Pertengahan Tak Terbayangkan!

TRIMESTER KEDUA

09 Disember 2013 [Minggu-12]

Checkup kedua di KKPJ. Berat Ibu bertambah 200g ajer. Hik3. Disarankan naik setengah kilo. Tapi ok la tu kan. Asal berat tak turun. Hb ibu pun Alhamdulillah dah bertambah. dari 11.1gm/dl ke 11.4gm/dl. Walaupun naik sikit, tapi ada peningkatan jugak la. Risau jugak Ibu kalau Hb ibu makin menurun. Risiko kat Adik pulak nanti. Sob3. Ibu selalu makan buah jambu batu, ikan bilis, ikan, daging, sayur-sayuran hijau tuk tingkatkan Hb Ibu ni. Almaklumlah, sebelum ni Ibu memang ada anemia. Risau juga kan. Kaki Ibu pun dah tak bengkak. Tekanan darah pun dah normal kembali (110/80mmHg). Alhamdulillah.

Ibu tak pasti la Ibu ni ada mual-mual ke tak. Ibu biasanya akan muntah bila duduk dalam kereta. Mungkin Ibu alahan kereta kot! Hik3. Walaupun jarak dekat, Ibu pasti akan muntah. Sampai satu tahap, isi perut ibu dah kosong, keluar pulak muntah air yang rase dia pahit giler.Tapi kalau Ibu stay kat rumah, Ibu jarang sangat muntah. Boleh bilang dengan jari.

17 Disember 2013 [Minggu-13]

Tekak gatal. Hidung tersumbat. Antara simptom nak demam. Malam tu tak dapat tidur lena.

18 Disember 2013 [Minggu-13]

Badan rasa makin panas. Tapi gagahkan jua buat kerja-kerja rumah. Ayah balik kerja, tampalkan 'Kool Fever' kat dahi Ibu. Panasnya masih terasa, seakan tak hilang. Petang tu, Ayah balik, suruh Ibu bersiap untuk makan malam bersama Ayah punya mak saudara. Ibu tak larat, tapi tetap gagahkan jua. Ayah nak ajak Ibu ke klinik swasta, tapi tak boleh. Memandangkan Ibu sudah berdaftar ngan KKPJ, maka segala sakit demam kena rujuk kat KKPJ jugak. Dalam perjalanan ke Segamat, Ibu muntah teruk. Ayah kemain risau. Ibu muntah sehingga kosong isi perut, tapi muntahnya masih nak keluar. Pahitnya tekak memang tak yah cerita la. Nak berborak pun susah. Asal Ibu buka mulut, gelodak dalam perut seakan belumba-lumba nak keluar.  Sampai je kat restoran, Ibu order Nasi Goreng Ikan Masin. Teringin pulak makan ikan masin. Hihi. Tapi tak lalu jugak nak makan.Setengah pinggan pun tak habis. Bukan tak sedap, cuma tekak Ibu seakan tak nak terima sebarang makanan. Balik je dari restoran, tak sampai beberapa meter perjalanan, segala isi perut keluar lagi, tiba-tiba. Sampaikan Ibu tak sempat nak tadah plastik elok-elok. Nasiblah kena sikit je kat baju & tudung. Ayah risau. Di berhentikan kereta di bahu jalan. Suruh Ibu cuci mulut. Baru nak cuci mulut, keluar lagi isi perutnya. Kali ini tak sempat nak tadah plastik dah, Ibu muntah atas jalan. Melambak-lambak. Rasanya habis la kot setengah pinggan Nasi Goreng Ikan Masin yang Ibu makan tu. Ayah mampu melihat dan gosok belakang Ibu je. Kesian Ayah, risau betul muka dia masa tu. Ibu disuruhnya baring dan tidur. Ayah tegah Ibu tengok jalan. Mungkin Ibu mual tengok jalan yang bergerak barangkali. Ibu pun lelap la dalam kereta sampailah ke rumah.

19 Disember 2013 [Minggu-13]

Pagi-pagi Ayah bawak Ibu ke KKPJ. Tapi masa tu Ibu rasa badan Ibu dah ok sikit. Masa jumpa Dr, Dr buat kerja dia, dan bagi ubat. Ibu tak usik pun ubat tu. Risau la. Kan Ibu mengandung tak disarankan makan Paracetamol dan ubat batuk. Dikhuatiri akan berisiko pada bayi. Tapi Alhamdulillah, walau tak makan ubat, Ibu dah makin sihat. Makan pun dah ada selera.

23 Disember 2013 [Minggu-14]

Ke KKPJ lagi. Temujanji tuk USG. Sebelum jumpa Dr, Ibu disuruh timbang dulu. Naik 200g jugak. Hihi. Baru 2 minggu dah naik 200g. Muntah dah teruk dah, berat bertambah jugak. Ayah join sekali masuk bilik Dr, nak 'jumpa Adik'. Hik3. Yelah, dapat jumpa dalam skrin dulu la wat sementara ni, nanti kita jumpa real pulak kan? Hihi.  Dr pun scan lah. Tapi Dr tu tak cakap apa pun, langsung tak explain apa-apa. Ayah kat belakang Dr dah senyum-senyum dah. Ibu tak dapat tengok skrin sebab ibu baring tepi skrin tu. Selesai scan, Dr tunjuk gambar scan tu. Gelap la. Ibu tak nampak apa pun. Ayah cakap dah nampak kepala, 2 tangan & 2 kaki. Tapi dia pun tak jelas sangat. Nurse & Dr cakap, "Alhamdulillah, kandungan sihat", Ibu lega mendengarnya.  Tengahari tu Ibu makan kat kedai je. Tak larat nak masak. Alhamdulillah Ayah memahami.

