Tuesday, June 30, 2015

Setahun Sudah Berlalu...

Assalamualaikum,
Fuhhh...lamanya tak menulis,
Macam dah lupa je cara nak menulis.
Kikikiki..

Rasanya belum terlambat Ana nak mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat,
Hampir separuh bulan kita menempuhinya tahun ini,
Moga Ramadan kita kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya,
InsyaAllah.

Ana sebenarnya Ada kat Dungun sekarang,
Incik Suami bagi MC lebih kurang 2 minggu,
Tuk rehat-rehat, hihihi
Jadi sempatlah nak mencatuk-catuk sekejap,
Internet pulak laju (hahaha).

Alhamdulillah,
Sedar tak sedar,
19 Jun 2015 baru ni,
Dah genap setahun Ana bergelar Ibu!
Sekejap je rasa,
Pejam celik pejam celik,
Dah setahun umur anak dara Ana,
Delisha Shakirah binti Nordin.

Dalam masa setahun ni,
Ana jaga dia sepenuh masa,
Dapat tengok tiap detik tumbesarannya,
Memang tak menang tangan layan keletahnya,
Sebab tu Ana dah jarang update blog sekarang,
Nak mengadap laptop pun payoh.
Haha

Inilah dia anak syurga Ayah dan Ibu. Anak sulung kami. Antara sebab cerianya rumah tangga kami dengan kehadirannya.

Sedikit milestone 12 bulan tumbesaran Shakirah:

0-1 bulan: Asyik tidur je.

1-2 bulan: Belajar nak senyum.

2-3 bulan: Pandai berinteraksi dan gelak bila diagah. Dah pandai tumpukan pandangan dan menggerakkan mata mengikut objek boleh tegakkan kepala bila ditiarapkan.

3-4 bulan: Dah mula ketawa dengan kuat. Jerit pun kuat, sampai selang beberapa rumah pun boleh dengar. Suka buat sit up bila kita hulur tangan. Dah pandai cabut mitten sndiri dan main jari jemari sendiri. Mula nak kenal orang. Dah mula tertarik dgn visual dan bunyi sekeliling.

4-5 bulan: Mula capai kaki sndiri bila baring dan bukak stokin dengan tangan sendiri. Mula belajar mengiring dan meniarap. 

5-6 bulan: Dah pandai hisap jari kaki. Boleh bertahan lama kalau didudukkan. Suka belek jari orang. Kuat melonjak bila dipegang.

6-7 bulan:  Duduk tanpa sokongan. Mula makan solid food.Mula mengengsot ke depan.

7-8 bulan: Mula berdiri dengan sokongan. Mula merangkak. Pandai ekspresikan perasaan rindu. Bila Ayah dia balik, dia akan tersenyum riang dan meluru kepada Ayah dia. Nafsu makan kuat, asyik nak mengunyah je. Suka goyang-goyang kepala kalau dengar sebarang irama.

8-9 bulan: Mula berjalan sambil memapah. Dua batang gigi bawah mula tumbuh. Makin aktif meneroka. Sudah pandai main tepuk amai-amai kalau kita nyanyi. On the spot dia clap her hands.

9-10 bulan: Mula memanjat. Mula berdiri tanpa sokongan. Suka kutip barang dan terus masukkan dalam mulut. Suka main bukak tutup benda yang bertutup, terutamanya botol. Sengih kalau dipuji, siap tepuk-tepuk tangan. Mula berjalan dengan bantuan sesuatu untuk dipegang, terutama benda yang beroda. Sudah pandai main buka tutup pintu kabinet. Tak suka orang ambil barang dia, dia akan terus rampas tanpa kompromi. Dia kenal mana satu barang dia walaupun orang lain ada benda yang sama, dan dia takkan ambil barang orang lain. Pandai buat muka kelakar. Mula panggil Ibu-Ayah walau mungkin dia tak maksudkan. 

10-11 bulan: Empat batang gigi atas tmbuh sekaligus. Mula berjalan beberapa langkah. Memberontak dan suka baling barang tapi muka selamba je, macam tak bersalah. Suka melaga-lagakan dua barang sampai hasilkan bunyi. Pandai berlakon, contohnya kalau kita on phone, dia akan berlakon letak tapak tangan kat telinga, macam dia pun tengah cakap telefon.Keluar segala bahasa parsinya, macam tengah bincang projek juta-juta. Pastu kalau kita cakap hello, automatik tapak tangan bubuh kat telinga.

