Saat Kiki Nikahi Nini

Kiki dan Nini merupakan pasangan laki bini (kasarnya)...hahaha
Mula berkenalan penghujung 2008 dan sepakat untuk menghabiskan sisa hidup sebagai sepasang suami isteri pada Ogos 2012.

Kiki
Seorang yang tegas tapi pada masa yang sama seorang yang penuh kelembutan dan manja, penyayang, senang naik marah dan senang sejuk kembali, ketawa yang comel kalau ada sesuatu menggelikan hatinya, pandai memujuk, peka terhadap perubahan isterinya, pemurah, pandai memasak, pandai menguruskan rumah, tak suka tengok rumah kotor, suka mengutuk orang depan-depan, suka main bola sepak tetapi bukan suka sepak bola tapi suka sepak kaki orang, suka air yang berwarna pink, penggeli yang terlampau, menggilai Skyline GTR.

Nini
Seorang surirumah yang keras kepala, kadang kuat membantah tatkala mempertahankan apa yang dia rasa betul, tak pandai memasak tetapi masih ingin belajar,  sensitif, mudah terasa, suka memerap dalam rumah, suka tengok cerita kartun, suka tidur tapi bukan pemalas.


Saat Kiki Nikahi Nini (Part 1)

Kiki: Sayang. Sayang nak buat bisnes tak?
Nini: Ha? Bisnes apa pulak?
Kiki: Bisnes kuih raya.
Nini: Uik...sayang mana reti buat banyak-banyak. Setakat untuk makan tu boleh la.
Kiki: Ala, Bam tau sayang boleh buat. Sayang kan pandai.
Nini: Alahhh....Takot lah.
Kiki: Dah tu,Sayang taknak lah ni?
Nini: Hmm...tengoklah. Pikir dulu.

Kiki seakan hampa. Ambil bantal dan terus tidur.
Simpati dan kesal melihat Kiki yang hampa, Nini akhirnya bersetuju.

Nini: Bam, ok lah, Sayang nak jual kuih.
Kiki: Yeah..betul ni? Nanti kita carik oven dengan mixer ye?
Nini: Okeh, tapi dengan syarat Bambam kena tolong Sayang jugak
Kiki: No hal lah, bulan puasa bukan banyak kerja pun.
Nini: Pastu, tolong tak leh mintak upah. haha
Kiki: Eleh. selama ni duit Bambam dapat kat Sayang jugak.
Nini: Eh, lupa..hihi


******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 2)

Di suatu tengahari selepas kekenyangan menikmati nasi berlaukkan sayur sawi tumis lada hitam.

Kiki: Sayang nak ikut Bam pergi kerja tak?
Nini: Taknak lah.
Kiki: Betol tak nak ikot ni? Takpela kalau tak nak ikot *sambil wat muka*
Nini: Bambam nak Sayang ikut ke?
Kiki: Nakkk!! Semangat siket Bam nak kerja kalau Sayang ada. *tersenyum lawa*
Nini: Eceh.*blushing*. Sekarang jugak Sayang siap!
Kiki: Yeyeh..

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 3)

Di suatu malam sambil mentengok rancangan meleTOP.

Kiki: Bukan cantik pun Neelopah ni *sambil buat muka menyampah*
Nini: Haah,cantik Anzalna lagi kan?
Laki: Tak ah. Cantik bini Bambam ni lagi. ^^
Tolong jangan puji kecantikan seseorang wanita itu di hadapannya. Hatta, jangan puji apa-apapun berkaitan dengan diri seseorang wanita itu di hadapannya. Tambah-tambah, jangan puji jika kamu menyukainya. Kecuali dengan satu syarat, Jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah tanpa henti.:)

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 4)

Kiki pulang dari kerja sambil menyanyi girang. Nini tengah membersihkan dapur setelah siap memasak hidangan tengahari.

Nini: Bam..Bam penat tak harini?
Kiki: Tak penat sangat. Kenapa? Sayang nak Bam tolong apa-apa ke?
Nini: Aikk. Macam tau-tau je dia ni. *desus hati*. Takde apa pun. Sayang ingat nak masak agar-agar santan lah arini.
Kiki: Haa..Sayang nak Bambam mesin kelapa kan? Meh Bam buat.
Nini: Best la Bambam ni, tak cakap direct pun Bambam paham. Hihi

Selepas siap Kiki memesin kelapa.

Nini: Meh sayang perahkan. Bam rehat je la.
Kiki: Tak payah. Bambam nak buat.
Nini: Olo..baiknya dia. Ni sayang lebih ni.
Perempuan gemar menggunakan bahasa terbalik. Jika orang yang perempuan sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik.

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 5) 

Kepala Nini terasa berat setelah pulang menemani suaminya di tempat kerja petang tadi. Setibanya di rumah, terus Nini menuju ke bilik untuk berehat seketika. Tidak dia beritahu suaminya akan sakit kepala yang dialaminya. Seusai Kiki solat Asar, tidaklah dikejutkan isterinya kerana dia tahu isterinya 'cuti', Kiki terus bersiap untuk bermain sepak kaki, ehh sepak bola. Sebelum Maghrib, Kiki sudah tiba di rumah.

