Wednesday, September 18, 2013

[DIY] 3D Origami Art

Tak tahu la dari mana timbul passion nak buat benda alah ni.
Disokong pulak oleh  Mr Zauj, tu yang berkobar-kobar nak buat tu.
Anyone nak tempah, PM my pesbuk k? HAHAHA *berangan*

Belajar buat dari internet je,
Dah lama timbul keinginan nak buat, semenjak tengok model swan kat rumah arwah To'ki,
Tapi tengok macam complicated je, abaikan la.

Sejak kebelakangan ni, rasa pulak nak buat lepas tengok model-model yang awesome kat internet,
Belajar nak buat triangle pieces kat sini , dan banyak tengok contoh-contoh model kat Google Image & Youtube.
My 1st 3D Origami model | Peacock.
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Haha. Tapi sangat tak ada rupa merak kan? Saja je taknak buat macam kejadian semulajadi. Dan memang tak reti nak buat macam real peacock pun. Hik3

My 2nd 3D Origami Model | Basket.
1 A4 paper = 16 pieces of triangles

Bakul ni Mr Zauj buat. Ana tolong alter je siket. Besar. Sebab guna triangle saiz besar. Agak rugi siket la, sebab 1 kertas A4 boleh dapat 16 keping triangles je.

My 3rd 3D Origami Model | Basket.
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Ni bakul ala-ala bakul hantaran yang takde tangkai tu. Tak tau la orang panggil apa. Hihi. Yang ni agak complicated sebab tapak dia tertutup, kalau tapak berongga tu, agak senang jugak la. Tapi Ana dah ceraikan bende ni dah, sebab rasa macam tak lawa & dia tak melengkung macam bakul, dah jadi leper macam pinggan. Hik3

My 4th 3D Origami Model | Rainbow Vase.
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Pasu ni Mr Zauj yang buat pada mulanya, bila dah sampai tahap leher pasu tu, dia dah surrender. Ana pun blur macam mana nak buat leher pasu tu. Godek punya godek, dapat lah macam tu, walaupun tak 'sejinjang' pasu biasa. hek2. Bahagian mulut pasu tu pun bantai jugak. Tapi tipulah kalau Ana cakap tak tengok tutorial kan? Tengok tu tengok tapi tak la copy paste bulat-bulat. HikHikz. Suka tengok final result. Dalam pasu tu spinning macam pelangi. I like..hihi

My 5th & 6th 3D Origami model | Flower Vase
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Ni lah hasilnya Ana remake bakul yang jadi pinggan kat atas tu. Nampak macam sama, tapi lain sikit. Ana boleh dapatkan 2 biji vase dari 'penceraian' bakul tu. Hihi.

So,
Ini je la yang Ana buat setakat ni.
Mungkin kalau rajin, ada la Ana buat lagi.
Tu pun kalau rajin la..
Adeh!

9 comments:

  1. Nak tempah bolih?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, kak ana. sy nak belajar. apa caranya ? boleh kak ana tunjukkan tutorial cara membuat bakul tu tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Senang je syafiqah. Mula2 susah sket. Sy blaja kat google n youtube je.. search 3d origami..kalo duk dpan2, sng sket nak ajar...๐Ÿ˜Š

      Delete
  3. nak buat triangle tu macam mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh rujuk kat http://m.wikihow.com/Make-3D-Origami-Pieces
      Kat utube pun banyak. ๐Ÿ˜‰

      Delete
  4. Assalaimualaikum ... kak ana kalau nak tempah berapa ringgit satu?

    ReplyDelete
  5. Assalaimualaikum kak ana saya nak tanya kalau nak tempah berapa ringgit satu?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak ana saya nak tanya kalau nak tempah berapa ringgit satu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...