11-12 bulan: Jalan dengan laju. Banyak arahan yang dia dah faham. Bila kita sebut 'nak sayang sikit', laju-laju dia pergi kat kita and kiss kita. 

Tiada apa yang dapat Ibu bagi di hari kelahiranmu, Sayangku,
Doa Ibu takkan putus-putus mengiringi setiap inci tumbesaranmu,
Semoga anak Ibu menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Sunday, October 26, 2014

Sudah Dua Puluh Enam Kali..


26 Oktober,
Tarikh itu tiba lagi,
Saban tahun tanpa culas melakukan tugasnya,
Hadir di helai-helaian terakhir sesebuah takwim

Tahun ini,
Sudah dua puluh enam kali tarikh itu menjengah dalam hidupku,
Mungkin bagi orang lain,
Itu hanyalah tarikh yang biasa,
Sama seperti tarikh-tarikh yang lain.

Tetapi bagiku,
Tarikh itu sangat istimewa,
Bukan hanya kerana ia tanggal kelahiranku,
Tetapi ada peristiwa hebat yang berlaku disebaliknya.

Imbas kembali pada tarikh itu,
Pada dua puluh enam tahun yang lalu,
Ada seorang wanita mulia,
Pertaruhkan hampir seluruh nyawanya,
Dikerahkan segala keringat dan tenaga yang ada,
Sedaya upaya dia berjuang,
Hanya untuk melahirkan puteri sulung yang ditunggu-tunggunya ke dunia,
Seorang diri tanpa suami disisi,
Dek kerna tuntutan kerja.
Tidak gusar andai nyawanya menjadi taruhan,
Pintanya hanya untuk melahirkan puterinya dengan selamat.

Kini..
Dua puluh enam tahun selepas peristiwa itu,
Puteri yang dulu tapak kakinya hanya sebesar dua jari,
Telah meningkat usia menjadi seorang gadis riang,
Dan sudah pun menjalani kehidupan berkeluarga bersama pilihan hatinya,
Serta dipinjamkan seorang puteri dariNya sebagai pengikat cinta mereka.

Selamat Ulangtahun Kelahiran,
Rasanya ucapan 'selamat' itu lebih layak diucapkan kepada dia,
Dia yang melahirkan aku ke dunia ini,
Tanpa dia, aku tiada di sini,
Tanpa dia, tidak dapat ku rasai nikmat menjadinya seorang Ibu,
Terima kasih Bonda,
Zakiah binti Abdullah,
Keranamu anakmu disini,
Bernafas di bumi Allah ini atas izinNya.


Sudah dua puluh enam tahun berlalu,
Masihkan aku di sini pada dua puluh enam tahun akan datang?
Hanya Allah yang tahu,
RahsiaNya yang kekal dalam simpananNya,
Sehingga Dia sendiri yang membongkarkan rahsia itu.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" .
( Surah Ali Imran : Ayat 185)

Friday, September 26, 2014

Saya Dah 100 Hari!

Assalammualaikum
Lama betul tak update blog.
Macam bizi sangat je kan?
Haha



Dalam 100 hari ni,
Banyak yang Ana tahu
Lagi banyak yang Ana tak tahu,
Belajar sikit demi sedikit,
Cuba untuk menjadi Ibu yang terbaik meskipun bukanlah Ibu yang sempurna,

Dalam 100 hari ni,
Delisha dah pandai senyum,
Dan ketawa, meski tak lah segalak mana lagi.
Dia jugak dah boleh mengiring,
Bila meniarapkan, boleh tahan lama jugak dia bertahan.
Kepala pun dah tak bergoyang bila didukung & diteriapkan.
Dah pandai angkat kepala masa baring, macam nak bangun,
Kaki dan tangan sangat aktif,
Sentiasa bergerak-gerak tak kira masa,
Ada satu hari, masa tidur, bantal yang kat kaki dia boleh sepak terus ke muka dia,
Tiba-tiba dengar dia menangis,
Rupa-rupanya bantal dah melepek kat muka dia!
Bila kita dirikan badan dia kat lantai,
Dia dah boleh menapak,
Mata dia dah pandai tengok objek,
Dah pandai mengekor gerakan objek tu.
Dia dah mula kenal orang,
Bila merenung orang, lama betul dia memerhati,
Tak berkelip mata!
Bila Ayah dia agah, suka betul dia!
Konon dah pandai tengok TV,
Bila tengok TV tu, macam paham je.
Ralit!