Kiki: Sayang, bangun meh. Dah senja ni, tak elok tidur.
Nini: Jap yer. Kejappp jer.

Kiki terus mengambil wuduk dan menunaikan solat Maghrib. Kasihan dia melihat isterinya, lalu tidak dikejutkannya lagi. Sekitar pukul 8 malam, Kiki mengusap umbun-umbun isterinya, dengan perlahan dia berkata,

Kiki: Sayang, bangun yer. Bam dah buatkan Iced Lemon Tea tuk Sayang ni.
Nini: Haa...Bam dah balik main bola ye? Maaf Bam, Ayang sakit kepala.
Kiki: Bambam tau. Bambam tengok Sayang pun Bam dah tau sayang sakit kepala. Sebab tu Bam buatkan air masam untuk Sayang. Biar kurang sikit rasa sakit kepala tu.
Nini: Terima kasih Bam. Maaf ye, tak buatkan air untuk Bambam.
Kiki: Takde hal lah. Kan dah jadi tangunggjawab Bam jaga Sayang.
Nini: Sayanggg Bambam... *sambil memeluk erat suaminya*.

Untungnya jika ada seorang suami yang boleh bertolak ansur. Memahami perasaan seorang isteri walau kuasa vito ada ditangan dia. Dan dalam kita punya masalah, masa itulah kita dapat tahu siapa suami kita sebenarnya. Bukan waktu senang dan waktu dia memerlukan khidmat kita sahaja.

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 6) 

Lauk yang Nini masak tengahari tadi dah habis. Berselera betul Kiki makan gulai beriani yang Nini masak. Nasi pun sudah habis. Kerana sakit kepala Nini masih belum hilang, Kiki mempelawa dirinya pergi membeli burger. Sejam menunggu, Kiki masih belum pulang. Nini mula khuwatir.Tidak lama selepas itu, Kiki pun pulang, tapi tanpa sebarang bungkusan di tangan. Nini kelihatan hampa.

Kiki: Burger dah habis la sayang.
Nini: Kalau habis, kenapa lama sangat? Uhuk3
Kiki: Maaf. Bam masak nak? Kesian Ayang sakit kepala.
Nini: Betul ke Bam nak masak? Tak pe ke ni?
Kiki: Takpe. Maaf la lama tadi, borak ngan kawan. Diorang pun bising kedai tutup. Masing-masing lapar.
Nini: Tak pe lah. Ayang masak nasi yer, nasik pun dah habis ni. Laku betul lauk sayang hari ni.
Kiki: Ayang masak sedap, sebab tu habis.Terima kasih sayang

Maka, malam itu perut mereka diisi dengan sambal sardin dan telur dadar masakan Kiki. Sedap. Habis nasi 1¼ pot. Bertambah-tambah Kiki makan. Nini mahu tambah juga, tapi tekaknya rasa kurang sedap, takut termuntah pula kalau makan banyak-banyak.


Suami boleh memberikan kata-kata pujian sewajarnya terhadap masakan isteri. Akan tetapi jangan asyik memuji walaupun apa yang di rasa adalah sebaliknya. Jangan kerana ingin mengambil hati si isteri sehingga lambat laun akan memakan hati sendiri. Apa yang terkurang/terlebih perlu di beritahu agar isteri dapat mempertingkatkan kemahiran diri di masa akan datang. 

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 7)

Selepas menghantar dan menyalami suaminya di muka pintu, Nini menuju ke kamar tidur semula. Sakit benar kepalanya. Jam sudah menuju pukul 11 pagi, tapi Nini masih terbaring di katil. Telefon bimbit dicapai, lalu menaip mesej untuk dihantar ke suaminya.
" Kedai bukak tak ari ni ye? Sayang tak larat la nak masak". Hampir setengah jam, tiada balasan. Saat Nini basuh pinggan di dapur, didengarnya pintu rumah dikuak. Diintainya dari dapur, rupanya Kiki sudah pulang membawa bungkusan.

Nini: Bam beli apa ni?
Kiki: Roti. Sayang mesti lapar kan?
Nini: Err..Bam tak dapat mesej Sayang tadi yer?
Kiki: Tak. Bam tak tengok phone pun tadi.
Nini: Sayang tak larat masak la Bam, boleh tak Bam tolong beli lauk. Nasi biarlah Sayang masak.
Kiki: Kedai bukak. Tapi takpe la Sayang, biar Bam masak.
Nini: Alaa..taknak Bam masak. Bam penat kan, baru balik kerja.
Kiki: Tak penat sangat pun.

Nini tau Kiki bohong. Jelas terpancar kepenatan di muka Kiki. Peluh membasahi muka dan badan. Minyak hitam merata-rata di tubuh.

Nini: Taknak, taknak Bambam masak.
Kiki: Nak. Bam masak yer. Bam masak kurma' nak?
Nini: Mana ada santan kat rumah.
Kiki: Sekarang jugak Bam gi carik.

Tak lama kemudian, Kiki balik membawa sekotak santan.

Kiki: Sayang, meh sini.

Digapainya tangan Nini, dibawanya menuju ke ruang tamu.

Kiki: Sayang, baring kat sini. Jangan masuk dapur tau! Sayang tak sihat kan.

Tidak berapa lama kemudian, kurma ayam terhidang. Bukan hanya itu, sardin dan telur dadar pun terhidang.