Petang tu, dapat panggilan dari KKPJ. Ibu kena minum air gula Jumaat ni. Kena puasa start 10pm, Khamis. Ayoo..seram pulak rasa. Mudah-mudahan negetif la diabetes tu. Agak-agak, macam mana la rasa air gula tu kan? Ibu ni bukannya jenis kuat minum manis. Takot termuntah pulak minum manis benor.

Malam tu, Ayah cakap ngan Ibu, "Yang, Abi tak puas hati la scan tadi. Tak clear sangat". Risau benar Ayah kan? Nanti Adik dah besar sikit dalam perut Ibu ni, Ibu nak ajak Ayah scan kat klinik swasta la. Baru Ayah puas hati kot! Hik3
 
27 Disember 2013
[Minggu-14]


Hari yang ditakuti dah tiba. Awal-awal pagi Ibu & Ayah dah bangun. Maklumlah, ada temujanji minum air gula hari ni. Sebelum pukul 8, kitorang dah gerak ke KKPJ. Sesampai di sana, bagi buku merah kat nurse. Tak lama lepas tu, nurse panggil, ambil darah. Bermulalah episod tragis:

* Sampai kat Bilik Utiliti tuk ambil darah. Nurse macam biasa, ambil picagari, letak alkohol kat pelipat lengan kanan Ibu, cuba cari urat dan cucuk. Selama ni, cucuk kat tempat sama, ok je. Darah keluar smoothly. Tetiba arini darah macam mogok taknak keluar pulak. Beria nurse tu sedut, still kosong picagari tu. Haii..Ibu dah risau. Ibu pandang Ayah, Ayah pandang Ibu. Terkebil-kebil. Nurse dah risau. Cari urat kat tangan belah kiri pulak. Urat pulak tak timbul. Dah genggam kuat-kuat pun urat masih nak menyorok. Tukar tangan lagi. Guna tangan kanan semula. Gosok, tepuk, tenyeh, masih tak kelihatan urat tu. Aiyarkk. Nurse cuba lagi. Kali ni cucuk atas sikit dari suntikan pertama tadi. Mula rasa pedih. Dan darah masih tak nak keluar. Nurse surrender. Dia kata dia tak penah buat cara lain, tapi disebabkan darah mogok taknak keluar, dia cuba ambil sampel darah kat hujung jari pulak. Dan darah hujung jari diuji pada alat pengimbas kandungan gula (glucometer) tu. Alhamdulillah. kandungan gula dalam darah Ibu sebelum minum air gula masih dalam julat normal, 4.3mmol/L (normal: 3.9 – 5.5 mmol/L). Nurse kata, kalau selepas minum air gula, bacaan di bawah 7.8mmol/L adalah normal. Maka, nurse ajak Ibu ke pantry untuk minum air gula.

* Sesampai di pantry, nurse pun ambil la gula dari dalam kabinet. Letak dalam cawan. pergi kat cerek. Eh! Cerek tak panas. Tekan punya tekan, cerek masih tak berfungsi. Ayah cuba menolong. Dia check switch box kat depan. Ada satu yang tendang. Dia angkat balik. Pastu nurse pasang pulak cerek tu semula. Tendang pulak. Memang sah cerek tu dah short. Cobaan betul lah. Terpaksa cancel appointment hari ni. Yelah, macam mana gula yang bayak tu nak larut kalau takde air panas kan. Nurse bagi tarikh baru. Hari Isnin (30.12.13) ni pulak pergi minum air gula.

* Ayah ajak sarapan kat warung. Ibu on jer. Tambah pulak tengah lapar giler. Maklumlah, lebih 8 jam puasa semalam. Ibu order teh tarik dengan roti kosong garing 2 keping. Tetiba datang pula sorang Atuk ni tegur Ayah. Ayah rapat dengan Atuk tu since Ayah kecik. Ayah kata, kecik-kecik dulu, dia gunting rambut dengan Atuk tu la. Borak sakan jugak dengan Atuk tu. Macam-macam dia cerita. Tapi Ibu tak boleh cerita kat sini. Bahaya. Kalau Adik nak tau, Adik tanya Ibu la yer. Tu pun kena tunggu Adik da pandai bercakap dan pandai baca entry ni dulu, baru boleh tanya. HAHA.

* Balik. Tengah borak dengan Ayah dalam kereta, tetiba rasa macam sesuatu yang keras kat dalam mulut. Ibu cuba ambil. LHOOO!! Gigi Ibu tercabut! Serpih! Nasib tak tertelan. Takkan penangan roti canai garing sampai tercabut gigi. Haha. Dugaan betul la hari ni, Dik. Saboorr je la. =.=

30 Disember 2013 [Minggu-15]


Hari yang ditakuti dah tiba (lagi). Sesi ambil sambel darah bermasalah lagi. Urat menyorok, darah taknak keluar. Nurse keluarkan jarum dari lengan. Ada la darah setitik keluar dari bekas suntikan tu. Nurse ambil langkah bijak, dia terus ambil glucometer tu dan letak strip dekat darah yang keluar segan-segan tu. Tak lama kemudian, keputusan pun terpapar dari skrin.
Selepas 8 jam berpuasa: 4.4mmol/L

Alhamdulillah. Normal. Terus nurse ajak ke pantry untuk minum air gula. Taraa..dah terhidang dah secangkir air gula. Gluppp. Seriau je rasa. Nurse tu pulak tersenyum-senyum je tengok Ibu cuak. Ibu tak dapat nak ambil gambar. Lupa nak bawa henset. Hihi. Kalau tak, memang dah masuk Instagram da ni. Kih3. Air dia pulak tak suam. Nak kata sejuk pun tak. Just at normal temperature. Itu rasa macam kembang semacam bila masuk dalam kerongkong. Ayah tanya, "Amacam, best tak?". Ibu jawab la "Nak try ker?". Ayah balas, " Eh, tak nak lah. Dia dah sukat dah tu. Mana boleh rasa". Haa..tau tak nak.

