Setelah 173 hari bersamaan 5 bulan 20 hari tak mengemaskini (chewaahh, bakunyee) blog kesayangan Ana ni, maka hari ni pada tanggal 12.12.12 ni, Ana akan berusaha mungkin untuk merepek semahunya sebelum jam 00:00 esok..hihi
Okey, kalau baca tajuk, mesti korang ingat entri ni berunsurkan jiwang-jiwangan, bunga-bungaan (eh, peliknye bunyi), syahdu-syahduan dan seumpamanya kan? Definitely not! Eh, mungkin iya jugak. Entri ini dikarang khas buat insan-insan yang terlalu Ana cintai sehingga hujung nyawa Ana. Mereka adalah Ibu & Ayah.
Kalau nak diceritakan semua, sampai mentari terbit di belah barat pun, masih takkan pernah tamat cerita tentang mereka. Terlalu banyak hal tentang mereka yang Ana terlalu kagumi. Tidak melampau seandainya Ana jadikan mereka role-model selepas Rasulullah SAW. Kan? :)
So, Ana nak story sikit pasal Ibu & Ayah yang Ana sayang ni. Bukan nak mendewa-dewakan mereka, tapi cuma ingin berkongsi rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah telah meminjamkan mereka berdua kepada kami di dunia ini dan Ana berharap akan terus bersama mereka di Syurga nanti. Mereka adalah anugerah yang terindah yang telah Allah kirimkan kepada Ana..;')
Sepanjang hampir 24 tahun Ana hidup bersama mereka berdua, sesungguhnya Ibu & Ayah tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, sama ada sesama mereka, kepada kami adik beradik & kepada orang luar. Bak kata 'Kak Ngah' dalam cerita Keluarga Iskandar tu, perkataan 'bodoh' adalah perkataan contoh perkataan kesat yang berada pada level paling atas dalam semua senarai kata-kata kesat/lucah. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak. Mungkin banyak lagi perkataan kesat yang sangat 'makan dalam' selain perkataan 'bodoh' kan? Ibu & ayah sentiasa mengucapkan perkataan yang baik-baik saja. Jarang @ mungkin tak pernah Ana dengar mereka mencarut tak tentu hala. Itu yang Ana sangat kagum tentang mereka berdua. Keperibadian melalui teladan ; bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ya, alhamdulillah jarang sekali/ tidak pernah kami mengeluarkan kata-kata kesat. Ana rasa, dalam 24 tahun ni, bohonglah kalau Ana cakap ana tak pernah mencarut/keluarkan kata-kata kesat kan? Tapi, taklah sampai sentiasa keluar dari mulut ni. Asal bercakap je, mencarut. Asal bercakap je, ade je yang dicarutkan. Adik beradik Ana pun memang jarang sangat la Ana dengar diorang cakap kesat. Bukan nak menceritakan kebaikan sendiri, tapi itulah hakikatnya. Bukan dalam famili kami jer, famili-famili belah ibu dan ayah pun jarang sangat Ana dengar mereka cakap kotor/kesat. Bersyukur sangat rasanya diletakkan ke dalam famili-famili ini sebab Ana memang sangat tak kuasa/tak tahan dengan orang-orang yang sentiasa 'bertasbihkan' perkataan kesat & menyakitkan hati ni. Sebab Ana ni seorang yang sensitif, orang cakap bodoh kat Ana pun, Ana dah sebak.