Nini: Terima kasih Bam. Kesian Bambam, peluh pun tak sempat kering dari badan lagi. :(
Kiki: Ada masalah ker? Sayang tak sihat, takkan la Bambam nak biarkan Sayang masak. Dulu masa Sayang demam, bukan orang lain yang masak, Bambam jugak yang masakkan kan?
Nini: Bambam menang besttt sangat. Terima kasih Bambam. Maaf yer menyusahkan Bambam.

Jagalah cinta ketika kamu memilikinya. Cinta itu seperti denyut jantung, kamu tak pernah tahu bilakah ia akan berakhir.

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 8)


Kiki: Sayang, Sayang takde cerita best-best ke? Boring la..
Nini: Ada, cerita Korea. nak tengok ke? Cerita sambung-sambung.
Kiki: Takpela, boring la cerita kat TV ni..

Nini pun pasang la cerita dari external hard disc nya. Cerita pertama yang dia pasang, Couple or Trouble. Memandangkan Nini pun belum pernah tengok cerita ni lagi walaupun dah bertahun cerita tu menetap dalam harddiscnya. Eh! Best la pulak ceritanya. Kiki dah mula ketagih. Habis kesemua 16 episod Couple or Trouble.

Kiki: Yang, nak cerita Korea lagi.
Nini: Laa..dah suka dah ke?
Kiki: Haah, best jugak cerita Korea ni kan?
Nini: Best tu memang la best, tapi jadi addict la pulak. Lepas abis satu episod, nak tengok episod lain pulak, sampai abes. Kadang-kadang tak sedar dah pagi buta.
Kiki: Alaa...Nak laaa..please...please...*sambil geggam tangannya dan merayu*
Nini: Yelah..yelah...

Lalu, Nini pasang pula cerita My Girl. Cerita yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu. Bertambah minat Kiki menonton cerita Korea selepas menonton My Girl. Paling dia suka part Yu Rin curi buah limau Gong Chan dan suka hati jual limau orang tu. Haha.

Kiki: Yang, yang...lagi..lagi..
Nini: Alaa..dah la tu tengok cerita Korea.
Kiki: Ala..Ayang ni dengki la.
Nini: Hmm..yelah... Cerita ni la. Tapi takde subtitle Melayu, subtitle omputeh je ada.
Kiki: Takpe la, ingat Bambam ni ngok sangat ke?
Nini: Olololo..Ayang tak maksud gitu pun..
Kiki: Hihi....saje la. Cepat la pasang.

Akhir sekali, Nini pasang cerita Boys Over Flower. Drama yang menjadi fenomena hingga kini. Bersengkang mata jugak menengok cerita ni. Maklumlah, 25 episod. Kalaulah bersengkang mata bangun solat Tahajud, kan lagi bagus kan? =.=

Kiki: Kenapa Sayang sorok cerita best-best? Suka makan sorang-sorang kan?
Nini: Laa..mana la Ayang tau Bam minat cerita Korea.
Kiki: Ni dah tau, pasang la kalau ade cerita best-best.

Habis je menonton kesemua episod BOF, Kiki mula mencari OSTnya. Bukan setakat itu, dia dah mula meminati Gu Jun Pyo (Lee Min Ho)! Ayarkkk... Di like juga fanpage BOF kat facebook. Alapadan, dah gila k-pop dah Kiki ni. Nasib baik stail rambut & pakaian tak ditukarnya gaya ala k-pop, kalau tidakkk.........

Kiki: Ayang, Ayang..Ada cerita Lee Min Ho lagi tak?
Nini: =.="

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 9)

Pagi itu, seperti biasa Nini menyediakan sarapan untuk Kiki sebelum berangkat ke tempat kerja. Air koko hangat disediakan sementara Kiki mandi. Selesai mandi, Kiki mengucup manja pipi Nini. Nini hanya membiarkan sahaja, memandangkan dia tengah sibuk membancuh minuman.

Kiki: Ayang...mana shuar Bambam *sambil bernada pelat manja*
Nini: Jap yer. *Nini terus mengambil pakaian kerja Kiki tanpa menoleh sedikitpun kepada Kiki*
Kiki: Cepat la Ayang..uhuk3 *cuba bernada manja lagi*
Nini: Nah.. *sambil menghulurkan seluar ke tangan Kiki, lalu spontan dia memandang raut wajah suaminya*

Kiki tersenyum lawa sambil mengambil seluarnya.

Nini: Eh..eh..Bambam cukur misai yer? Hensemnye Bambam!! Takyah pegi kerja la, duduk rumah. Sayang pulak nak lepaskan Bam dalam keadaan hensem macam ni.
Kiki: Hik3...ada pulak macam tu. Bam nak pegi carik rezeki la, bukan nak menggatal.
Nini: Aduhai, luluh jantung tengok Bam. Sayang rasa nak biarkan Bambam pergi.
Kiki: Ciss..mengada-ngada la Sayang ni. babap kang! *sambil mencubit pipi Nini*

Nini menemani Kiki ke muka pintu. Kiki memeluk erat tubuh Nini, dan Nini membalasnya.
Terasa berat untuk Nini melepaskan Kiki, seperti hari-hari sebelumnya. Begitu juga Kiki. Terasa sayang mahu meninggalkan isterinya di rumah sendirian. Seakan-akan ada magnet yang menarik supaya dia selalu di samping isterinya. Tetapi atas tuntutan kerja dan tangunggjawab, Kiki tabahkan jua. Nini mengucup tangan Kiki dan Kiki mebalas dengan ciuman di dahi dan pipi Nini. Alangkah indahnya hidup dengan penuh kasih sayang begini sentiasa. Mungkinkah ini dikatakan manisnya cinta pada yang halal. Nini melambai pemergian Kiki di muka pintu sambil menghadiahkan sekuntum senyuman.

