Assalammualaikum anak Ibu & Ayah
Ibu tak tau macam mana nak mulakan. Ibu panggil anak Ibu ni "Adik" yer? Sebab Ibu dan Ayah belum ada planning lagi nak bagi nama apa. Lagipun, Adik ni boy/girl pun kami tak tahu. Hihi
TRIMESTER PERTAMA
Sehari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha 1434H. Masa tu, Ayah dan Ibu ada kat rumah Moyang di Seremban. Ayah bangun Subuh seperti biasa. Ibu tidak, sebab Ibu ingatkan Ibu uzur sebab Ibu bleeding sejak 12 Oktober lepas. Ibu syak Ibu pregnant sebab darah tu tak macam darah haid biasa, sikit sangat. Ibu terus buat UPT yang Ayah belikan semalam. Sementara menunggu result, Ibu mandi dulu. Ayah yang beria tunggu. Tiba-tiba Ayah panggil Ibu. "Sayang, Sayang, ada 2 line lah!". Ibu terkejut bercampur gembira. Garisan kedua kelihatan, tapi masih samar-samar. Tidak lama kemudian, garisan kedua kelihatan semakin jelas.
Ayah melompat riang sambil mulutnya tak berhenti-henti mengucapkan Alhamdulillah. Terus dia ke bilik air, mengambil wuduk dan melakukan solat sunat syukur. Ibu terpana dengan tindakan spontannya. Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Ya Allah. Seusai solat sunat, Ayah terus memeluk Ibu. Riang tidak terkata.
"Sayang, bila kita nak bagitau Ibu?", tanya Ayah kepada Ibu.
"Nantilah Abi, bila dah senang-senang nanti", jawab Ibu kepada Ayah.
"Ok, baiklah", jawab Ayah pasrah.
Ibu terus keluar bilik untuk membantu menyiapkan sarapan. Ketika Ibu menyiang sayur, tiba-tiba Ayah menarik Nenda ( mak kepada Ibu) ke dalam bilik. Lalu menunjukkan keputusan UPT tersebut kepada Nenda. Nenda bertanya, "Apa ni?". Terus Ayah menjawab, "Ana mengandung, Bu". Dengan semena-mena, kantung mata Nenda berkaca-kaca lantas memeluk Ayah dan Ibu. Tuhan sahaja yang tahu akan perasaan kami bertiga waktu itu.
Selepas sarapan, Ayah & Ibu ke klinik swasta berdekatan dengan rumah Moyang. Untuk mengesahkan akan kewujudan Adik dalam tummy Ibu ni. Hihi. Dan Alhamdulillah, keputusan Dr pun menunjukkan positif. Dan Dr memberitahu usia Adik ketika itu, tepat-tepat 4 minggu. Comel sangat lagi kan? Sejak dari bilik Dr lagi Ayah dah tak putus-putus dengan senyuman di bibir. Dalam kereta pun masih tersenyum panjang. Riang betul Ayah nak menanti kehadiran Adik. Layanan Ayah sejak itu toksah cakap la. Lebih dari biasa. Biasanya Ayah caring, tapi sejak itu, Ayah jadi supercaring! Sentiasa suruh Ibu watch my steps. Sentiasa memimpin Ibu. Memang super duper la Ayah Adik kan?
16 Oktober 2013 [Minggu-4]
Pagi itu, Ibu hantar Nenda ke stesen bas. Nenda pulang ke Dungun manakala Ibu, Ayah & Adik yang dalam perut ni pulang ke rumah kita di Segamat. Setibanya di Segamat, Ayah membawa ibu ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan lanjut. Lama juga lah Ayah tunggu Ibu kat hospital tu, lebih kurang tiga jam. Lepas buat pemeriksaan kat tingkat bawah, buat pemeriksaan kat tingkat atas pulak. Pertama kali Ibu buat USG tau. Berdebar pun ada. Dah la Ayah tak boleh ikut Ibu, Ibu sorang-sorang jer. Seram jugak lah. Hihi. Alhamdulillah, Doktor yang check Ibu tu baik, tak kerek. Dia kata jasad Adik tak berapa jelas sangat lagi, dalam 5.6mm je. Comel sangat lagi kan? Heart beat pun dia masih belum kesan. Tapi Doktor cakap Adik ada dalam rahim, so Ibu bukan hamil di luar rahim la. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Adik stay dalam perut Ibu sampai tiba masanya yer? Adik tumbuh dengan sihat tau? Ibu pohon semoga Allah sentiasa lindungi Adik dan berikan Adik kesihatan yang baik, fizikal yang sempurna, akal yang waras, tutur kata yang sopan, dan perangai yang disenangi semua.