Ibu ingatkan ada la perasa oren ke, blackcurrent ke, ni air gulo semato. Takde perasa langsung. Redha je la. Ibu ingatkan nak minum senafas, tapi tak dapek. Melekat, melekit je rasa tekak ni ha. Minum sikit-sikit je la sampai habis. Nasib la Ayah sabar menunggu. Akhirnya habis jugak, seksa betul nak habiskan segelas air gula tu. Pergi jumpa nurse di kaunter. Tepat jam 8.55 am. Nurse kata, pukul 10.55 am datang balik, tuk ambil darah lagi. Jangan makan, jangan minum, cuma rehat sahaja sementara menanti 2 jam tu.

Jam 10.30 am, Ibu dan Ayah bergerak dari rumah. Ibu steady je. Tapi entah macam mana, sampai je kat simpang nak masuk klinik tu, air liur macam berlumba nak keluar. Ibu capai plastik dalam handbag. Baru je tadah, bluerkkkk.. Membuak-buak muntah keluar. Warna putih. Rasa manis. Haha. tak penah lagi muntah rasa manis. Ditambah pulak dengan perut kosong masa tu. Lagi senak perut bila muntah. Ayah risau. "Ala Sayang ni, kenapa muntah sekarang, muntah la nanti". Eh eh Ayah ni, ingat muntah boleh hold ke?. Dia ingatkan kalau muntah, boleh ganggu result ujian darah tu nanti. Hihi.
Sampai je dalam klinik, tepat 10.55 am,  nurse bawa ke Bilik Utiliti, untuk periksa darah. Alhamdulillah, nak pulak darah Ibu masuk dalam picagari tu. Setelah darah diletakkan pada strip, beberapa saat kemudian, kepetusan pun terpapar pada skrin.
Setelah 2 jam minum air gula : 6.6mmol/L
Alhamdulillah. Ibu tiada diabetes. Lega rasanya. Mudah-mudahan ini la yang pertama dan terakhir minum air gula. Rasa macam tak sanggup jer.

Petang tu, selapas balik dari Segamat teman Ayah beli barang kerja, Ibu terus ke dapur, masak. Masak simple je. Tak larat nak masak heavy sangat, kepala sakit. Penangan air gula tu barangkali. Sebelum 3 pm, dah dua kali Ibu muntah. Pertama, masa nak sampai klinik. Kedua, on the way nak balik dari Segamat. Kawan Ayah ada bagi air teh krisantimum, Ibu minum lah. Ntah macam mana, terkeluar balik air tu. Aiyark. tak sempat jadi bahan kumuh.

Seusai makan tengahari, Ibu rehat sekejap. Selepas solat, Ibu baring-baring. Ntah macam mana, tekak rasa tak best. Air liur merembes-rembes dalam mulut. Haiii...ni petanda nak muntah ni. Ibu berlari ke dalam toilet. Haa..memang betul. Terkeluar balik nasi, kobis masak kicap, ikan goreng yang Ibu makan tadi. Sampai kosong perut ni. Kepala makin pusing. Ayah tanya, " Sayang ok tak ni?". "Ok je, cuma pening", balas Ibu. "Sayang rehat la ye. Abi dah nak pegi kerja. Cepat sihat tau".

Malam tu, seusai solat Maghrib, Ayah tolong picitkan kepala Ibu. Rasa lega sikit. Ayah buatkan air koko panas untuk Ibu. Sedap. Tapi dalam masa yang sama, Ayah pulak diserang sakit kepala. Macam sehati sejiwa pulak kan? Hihi. Ibu pun picit-picitkan lah kepala Ayah. Wah..banyak betul dia sendawa. Penuh angin sekepala barangkali, hik3.

6 Januari 2014 [Minggu-16]

Temujanji periksa perut & kesihatan. Checkup ketiga. Check berat. Turun 100g, dalam masa dua minggu. Maybe sebab teruk sangat muntah dalam dua minggu ni. Tekanan darah normal, (100/60mmHg). Alhamdulillah. Tiada pembengkakan kat kaki. Nurse pegang perut, dia kata Adik dah besar sikit, tapi masih belum boleh ukur. Tapi, Hb Ibu jatuh la. Jatuh dalam 0.8gm/dL jugak la. :( . Bulan lepas 11.4gm/dL tapi bulan ni jatuh 10.6gm/dL. Sedih pulak rasa. Maybe dalam sebulan ni ibu jarang minum susu. Asyik mual je kalau minum susu. Makanan berasaskan zat besi pun Ibu kurang ambil. Biasa Ibu makan buah-buahan je. Sayuran hijau macam kurang. Kerang pun Ibu ada ambil, tapi maybe tak mencukupi kot. Nurse ada terangkan pasal bahaya anemia ni kat baby. Hai...seram jugak mendengarnya. Masa tu, Ayah tunggu kat luar. Dia tak masuk. Kalau dia masuk, mesti banyak lagi soalan dia tanya.Jadi, temujanji terpaksa dibuat 2 minggu sekali. Bagi Ibu hamil yang Hb rendah ni. Mudah-mudahan, next appoiment naik la Hb Ibu ni. Risau juga. Stok vitamin diberi. Ditambah dos vitamin iron, dari sebiji sehari kepada dua biji sehari. Tetapi perlu habiskan stok lama dulu, baru boleh start makan double dose. Nurse suruh lebihkan zat besi dari pemakanan terlebih dulu sebelum memulakan double dose. Kalau result darah next fortnight masih low, barulah proceed untuk double dose.