Mereka berdua juga terlalu hebat dalam mengawal perasaan amarah. Ana memang salute dengan mereka. Bila dah tidak tertanggung barulah mereka akan marah kami. Contoh: Dah berpuluh-puluh kali ketuk pintu bilik, suruh bangun pagi, masih tak bangun, ibu akan mula marah. Tapi bukan sahaja ibu marah kepada seorang tu jer, habis semua orang kat rumah tu ibu akan marah dan ayah hanya berdiam. Ayah takkan pernah menambahkan lagi minyak ke dalam amarah ibu. Begitulah hidup suami isteri kan? Ketika seorang menjadi api, seorang pasti menjadi airnya. Tapi, amarah ibu takdelah sampai menengking kami dan mengeluarkan kata-kata kesat yang mengguris perasaan. Ya, memang tak pernah. Ana tekankan sekali lagi, TAK PERNAH! Kalau ibu marah, ibu hanya mendiamkan diri. AWAS, kalau kami menegur, memang padah. Sebab apa? Sebab kalau kita layan bercakap masa ibu tengah marah, memang tempah nahas. Bukan ibu lempang, apatah lagi terajang, tapi kata-kata ibu. Kata-kata ibu yang dibalas dari sapaan kita tu, walaupun lembut tapi BERBISA. MEMANG SENTAP. Walau hanya 3-4 patah perkataan je. Tapi, ibu cepat reda. Marah ibu bukan dendam. Kalau dia dah bawak bercakap dengan kita tu, maknanya dah ok la tu. Dan ibu mula 'slow talk'. Menerangkan kenapa dia marah dan mula menasihati. Lembut dan penuh berhikmah. Dalam seminggu,ada lah sekali dua ibu marah. Memang susah nak buat ibu marah melainkan dia tengah menanggung sakit, pastu anak-anak buat perkara yang menyakitkan hati, barulah ibu marah.Ayah pulak berbeza. Ayah tak pernah marah ibu & anak-anaknya. Ayah kuat bebel, tapi bukan dengan nada meninggi suara seakan marah. Ya, mungkin ayah jenis seorang yang bersuara keras & kuat, kadang-kadang Ana akan termenangis bila ayah sedang menasihat. Haha. Padahal ayah bukan marah pun, cuma memberi sedikit nasihat untuk menerangkan & perbetulkan kesalahan kami. Ya, cara mereka berbeza, cuma yang sama, mereka tak pernah menengking kami untuk menunjukkan amarah mereka.
Ibu & Ayah gemar duduk di rumah. Maksudnya, bila ayah selesai tugas di kedai & selesai membeli stok barang, ayah akan terus pulang ke rumah. Berehat bersama isteri & anak-anak. Mungkin masa ayah di kedai lebih banyak berbanding masanya di rumah, tetapi ayah tak pernah tak balik rumah. Hihi. Biasanya orang-orang sebaya ayah akan melepak-lepak di kedai kopi, main dam haji sampai berjam-jam, tapi ayah tidak. Ibu pun jenis seorang wanita yang suka duduk di rumah. Kalau keluar pun, keluar berkebun, bagi makan arnab, main dengan kucing, borak dengan jiran dan sebagainya. Tapi masih selalu berada di kawasan rumah. Tak pernah lagi Ana tengok ibu merayap ke rumah orang lain untuk mesyuarat tingkap macam cerita P.Ramlee tu. Hihi. Dan ibu bukan jenis suke mendengar & bercerita hal orang. Kalau lah ada orang berborak dengan dia, dan berceritakan tentang kisah orang lain, ibu cuma mendiamkan diri dan tersenyum. Jarang sekali ibu menyampuk atau memanjang-manjangkan lagi cerita tu. Melainkan kalau melibatkan keluarga dia & dia ingin tahu. Kami sekeluarga memang jarang pergi bercuti. Dan Ana tak pernah ralat pun ayah & ibu jarang bawak kami bercuti & jalan-jalan ke tempat orang sebab Ana HATE TRAVELLING! Ana memang gemar duduk di rumah sahaja. Sebab Ana rasa, duduk kat umah tu lebih mendamaikan dari berjalan merata-rata. Lagipun, Ana ni mabuk! Haha. Memang selalu standby beg plastik dalam handbag kalau nak berjalan jauh, contohnye balik kampung kat Seremban ke. Even Ana ni banyak duduk kat luar (asrama,matrik,Uni) , tapi Ana tetap rasa kat dalam rumah lebih mendamaikan. Biarlah orang nak cakap minda tak berkembang kalau asyik terperap