Thursday, December 30, 2010

Pabila Hati Mula Berdebar...

Alya resah...tak dapat digambarkan keresahan di benaknya..kata-kata Fakhri, buah hatinya betul2 membuat dia tidak dapat duduk senang...

"Alya..hujung minggu ni mak, ayah & keluarga saya nak datang sana..nak pegi jalan2..cuti sekolah la katakan..alang2 nak jumpa awak sekali. diorang teringin sangat nak jumpa awak. awak free tak hujung minggu ni?"

waduh2...ni yang Alya lemah sangat..jumpa dengan femili dia?
Alya takot,bimbang,risau..suma bercampur baur..
Alya memang tak ready lagi..tapi dia tak mampu nak tolak...
haritu dia dah penah menolak..tapi kali ni dia dah tak mampu nak menolak.
takot dipandang serong oleh keluarga dia pulak..
nak jumpa bakal menantu susah cam nak jumpa PM pulak kan! demand tol..
Nak tak nak..Alya terpaksa setuju dengan pelawaan Fakhri.

Malam tu,Alya tak dapat tidur lena.
Hampir setiap masa uminya teraksa melayan keranah Alya..
Alya mengadu akan resah hatinya dan uminya mendengar dengan setia.
uminya ajar jangan bersikap hipokrit. Jadilah diri sendiri di depan mereka.
Jangan berlakon2...Alya pegang kata2 tu.
Uminya tak berpesan sebegitu sekalipun, memang Alya tak mau berpura2 di hadapan keluarga Fakhri.

Pagi esoknya..Alya tidak berapa sihat.
Sakit di kepalanya kembali menyerang.
Dia rehat dan tertidur selepas Subuh..
Fakhri telefon Alya berkali-kali namun tidak ada jawapan. Fakhri mula risau..
Tidak lama kemudian, Alya terjaga & tengok ada 17miskol dan 5mesej dari Fakhri.

"Ahh..Fakhri mesti marah aku tak jawab talipon die ni"
,gusar Alya..

Dalam suara serak yang baru bangon tidur tu, Alya telefon Fakhri balik.

"Awak kol ke tadi? Sori lah saya tak dengar.tidur,pening sangat tadi"
,kata Alya perlahan.

"Awak ni.Saya ingatkan apalah jadi kat awak tadi. naik kematu tangan saya ni redail nombor awak,tak angkat2. ingatkan pengsan ke,apa ke.risau saya,tau tak?? pagi tadi saya tepon sebab ayah nak ajak awak makan tengahari sekali ngan kitorang.", bebel Fakhri.

"ha?? ye kerr?? maaf la..saya langsong tak sedar. fon saya kat atas meja,saya tidur kat katil.memang siyez tak dengar langsong awak kol"
,jawab Alya takut-takut.Bimbang dimarahi Fakhri lagi.

"erm..takpelah. saya faham keadaan awak. Awak rehat la dulu yer. dalam sejam dua lagi saya datang jemput awak..Diorang asek tanya2 je pasal awak..Boleh yer wak.Sudilah jumpa famili saya ni yer?"
,pujuk Fakhri.

Alya cuma mengiyakan. tak berani membantah lagi...

Dalam dua jam kemudian, lagu Long Distance-6ixth Sense kedengaran.
Alya pasti itu adalah panggilan dari Fakhri kerana Alya memang dah 'set'kan ringtone tersebut tuk Fakhri sahaja.

"Assalammualaikum.Awak,saya dah sampai.Awak turun lah yer.Lepas ni saya terus bawak awak pegi The Mines, ayah saya nak ajak awak naik boat" ujar Fakhri dengan riang.

"Err..baiklah.saya turun sekarang", jawab Alya spontan..

Dalam kereta mereka berborak.
Banyak perkara yang mereka borakkan termasuk akan kebimbangan Alya.
Fakhri tenangkan hati Alya. Dia faham perasaan Alya kerada dia penah merasai perasaan yang sama tatkala pertama kali berjumpa femili Alya dulu.
Hati Alya sedikit tenang dengan kata2 nasihat & perangsang oleh Fakhri..
dalam 20minit kemudian mereka pun sampai ke destinasi....

Di dalam The Mines yang besar dan indah dengan hiasan dalaman yang menarik itu,Alya melangkah perlahan dan........................................................


p/s: tetibe terasa nak wat cerpen lak. Ini adalah cerita rekaan je tau..takde kena mengena ngan yang hidop, mati, koma, pengsan @ yang duduk di ICU..Nantikan sambungannye taw.SEKIAN...=]

Comments
0 Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...