Saturday, February 04, 2012

Biarkan Dia Menangis.....(1)


"Yeyeh! Abah balik..Yeyeh! Abah balik.."
"Abah ada bawa enan untuk Piqa?? Abah kan janji nak belikan Piqa tedibear besya" soal Piqa dengan nada pelatnya sambil mendepakan tangannya, minta dipeluk Irsyad.

"Erkk.. Abah lupa la sayang. Nanti kita pergi TOYS"Я"US, kita beli teddy-bear yang besar-besar ye...Tapi kena tunggu hujan reda dulu la yer sayang?", pujuk Irsyad sambil mendukung buah hatinya yang berusia tiga tahun itu.

"Ala...abah tipu. Tak nak kawan abah!", Piqa menggelepar agar Irsyad melepaskannya. Piqa berlari ke arah jalan dan tanpa disedari sebuah kereta Honda Jazz sedang meluncur dengan laju di atas jalan di hadapan rumahnya itu. Irsyad cuba memanggil dan mengejar anaknya tapi terlambat. Honda Jazz berwarna jingga itu sedang laju di atas jalan licin itu menekan brek sehingga berdecit bunyinya tapi tak dapat mengelak kehadiran Piqa yang mengejut itu.

"PIQA!!!"

*****************

"Abang, kenapa ni bang? Kenapa abang terjerit-jerit ni? Abang mengigau ke ni?", bertalu-talu soalan lahir dari mulut mugil Jasmin, isteri Irsyad apabila mendapati suaminya tiba-tiba sahaja terjerit bagai melihat sesuatu yang menyeramkan.

"Abang...err..abang mimpi..emmm...", tergagap-gagap Irsyad menjawab soalan isterinya. Mungkin kerana masih terkejut dengan insiden dalam mimpinya atau mungkin tidak tergagah lidahnya untuk menyempurnakan ayat itu kerana bimbang akan melukai hati isterinya.

"Abang terus terang je dengan Min, Min sudi mendengarnya. Apa saja masalah abang, Min akan cuba bantu", Jasmin cuba menenangkan suaminya.

"Abang termimpikan anak kita, Sayang. Abang mimpi..emm...kita ada anak, comel sangat", Irsyad cuba menyusun kata.

"Hmm...maafkan Min bang, sampai sekarang, Min masih belum mampu memberikan Abang zuriat". Perlahan dan sayu isterinya menuturkan kata-kata.

"Ehh...apa Sayang cakap ni. Kan kita dah sama-sama ikhtiar. Bukan salah Min pun kan. Tiada siapa yang salah dalam hal ini. Rezeki masih belum berpihak pada kita, Sayang. Kita cuba lagi yer? Jangan pernah mengalah ye Sayang?”, lembut Irsyad menuturkan kata, memujuk Jasmin yang sedang kesedihan.

“Nak ikhtiar apa lagi Bang? Dah macam-macam kita buat. Dah macam-macam doktor pakar kita jumpa, dah beribu-ribu duit kita habis dek jumpa dukun sana sini. Semuanya tak berhasil bang. Abang nak ikhtiar yang macam mana lagi? Ke abang nak kawin lain?”, bentak Jasmin. Entah kenapa, Jasmin terlalu beremosi malam itu hingga meninggikan suara kepada Irsyad.

Irsyad tergamam. Dia tidak sangka Jasmin sanggup meninggikan suara padanya, walhal selama ini, Jasminlah gadis yang paling lembut dan sopan yang dia pernah kenal. Bagi mengelakkan sebarang pertengkaran yang lebih panjang, Irsyad keluar dari bilik tidur dan menuju ke ruang tamu. Biarlah sofa itu menjadi tempat beradunya malam ini. Dia tak sanggup untuk terus bertelagah dengan Jasmin soal anak lagi. Bukan dia dan Jasmin tidak pernah berusaha. Pemeriksaan doktor juga telah dilakukan menunjukkan mereka tidak bermasalah. Cuma, rezeki untuk menimang cahaya mata masih belum memihak kepada mereka suami isteri.

*****************

“AsSalatu khairum-minan-naum. AsSalatu khairum-minan-naum”, sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang dari surau berdekatan.

“Min...bangun Sayang. Dah subuh ni” suara Irsyad terasa sangat hampir dengan telinga Jasmin. Perlahan Jasmin cuba celikkan mata.

“Min bangun. Kita jemaah sama-sama”, Irsyad menyelak rambut Jasmin yang menutupi pipi. Manis senyuman yang diukirkan untuknya. Terlupa sejenak kata-kata emosinya kepada Irsyad semalam.

“Bangunlah. Mandi” sapa Irsyad lembut.

“Abang dah siap?” soal Jasmin sambil menggeliat manja. Suara sedikit serak. Dia angguk. Irsyad santai dengan baju melayu berona hijau dan kain pelikat.

