Monday, January 10, 2011

Pabila Hati Mula Berdebar (2)...

Sambungan dari P.H.M.B 1..

Di dalam The Mines yang besar dan indah dengan hiasan dalaman yang menarik itu,Alya melangkah perlahan dan diselubungi rasa cuak di dada.
Dia perhatikan sekeliling, cuba untuk menyembunyikan rasa gemuruhnya..
Fakhri kata keluarganya ada di surau waktu itu, dan mintak Alya tuk tunggu sebentar.
Alya mahu ke tandas sebentar, dan Fakhri minta dia tunggu di ruang legar shopping mall itu..
Selepas selesai urusannya, Alya pun keluar,mencari-cari Fakhri. Tak jumpa! Alya agak panik.
Tetiba matanya terpaku ada sorang wanita yang agak cantik, putih melepak wajahnya, memberi senyuman manis kepada Alya.
Wanita itu bersama beberapa orang termasuk Fakhri ada di situ.
Alya yakin itu adalah kakaknya, Farhana yang selalu disebut-sebut Fakhri selama ini.
Alya membalas kembali senyuman wanita itu sambil menuju ke arah mereka.
Alya bertindak tenang walaupun dalam hati bagaikan hendak luruh rasanya.
Alya bersalam dengan meraka yang ada di situ kecuali abang ipar & ayah Fakhri.

Tak diduga, tiba-tiba adik bongsu Fakhri, Fateen memeluk bahu Alya dan tersenyum lebar padanya..
Begitu juga adik Fakhri yang seorang lagi, Farrah..turut tersenyum kepada Alya, dan mereka terus berborak panjang,seperti sudah lama berkenalan.

Ibu serta kakak Fakhri pun ramah orangnya. Sejuk hati Alya memandang mereka.
Sedikit demi sedikit rasa gemuruh di dada Alya hilang...

Lega sikit Alya rasa dengan layanan baik yang diberikan keluarga Fakhri kepadanya.
Takut juga Alya kalau-kalau keluarga Fakhri tak dapat menerimanya, memandangkan Alya ini hanyalah anak kampung biasa manakala Fakhri boleh dikatakan orang yang agak berada.

Mempunyai kereta sport Mazda RX7 oren-hitam yang memukau sesiapa yang memandangnya.
Ditambah pula, Fakhri dikurniakan rupa paras yang tampan, lagi ramailah gadis-gadis cantik yang cuba untuk mendekatinya.
Alya pernah menyuarakan isi hatinya dulu, bahawa dia ingin menarik diri dari hubungan mereka, kerana Alya tahu yang diri dia dan Fakhri terlalu jauh berbeza dan Alya kurang yakin yang hubungan mereka dapat pergi jauh.

"Pipit sama pipit, enggang sama enggang, mana mungkin dapat terbang bersama, wak" kata Alya cuba berbasa basi, dengan harapan Fakhri faham apa yang cuba disampaikannya.

"Ha? Sape pipit? Sape enggang? Kan kita sama-sama puyuh", seloroh Fakhri.
Haha...Fakhri memang pandai bergurau...Alya yang tengah sedih ketika itu tiba2 ketawa

"Hihi..nape mesti puyuh wak? Takde burung lain ke yang lebih comel yang awak nak compare kan", balas Alya dengan diiringi tawa kecil

"Yelah, puyuh kan tak leh terbang, sama lah macam kita", spontan Fakhri menjawab.

"Erkk...cenggitu pun boleh ker??" balas Alya

"Mestilah boleh. Kita sume ni sama je wak. Takde yang kaya, takde yang miskin. Yang berhartanya ayah saya,bukannya saya. Kalaulah saya ni kaya, takderlah saya bekerja kuat siang malam nak kumpul duit wak, saya buat semua untuk awak. Untuk cepat-capat saya ambik awak jadi permaisuri hidup saya selamanya. Boleh je kalau saya nak pakai duit ayah saya tuk pergi pinang awak, tapi saya taknak. Saya nak rasa sendiri macam mana susah & peritnya tuk mendapatkan seseorang yang bernilai macam awak. Kalau senang-senang je saya amik awak, mane tahu senang-senang je saya buang awak nanti, sebab saya tak dapat rasa bertapa susahnya nak dapatkan awak. Betol tak?" panjang lebar Fakhri berceramah.