Selesai urusan klinik, Ayah ajak ibu sarapan dulu. Sambil tu, berborak pasal hal di klinik tadi. Maklumlah, Ayah duduk di luar, tak dengar perbualan nurse dengan Ibu. Ayah pun risau juga bila Hb ibu jatuh. Dia terus ke Segamat sekembalinya kami ke rumah. Ada urusan kerja.

Ibu masak kerang yang dibeli sejurus pulang dari klinik tadi. Banyak Ayah beli, 2kg ada kot. Ibu pun masak simple je la, kerang tumis serai. Actually, tak payah tumis pun takpe, cuma letakkan bawang kecil yang dimayang halus, bawang putih, cili padi dan serai diketuk. Masukkan semua bahan termasuk kerang yang telah dibersihkan ke dalam kuali. Tutup dengan tudung periuk. Dalam masa beberapa minit je, dah siap! hihi

Balik dari Segamat, Ayah belikan Ibu jambu batu. Inexpensive but rich with vitamins & nutrients. Jambu batu antara super-fruit yang banyak khasiat, antaranya zat besi.
Malam tu, dia bancuhkan Ibu susu Dumil Mama. Hihi. Lama betul berhenti minum susu. Kena sambung balik. Nasib la susu Dumil Mama tu takde bau hanyir susu. Kalau tak, memang dah lama Ibu tak minum.

22 Januari 2014 [Minggu-18]

Hari ini ibu ada temujanji di KKPJ, memandangkan last appointment baru-baru ni, tahap Hb ibu dibawah 11. Jadi, dua minggu sekali kena check darah sampailah tahap Hb dah kembali normal. Ibu datang lewat, menghampiri tengahari. Ayah lupa yang hari ini Ibu ada temujanji. Tapi Ibu tak salahkan Ayah pun sebab Ayah tengah perah otak dan tenaga tuk selesaikan projek inovasi dia tu. Sampai je kat KKPJ, nurse terus suruh Ibu kencing, nak check urine ibu. Rutin setiap kali ke klinik. Alhamdulillah, urine Ibu takde masalah. Terus nurse bawa ke Bilik Utiliti untuk ambil darah. Maka tragedi tak berdarah berulang lagi. 5 kali Ibu dicucuk, di tangan kiri dan kanan, darah masih menyombong nak keluar. Hatta setitis pun tak masuk dalam picagari tu. Nurse tu seakan dah berputus asa. Dipanggilnya nurse yang lebih senior. Suntikan keenam pun berlaku, pada urat yang lebih tersorok. Alhamdulillah, darah masuk ke dalam picagari dengan jayanya. Kelihatan darah sedikit pekat dari tempoh hari. Besar harapan agar tahap Hb kembali normal. Tak lama kemudian, nurse datang bersama keputusan ujian darah. Menghampakan. Tahap Hb lagi rendah dari dua minggu lepas, 10.4gm/dL.T__T

Ayah dah kelihatan monyok. Lalu Ibu dibawa untuk ditimbang berat badan. Tanpa disangka, berat badan Ibu naik mendadak! Dari 69.8 kg kepada 72.2 kg. Peningkatan drastik dalam masa dua minggu!! Ibu pun tak sangka boleh jadi berat macam tu sebab Ibu rasa badan Ibu macam biasa je. Nurse dah pening kepala dah. Dicadangkan naik 0.5 kg je sebulan, tapi Ibu naik 2.4 kg dalam 2 minggu!

Tekanan darah Alhamdulillah, normal. 110/70mmHg. Kaki pun tiada pembengkakan. Kemudian, nurse bawa untuk check perut. Nurse kata, minggu ke 18 da boleh check denyut nadi baby. Ibu pun baring dan nurse ambil fetal Doppler untuk check nadi Adik lalu diletakkan pada perut Ibu. Lagi sekali nurse risau. Bacaan hanya menunjukkan denyut nadi sang ibu. Sekitar 90 denyutan/minit. Ibu tanya nurse, sepatutnya berapa? Dia jawab sekitar 140 denyutan/minit dan keatas. Huh...Ibu dah risau! Nurse yang incharge Ibu tu minta pertolongan senior nurse. Dia check pun sekitar 90 denyutan/minit. Lalu dia suruh Ibu mengiring ke kiri dan berehat. Tak lama kemudian, dia periksa kembali. Alhamdulillah, bacaan untuk denyut nadi Adik dah kelihatan. Sekitar 130-150 denyutan/minit. Nurse kata normal, Alhamdulillah. Nurse siap pesan, kalau tidur, amalkan baring mengiring ke kiri, untuk pengaliran oksigen yang baik untuk bayi.