dalam rumah je, tapi Ana suka. Ibu pun sebijik macam Ana. Eh, mungkin Ana yang sebijik dengan Ibu. Ibu ni, kalau orang ajak dia kemana-mana, kebanyakannya dia menolak. Bukannya dia tak sudi, tapi mungkin masalah kesihatan agaknya. Contoh kalau nk balik kampung, ibu dah mula pening-pening kepala walaupun masih ade 5jam lagi sebelum naik bas. Dan tak akan selera untuk menjamah sebutir nasi. Dan sepanjang perjalanan tu, tak akan ada makanan akan hinggap ke dalam mulutnya (melainkan asam) sehinggalah tiba ke destinasi. Aneh kan? Itulah ibu saya yang unik. Dan keunikan ibu tu turut hinggap kepada saya. "Eh, orang ajak berjalan pun taknak, bukan ajak berperang pun!?". Ya, that's my mom & me! Ana kalau berjalan-jalan sekali sekala ni boleh la, excited la jugak. Kalau sentiasa berjalan, Ana tak suka. Ana memang lebih suka duduk di rumah. Zaman duduk kat matrik & UKM dulu, mana ada Ana sentiasa keluar. Asal weekend je, gi bandar, gi Kuantan, gi Midvalley, gi Times Square. Tak. Ana tak macam tu. Ana lebih suka abehkan hujung minggu dalam dorm. Sampaikan nak keluar kafe beli nasik pun berat hati nak tinggalkan dorm. Haha. Over kan? Tapi itulah realitinya. Dalam dorm tu bukannya study mana pun, habiskan masa depan lappy. Tak kisah lah duk buat aktiviti mengedit gambar ke, ngenet ke, skype ke. Haha. Teruk kan? Memang Ana takde social life dan Ana langsung tak terkilan.
Mereka juga agak tegas dalam hal solat. Ibu akan sentiasa bertanya, 'dah solat belum?'. Kalau kami jawab belum, ibu akan suruh kami solat waktu tu jugak. Waktu Subuh, ibu akan mengetuk-ngetuk pintu bilik pinta untuk kita menunaikan kewajipan kita. Dan kalau berjalan ke mana-mana sekalipun, ibu takkan tetap turun solat meskipun badannya tak sihat dan solat dalam keadaan duduk. Itu yang Ana kagum tentang ibu. Ana yang muda ni pun kadang-kadang tak cukup lima waktunya. :'(. Tapi Ana terus berusaha untuk melengkapkan yang lima itu. Ana tak faham, macam mana orang boleh rasa tak bersalah bila tinggal solat yer? Sampaikan kita lupa siapa yang menciptakan kita. Kita terlalu sibuk mengejar hal duniawi, sehingga terlupa yang kita di dunia ni bukan selamanya. Kita terlalu sibuk mencari rezeki sehingga kita lupa siapa Pemberi rezeki itu. Peringatan untuk diri sendiri yang selalu leka.
Ibu Ana seorang kaunselor yang hebat, lebih hebat dari kaunselor berbayar di luar sana. Kenapa Ana cakap macam tu? Sebab setiap kali Ana bersedih/ sedang menghadapi masalah, Ibu pasti akan memberikan nasihat yang penuh berhikmah, dan bercerita kisah yang sesuai dengan situasi tersebut. Ana mengaku, terlalu banyak air mata kesedihan ibu yang telah menitis dek kerana sikap Ana. Ana ni jenis pemendam. Bukan pendendam! Apa sahaja yang orang buat pada Ana, Ana hanya bersikap pasif. Tapi, bila Ana dah tak dapat tahan perasaan tu, maka hancurlah! Ana memang tak akan dapat kawal perasaan itu dan terus berkata-kata akan ketidakpuashatian sehinggalah akan membuat ibu kecil hati. Dalam tangisan, ibu terus menasihati Ana. Kata-kata hikmah yang ternyata akan membuat hati kecil Ana menangis lalu terpancar di kelopak mata. Maka berderailah air mata penyesalan itu. Cepat-cepat ibu seka air mata yang dah mula basah di pipi. Ternyata, bersama ibu adalah waktu yang paling mendamaikan. Redup matanya mengundang kesayuan di hati. Bila Ana berhadapan masalah, ibulah orang pertama yang menghulurkan tangan membantu. Walaupun bukan dengan berbentuk wang ringgit/harta benda, tapi pertolongannya sangat bernilai. Kata-kata ibu membuat kita lupa masalah kita seketika. Lembut & mendamaikan sehingga kadang-kadang air mata ini tumpah.