Bila Ibu turun bawah, dan ceritakan semuanya kepada Ayah sambil tunjuk gambar scan tu, Ayah senyum sampai ke telinga. Happy betul dia. And Ayah terus bawak Ibu beli susu, barli, kurma, buah dan macam-macam lagi la.
18 Oktober 2013 [Minggu-4]
Ayah buatkan Ibu bubur barli. Beria-ia Ayah rebuskan untuk Ibu tau. Sampaikan Ayah terlupa Ayah tengah rebus barli atas dapur, tiba-tiba dah keluar bau hangit. Kesian Ayah. Tapi sempat juga la Ibu rasa bubur barli yang Ayah buat. Sedap. Pekat.
19 Oktober 2013 [Minggu-4]
Setiap pagi, Ayah bancuhkan susu untuk Ibu setiap hari. Dumex Dumil Mama, perasa oren. Ayah siap sukat lagi untuk susu & air. Bagus kan Ayah? Kalau Ibu, Ibu main agak je. Ibu tanya Ayah, kenapa sukat? Ayah jawab, "Nak bagi isteri minum, kena la perfect!".
Inilah susu yang Ayah bancuhkan untuk Ibu setiap pagi, tak pernah missed,
sejak 17/10 lepas. Sesudah bancuh, Ayah akan kejutkan Ibu untuk minum susu.
Tapi hari ini, Ayah tak kejut Ibu. Ibu pelik jugak. Ibu keluar bilik, Ayah dah
takde. Satu rumah Ibu cari, tapi takde jugak. Tiba-tiba, ibu terpandang atas
meja.
23 Oktober 2013 [Minggu-5]
Ibu rasa macam demam. Badan menggigil sejak malam tadi. Nak tidur pun macam tak lena. Ibu baring jer. Dalam pukul 11am, Ayah balik kerja. Suruh Ibu siap-siap ke klinik. Ibu pun dalam keadaan tak larat, pegi la jugak. Risau jugak Ayah yer, tengok Ibu tak sihat. Staff klinik check UPT Ibu, hasil positif. Ayah tanya, bila boleh buat kad mengandung? Excited betul Ayah ni kan? Nurse kat situ pun bukak la kalendar dia, dia kata 11 November ni boleh pergi jumpa Doktor, dan buat buku mengandung terus. Then, Ibu pergi jumpa Doktor, lepas tu dia kasi panadol & ubat batuk. Ibu tak makan pun ubat tu. Risau lah terlalu bergantung kat ubat ni kan? Ibu cuba lawan dengan minum air suam banyak-banyak. Alhamdulillah, demam Ibu kebah dalam sehari dua.
07 November 2013 [Minggu-7]
Lama betul Ibu tak menulis kan? Bukan apa, bizi siket dengan kehadiran 'baby' baru kat rumah ni. Hihi. Anak rabbit! Hari-hari asyik melayan dia, sampai lupa nak update jurnal Ibu ni. Lagipun takde apa nak Ibu kongsikan sebenarnya. Semuanya follow the flow. Ibu tak mengalami morning sickness, Alhamdulillah. Ayah jaga Ibu sebaiknya. Ibu pun dah kurangkan minum kaffein even itu minuman favorite Ibu suatu masa dulu. Tapi Ibu kadang-kadang terbabas gak. Tapi ibu buat air teh je. Kurang sikit kaffeinnya. Hik2. Makan pun masih boleh, macam biasa, cuma Ibu tak ambil dah apa-apa makanan yang ada campuran cuka termasuklah sos.
Hari ini Ibu ada temujanji dengan doktor dari Hospital Segamat. Adik genap 8 minggu arini tau. Selepas Ayah settle kan sedikit kerja dia, kami pun pergi lah ke Segamat. Hari ini hari dalam sejarah kot. Masa on the way ke hospital, Ibu muntah! Tak pernah lagi Ibu muntah kalau nak ke Segamat jer. Sakitnya, Allah je yang tahu Dik! Muntahnya kalau ada isi, Ibu rasa boleh terima lagi, ni keluar air dan angin semata-mata. Memang rasa cramp je perut ni. Tapi Ibu sabar, Ibu sakit takpe, jangan anak Ibu ni yang sakit sama. Ayah gelabah jugak la, tapi dia masih bersikap gentle. Dia berhenti kat bahu jalan, biar Ibu muntah puas-puas. Dia bagi Ibu air tuk kumur-kumur. Bila Ibu rasa lega sikit, baru la kami teruskan perjalanan.