Nurse bagi tarikh untuk temujanji seterusnya, 3 Feb 2014, sama dengan tarikh Ibu buat USG. Dan nurse ada bekalkan satu container untuk Ibu letakkan sampel najis Ibu. Stool Ova & Cyst. Ibu pun tak pasti apa tujuannya. Tapi Ibu rasa untuk check kot-kot ada cacing, larva atau cyst kot! Takpun Ibu hamil yang Hb dia dibawah 11gm/dL kena buat ujian ni kot.


Dalam kereta, Ayah masih monyok. Risau dengan keadaan ibu yang kekurangan Hb. Kesian Ibu tengok Ayah, tapi nak buat macam mana kan. Ibu dah buat yang terbaik, namun hasilnya masih mengecewakan. Nurse dah suruh Ibu makan iron vitamin tu 2 biji sehari, mudah-mudahan temujanji berikutnya tak la menghampakan lagi.

27 Januari 2014 [Minggu-19]

Tengan main WeChat dengan Nenda. Tiba-tiba perut Ibu terasa sesuatu. Glup...glup.Eh, bunyi apa ni. Ibu tanya Nenda, "Ibu, baby sendawa ker?". "Iya la kot. Kalau Ibu pegang, baru Ibu tau". Haha. Pandai Nenda Adik main psikologi kan? Hihi. InsyaAllah, tak lama lagi Ibu dan Ayah nak balik ke Terengganu. Tak sabarnya rasa.. Rindu sangat kat Nenda dan To'ki Adik tu. Hihi

Rancak juga bunyinya. Rupa-ruanya Adik tersedu yer? Tersedu-sedan ke apa tu Dik? Hihi. Banyak kali jugak. Rugi betul Ayah takde masa tu, kalau tak, mesti dia suka.

Sebelum ni, Ibu penah rasa gak. Sekitar minggu ke 13. Tapi Ibu ingat perut Ibu yang berbunyi, padahal Adik ye? Bahagia je rasa bila dapat rasa Adik moving. Sekejap Adik duduk kat belah kiri perut Ibu, sekejap kat belah kanan. Memang tak dapat diungkap rasa bahagia tu.

03 Februari 2014 [Minggu-20]

Temujanji kelima. Dalam jam 0930, KKPJ dah call Ibu, mintak Ibu datang awal pagi. Alamak, macam mana ni. Ayah dah pergi kerja, jadi kena tunggu Ayah siapkan kerja dia dulu baru la dapat pergi. Sementara tunggu Ayah, Ibu isi perut dulu. Minum susu dan biskut kering. Tak lama kemudian, Ayah pun balik dalam keadaan bermandi peluh. Kesian pulak Ibu tengok Ayah masa tu. Terus dia ganti pakaian, start enjin kereta dan.....eh, enjin tak boleh start pulak! Berapa kali dia pulas kunci, masih tersekat-sekat bunyinya. Mungkin bateri kong. Ayah pun ambil powerbank, cucuk kat bateri tu, dia pulas kunci lagi, dan tak semena-mena enjin hidup. Pergh, powerful betul powerbank tu, siap boleh jadi jumper bateri kereta. Hihi

Dan kami terus memulakan perjalanan. Tiba-tiba Ibu rasa tak sedap mulut. Dan bila Ayah masuk je simpang nak ke KKPJ tu, terus isi perut Ibu membuak-buak keluar. Aiyark...rugi air susu dengan biskut kering. Hihi. Kami tiba di sana sekitar 1030. Ramai betul ibu-ibu mengandung menunggu giliran. Tidak kurang juga orang yang tak mengandung. Semua menunggu di hadapan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak sebab ruang pesakit luar tengah dalam pembaikpulihan. Lama juga la Ibu & Ayah menunggu. Bila dah dipanggil, Ibu dan Ayah terus ke bilik utiliti untuk ambil darah. Dan peristiwa menyakitkan itu pun terjadi lagi. Dua kali nurse tu sedut darah Ibu, masih tak masuk dalam picagari. Nurse tu surrender. Dia suruh Ibu tunggu di luar. Lama sangat menunggu, Ayah cari nurse tu lagi. Dan nurse tu panggil lagi. Dipintanya supaya Ibu kencing dahulu, untuk uji urin Ibu. Tunggu punya tunggu, lama betul orang dalam toilet tu. Naik lenguh kaki Ibu berdiri. Nurse itu pun suruh Ibu pergi kencing kat tandas kakitangan. Ha..merasa jugak masuk tandas kakitangan. KIKIKI. Alhamdulillah, urin Ibu tiada sebarang masalah.

Oleh kerana darah Ibu susah nak keluar, nurse buat pemeriksaan lain dahulu. Berat Ibu ditimbang, 71.1 kg. Alhamdulillah, turun 1.1kg dalam masa dua minggu. Hik3. Ok la kan, dua minggu lepas berat Ibu dah naik mendadak sampai 2.4kg, sekarang giliran untuk turun la pulak. Tapi taknaklah turun mendadak. Hihi.Tekanan darah normal,  110/80mmHg.Kedudukan Cephalic yang Ibu agak-agak maksudnya 'bayi dalam kedudukan normal (kepala ke bawah)'. Sebab masa check tu, nurse ada cakap kepala Adik kat bawah. Dan pertama kali tinggi rahim Ibu diukur, iaitu 20 cm. Alhamdulillah, mudah-mudahan normal la tu yer Dik. Sebab Ibu ada baca, tinggi rahim tu bergantung pada minggu kehamilan. Sekarang Ibu hamil minggu ke 20, tinggi rahim pun 20 cm, mintak-mintak Adik sedang membesar mengikut jadual la ye. Denyut jantung Adik normal, 140 denyutan/minit, diuji dengan fetal Doppler. Rancak Ayah bertanya nurse tu, "tu alat nak ukur jantung baby ke?", "denyut jantung normal biasanya berapa", "kenapa kena sapu gel macam minyak rambut tu?", "kalau sapu minyak rambut je, boleh tak?", "melekit macam minyak rambut tak gel tu?"  dan bla bla bla. Macam-macam soalan keluar dari mulut Ayah, sampai penat nurse nak menjawab. Hihi. Lucu kan Ayah Adik ni?