“Sekejap yer bang. Min pergi mandi dulu”, ujar Jasmin sambil mengambil tuala.

*****************

“Assalammualaikum warahmatullah. Assalammualaikum warahmatullah.”

Usai solat Subuh dua rakaat itu, Irsyad menadah tangan memohon agar dimurahkan rezeki mereka sekeluarga dan memberi peluang untuk mereka sama-sama menimang cahaya mata sebelum kedua-duanya pergi menghadap Yang Esa. Jasmin yang turut sama berdoa tiba-tiba menitiskan air mata. Pada mulanya dia cuba menahannya, tapi semakin laju pula titisan air jernih itu jatuh berguguran dari sudut matanya.

“Amin Ya Rabbal Alamin”, Irsyad mengakhiri doanya. Seperti biasa, seusai solat jemaah bersama, dia akan memaling ke belakang untuk memudahkan Jasmin bersalam dengannya. Tapi, kali ini dia melihat Jasmin sedang menangis.

“Eh, kenapa ni Sayang? Apa yang tak kena? Abang ada salah cakap ke tadi?”, soal Irsyad menginginkan kepastian.

“Maafkan Min bang. Min dah berdosa kat Abang. Tak sepatutnya Min meninggikan suara kat Abang semalam. Min salah bang. Hukumlah Min”, balas Jasmin tersedu sedan.

Irsyad menghampiri Jasmin lalu memeluk erat isteri kesayangannya itu.

“Sayang, Abang tak simpan dalam hati pun. Abang faham, mungkin Min tertekan dengan mimpi Abang semalam. Abang tak salahkan Min sikitpun”, pujuk Irsyad lembut sambil menggosok-gosok belakang isterinya.

“Dah 9 tahun kita hidup bersama, tapi Min masih tak mampu berikan Abang anak!” jawabnya dalam tangisan.

Irsyad merungkaikan pelukannya, lalu bahu Jasmin dipegangnya erat. Mata mereka saling bertentang.

“Sayang, pernah tak Abang merungut kat Sayang bila kita tak ada anak? Pernah Abang cakap hidup kita sunyi tanpa anak?” Pernah?” soal Irsyad dengan muka serius.

Jasmin menggelengkan kepala sambil matanya tidak lepas menatap mata Irsyad.

“Pernah tak Abang cakap yang Abang tak seronok bersama Min sekarang? Pernah Abang cakap yang Abang dah bosan dengan Min? Pernah Abang cakap yang abang nak cari isteri lain?”

Sekali lagi Jasmin menggelengkan kepala, tetapi kali ini, matanya sudah beralih, merenung lantai.

“Kenapa ni Sayang? Masih tak percaya kat Abang? Percayalah, hanya Min yang menjadi wanita terakhir dalam hidup Abang. Tak akan ada yang lain”, tegas Irsyad.

“Janganlah difikirkan soal ni lagi yer sayang. Memang abang akui, abang jeles tengok kawan-kawan abang yang baru setahun dua kahwin, dah ada anak. Ada yang dah besar-besar pun anak diorang. Tapi sayang, itu semuakan kerja Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkannya. Kita kena ingat, Allah belum nak bagi kat kita rezki tu. So, kita wajib redha.”

“Tapi Bang, orang-orang semua cakap yang Min ni….”

“Nurain Jasmin. Kita kan dah jumpa doktor. Pakar pun kita dah jumpa. Memang confirm, kita berdua memang tak ada apa-apa problem. Buat tak dengar je apa orang lain cakap pasal kita. Yang menanggungnya kita, bukan diorang kan?”
“Lepas ni, Abang tak mau Min salahkan diri sendiri lagi. Dan abang tak nak Min persoalkan hal ni lagi. Ha..lagi satu, Abang tak nak Min sebut pasal kahwin lagi macam malam tadi. Nanti, Abang kahwin betul-betul karang, baru tau!”, usik Irsyad sambil memicit manja hidung mancung isterinya itu.

“Eee..gatal lah abang ni!”, rengek Jasmin sambil mencubit lengan suaminya.

Seketika kemudian, dia memegang tapak tangan Irsyad menandakan dia ingin bersalam memohon ampun kepada Irsyad. Irsyad tersenyum, dan mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.

*****************

Hujung minggu ini, Irsyad dan Jasmin hanya duduk di rumah sahaja. Irsyad ada cadangkan kepada Jasmin untuk pergi ke Cameron Highland lagi, tapi Jasmin menolak. Mahu bersantai di rumah sahaja katanya.

“Kita pergi lain kali la yer Bang. Min nak relaks-relaks kat rumah je sambil layan sinetron.”

“Eleh sayang ni. Macam lah kat sana tak ada TV nak layan sinetron feveret Sayang tu!”

“Mana sama Bang. Layan sinetron kat rumah yang dibina dengan penuh kasih, sayang dan cinta oleh suami Sayang yang romantis ni, feel dia semacam Bang. Nak-nak sambil Sayang tengok sinetron ni, Abang buatkan hot choco untuk Sayang. Fullamak!! Memang layan la Bang”, sakat Jasmin.