Nak dipendekkan cerita, kat hospital Ibu jumpa la doktor yang rawat Ibu tempoh hari. Dia pun buat USG. Sekejap je nampak Adik tau. Kalau masa pertama kali haritu, Dr tekan perut Ibu pun masih tak nampak. Mungkin hari ni bladder ibu penuh kut, tu yang senang nampak tu. Hihi.
Dr tunjukkan di skrin,
"Nampak tak yang putih ni? Itulah baby.
Yang kelip-kelip tu nampak tak?Itulah jantung baby".
Subhanallah! Ibu macam speechless. Dalam sedar tak sedar ada nyawa lain telah berdenyut dalam jasad Ibu ni.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Setiap hari Ibu berdoa agar dipanjangkan usia Adik. Ibu nak sangat peluk, cium, jaga Adik sebaiknya. Keluar dari bilik Doktor, ibu tunjuk gambar USG tu kat Ayah, dan ceritakan balik apa yang Doktor ceritakan tu. Waa..Ayah tersenyum lebar. Dalam kereta, dia kissnya gambar adik tu tau. Bahagia betul dia.
11 November 2013 [Minggu-8]
Harini ibu buat checkup kat Klinik Kesihatan Perwira Jaya (KKPJ). Ibu buat 'buku merah' (buku pranatal) hari ni. Hihi. Lama jugak la Ibu bertapa kat situ. Banyak yang kena interview. Nurse cakap darah ibu slightly tinggi la jugak. (130/80mmHg) Tak sesuai dengan umur ibu, katanya. Kaki Ibu pun ada pembengkakan sikit. Hb menghampiri low, 11.1gm/dl (Normal hemoglobin values when pregnancy: 11 - 12 gm/dl). Nurse tu ukur tinggi dan berat badan Ibu. Nurse tu tanya soalan berkaitan kesihatan Ibu.Termasuklah soalan rutin tentang haid Ibu yang terakhir & sejarah keluarga berkaitan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Ibu pun ada kena ambil darah. Time tu pulak la urat Ibu nak tenggelam. Susah nurse nak cari urat. Alhamdulillah jumpa. Tu pun kecik je. Tapi keluar la jugak darahnya. Alhamdulillah. Mujur Ibu ni bukan spesies takut jarum. Nurse ada check urine Ibu, Alhamdulillah, tak kotor. Tapi mungkin temujannji akan datang Ibu kena minum air gula, sebab To'ki (ayah Ibu) ada diabetes. Sebelum balik, Ibu dibekalkan dengan suplemen pranatal ; vitamin C, B kompleks, asid folik dan zat besi.
Next month, ada temujanji lagi, sebulan sekali sampai bulan ke 7. 2 minggu sekali masa bulan ke-8, & setiap minggu masa bulan ke-9. Sebelum balik, nurse siap bagi garam sekilo. Bukan garam biasa-biasa. Garam beriodin. Kena simpan dalam bekas kedap udara, tak boleh kena direct sunlight, tak boleh letak dekat dengan tong gas. Banyak betul pantang garam tu kan? Kalau nak masak, dah tutup api, baru tabur garam tu. Kemudian, tutup dengan tudung periuk untuk elakkan wap dia ke udara. Wah..special tol ibu mengandung ni kan? Siap bagi garam khas. Kih3
Dah 3 hari Ibu siapkan makanan tengah hari untuk Ayah awal pagi. Ayah kerja luar kawasan, jadi Ayah tak boleh balik tengahari. Ayah mintak Ibu buatkan bekalan lauk tengahari untuk dia. Harini macam biasa, lepas Ayah pergi kerja, Ibu santai-santai la. Baring-baring. Tak mandi lagi. Haha. Tetiba....
"Assalamualaikum....Assalamualaikum..."
"Eh..eh...sapa pulak datang ni. Macam ramai jer", Ibu macam cuak.
Bukak pintu. ada kelibat putih!
Warghhh...Nurse datang kat umah!
Kenapa Ibu tak ready lagi!!
"Puan, kami datang buat lawatan ke rumah"
Jeng jeng jeng. Dengan tengah serabai lagi. Nasib tak pakai pyjama!
"Eh..sila-sila.Kenapa tak call dulu?"
"Dah call, tapi voice mail. Call suami pun tak dapat"
"Oh..yeker? Ok2"
Mujur rumah tak bersepah!