Dalam 100 hari ni,
Ana masih belum lagi sempurna sebagai seorang Ibu,
Tak secekap mana nak menguruskan rumahtangga,
Masak pun simple-simple je,
Rumah kadang bersapu kadang tak,
Arnab kat reban kadang terlupa nak bagi makan,

Ya Allah,
Berikan aku kekuatan untuk mengharungi semua ini,
Berikan aku kesabaran dalam mendidik dan membesarkan amanah pinjamanMu ini,
Berikan aku kemahiran yang terbaik untuk membimbingnya kejalan redhaMu seiring piawaian yang telah Engkau gariskan.
Kurnikanlah anakku akal yang cerdas, tubuh yang cergas dan iman yang tebal.
Jauhkanlah dia dari sebarang penyakit yang berbahaya.
Murahkanlah rezeki kami sekeluarga,
Jauhkanlah kami dari bebanan hutang,
Redhakanlah perjalanan hidup kami.

Monday, August 25, 2014

Won’t You Be My Partner After This World?

Masih terbayang saat itu di ruangan mindaku,
Saat lafaz sakti itu engkau ungkapkan,
"Aku terima nikahnya.."

Hari ni,
Genap dua tahun peristiwa itu berlalu,
Setiap kali ku bukakan mata,
Hati tersentuh kau hiasi dunia,
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku.
Semua impian yang ku damba menjadi nyata,
Tak perlulah lagi ku bermimpi,
Kini kau hadir dalam sedar mencintai,
Untuk kekal sehidup semati.
Tak perlulah ku memeluk angan,
Kini kau ada erat di dalam dakapan.

Ku mampu tempuhi halangan,
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu.
Di saat ku memikul bebanan,
Kau memberikan ku kekuatan.
Kau berikan ku segalanya,
Sabar tanpa ada rasa jemu.
Kau membuat ku terlena dalam rindu.

Telah kurela hadirmu temani relung hatiku,
Simpanlah jiwaku dalam doamu,
Kan kujaga cintamu,
Telah kurela hadirmu temani relung hatiku,
Simpanlah nafasku dalam hidupmu.
Kan kujaga setiamu.

Terima kasih untuk segala memori,
Kau selalu menceriakan semula hatiku yang kadang terluka,
Usah dikau hampakan harapanku terhadapmu.
Genggamlah erat tanganku,
Berikrar setia bersama sehingga ke akhirnya.

Monday, August 18, 2014

Welcome To The World, My Little Girl

Assalammualaikum.
Wah. Lama benor tak conteng blog ni.
Suci mulus je blog ni tanpa contengan merapu Ana kan?
Haha

Alhamdulillah,
Setelah 22 bulan menanti,
Ana sudah bergelar seorang Ibu!
Ana telah melahirkan seorang puteri yang comel, sihat dan sempurna.
Alhamdulillah.

Setelah 61 hari kelahiran,
Baru nak berpeluang kongsi cerita.
Untuk tatapan dan kenangan sendiri dimasa akan datang.
:)

15 Jun 2014

Ana terpaksa serah diri kat Hospital Segamat sebab Ana ada Gestational Hypertension (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). Terpaksa bersalin sebelum EDD untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada si ibu/baby. Walau langsung takde rasa sakit nak bersalin, tapi terpaksa pergi jugak la.

Buat USG. Alhamdulillah, baby dalam keadaan baik. Dr tengok 'jalan' masih belum terbuka, jadi Dr tolong untuk bukakan jalan. Kemudian, Dr panggil Incik Suami untuk tandatangan surat izin IOL (induced on labour). Dr terangkan segalanya tentang IOL ni, tentang kesakitannya, tentang segalanya la. Incik Suami izinkan tapi dia siap bagi syarat, "Saya taknak doktor/misi pelatih yang sambut anak saya nanti, saya taknak isteri saya kena jahit banyak kali. Saya nak doktor yang betol2 doktor dan misi yang berpengalaman je yang ada nanti". Doktor senyap sekejap.Haha. Dia setuju dan dia suruh Incik Suami cakap semula tentang hal tu bila Ana dah nak bersalin nanti. Sebab dia takut bila Ana bersalin nanti, bukan waktu di on call.

