Monday, April 11, 2011

KluLid....

Di suatu petang yang sejuk dek kerna hujan yang mencurah-curah...
Alya menikmati keenakan biskut kering Hup Seng cap pingpong, dicelup pula dengan teh O panas..fuh,,memang terangkat!
Sedang dia melayan keenakan makanan petangnya yang ringkas dan menyelerakan itu, sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu Ucapkanlah nyanyian Erra Fazira dan Yusri..tiba-tiba telefon bimbit HTC Incredible S miliknya menjerit riang..itu tandanya ada incoming call lah tu...

"Arghh..sape pulak tepon time-time hujan nih! nak makan pun tak senang!". Alya bergerak malas ke katil untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

Screen telefon terpapar nama "Fakhri"...

"Aik..nape ringtone macam ringtone default jerp..selalunye kalo pakcik ni call,bunyi lagu lain", desus hati kecil Alya

Ehh..baru dia teringat...oleh kerana handphone tersebut baru sahaja dia miliki, dia masih belum mahir untuk setkan ringtone untuk specific person...theeheheh..

"Hello..Assalamualaikum, bapak mau bicara sama siapa?" Alya cuba tuk bergurau..

"Gue mau bicara sama bibik Alya..tolong panggil'in dia...gue mau tanya'in tentang permitnya..tarikh permitnya udah mati sihh.Gue patut hantar'in dia pulang ke Lombok dengan segera,kalau tidak mahu ditangkap oleh polisi"....Fakhri membalas sambil menahan ketawa

"Awakkk!!!! ee...jahat....suka kutuk orang!!! Dah la tak jawab salam orang!" Alya seakan marah...

"Waalaikumussalam.Kah3...itulah..berlagak nak cakap Indon konon..saya anta awak balik Lombok kang..padan muke awak..kah2...",Fakhri ketawa tak henti-henti...

Dah2...jangan nak mengada-ngada..ni awak tepon pepetang ari ni kenapa? Kacau daun je saya nak makan biskut..Alya merungut

"Aik..makan biskut jer? Takde ke makanan berkhasiat lain yang awak nak makan? Tak biskut..roti...Hehe..Takde, saje je nak borak-borak ngan awak..takkan tak leh....Nak dengar suara comel lagi manja dari Puteri kayangan nih", .Fakhri seakan memujuk

Elehhh..ayat bodek..pandai lah awak...saya tak terhasut punye..Saya ni darah kesatria..takkan termakan pujuk rayu...Alya cuba berlagak cool walaupun hakikatnye die hatinya tengah berbunga riang saat itu atas pujian Fakhri

Eleh..kesatria konon...jatuh siket dah lebam..kesatria! cethh.!! Fakhri memerli...

mereka pun berborak-borak kosong..
sambil diiringi gelak ketawa...
maklumlah...Fakhri memang pandai buat lawak...
citer pasal lembu tepi jalan pun boleh dibuatnya cerita jenaka...
walaupun hakikatnya takdelah kelakar sangatpun...

dihujung perbualan mereka...
Fakhri ada menyatakan sesuatu...
Sesuatu yang membuatkan Alya kelu tak terkata...
Kalo mat salleh memanggil situasi tersebut sebagai CLUELESS...
Alya boleh memanggil situasi dia ketika itu sebagai KLULID (KeLU LIDah)

"Kalau boleh...tahun ini jugak saya nak memperisterikan awak. Saya nekad, saya akan terus kerja kuat membanting tulang carik duit untuk ambik awak secepat mungkin. Kalau boleh, tahun ni jugak. Saya tak mahu lengahkan lagi"

Alya tergamam dan bisu seketika..
Namun...ada senyuman kecil terukir di bibir manis Nur Alya Amani...


Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan (mudah) mas kahwinnya." (Riwayat Ahmad)

"Perkahwinan yang paling berkat ialah perkahwinan yang paling ringan (mudah) maharnya."(Riwayat Ahmad)

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...