Kemudian, Ibu terus dibawa ke bilik doktor, menunggu giliran untuk USG pulak. Eee..tak sabarnya nak tengok Adik. Ayah pun ikut Ibu masuk bilik doktor. Dia pun tak sabar nak tengok Adik tau. Selepas doktor tengok buku pink Ibu tu, terus doktor suruh Ibu baring. Nurse pun bantu Ibu, sapukan gel dan sediakan  barang. Doktor memulakan kerjanya. Benda pertama yang Doktor cakap, "Haa, tu jantung dia!". Wahh...happynya!! Ibu cuba nak bangun, nak tengok. Doktor pun sengetkan sedikit skrin tu menghala ke Ibu. Doktor tekan-tekan lagi alat tu, pusing punya pusing kat sekitar perut Ibu. Alhamdulillah, macam-macam dah nampak. Nampak kepala, tulang belakang, tulang badan, tulang tangan, tulang peha, dan macam-macam lagi la. Cuma jantina je belum nampak dengan jelas lagi. Doktor cakap, secara kasarnya, alhamdulillah, Adik dalam keadaan normal. Cuma secara halusnya belum nampak lagi. Mungkin temujanji seterusnya, bila Adik dah makin besar, akan kelihatan lebih jelas. Ibu dan Ayah ada planning, nak buat USG kat swasta, sebab dah masuk bulan ke 5 ni, Ibu kena lebih alert. Bukan sahaja bab jantina, bahkan kot-kot ada sebarang abnormalities yang tak kita inginkan. Saban hari Ibu berdoa agar Adik tumbuh dengan sihat dan sempurna. Doktor tanya Ibu, dah minum air gula ke belum. Ibu kata, sudah. Dia pun tengok keputusan ujian diabetes tu. Pastu doktor cakap, 7 April ni Ibu kena datang lagi untuk scan dan minum air gula. MINUM AIR GULA LAGI??? Aiyark...masa taip jurnal ni pun Ibu rasa dah mual semacam bila sebut 'air gula'. Ibu ingatkan haritu kali pertama dan terakhir, rupanya tidak! Nurse kata, walaupun normal masa ujian pertama, kebarangkalian untuk dapat diabetes pada bulan ke-7 tetap ada, walaupun tak tinggi. Jadi, dalam jiwa yang tak rela, Ibu pasrahkan juga, demi Adik tercinta yang dalam kandungan ni.

Selesai jumpa doktor, Ibu kembali ke Bilik Utiliti untuk ambil darah. Nurse yang biasa ambil darah Ibu tu dah pasrah dah. Dia taknak ambil dah. Dia kata kesian kat Ibu kena cucuk banyak kali. Dia pun panggil nurse lain. Nurse tu pun ntah berapa kali baca Bismillah, takut punya pasal. Tak tau berapa banyak alkohol dah disapu pada pelipat lengan Ibu ni. Picagari dicapai, lalu dicucuk dengan penuh hati-hati. Malangnya, darah masih tak mahu masuk. Dipanggil lagi nurse yang lebih senior. Nurse yang ambil darah Ibu dua minggu lepas. Dia pun macam cuak jugak. Dicarinya urat yang lebih dalam. Dan.....darah Ibu tetap berdegil. Dia seakan patah semangat. Dia cuba memutarkan jarum picagari tersebut di sekitar urat Ibu. Masih belum keluar. Dengan jarum yang masih di dalam urat Ibu, dia cuba memutar lagi untuk kali terakhir. Dan....Alhamdulillah, darah Ibu masuk dengan jayanya ke dalam picagari tersebut. Empat orang nurse, lima kali suntikan, barulah darah Ibu ni nak keluar. High demand betul kan? Ayah dah risau tengok nurse tu pusing-pusingkan jarum tu dalam lengan Ibu, takut barangkali! Tapi bagi Ibu, lagi elok cara macam tu dari cucuk-keluar, cucuk-keluar. Itu lagi bisa wooo..

Ibu disuruh tunggu sebentar sementara menanti nurse ke makmal untuk ujian darah. Berdebar juga Ibu dan Ayah. Takut low Hb lagi. Ibu siap cakap kat Ayah, "Dah banyak Sayang makan limau mandarin ni, mintak-mintak naik la kan?". Sebab Ibu ada baca, setiap 100g limau mandarin menyumbangkan 38 mg zat besi. Selepas mendapat keputusan, Ibu dibawa ke dalam bilik. Sepanjang perjalanan ke bilik tu, tak henti-henti Ayah bertanya, "Macam mana, ok tak darah, macam mana ok tak darah?". Nurse jawab, "Sabar, sabar. Kita bincang kat dalam". Risau betul Ayah kat Ibu tau. Sampai je dalam bilik, nurse cakap Hb Ibu dah naik ke paras normal. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Rasa nak melompat kat situ je. Hihi. Walaupun cuma 11.0gm/dL (atas pagar), tapi bersyukur la. Banyak jugak peningkatan dalam masa 2 minggu. Tak payah Ibu berulang ke klinik setiap 2 minggu. Penat! Kesian kat Ayah jugak.