"Hmmm...entahlah wak",Alya seakan malas menjawab

"Awak tak usah bimbang sangatlah. Takde istilah pipit enggang kat sini. Yang penting kita sama-sama ikhlas, sama-sama jujur dalam hubungan kita. Tu dah cukup bermakna bagi saya. Awak tak usah risau kat pompuan luar sana yang asek pandang2 & try nak ejas saya, saya tak ingin pun. Sebab hati saya dah diisi dengan cinta awak, tak mungkin terisi dengan cinta gadis lain,percayalah. Ibu abah saya pun setuju saya berkawan dengan awak. Adik beradik saya pun suka tengok awak bila saya tunjuk gambar awak kat mereka. Tolonglah jangan mintak tuk putuskan hubungan kita, sebab saya tak dapat nak lalui hari-hari saya tanpa awak.Tolong wak, saya merayu sangat,jangan menjadikan alasan yang tak logik tu tuk awak jauhkan diri dari saya.Saya tak sanggup wak..tak sanggup!" kata Fakhri dengan linangan air mata pada kelopak matanya, tapi belum sempat air jernih itu jatuh ke bumi, Fakhri cepat2 menyekanya.


"Tinggal berapa lama lagi Alya belajar kat sana?" tanya Puan Fauziah, ibu Fakhri.

Alya tersentak,lamunan Alya terhenti dengan pertanyaan mengejut oleh ibu Fakhri.
"Err..tak lama dah makcik. Dalam bulan 8 ni insyaAllah habislah kalau takde aral", balas Alya tenang,cuba menyembunyikan perasaan terkejutnya tadi.

"Haa..tulah..mengelamun sangat lagi tengah2 orang ni.kan dah kena, tau kecut perot kau.Nasib pandai cover" Alya bermonolog dalam hati

"Ohh..tak lama dah tu. pejam celik pejam celik dah nak abis kan?" kata Pn Fauziah ramah
"Betol makcik,rasa macam sekejap je,tengok2 dah tahun akhir dah,cepat betul waktu berlalu" Alya membalas.

Mereka terus berbual2. Gelak tawa mengiringi perbualan mereka. Tak kering gusi Alya berborak2 dengan Pn Fauziah. Dia suka berjenaka, sama seperti anaknya, si Fakhri tu. Farrah & Fateen pun apa kurangnya, ada saja lawak yang mereka buat sampaikan melelah air mata Alya menahan tawa.

Hari itu Alya girang, walaupun masih malu2 dengan keluarga Fakhri, tapi Alya dapat merasakan yang dirinya diterima.
Pandangan Alya selama ini salah, tidak semua orang kaya itu sombong. Buktinya keluarga Fakhri, walaupun agak berada, tapi bersahaja. Sekali pandang orang tak akan percaya meraka itu dari keluarga yang berharta, kerana sikapnya yang merendah diri & tidak menunjuk itu

Hari ini, plan mereka untuk naik cruise boat kat The Mines,Serdang.
Ini adalah kali pertama Alya naek boat di sana.
Walaupun sudah lama menuntut di Serdang, tetapi sekalipun dia tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Ini kerna, Alya lebih gemar memerap dalam bilik, layan anime Naruto berbanding tuk bersosial di luar.
Sebelum menunggu giliran naik boat, sempat jugak Alya bergambar kenang2an bersama famili Fakhri..mereka semua sporting bab-bab bergambar,Alya pulak yang segan silu sedikit, ditambah pula dengan sifat Alya yang sememangnya agak pemalu.
Giliran meraka pun tiba, limit untuk penumpang dalam sesebuah boat adalah 12 orang, tetapi keluarga Fakhri ditambah dengan Alya cuma 9 orang.
Ada 3 lagi kekosongan, tapi ayah Fakhri, En.Fikri cepat-cepat memberitahu orang yang incharge boat tu supaya hanya keluarga-keluarga je yang dalam boat tu, tak mahu orang lain.

"Saya bayar lagi tuk genapkan 12 orang asalkan hanya kami2 sekeluarga je dalam boat nih", kata En Fikri kepada orang tersebut.

"Wahh..sekeluarga? tetibe Alya rasa lain. Adakah aku sudah diterima sebagai salah seorang ahli keluarga mereka? Alya!! kau jangan cepat sangat melatah.Takkan lah ayah dia nak cakap, Saya nak keluarga saya & awek anak saya dalam boat ni,tak mahu orang laen..Aishh..takkan lah ayah dia nak cakap camtu kan kat orang tu...Perasan lebih la si Alya nih!"perang hati Alya dengan jiwanya.

Alya cepat-cepat mematikan lamunannya, takut disergah tiba-tiba lagi seperti tadi.
Maka, selepas urusan pembayaran selesai, hanya mereka sekeluarga sahajalah dalam boat itu, termasuk pemandu boat.

Maka...sumua orang mengambil tempat masing2, enjin boat dihidupkan, lalu boat pun bergerak tuk melawat tasik2 di sekitar The Mines............................

Comments
0 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...