Ayah seorang bapa yang tak pernah mengecewakan anak-anak. Ayah akan sedaya upaya memenuhi keinginan anak-anaknya walaupun agak berat, contohnya nak laptop, nak handphone baru, nak itu, nak ini. Al maklumlah, kami ni bukan orang kaya, nak dapatkan semua tu bukan hanya dengan petik jari. Ayah perlu kerja keras untuk dapatkan itu semua. Tapi, ayah tetap akan berusaha mendapatkannya. Thats my dad! I'm very adore & proud of him. Yang istimewanya ayah ni ialah, dia macam tahu akan isi hati anak-anaknya. Contohnya: Ayah pergi pasar. pastu Ana cakap dengan ibu, "kan best kalau dapat makan rambutan". Pastu ayah balik, bawah 3kilo rambutan! Wow! Ibu pun terkejut. Hihi. Pastu ada lagi. Ana teringin makan jagung. Tapi tak pernah luahkan kat ibu atau ayah. Ada 1 petang ni, ayah lambat sangat balik. Da 6ptg lebih pun tak sampai-sampai rumah lagi. Tak lama lepastu, ayah balik. Tengok-tengok, ade berbelas ketul jagung rebus ayah bawak balik! Jauh beli tu! Superwow!! Memang ayah Ana pandai baca hati anak-anaknya. Mungkin cara ayah menunjukkan kasih sayangnya berbeza dengan bapa-bapa lain di luar sana, tapi Ana tetap menganggap Ayahlah adiwira Ana selamanya.
Tahun ini, sudah 30 tahun ibu dan ayah melayari bahtera rumah tangga bersama. Sudah kelihatan kedutan yang mula berjinak-jinak di wajah mereka berdua. Kedut-kedut yang membesarkan kami, kedut ibu juga lah yang mengandungkan kami selama sembilan bulan. Kedut itu jugalah yang berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan kami. Bayangkan, berapa bnyak urat dan saraf telah terputus sewaktu melahirkan kita, kan? Tidak pernah diminta balas. Bagaimanalah caranya untuk Ana membalas semua jasa & pengorbanan mereka ye? Ana ni dahla kerja pun takde. Ingat taknak bagi dah Ayah kerja keras sangat. Tapi apakan daya, anaknya ini masih belum bisa membantunya walaupun usia hampir mencecah suku abad..T_T
Okey. Rasanya Ana memang balas dendam kali ni. Lebih 2000 patah perkataan ada ni. Maklumlah, dah dekat setengah tahun tak update belog ni. Hihi. Tapi, bukan semua sifat-sifat yang di atas sahaja yang Ana kagum tentang ibu dan ayah. Banyak lagi. Terlalu banyak. Tapi rasanya jari jemari ni nak mintak rest la pulak. Mungkin akan Ana sambung kisah mereka nanti. Seperti mana Ana cakap di awal entri tadi, sampai mentari terbit di belah barat pun, masih takkan pernah tamat cerita tentang mereka.
OK la. Gerak dulu. Nak lipat kain pulak. Dah lama kain tu berlungguk, sampai termasuk-masuk dalam mimpi. Bertapa kain-kain tu nak suruh Ana lipat dia.adehhh. =.="

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa...Mesti selalu sangat kita dengar kata-kata ni kan? Memang kasih sayang & pengorbanan mereka takkan dapat kita balas sehingga ke hujung nyawa kita. Terlalu banyak air mata, peluh, keringat, jerit payah yang telah mereka hadapi untuk membesarkan kami empat beradik. Kami bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang lenang, tapi alhamdulillah & sangat bersyukur kerana ibu & ayah tetap berusaha untuk mencukupkan keperluan kami sekeluarga.

Indeed 12.12.12 is one very special date, one that will never be repeated to the end of time.
ReplyDeleteMula lah dengan yang terbaik. Kalau bahasa Melayu biarlah Melayu dan kalau bahasa Inggeris pun biarlah Inggeris - tidak bercampur aduk.
Happy blogging
terima kasih. :)
Delete