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 10) 


Pilihanraya Umum 13 sudah makin tiba. Nini sudah layak mengundi, begitu juga Kiki. Tetapi Kiki tidak daftar sebagai pengundi. Maka, sebenarnya tidak menjadi masalah untuk Nini pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Nini cuba untuk membantu suaminya, Kiki. Dicadangnya agar hanya dia sahaja pulang ke kampung, untuk menjimatkan kos, dengan menaiki bas. Nini sudah biasa dengan bas, sedari kecil dia memang sudah biasa ke mana-mana dengan menaiki bas. Jadi bukan menjadi satu masalah untuknya pulang ke kampung dengan menaiki bas meskipun mereka berdua punya kenderaan sendiri.

Kiki: Sayang, kenapa Bam tengok Sayang muram je. Ada masalah ke? Share la dengan Bam.
Nini: *senyap*
Kiki: Kenapa ni Sayang? Bam kan suami Sayang. Takkan la taknak kongsi masalah dengan Bam.
Nini: Sayang serabut la Bam. *dah mula berlinang air mata*
Kiki: Ehh..nangis pulak. Sayang serabut atas sebab apa? Meh cite kat Bam meh.
Nini: Entahlah. Sayang bingung. Tension!
Kiki: Iyelah. Atas sebab apa? Cerita kat Bambam. Pandang mata Bambam. Bambam sedia dengar.
Nini: Bam, boleh tak Sayang balik mengundi nanti naik bas?
Kiki: Aish...mana boleh Sayang, bahaya!
Nini: Ala, apa bahayanya. Dari kecik Sayang naik bas, hidup je sampai sekarang.
Kiki: Masalahnya, itu zaman Sayang anak dara. Ni Sayang dah jadi isteri Bam. Sayang dah jadi tanggungjawab Bam sepenuhnya.
Nini: Tapi Bam....kan lagi jimat kalau naik bas. Pergi balik dalam RM80 je. Kalau naik kereta kan dah RM200++.
Kiki: Kalau Sayang kena culik macam mana? Kena rogol ke. Bukan boleh percaya drebar bas sekarang ni.
Nini: Alahh..sapa la nak kat Sayang ni. Bukan comel pun.
Kiki: Ehh..sapa cakap tak comel? Bini Bam la orang paling comel kat dunia.
Nini: Please la Bam. Sayang nak naik bas. Lagipun kan balik semalaman je. Macam tak berbaloi naik kereta. Penat pun tak sempat hilang.
Kiki: Sayang, yang bawak keretanya Bam kan? Bam sayang sangat kat Sayang. Bam tak sanggup biar Sayang sorang-sorang naik bas tu.
Nini: Alaa..bukannya sorang. Kan ramai dalam bas tu.
Kiki: Sayang. Dengar sini. Pandang mata Bambam. Sayang tak perlu risau pasal Bam. Bam tak kisah berpenat untuk Sayang, asalkan Sayang Bam tak penat, tak letih. , Kalau Sayang balik sorang-sorang, macam mana dengan Bambam? Sayang nak biarkan Bam kesorangan tunggu Sayang?
Nini: Ala..semalaman je kan. Bukan lama pun.
Kiki: Semalaman pun Bambam tak sanggup. Cukuplah dulu yang Sayang masuk wad seminggu, Bambam tak dapat duduk sama-sama dengan Sayang. Walaupun Bambam tidur dalam kereta kat dalam kawasan hospital tu, tapi masih rasa jauh sebab tak dapat tatap wajah Sayang. Lepas tu Sayang tinggal Bambam lagi masa kenduri sepupu Sayang. Dekat seminggu Bambam tak lena tidur tanpa Sayang. Macam nak gila dibuatnya. Bambam dah tak sanggup dah. Walau sehari tanpa Sayang. Tolonglah jangan pergi dari Bambam lagi.
Nini: *sudah menitiskan airmata* Tapi Bambam....
Kiki: Takde tapi-tapi lagi dah. Da macam drama Melayu banyak tapi-tapi ni..
Nini: Erm..ok lah. Kita balik naik kereta ek.
Kiki: Haa...macam tu la mata hati Bambam. Terima kasih sebab sudi prihatin dekat Bambam. Takut Bambam penat drive, takut nak bazirkan duit Bam ye? Tak apa. Perjalanan kita masih jauh. Kita kena banyak bersabar dengan ujian rumahtangga. Ye Sayang?
Nini: Baiklah Bambam. Sayang Bambam.. Maafkan Sayang sebab tarik muka dengan Bambam tadi *sambil memeluk erat tubuh suaminya yang makin tembam itu.*
Kiki: Dah. Jangan menangis lagi *lapkan air mata Nini*. Sayang ni, nanges comel, tapi yang jadi tak comelnya, air hingus pun kuar sekali kalau menangis. Haha
"Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan."