Jadi, temujanji seterusnya ditetapkan sebulan lagi, 03 Mac 2014.

03 Mac 2014 [Minggu-24]

Assalammualaikum Adik. Ibu tengah dalam mood 'bercuti' lagi sekarang ni. Hik3. Maklumlah, baru balik dari kampung kat Terengganu. Dua minggu jugak Ibu duduk kat sana. Tapi Ayah kena tinggal la. Ayah banyak kerja. Hari Khamis (27 Februari 2014) barulah Ayah datang ambil Ibu. 2 hari Ayah duduk kat sana barulah kami balik semula ke kediaman kami.

Penat betul Ibu hari ni. Ada temujanji kat klinik. Dicampur dengan penat dari balik kampung pun tak habis lagi. Dicampur pulak dengan cuaca yang tersangat panas kebelakangan ni. Rasa macam nak pengsan. Ayah ada kerja sikit pagi ni, jadi Ibu plan nak pergi ke klinik dalam tengahari / petang. Sambil tu, Ibu kemas rumah apa yang mampu. Maklumlah, baru balik kampung ni, macam-macam benda kena kemas.

Tengah Ibu lepak sekejap sebab penat mengemas, dalam jam 8.48am, tiba-tiba telefon berdering. Dari nombor yang tak dikenali. Ibu angkat.
Ibu: Hello. Assalamualaikum
Si Pemanggil: Waalaikumussalam. Ni Syazana ke?
Ibu: Ye saya.
Si Pemanggil: Ni misi ni. Dah pergi klinik belum?
Ibu: Belum lagi. Suami kerja. Dalam tengahari sikit saya datang.
Si Pemanggil: Ohh..baguslah kalau macam tu. Saya nak datang rumah ni.
Ibu: HAAA?? Datang rumah?? Emm..saya baru sampai dari kampung malam tadi. Rumah bersepah sangat.
Si Pemanggil: Takpelah. Kami datang nak check je.
Ibu: Ohh..ye ke? Kalau macam tu, ok lah.
Si Pemanggil: Sekejap lagi kami sampai.

Jantung Ibu dah berdenyut laju dah masa tu. Kenapa lah tiba-tiba je Nurse nak datang time macam ni. Selalunya bukan datang hari Khamis ke? Alahai... Lemah betul la.. Rumah bersepah sangat masa tu. Ibu simpan apa yang patut dalam bilik. Beg-beg pakaian semua letak dalam bilik. Tak sempat nak susun dalam almari dah. Ibu clearkan meja kopi. Sebab mungkin Nurse nak tulis apa-apa nanti. Ibu terus mandi. Risau jugak tiba-tiba Nurse muncul depan pintu. Alhamdulillah, dah kemaskan apa yang patut. Ibu rehat sekejap. Dan tak lama selepas tu, dua orang nurse pun sampai.

Mula-mula dia suruh Ibu test urine. Alhamdulillah, bersih. Kemudian dia check tekanan darah. Mak aii.. Tetiba naik pulak darah Ibu. 140/80mmHg. Nurse tanya "berdebar ke?". Ibu jawab, "debar la jugak, tiba-tiba je". Hihi. Nurse kata jangan takut. Dia bukan nak buat apa pun. Dia suruh Ibu rehat. Sementara Ibu rehat tu, dia check samaada ada pembengkakakn atau tak kat kaki Ibu. Alhamdulillah tiada. Kemudian dia ukur tinggi rahim Ibu. Alhamdulillah, 24 minggu kehamilan ni, tinggi rahim Ibu 24 cm. Selepas tu, dia dengar degupan jantung Adik pakai Pinard stethoscope. Nurse sekali letak je da boleh dengar jantung Adik berdegup. Alhamdulillah, 142 denyutan / minit. Sekali lagi tekanan darah Ibu diambil. Alhamdulillah, dah normal. 110/70mmHg.Selesai semua, nurse pun balik.

Dalam jam 11am, Ibu dan Ayah ke klinik pula untuk pemeriksaan. Mula-mula, berat badan Ibu diambil. 73.1kg. Naik 2 kg. Dalam masa sebulan. Hik3. Nurse kata takde masalah, so tak cuak la. Duduk kat rumah Nenda, memanjang asyik makan jer. Mana tak naiknya. Nasib baik la tak naik mendadak sangat. Sekali lagi tekanan darah Ibu diambil. Ayoyo. Tinggi balik. 140/80mmHg. Mudah-mudahan takde apa-apa yang serius. Maklumlah musim panas sekarang ni, tekanan darah boleh jadi tinggi tanpa dipinta.