“Ewah-ewah…dah la tak dapat nak berdating-dating dengan dia kat Cameron, ni siap suruh kita bancuh hot choco?”, ngomel Irsyad.

“Hehe. Sayang saja menyakat Abang je la. Next weekend kita pergi yer. Lagipun sayang belum bersedia fizikal mental lagi nak pergi sana”, jawab Jasmin sambil tersengih.

“Aik! Nak pergi Cameron yang tak sampai 3 jam tu pun kena buat persediaan mental fizikal jugak ker? Ada-ada je bucuk Abang ni!”. Irsyad mencubit manja pipi tembam isterinya dan berlalu masuk ke dapur.

“Eh, Abang nak ke mana tu? Meh la teman Min tengok cerita ni sama-sama”.

“Jap, nanti Abang datang balik”.

Seketika kemudian, ketika Jasmin leka menyaksikan drama dari seberang kegemarannya itu, Irsyad datang membawa dua mug air.

“Eh. Apa ni bang?”. Jasmin terkejut melihat mug bercorak hati disuakan di depannya ketika matanya tepat menatap skrin televisyen.

“Kan tadi Sayang cakap Sayang nak hot choco. Ni Abang dah buatkan dah. Special untuk isteri abang tersayang. Mug pun special tau, siap ada bentuk love-love lagi. Tengok Abang punya kaler hitam jer”, jawab Irsyad.

“Kan Sayang cakap Sayang acah je tadi. Tapi nak buat macam mana kan, Abang dah buatkan, terpaksa la Sayang minum.”, ujar Jasmin sambil menghirup air coklat panas itu perlahan-lahan.

“Fuh…sedapnya hot choco Abang buat ni. Rasa-rasa macam tak cukup secawan!”

“Sayang ni. Macam la ni first time Abang buatkan hot choco tuk Sayang. Ayat memuji sama je macam dulu. Cliché! Dah macam drama sinetron yang Sayang duk tengok tu. Puji la guna ayat lain pulak”, perli Irsyad.

“Hehe.Terkena la pulak. Sayang tak tau nak guna ayat apa lagi dah Bang. Cuma ayat tu je yang mampu sayang ungkapkan. Tapi serius, memang terbaik hot choco Abang ni. Setiap kali Abang buat, rasanya berbeza-beza. Semakin enak. Apa ramuan rahsia selain coklat dan susu, Bang?”, tanya Jasmin ingin tahu.

“Ramuan rahsia? Betul sayang nak tau?”

Jasmin mengangguk laju, menandakan keinginan untuk tahu yang tinggi.

“Senang je. Ramuan rahsianya adalah CINTA. Setiap hari, cinta Abang pada Sayang semakin bertambah. Sama juga dengan hot choco yang Abang buatkan untuk Sayang, dibancuh dengan cinta yang makin berkembang. That’s why la hot choco yang Abang bancuh tu makin best!”, Irsyad mula perasan.

“Oh, macam tu ker? Terima kasih Abang. Sesungguhnya, tiada apa yang lebih membahagiakan buat Min selain hidup di dalam rimbunan cinta Abang”, balas Jasmin sedikit sebak.

Baru saja Irsyad mahu melayan sinetron bersama-sama isterinya, tiba-tiba telefonnya menyanyi-nyanyi minta diangkat. Nama ‘Khairul’ terpapar di skrin telefon, terus butang hijau ditekan.

“Eh, kenapa kau tiba-tiba call aku pagi-pagi ni, Rul?” tanpa salam, terus Irsyad menerjah.

“Uish kau ni, terus sergah aku. Kok iya pun, bagilah salam.”

“Opss..sori. Assalamualaikum. Kenapa Encik Khairul menelefon saya di pagi yang indah ini?, Irsyad cuba menyakat Khairul dengan berlagak formal.

“Perli pulak! Aku ada hal nak cakap kat kau ni. Baik punya. Aku ada dapat info satu pawang ni, dapat ubatkan semua penyakit. Termasuk la pasangan-pasangan yang masih tak ada baby ni, dia boleh ubatkan”, jawab Khairul ringkas

“Ahh..malas dah la aku jumpa bomoh-bomoh ni. Menipu semuanya. Habis duit aku diorang songlap!”

“Kali ni lain. Dukun ni memang masyhur, terkenal. Ubat dia semua mujarab. Kau bawak la Jasmin sekali. Aku volunteer temankan korang pergi sana. Aku bukan apa, cuma nak tolong kau je kawan,” pujuk Khairul.

“Tengok lah nanti, aku discuss dengan Min dulu. Apa-apa nanti, aku contact kau balik. Thanks ya!. Assalamualaikum, Bye,” jawab Irsyad lalu menekan butang merah.

*****************

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...