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 11) 

[Lokasi: Bazar Karat| Tujuan: Nak cari purse. Dah koyak]

Kiki: Sayang nak yang macam mana?
Nini: Jap, nak tengok-tengok dulu.. Emmm..ni ok tak Bam?
Kiki: *ambil dan belek luar dalam*. OK, tak koyak. cantik pun cantik. Sayang nak?
Nini: Mahal tak ek?
Kiki: *bertanya kepada si penjual* Yang ni berapa?
Penjual: RM30 dah la.
Nini: *bisik kat Kiki* Mahal la. Takyah la.
Kiki: Eh, jangan macam tu. Purse Sayang kan dah koyak
Nini: Tapi mahal la..
Kiki: Takpela, bukan mahal pun.

Tiba-tiba penjual tu mencelah.

Penjual: Ala...pakwe nak belanja tu, nak je la. hehe

Mereka  hanya tersenyum

Kiki: Bam amek tau?
Nini: Emm...ok la.
Kiki: DIA ISTERI SAYA...*sambil menghulur 3keping not RM10*
Nini: *blushing dan terasa tangannya ditarik*

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 12) 

Nini tengah tengok Usop Sontorian kat YouTube tetibe terdengar bunyi kelekung kelekang kat dapur.

Nini: Bam buat apa tu?
*senyap*

Jadi Nini biarkan aja. Mungkin Kiki tengah cari barang kat stor. Tak lama lepas tu, terdengar bunyi macam sudu berlaga.

Nini: Bam buat apa?
*still tak jawab*

Dengan tidak puas hatinya, Nini ke dapur. Rupa-rupanya Kiki tengah rancak mengodek air mangga dalam jug.

Nini: La...kenapa tak cakap nak air?
Kiki: Saja je. Taknak susahkan Sayang. Sekali sekala Bam buatkan air tuk Sayang, tak salah kan? Bukannya selalu.

Pastu siap bawa dua gelas kosong dan pakej tuangkan pulak tu dan letak segelas depan muka.

Nini: Alahai suamiku........

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 13)

[Waktu: Tengahari | Situasi: Selepas balik makan tengahari]

Nini: Bambam, Sayang mimpi makan roti jala pagi tadi. Ape maksud dia erk?
Kiki: Sayang teringin nak makan kot.

[Waktu:Petang | Situasi: Selepas Kiki balik kerja]

Nini: Sayang mimpi makan roti jala lagi la mase tidur tengahari tadi. Bam caye tak? (padahal tak mimpi pun sebenarnya.)
Kiki: Caye je. Susah tak bahan buat roti jala yang?
Nini: Tak pun. Tepung, telur, minyak, air, kunyit. Pastu garam. Tu je rasenye.
Kiki: Kalau mcm tu, pas Maghrib nanti kita buat nak? Biar Bam tolong. Tapi nak cicah apa ek?
Nini: Nak…nak.. Buat kari sardin je, ok tak?
Kiki: Ok. Boleh-boleh. Nanti kite buat sama2 ek?
Nini: Yeah…;)
(Nampak tak permainan psikology di situ? Haha)

Kali ke2 buat roti jala after married. Nini membancuh, Kiki menjala, Nini menggulung. hehe

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 14)

[Situasi: Makan malam]

Seusai makan nasi, Kiki & Nini meratah sambal kerang sambil menonton TV. Ratah punye ratah, tak sedar dah tinggal satu. Nini biarkan aja Kiki yag makan kerang terakhir tu. Tengah ralit tengok TV sambil membaca subtitle, Kiki pun hulur tangan dia bersama isi kerang dihujung jari...

Kiki: Ayang..Nah...
Nini: Eh, takpela. Bam makan je la.
Kiki: Taknak. Bam saje je ambek yang last tu, nak suap Ayang...
Nini: Ololo...terima kasih..*terharu*

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 15)

Tengah lepak-lepak dan bergurau senda, tiba-tiba Kiki bersuara.

Kiki: Sayang. Terima kasih
Nini: Terima kasih kenapa Bam?

Kiki membelai wajah Nini, lama ditenungnya mata Nini. Sinaran matanya itu terasa lembut dan mendamaikan. Nini seakan terawang-awangan dalam dunianya sendiri.

Kiki: Wajah ini yang selalu Bam rindukan dulu. Tapi tak dapat tengok selalu. Setiap kali Sayang balik kampung, Bambam terkebil-kebil tengok Sayang pergi, jauh dan menjauh.

Kiki memejam matanya.

Kiki: Tapi sekarang, Sayang dah jadi milik Bam sepenuhnya. Bam taknak Sayang jauh dari Bambam dah. Wajah yang selalu Bam rindu ni dah ada kat depan Bam sentiasa.

Kiki membuka mata. Nini perasan ada takungan air di tubir mata Kiki yang seakan kemerahan. Rupanya Kiki memejam matanya bagi menahan sebak di dadanya. Sebak yang terkandung kegembiraan tak terungkap.