Kemudian, Ibu dibawa ke dalam bilik untuk pemeriksaan perut. Nurse kata Adik tengah melintang. Ibu tanya bahaya ke tidak? Nurse kata tak bahaya, sebab masih awal, baby tengah aktif berpusing dalam tu. So, bukan jadi satu masalah besar kalau Adik melintang. Melainkan kalau dah masuk 9 bulan, Adik masih melintang, itu yang jadi masalah. Lama jugak Nurse tekan perut Ibu. Dia kata susah nak ukur baby sebab kulit perut Ibu tebal benar. Hihi. Kena gelak dengan Ayah. Jahat Ayah Adik kan? Hihi. Kemudian denyut jantung Adik diperiksa menggunakan fetal Doppler. Tapi hari ni Nurse guna fetal Doppler yang baru. Sebelum ni, alat tu speakernya rosak. Tapi harini speakernya elok. Tengah Nurse duk cari kedudukan jantung tu, tiba-tiba bunyi DUP DUP DUP DUP...kuat dan laju!  Ibu macam terkejut. Ayah lagi lah terkejut. Ayah tanya, "Bunyi apa tu?". Ayah datang dekat kat Ibu pastu dia gelak. Ibu tak tau apa Ayah gelakkan. Pastu Ayah gelak lagi dan pergi semula ke tempat duduk dia. Sambil Ayah gelak tu, dia cakap "HAHA, jantung dekat pusat". Ayoo..Ayah ni. Buat lawak pulak. Ibu tergelak kat situ jugak, sampai bergegar perut Ibu. Kena marah dengan Nurse sebab Ibu gelak sampai dia nak ambil bacaan pun payah. Teruk la Ayah ni kan? HIHI. Pertama kali Ibu dengar. Excited pun Ada. Hihi. Alhamdulillah, bacaan dapat diambil. 136-142 denyutan / minit. Normal. Kemudian, Nurse bagi slip untuk ambil vitamin sebab stok vitamin Ibu dah nak habis.

Selesai periksa perut, Ibu di bawa ke salah satu bilik untuk dos pertama suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) pula. Dengan bahasa pasarnya, suntikan untuk mengelakkan terjadinya kancing gigi. Vaksin ini adalah untuk melindungi si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang. Selepas kena suntikan ni, mak aiii...lenguhnya tangan. Nasib suntik kat tangan kiri. Kalau suntik tangan kanan, rasanya tak dapat nak buat kerja. Pening- peningnya toksah kira la. Mula-mula Ayah ajak Ibu ke Segamat, tapi Ibu terpaksa tolak, sebab effect suntikan tu menyakitkan. Petang tu, Ayah bawak Nasi Ayam untuk Ibu. Sebungkus pun tak habis, tak larat nak makan.

Pinggang Ibu pun dah start sakit-sakit. Adik dah makin besar. Hihi. Tapi Ibu tak kisah pun sakit-sakit ni, asalkan Adik membesar dengan sihat dan sempurna. Adik pun dah makin rancak 'bermain' dalam perut Ibu ni. Menendang, menyiku, toksah kira la. Kadang-kadang punggung Adik pun bertepek kat perut Ibu. Keras je perut Ibu bila Ibu pegang. Hihi. Ajaib betul perasaan tu. :-)

22 Mac 2014 [Minggu-26]

Assalammualaikum. Anak Ibu dengan Ayah tengah buat apa tu? Rancak betul Adik berpusing dalam tummy Ibu yer. Alhamdulillah. Kekal aktif yer Dik. Ibu baru lepas siang bawang, dekat sekilo juga kot. Pedih mata. Bosan, tak tau nak buat apa. Ayah kerja, tak balik tengahari. Kesian Ibu tengok Ayah, kuat betul dia kerah tenaga, tuk sara keluarga kita. Itupun Ayah belum sihat sepenuhnya lagi tu. Baru-baru ni Ayah demam, menggigil badan dia. Nak nangis Ibu tengok. Dalam demam pun dia masih nak pergi kerja, degil betul!

Ibu tengah sakit kaki ni, kat bahagian peha. Tak tau kenapa. Hinggakan terpaksa solat duduk satu waktu. Tapi Ibu gagahkan juga solat seperti biasa, sebab Ibu nak ajar Adik solat sama-sama dengan Ibu. Setiap kali Ibu solat, Adik tetiba bergerak jugak kan? Mula-mula Ibu tak ambil pusing sangat, tapi bila setiap waktu Ibu solat, Adik turut bergerak, Ibu rasa happy sangat. Dengan harapan Adik pun tengah solat sama dengan Ibu masa tu. :)

Pergerakan Ibu pun dah tak seaktif dulu. Dulu Ibu ni asyik nak mengemas je. Habis perabot Ibu punggah dan deko semula. Tapi makin perut dah besar ni, makin tak larat. Rasa nak terlentang je. Hihi. Arnab-arnab kat luar tu pun dah lama Ibu tak tengok. Ayah la yang tolong ganti air dan bagi dia makan. Kalau nak harapkan Ibu, memang tak la. Najis-najis dia pun dah lama Ibu tak uruskan. Kalau dulu, selang dua hari, Ibu akan bersihkan sangkar dia, tapi sekarang, sebulan sekali pun belum tentu.

Bulan depan, InsyaAllah Ibu dan Ayah akan start beli barang-barang untuk Adik. Tapi Ibu play-safe insyaAllah. Sebab Ibu tak tau Adik ni boy/girl lagi. Jadi Ibu akan beli barang-barang yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Hihi. To'ki dengan Nenda kat kampung tu siap dah buatkan barut, bedung, tilam untuk Adik tau. Excited betul mereka nak menyambut kelahiran cucu sulung. Tak tau macam mana Ibu nak balas budi Nenda & To'ki tu. Cik Su pun dah mula beli pakaian untuk anak sedara pertama dia ni. Hihi. Semua orang excited tunggu kelhiran Adik tau. Adik kekal sihat dalam perut Ibu dan bila tiba masanya, Adik turut kekal sihat bila dah dilahirkan nanti yer. Ramai yang menanti kehadiran Adik ni tau.

OK la, rasanya sampai sini dulu untuk hari ini. Kalau Ibu rajin, Ibu akan sambung catatan jurnal ni lagi. :)

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...