16 Jun 2014

0711hrs: Buat CTG untuk yang ke berapa kali ntah. Tapi buat kat katil je, tak pergi kat labour room. Sepatutnya kena induced, tapi doktor tak datang-datang. Ada meeting kot. Dalam tengahari, ada pulak budak medik dari kolej medik datang interview. Hayoo. Takde orang lain ke nak pilih. Nak taknak, kena bagi kerjasama jugak la, sebab Ana pun pernah jadi student dan tau macam mana rasa kalau orang yang kita nak interview tu taknak bagi kerjasama. memang hangin rasanya. Haha. Makan sarapan nasi goreng specially cooked by Incik Suami. Nyummyy...

1603hrs: Check jalan. Bukaan serviks 1.5cm. Doktor kata tak perlu masuk prostin lagi sebab kes semi-urgent. Fuhh. lega.

2230hrs: Rasa sakit2 dari pinggang ke lutut. Tapi on-off. Taktau tu sakit apa. Tak boleh lelap malam tu. Asyik ke bilik air je, terkencing. Minum air pun bukan main banyak. Berapa kali ntah mintak misi top-up kan air. Hihi. Baring tak kena, duduk tak kena, mengiring je boleh. Tu pun masih rasa sakit. Mengadu kat misi, misi cakap biasa lah tu. Bila tengok kat CTG, kontraksi tu ada, tapi masih slow. Satu kontraksi dalam masa 10 minit dan jangkamasa kontraksi tu 15 saat.

17 Jun 2014

0729hrs: Bukaan serviks 2 cm. Suppositories (pil Prostaglandin) di masukkan kedalam faraj. Rasa seram sejuk jugak masa Dr masukkan tu. Huhu. Tujuan tablet ni dimasukkan adalah untuk melembutkan servik akan mencetuskan kelahiran bayi pada hari berikutnya. Ini bergantung kepada individu jugak. Ada yang masuk sebiji prostin pun dah rasa sakit nak beranak, ada orang, walau dah masukkan 3 biji pun masih belum rasa sakit nak bersalin tu.Kena puasa sejam selepas masuk ubat. Pakar datang melawat. Dia pegang perut. Dia anggarkan baby 3.4kg lebih.


1323hrs: Ada makcik sebelah tu melawat anak dia. Dia pegang perut Ana. Dia kata cantik kedudukan, dan kepala baby dah masuk (enggaged). Dia rasa belakang Ana kat kawasan pinggang, rasa sejuk dan seakan berair. Dia kata dah tak lama dah ni. Dia rasa betis plak. Panas lagi. Dia kata, kalau betis dah sejuk, dah dekat sangat la nak bersalin tu. Hihi

1405hrs: Misi panggil suruh turun ke Klinik Pakar. Ayoo. Kenapa pulak. Misi cakap sebab pakar check tadi, baby besar. Dia nak scan semula baby besar mana sebenarnya.  Buat USG, baby 3.8kg ++. Dr bagi pilihan, sama ada nak bersalin normal / caesarian. Ana bimbang. Kenapa Dr sampai bagi pilihan. Teruk sangat ke kes Ana ni? Dr kata baby besar. Anggaran ni biasanya ± 0.5kg. Kemungkinan baby boleh jadi 4kg lebih. Berisiko kalau bersalin normal sebab Ana ada darah tinggi dan kelahiran sulung. Ana tak dapat nak bagi keputusan serta merta. Ana kata Ana nak bincang dengan Incik Suami dulu.Hihi

1430hrs: Dah mula rasa sakit yang amat.

1720hrs: Ajak Incik Suami jalan-jalan sekitar wad. Orang cakap kalau banyak berjalan, 'jalan' cepat bukak. Walau dah start rasa sakit2 dari  pinggang sampai peha, tetap gagahkan jugak. Incik Suami tak jemu melayan kerenah Ana. setia memimpin Ana kemana sahaja asalkan tak jauh dari kawasan wad. Hihi. Balik semula ke dalam wad, rasa sakit yang amat. Incik Suami suruh rehat kat katil je. Pergi toilet, dah ade 'show' (darah campur lendir). Ya Allah, tak lama lagi aku bakal melahirkan? Tunjuk kat Incik Suami, dia terkejut.

