Jasmin.

Irsyad mengeratkan lagi pautan pinggang isterinya.

“Eh..eh..cuba nak main kotor la tu! Nakal! No sinetron-sinetron this weekend. Kita akan cipta sinetron kita sendiri di Sabah sana. Mana tahu, angin sejuk kepulauan Borneo tu bakal membawa berita gembira buat kita. Who knows kan, Sayang?”.

“Sabah? Baru-baru ni Abang cakap kita nak pergi Cameron Highland je kan?”, soal Jasmin kehairanan.

Irsyad melepaskan pinggang Jasmin lalu melangkah menuju ke gazebo yang tidak jauh dari tempatnya berdiri.

“Iyalah. Memang hari tu Abang ajak Min pergi Cameron, tapi Min jual mahal. Kali ni Abang ajak Min pergi Sabah pulak. Arahan ni. Tak boleh bantah. Apa salahnya, sesekali bercuti naik ‘belon’ pulak. Letih la asyik drive jer”, beritahu Irsyad sambil tersenyum memandang Jasmin.

“Mana aci guna kuasa veto! Tapi... Min suka! Wah, bestnya pergi Sabah, Bang! Min tak pernah sampai sana. Kali ni Min tak jual mahal. Min memang nak pergi Sabah naik belon! Yes!”, ujar Jasmin begitu riang sambil membayangkan keindahan pemandangan Sabah yang selalu ditontonnya di kaca televisyen.


***********************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...