Nurse tu pun check air kencing, check BP, check perut, check kaki. Alhamdulillah, urine Ibu ok. Tak kotor. BP pun dah turun dari tempoh hari, ke paras normal (120/70 mmHg) . Perut ok, kaki pun ok, tak bengkak. Alhamdulillah.
Tapi yang lucunya, nurse siap nak ambil tempahan 3D Origami kat Ibu. Nurse tu nak nikah next year, bulan Mac. Ibu pun macam blur gak. Ibu mana penah ambil tempahan. Ibu buat tuk suka-suka je. Seingat Ibu, dalam 60 ke 80 pcs dia nak. Tak ingat. Ibu pun kebosanan kat rumah, kalau Ibu buat pun ok kot. Tapi tu lah, kena fikir cara biar bakul tu stick together, tak berderai bila pegang. Dia kata nak bubuh air mineral botol. Aish. Tahan ke tak, tak tau la. Ibu siap ajar pulak nurse tu cara nak lipat origami tu. Haha. kelakar bila kenang balik.
Nurse tu cakap Ibu kena tingkatkan Hb ibu. Dah menghampiri low. Kalau kandungan dah besar, kebarangkalian Hb low lagi tinggi coz darah tu dibahagiakan untuk Ibu & baby. Tuk tingkatkan Hb, kerap makan bayam, brokoli, kangkung, semua sayuran hijau, tempe, tauhu, apa je jenis kekacang, buah-buahan, kerang, hati ayam, ikan bilis tuk zat besi. Kalau boleh, sambil tengok TV tu, kunyah ikan bilis goreng. Bagus katanya. Sehari sekurang-kurangnya 3 jenis sumber zat besi yang berbeza.
Bahaya kalau Hb low ni, sekaligus boleh kena anemia dan komplikasinya ;
i) Intrauterine growth restriction (IUGR) - tumbesaran dan perkembangan bayi dalam kandungan terbantut di mana berat janin dibanding dengan usia kandungan dibawah 10%
ii) Tumpah darah
iii) Bayi mati dalam kandungan
iv) Kelahiran pramatang
Mudah-mudahan Ibu dapat tingkatkan lagi tahap Hb Ibu ni. Ibu nak Adik dapat oksigen secukupnya. Ibu nak Adik besar sempurna. Ibu nak Adik keluar dengan selamat bila sudah sampai masanya, tidak awal, tidak lambat. Amin
Jadi, hari ni ibu dapat lesson. Always be ready. Haha. Karang terkejut lagi Ibu bila nurse datang tetibe cenggitu. Haha
25 November 2013 [Minggu-10]
Sakit kepala menyerang. Ibu mampu masak Nasi Goreng Kampung dengan Ayam Goreng je untuk Ayah. Lepas masak, Ibu lepak-lepak je sampai Ayah balik kerja. Lepas Ayah pergi kerja semula pun, Ibu masih lepak-lepak. Letih sangat bercampur sakit kepala yang terlampau. Malam tu, Ayah teringin nak makan jajan (Ayah pulak over mengidam dari Ibu kan? HAHA). Ayah pun pergi la ke kedai. Tinggal la Ibu sengsorang. Ntah macam mana, berkelodak rasa perut ni. Air liur dah berlumba-lumba keluar. Haish..lain macam je ni.. Ibu cepat-cepat ke toilet, baru tunduk, sekali...BLUERKKK... Habis keluar semua nasi goreng yang Ibu makan tengahari tadi. Sekali dengan kangkungnya sekali. HAHA. Rase nak pitam, Ibu terus baring & tidur. Tak lalu nak dinner. Kesian Ayah dinner sengsorang. Ubat pun Ibu lupa nak makan. Memang sakit sangat rasanya. Ayah picit kepala Ibu sampai tertidur. Pertama kali muntah macam tu sepanjang hamil. Selalu kalau naik kenderaan je Ibu akan muntah. Yang ni, kat rumah pun muntah. Mudah-mudahan tak berpanjangan.

21 November 2013 [Minggu-9]

Sambungan: Pertengahan Tak Terbayangkan
Ibu sentiasa ingin disampingmu. megurusi segala keperluan dan mendengar dan kongsi segala suka dan duka mu. Namun apakan daya, yang terjadi,bukan yang kita mahu...tetapi, apa yang telah Allah takdirkan. Takdir Allah adalah yang terbaik buat mu. Mudah-mudahan segala impian dan doa kau dan suami di makbulkan Allah. Ibu sentiasa mendoakan nya.
ReplyDeleteKita pun sentiasa ingin Ibu disamping kita.
DeleteTerima kasih Ibu atas doanya
Sangat menghargai..:')