Nini: Ya, Sayang dah jadi milik Bam. Fulltime, bukan part-time. Terima kasih juga sebab sudi pilih Sayang jadi sebahagian dari hidup Bambam.

Tersentuh juga di pedalaman hati Nini mendengar luahan hati Kiki yang spontan itu. Kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya

******************************

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 16)

Di suatu petang yang terik

Nini: Bam, Sayang rasa macam nak buat kek lah.
Kiki: Ehh...janganlah Sayang. Sayang kena banyak berehat. Tak boleh banyak sangat buat kerja.
Nini: Kalau Sayang cakap Sayang nak buat kek apa, mesti Bam tak bantah.
Kiki: Sayang nak buat kek apa?
Nini: Kek buah!
Kiki: Ha? Apa? Nakkkk!!! Sayang..tak payah rehat la yer. Haha

*Kiki seorang penggemar kek buah yang tegar.

******************************  

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 17)

Ketika sedang menonton TV. Tak pasti siaran apa.

Nini: Bam. Kalau kita ada baby nanti, Bam nak anak sulung anak apa?
Kiki: Nak anak lelaki.
Nini: Kenapa?
Kiki: Sebab abang sulung boleh jaga adik-adik dia. Anak sulung lelaki akan lebih bertanggungjawab.
Nini: Yeke? Tapi Sayang kalau boleh, nak anak perempuan.
Kiki: Kenapa pulak?
Nini: Yelah. Kakak sulung boleh jaga adik-adik dia. Kalau anak lelaki, tau nak main je. Pastu, boleh tolong Ibu dia kat dapur.
Kiki: Kalau rajin takpe, kalau malas macam Sayang, macam mana pulak? HAHA
Nini: *ERK* Sampai hati!! Taknak kawan lima minit!
Kiki: Ololo. Gurau je. Bam tak kisah pun baby boy ke, baby girl je. Asalkan sihat dan baik akhlaknya.
Nini: *Tersenyum sambil merajuk*

******************************  

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 18)

Di suatu malam di awal-awal perkahwinan. Kiki dan Nini tengah menonton televisyen.

Nini: Eh...panjangnya kuku Bambam. Sayang potongkan nak?
Kiki: *tidak mengalihkan mata dari kaca TV* Boleh jugak.

Nini pun memendekkan kuku tangan Kiki satu persatu. Kemudian dia mengosok kuku Kiki menggunakan pengikir kuku.

Kiki: Eh..sedap la Sayang buat macam tu. Mana Sayang belajar?
Nini: Err..mana ingat. Bukan setiap kali kalau potong kuku, kena pakai kikir ni ke?
Kiki: Bambam tak penah guna pun. Selalu Bam potong macam tu je.
Nini: Dah tu, Bam suka tak Sayang gosok?
Kiki: Suka..Suka!!

Lantas, Nini terus menyambung tugasnya. Memotong kuku jari kaki pula. Kuku jari kaki Kiki agak keras, maklumlah, kuku lelaki yang kerja berat (kot). Warnanya pun dah seakan kekuningan, sebab kerjanya banyak terdedah dengan tanah, debu, minyak dan kotoran. Nini menggosok kuku kaki Kiki dengan bersungguh-sungguh sehingga kuku yang kekuningan sudah kelihatan memutih. Nini sengaja menghabiskan sebelah kaki dulu sebelum meneruskan memotong dan menggosok kuku kaki yang sebelah lagi.

Nini: Bam, cuba tengok kuku kaki Bambam.

Nini meletakkan kaki kanan yang sudah dibersihkan dengan kaki kiri yang belum diusik, sebelah menyebelah.

Kiki: Wah..banyaknya beza. Kotor betul kuku Bam ye.
Nini: Cantik tak Sayang buat?
Kiki: Cantik. Sayang buat tu buat Bam terlena. Sedap sangat.
Nini: Hihi
Kiki: Bambam tak pernah rasa macam ni seumur hidup Bambam tau! Ini lah first time Bam rasa orang belai kuku Bambam best macam ni sekali.
Nini: Eh..yeke? Takkan lah tak pernah.
Kiki: Betul. Tak pernah. Ni lah pertama kali. Bam tak sangka best macam ni sekali. Untung Bam kahwin dengan Sayang.
Nini: *menahan malu* Sayang selalu tengok Ibu buat kat Ayah. Pastu dulu sebelum kahwin, Sayang selalu buat kat Ibu gak.
Kiki: Oh..macam tu ke? Tapi memang syok la. Hari-hari Bam nak Sayang gosok macam ni. Boleh tak?
Nini: Ehh..mana boleh. Mati la Sayang.
Kiki: Hihi. Gurau je.

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 19)

[Situasi: Makan tengahari | Waktu:Sebelum waktu Zuhur di hari Jumaat]

Kiki: Sayang, tolong potongkan kuku Bambam
Nini: Ala...Sayang tak siap mam lagi.
Kiki: Takpela. Sayang habiskan la mamam dulu.

Nini rasa bersalah. Dia angkat punggung untuk basuh tangan di dapur.

Kiki: Eh..Sayang habiskan la makan dulu. Bam tunggu. Lambat lagi masuk waktu.

Nini pun segera menghabiskan suapan terakhirnya, membawa pinggan kotor ke dapur dan terus mengambil pengepit kuku yang tergantung.

