Pagi itu, sayup-sayup kedengaran kokokan ayam.Usai solat Subuh, Alya berteleku sejenak di birai katil. Cuba mengingatkan kembali mimpinya sebentar tadi. Ya,Alya pasti 'dia' adalah orang yang hadir dalam mimpinya. Bukan hanya hari ini, tetapi sudah kerap tidur Alya ditemani 'dia'. Akhir-akhir ini, hampir setiap hari 'dia' datang. Boleh dikatakan, setiap kali Alya terlena,'dia' pasti akan menjadi watak utama pada layar mimpinya.
Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaannya. Mengapa dia datang? Mengapa dia hanya hadir dalam mimpi? Mengapa kita bergurau senda hanya dalam mimpi? Mengapa di alam realiti, kita bagaikan orang asing, padahal kita sudah saling mengenali lebih 20 tahun yang lalu? Kenapa??? Kenapa selepas kau pergi dari hidupku dan telah hadir insan lain menghulurkan cintanya, baru kau muncul kembali? Mengapa tidak dari dulu? Alya bermonolog sendirian.
Berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya. Dan Alya yakin soalan-soalan itu tak mampu Alya jawab kerana dia sendiri tiada jawapan bagi soalannya sendiri. Alya buntu. Alya tidak mahu dianggap curang oleh belahan hatinya, Fakhri. Tiba-tiba,kata-kata uminya tergiang-giang di telinga,
Disaat Alya membiarkan sejenak fikirannya menerawang, termenung mencari jawapan segala persoalannya, mata Alya semakin berat. Layu. Lalu dibaringkan tubuhnya ke atas katil bercadar rona ungu berbunga putih itu. Perlahan-lahan, matanya semakin layu dan rohnya entah hilang ke mana. Yang pasti, Alya sudah terlena...
"Anje..." Azhan cuba membuka bicara yang terkunci sejak tadi. Lamunan Alya terbang pergi dek kerana teguran Azhan tadi, namun Alya masih bisu seribu bahasa.
"Err...Lia marah ker An panggil macam tu?" gusar Azhan.
"Err..takdelah, cuma tiba-tiba rasa bersalah kat Fakhri", balas Alya ringkas tanpa memandang mata Azhan
"Oh...ok-ok. An mintak maaf. An bukan apa, An rasa An masih sayangkan Lya, tapi nak buat macam mana kan, Lya dah jadi milik orang sekarang. An tengok Fakhri tu baik, untung Lya dapat dia, dan dia tersangatlah beruntung coz dapat Lya. Lagipun, An gak yang tinggalkan Lya dulu kan? Nak menyesal pun tak guna. Hmmm...mungkin jodoh Lya bukan untuk An barangkali dan kalau kita bersama sekalipun, bukan semua akan setuju, tak gitu?". Sayup dan pilu menghambat perasaan Azhan tika itu. Ingatan Azhan terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain. Peristiwa dan kenangan dia bersama Alya suatu ketika dahulu. Semuanya manis-manis belaka. Jarang sekali mereka bertengkar, dan jika ada cuma sekecil-kecil hal sahaja.
"Takpelah...mungkin berpisah adalah cara terbaik tuk menyelesaikan semua masalah kita. Dan jika kita masih bersama sekarang, masalah pasti sering memburu kita. Lagipun, tentu susah kita nak meyakinkan & menyenangkan hati-hati lain yang kita sayang", jawab Alya lembut namun awan mendung bergayutan di pelipis matanya. Sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya akibat ditinggalkan Azhan dulu.
"Terima kasih Lya, coz tak simpan dendam kat An. An rasa bersalah sangat dulu coz tinggalkan Lya, tapi Lya sendiri tau kan, sebab apa An buat semua tu?"
"Ya, Lya tau sangat. Lya paham sangat. Lya tak simpan dendam sikit pun kat An. Lagipun kita dah sepakat kan? Membuat sesuatu keputusan itu bukanlah seperti buluh yang dilentur dengan mudah dari rebungnya. Kita sama-sama makan hati. An tinggalkan Lya dulu pun dengan cara yang baik. ", Lya cuba tersenyum namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya.
"Thanks Lya. Mungkin kita dah tak dapat semesra dulu sebab setiap kali An tengok Lya, hati An bergelora. An tengok Lya pulak seakan nak jauhkan diri dari An. Tapi betul lah apa Lya buat tu, sebab Lya kan dah berpunya, takkan Lya nak layan lelaki lain kan?"