18 Jun 2014

Pagi tu Incik Suami datang awal ke wad. Dia terpaksa ke Palong atas urusan kerja.Sakit dah makin kerap. Dah ada 2 kontraksi dalam 10 minit.

Petang tu ajak Ibu pulak jalan-jalan sekitar wad. Sakit sangat. Rasa macam lutut nak tercabut. Tapi nak jugak jalan, sebab rasanya dengan berjalan, sakit tu kurang la sikit kot. Hihi.

2015hrs: Sakit sangat. Call ibu. Ibu masuk dengan Ayah Mertua. Dr check jalan. Dah 4 cm. Misi suruh makan kenyang-kenyang dulu untuk tenaga kat labour room nanti. Cuma selera nak makan roti dengan air coklat jer.

2115hrs: Ditolak masuk ke labour room guna wheel chair. Tengok sekeliling. Mencari kelibat suami. Sedih. Dia tiada. Dia belum balik dari Palong lagi. Berdoa banyak-banyak dalam hati semoga dia ada di sisi semasa Ana bersalin nanti.

2215hrs: Dr masuk. Dia pecahkan air ketuban .
Amniotomi/Artificial rupture of the membranes(AROM)
Doktor pecahkan air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis,steril dan plastik. Ia digunakan mencetus air ketuban pecah menyebabkan kepala bayi bergerak di dalam servik dan kontraksi menjadi lebih kuat.Ini disebabkan oleh air ketuban pecah boleh merangsang hormon Prostaglandin dan mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi keluar.  
Doktor lain datang. Dia kata 4 jam lagi dia akan check bukaan jalan (bermakna jam 2.15am) dan sekiranya jalan masih belum 10cm, akan tunggu lagi 4 jam (6.15am) dan sekiranya masih belum buka juga, pukul 8 am Ana terpaksa bersalin secara caesarian. Doktor kata bukaan jalan makan masa sekurangnya sejam untuk 1 cm bukaan. Jadi mereka jangka Ana mungkin bersalin dalam 6 am ke atas. 

Mengadu dahaga dengan misi. Misi kat KK ada cakap, kat labour room tak boleh makan/minum. kalau 8 jam kita kat situ, 8 jam la kita tak makan/minum. Takut kita terberak/terkencing pulak. Ana cuba nasib je mintak air dengan misi. Eh, bagi pulak dia. Satu mug dia bagi. Hihi. Tak lama lepas tu Dr masuk, Dr kata nak air Milo tak? Ana apa lagi. Cakap je la nak. Haha. Alhamdulillah, rezeki.

19 Jun 2014

1230hrs: Tengah menahan sakit yang amat sangat. Tak boleh duduk. Cuma mengiring dan baring je. Rasa nak larikan diri dari labour room. Menyesal pegi labour room awal2. Kalau duk kat wad, maybe boleh berjalan-jalan atau duduk tuk kurangkan kesakitan. Dalam tengah menahan sakit tu, nampak kelibat seseorang yang dirindu! My husband!! Ya Allah, tak sangka betul. Kalau ikutkan prosedur, suami mana boleh masuk, melainkan kalau isteri betul2 tengah nak bersalin. Ana tanya macam mana dia boleh masuk, dia kata misi bagi tengok sekejap. Sementara dia dalam tu, dia tenangkan Ana, tolong urutkan kaki dan belakang Ana. Misi masuk, di bubuh ubat dalam drip. Ubat tahan sakit katanya. Tak lama kemudian, Incik Suami terpaksa keluar. Sebelum dia keluar, Ana ada mengadu dengan dia. Tak tahan sangat rasanya sakit ni. Rasa macam nak operate je. Dia tenangkan Ana. Dia kata jangan putus asa. Sakit ni penghapus dosa. 