Kiki: Sayang, Bam baring boleh tak? Senang Sayang nak potong.
Nini: Okeyh!

Nini pun melakukan tugasnya dengan penuh hati-hati tapi dengan kadar yang segera. Kerana jam sudah menunjukkan jam 1.15 petang. Selesai mengepit semua kuku kanan, Nini segera mengeluarkan kikir kuku dan menggosoknya.

Kiki: Eh, Sayang potong dulu la ye. Balik dari solat Jumaat nanti, Sayang gosok tau. Dah lewat ni.
Nini: Okey..Okey..

Nini pun segera memendekkan lima jari kiri pula. Selesai. Kiki bingkas bangun, mandi dan terus menyarungkan baju Melayu hijau dan kain pelikat. Start enjin kereta dan berlalu ke masjid.

Pulang dari masjid, Kiki berehat melepaskan lelah.

Nini: Bam sempat dengar khutbah tak tadi?
Kiki: Sempat je. Masa Bam sampai tadi, belum start pun lagi.
Nini: Oh..baguslah.
Kiki: Sayang. Bam nak tuntut janji.
Nini: Apa dia?
Kiki: Ala...gosok kuku Bam la. Kan tadi tak sempat.
Nini: Olo..tak boleh tangguh tahun depan ke?
Kiki: Tahun depan? Mana boleh! Nak sekarang jugak! Uhuk3
Nini: Yelah..yelah

Nini terus mengambil pengepit kuku yang tergantung, mengeluarkan kikirnya lalu menggosok kuku Kiki.

Kiki: Emm..bestnye Sayang buat. Lepas siap tangan, buat kaki pulak tau.
Nini: EE..mana aci!
Kiki: Ala..bolehlah. Sayang buat best. Bam suka Sayang belai-belai kuku Bam. Macam dekat spa. Hihi
Nini: Iyelah..iyelah. Nasib Bam suami Sayang. Tak buat kang, derhaka pulak.
Kiki: Haa..tau takpe. Nanti Bam murka kang.

******************************  

Saat Kiki Nikahi Nini (Part 20)

Di suatu malam, Nini sedang menonton TV di atas sofa, sambil melihat Kiki membuat kerja. Ketika Kiki mahu ambil alat tukangnya di atas meja, Nini sengaja mencuit perut Kiki. Dan tak semena-mena, terbatal niat Kiki mahu ambil alat tukangnya, lalu melabuhkan punggungnya di sisi Nini. Dijarakkan sedikit punggungnya, lalu meletakkan kepalanya di atas riba Nini. Nini mengusap kepala Kiki dengan penuh kasih.

Kiki: Sayang...
Nini: Ye Bam..*sambil masih membelai rambut Kiki*
Kiki: Boleh tak nanti kalau Bam mati, Bam nak mati kat sini *sambil menunjukkan riba Nini* ?
Nini: Eh...janganlah cakap macam tu *Nini dah mula sebak*
Kiki: *senyap*
Nini: Sayang pulak, kalau Sayang mati, Sayang nak mati kat sini *sambil menunjuk dada Kiki*
Kiki: Shhhh...JANGAN! Jangan cakap macam tu. Tak nak kawan!

Kiki terus bangun dan meneruskan kerjanya. Nini menyambung menonton TV tanpa perasaan. Kosong.

******************************  
Saat Kiki Nikahi Nini (Part 21)

Pada tengahari yang memenatkan. Nini sedang melepaskan lelah selepas memasak hidangan tengahari. Tiba-tiba Kiki memanggil dari dalam bilik. 

Kiki: Sayang, meh sini meh. tolong urut Bam. Sakit sangat pinggang ni.
Nini: Baik bos! 

Nini pun urutlah pinggang Kiki yang kesakitan tu. Tapi hanya kudratnya, tak mampu urut kuat-kuat. Sedar tak sedar, Kiki senyap. 

Nini: Bam. Bam tidur ke? 
Kiki: Eh, mana ada! Eee...Sayang ngelat ke?
Nini: Mana ada. Cuba Bam duduk. Senang Sayang nak urut. 

Kiki pun bangun dari pembaringan lantas duduk di birai katil. Nini menyambung tugas mengurut. Tujuan Nini menyuruh Kiki duduk supaya Nini tidak mengantuk. Kalau dia tengok Kiki tidur, pasti dia akan turut mengantuk. Tiba-tiba, Kiki bersuara. 

Kiki: Sayang, duduk jauh sikit. 
Nini: Kenapa? 
Kiki: Nak baring kat riba Sayang. Sambil tu Bam nak Sayang main rambut Bam. Best la Sayang main rambut... 
Nini: Ada-ada je Bam ni. 

Nini pun duduk di sudut katil dan Kiki terus melabuhkan kepalanya di riba Nini. Sedang Nini membelai rambut Kiki, tak lama kemudian, terus dia terlena. Manja betul Kiki ni. Kena belai rambut, baru boleh lelap...

****************************** 
Saat Kiki Nikahi Nini (Part 22)

Dimuka pintu, berbual sebelum Kiki pergi menjalankan tugasnya.