"Hmmm....mekasih sebab paham. Lya pun tak dapat nak gurau-gurau macam dulu dah sebab Lya takut Lya terpikat semula kat An, tak sampai hati Lya nak kecewakan Fakhri yang dah banyak berkorban tuk Lya. Harap An paham yer..", Alya cuma membalas hambar.
Bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajah Alya. Pandangannya ditebarkan keluar, jauh ke arah jalan raya yang sibuk agar An tidak nampak matanya yang mula basah.
Mulut Alya terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Dia pasti, selagi Fakhri masih bersamanya, tidak akan ada insan lain yang boleh singgah dihatinya. Dia berharap agar putik-putik kemesraannya bersama Fakhri akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan hati luka akibat ditinggalkan Azhan dulu.....
****************************
Kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh berdentam -dentum. Petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan. Bunyi guruh di langit sahut menyahut seolah-olah menggegarkan kamar Alya. Alya tersentak dari lenanya. Kesejukan mula menerpa ke tulang hitam. Arus fikirannya seperti terhenti. Cadar dan selimut yang renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga,renyuk-renyuk. Kini, dia yakin, mimpinya sebentar tadi merupakan jawapan bagi segala persoalan yang berselirat di dalam otaknya tadi. Alya mengulum senyuman tipis, segera dia mencapai tuala mandi dan mengatur langkah ke bilik mandi.
Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaannya. Mengapa dia datang? Mengapa dia hanya hadir dalam mimpi? Mengapa kita bergurau senda hanya dalam mimpi? Mengapa di alam realiti, kita bagaikan orang asing, padahal kita sudah saling mengenali lebih 20 tahun yang lalu? Kenapa??? Kenapa selepas kau pergi dari hidupku dan telah hadir insan lain menghulurkan cintanya, baru kau muncul kembali? Mengapa tidak dari dulu? Alya bermonolog sendirian.
Berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya. Dan Alya yakin soalan-soalan itu tak mampu Alya jawab kerana dia sendiri tiada jawapan bagi soalannya sendiri. Alya buntu. Alya tidak mahu dianggap curang oleh belahan hatinya, Fakhri. Tiba-tiba,kata-kata uminya tergiang-giang di telinga,
"Impian, Insya Allah boleh dicipta dan dicapai, namun mimpi dan igauan?? Memang tidak mampu di sekat dan diluar jangkaan..."Walau ini hanyalah mimpi yang kata orang cuma mainan tidur, tapi hati kecilnya masih tidak tenteram. Kalau hanya mainan tidur, mengapa perlu setiap hari 'dia' ber"main" didalam tidurku? Tidak penatkah dia? Tidak jemukah dia? Di sudut otak Alya dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan. Jauh di sudut hati kecilnya pula berbisik, "Mungkin dia sedang merindui kau dan mungkin ingatannya sedang kembali menjangkau suasana masa lampau ketika bersamamu dulu?" Ahh..mana mungkin! Dia yang cuba menjauh dari aku,dia yang nak pergi dari aku.. Takkan lah dia masih rindukan aku!! Lagipun, dah lama kitorang putus, tapi kenapa baru sekarang dia nak rindu-rindu kat aku pulak?" Arghhh!!! Kegelisahan Alya semakin memuncak, tetapi akar persoalannya masih belum terlerai. Fikirannya terhenti seketika, berpintal-pintal, lalu kusut.
Disaat Alya membiarkan sejenak fikirannya menerawang, termenung mencari jawapan segala persoalannya, mata Alya semakin berat. Layu. Lalu dibaringkan tubuhnya ke atas katil bercadar rona ungu berbunga putih itu. Perlahan-lahan, matanya semakin layu dan rohnya entah hilang ke mana. Yang pasti, Alya sudah terlena...
****************************
You were there to light my dayAzhan mendendangkan lagu You nyanyian Nur Janah Allia itu dengan santai diiringi petikan gitar. Ya, kebetulan nama penyanyi itu hampir sama dengan nama Alya. Alya khusyuk mendengar nyanyian Azhan. Kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dadanya sebelum ini. Azhan tersenyum menampakkan barisan giginya yang asmaradanta. Senyuman Azhan kepadanya melapangkan dada lantas mendamaikan jiwa.
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you
How can i forget all that
When you're the one who make me smile
You'll always be a part of me
How i wish you were still mine...