0115hrs: Rasa mengantuk sangat bercampur dengan sakit. Ana tidur untuk hilangkan rasa sakit tu. Hihi. Eh, boleh pulak terlelap kan dalam sakit tu. Hihi

0210hrs: Sakit yang memuncak. Rasa punggung nak tertanggal! Kebetulan misi lalu, mengadu kat misi yang rasa sakit gila. Misi datang tengok. Terus dia panggil Dr. Dr sepatutnya datang nak check bukaan jalan, tapi dah jadi lain. Dr kata kepala baby dah nampak, bukaan 9.5cm. 

0215hrs: Dr kata jangan teran lagi, cuba kawal pernafasan. Tiba-tiba Incik Suami masuk. Dia terus ke sebelah kanan Ana. Tangan kananya memegang tangan kanan Ana, manakala tangan kirinya mengusap kepala Ana. Ana tak henti-henti membaca doa Nabi Yunus. Sejak masuk labour room, tak putus-putus Ana baca doa tu. Dengan harapan Allah mudahkan segala urusan Ana. Dr suruh teran. Ana guna sehabis tenaga untuk meneran. Doktor kata kepala dah hampir keluar. Dia puji, pandai! Haha. Dia suruh teran lagi, kali ni dia suruh teran lama-lama, jangan putus. Sebab tersekat kat hidung baby (mancung kot.haha), takut baby lemas. Ana pun teran selama dan sekuat yang boleh. 

0225hrs: Alhamdulillah, dalam 3 kali teran, Ana melahirkan seorang khalifah di dunia ni. Semua happy masa tu. Suami bisik kat Ana, "perempuan, Sayang", sambil tersenyum gembira. Selepas potong dan kepit tali pusat, misi letak baby tu kat dada Ana. MasyaAllah, tak tau nak cakap perasaan masa tu. Allahuakbar! Subhanallah. Sangat indah ciptaan Allah di depan Ana masa tu. Terasa kulitnya menyentuh kulit Ana. Misi tanya, 'Ni anak awak, Tengok, laki ke perempuan?". Ana jawab, "perempuan". Lalu dia ambil dan bawak baby keluar untuk mandikan serta buat penilaian seterusnya. 

Ana rasa nak pitam selepas uri dikelurkan. Darah tak berhenti-henti keluar. Nurse menghalang Ana dari tidur. Tekanan darah Ana diambil. Tekanan darah Ana jatuh menjunam. Tukar 3 jenis alat uji tekanan darah, keputusannya masih sama. Hypotension! Penglihatan Ana makin kabur. Kepala sangat pening. Ana rasa sampai situ je hayat Ana. Doktor cepat2 suruh nurse bagi Milo kat Ana. Ana dehydrate. Muka dah pucat. Selepas minum Milo, Ana rasa segar sedikit. Selepas beberapa lama, tekanan darah diambil kembali. Alhamdulillah. tekanan darah Ana kembali normal.

Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi Ana peluang hidup di buminya ini dan membesarkan anak Ana. Beratnya ketika dilahirkan adalah 3.5kg dan panjangnya 50 cm. Selepas dia dimandikan oleh nurse, Incik Suami azankan anak kami, tapi Ana tak dengar masa tu. Mereka kat tempat lain.

Kemudian, nurse hantar baby kat Ana dan suruh Ana susukan. Fuh! Memang janggal. Ana tak biasa pegang baby selama ni. Apatah lagi nak susukan. Pegang tu memang kekok, berapa kali ntah nurse betulkan cara pegangan Ana, tapi still kekok. HAHA

Lama kelamaan, Alhamdulillah. Ana dah biasa kendalikan anak kami.

Begitulah serba sedikit kronologi kelahiran Delisha Shakirah.
Ya, kami sepakat memberikan nama puteri kami Delisha (keseronokan,kegembiraan) Shakirah (yang berterima kasih,bersyukur) dengan harapan dia membesar menjadi seorang gadis yang riang dan memberikan keriangan kepada orang sekeliling serta sentiasa bersyukur diatas segala apa yang dia terima.

Doakan kami dapat membesarkan puteri kami dengan penuh kasih sayang serta mendidiknya selari dengan tuntutan syariatNya. Semoga Delisha Shakirah membesar menjadi anak yang solehah, sihat, pandai dan menyenangkan hati semua.

Oh ye,di sini Ana nak share serba sedikit jurnal sepanjang 9 bulan kehamilan Ana..:)
# Trimester pertama
# Trimester kedua
# Trimester ketiga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...