Nini: Sampai ati Bam tak nak bangun time Sayang kejut tadi. 
Kiki: Sayang kejut tak sama macam biasa. 
Nini: Macam mana pulak? 
Kiki: Selalu Sayang kejut, "Baby, bangun Baby" sambil usap-usap kepala Bam (siap demo usap kepala Nini), tadi Sayang kejut, "Bi, bangun! bangun!". Tu Bam tak nak bangun tu. 
Nini: Amboi...memilih. 
Kiki: Mestila memilih. Kite ada bini sorang je. Nak la kejut special-special. 
Nini: *Speechless dan berbisik dalam hati* Makin hari, makin manja pulak laki aku ni!

******************************  
Saat Kiki Nikahi Nini (Part 23)

Pada suatu malam. Berborak selepas makan.

Nini: Bam, tadi Ayah cakap, suruh beranak kat kampung.
Kiki: Ayah mana?

Nini: Ayah Bam la.
Kiki: Kenapa pulak?

Nini: Ayah kata, kebiasaannya kalau bersalin anak sulung, bersalin kat rumah mak ayah sendiri.
Kiki: Laa..ada pulak macam tu. Dah tu, pendapat Sayang macam mana?

Nini: Kalau Sayang beranak kat kampung, boleh?
Kiki: Bam tak kisah. Tapi cuba Sayang fikir. Kalau dah menjelang 9 bulan nanti, setiap minggu Sayang kena pergi check-up. Maklumat Sayang semuanya kat klinik situ.

Nini: Dahtu, boleh ke Sayang balik masa pantang? Sakit tak? Sepupu Sayang cakap, dari balik masa pantang, baik balik masa sebelum bersalin. Masa pantang nak jalan jauh, sakit.
Kiki: Terpulang pada Sayang. Bam tak paksa. Kalau Sayang nak balik, Bam boleh hantar. Tapi Bam tak jamin Bam sempat tak nak tengok Sayang dan ada disisi Sayang bila Sayang bersalin nanti.

Nini: *senyap. Air mata bertakung. Pergi ke dapur*
Kiki: Sayang nak gi mana. Meh la kat Bam.

Nini: *Masih senyap. Tak tau nak cakap apa*
Kiki: *ke dapur.Melihat takut apa-apa terjadi pada isterinya*

Nini: *terus merangkul Kiki lalu tak semena-mena air mata keluar membasahi pipi*
Kiki: Sayang tau kan Bam terlalu sayangkan Sayang. Bam taknak apa-apa buruk terjadi kat Sayang. Cukuplah Sayang menderita masa mengandung 9 bulan ni. Bam taknak Sayang terus menderita Sebab nak senangkan hati semua pihak. Bam tau isteri Bam ni baik. Sayang nak jaga hati semua orang. Tapi tolonglah, jaga hati Sayang juga. Buat masa ni, abaikan dulu permintaan orang lain. Tak kisah la mak ayah Bam atau ibu ayah Sayang. Bukan Bam suruh ingkari diorang tapi Bam nak Sayang buat keputusan yang terbaik untuk Sayang. Bukan untuk orang lain. Bayangkan kalau Bam hantar Sayang balik kampung, kalau Sayang tiba-tiba rasa nak beranak masa dalam kereta, macam mana? Bam takkan maafkan diri Bam kalau apa-apa jadi kat anak kita apatah lagi kat Sayang. Dan macam mana kalau Sayang rasa nak beranak masa Bam masih kat sini? Dan Bam tak sempat nak ada disamping Sayang? Mesti Sayang sedih kan? Kalau Bam takde kat sisi Sayang sebab tu kan permintaan Sayang dari dulu.

Nini: *mengangguk lemah sambil menahan hiba. Tapi masih belum meleraikan tangannya yang memeluk erat tubuh suaminya itu.*
Kiki: Sayang fikirkan lah ye apa Bam cakap tadi. Bam takde paksaan. Bam akan ikut apa je permintaan Sayang semampu Bam. Dah la. Jangan menangis lagi. Kalau air mata je yang keluar takpelah, ni sekali ngan hingus meleleh kat badan Bam ni. Dah..dah..tak malu,nanges..

Nini: *meleraikan pelukan. Senyum tawar*
Kiki: *masuk ke dalam dan tak lama kemudian pergi ke dapur semula membawa tuala kecil* Dah...meh Bam sapu. Tak malu. Nangis kuar hingus.!
Kiki: *tersenyum bercampur hiba*

******************************  
Saat Kiki Nikahi Nini (Part 24)

Kiki ajak Nini keluar, tapi Nini tak sempat nak iron tudung. Lalu dicapainya shawl dan terus dipakainya.
Semasa dalam kereta, Nini memulakan perbualan.

Nini: Bam, comel tak Ayang pakai shawl?
Kiki: Shawl? Apa tu?
Nini: Selendang la. Yang macam Ayang pakai ni.
Kiki: *memandang Nini sekilas lalu kembali menumpu perhatian kepada pemanduan* Entah lah.
Nini: Ala..cakap la.
Kiki: Bam lagi suka tengok Ayang pakai tudung yang macam biasa tu. Bam tak suka tudung Indon ke, selendang ke. Ayang comel kalau pakai tudung biasa.
Nini: Ok. Fine.
(tudung biasa = tudung bawal)

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...