Monday, February 06, 2012

Biarkan Dia Menangis.....(2)




Irsyad kelihatan mundar mandir di hadapan televisyen sambil menggigit kuku ibu jari tangan. Itulah tabiat buruknya dari kecil apabila sedang berfikir.

“Abang, Min kan tengah tengok TV ni. Boleh tolong duduk tak, Bang? Part best ni”, keluh Jasmin.

Irsyad masih begitu seakan tidak mendengar apa yang Jasmin katakan.

“Meh sini meh, duk sebelah Sayang”, pujuk Jasmin walau rasa terganggu apabila Irsyad mundar-mandir di hadapannya ketika dia asyik menonton rancangan kegemarannya.

“Abang ada problem ke ni? Sejak dapat call tadi, abang jadi macam ni. Ada apa yang tak kena ke? Tak nak share dengan Sayang?”. Sungguh lembut Jasmin menyusun kata apabila Irsyad seakan tidak mendengar pujukannya tadi. Risau dia melihat perubahan Irsyad seakan tengah menanggung beban yang berat di dalam kotak fikirannya.

Tiba-tiba Irsyad tersentak. Lamunannya terbang pergi.

“Err…Min cakap apa tadi? Sorry, Abang tak dengar”, soal Irsyad seakan orang kebingungan.

“Eh, mana ada Min cakap dengan Abang. Min cakap dengan Rosyam Nor kat TV tu. Kan Rosyam kan? ”, perli Jasmin. Bengang Irsyad tidak menghiraukan dia tadi.

“Ala kuci-kuci. Merajuk lah tu Abang kacau dia tengok TV. Sorry la ya. Abang sebenarnya ada hal nak discuss dengan Sayang ni”, pujuk Irsyad.

Discuss pasal apa tu Bang? Macam berat je bunyinya. Eh, cuak pulak nak dengar ni”, balas Jasmin dengan nada kerisauan.

“Tadi Khairul call Abang. Dia cakap, dia ada kenal sorang ni, dia boleh selesaikan masalah orang macam kita”, jelas Irsyad ringkas.

“Orang macam kita? Maksud Abang?”

“Err..macam kita. Takde anak. Dia kata, orang tu boleh tolong”, balas Irsyad.

“Maksud abang, tok bomoh ke ni? Sudah lah Bang, jemu dah Sayang dengan bomoh-bomoh ni. Diorang just nak duit je. Bukan diorang terer sangat pun. Sayang tak mau kena tipu dah”. Ada nada kesal dalam butir bicara Jasmin.

“Ini bukan sembarangan, Yang. Dah banyak orang-orang macam kita dia tolong. Memang mujarab. Khairul cakap, bomoh ni famous. Orang dari jauh pun sanggup datang jumpa dia untuk dapatkan rawatan. Memang bukan bomoh tipu. Percayalah. Takkan Abang nak pedajal isteri kesayangan Abang ni. Kita nak ikhtiar kan? Mana tau ini ikhtiar terakhir kita? Dan lepas ni, kita boleh sama-sama terima kehadiran orang baru dalam family kita ni. Boleh ye Sayang? Kali ni je. Last!”. Bersungguh-sungguh Irsyad cuba melembutkan hati Jasmin.

“Betul ni last? Promise?”.

“Ye Sayang. Terima kasih kerana percayakan Abang. Sayaang Min”.

***********************

“Assalamualaikum, Rul. Kau busy tak hari ni? Aku nak jumpa kau jap. Pasal yang kau cakap hari tu”, soal Irsyad dalam talian telefon.

“Ha..macam tu la kawan. Kau mesti setuju dengan cadangan aku kan? Petang ni kita jumpa kat tempat biasa, ok?”, balas Khairul

“Ok. Aku bawak Min sekali tau. Kesian pulak dia sorang-sorang kat rumah”.

“Kau nak bawak satu taman pun takpe Cad, no hal punya. Tapi make sure bawak awek-awek hot la, yang tak berapa nak hot, kau tinggal je kat jalan”. Khairul berseloroh.

“Miang betul! Aku report kat bini kau nanti, rentung la kau! Ahh..sudahlah, makin aku layan kau ni, makin menjadi-jadi pulak nanti.Bye! Jumpa petang nanti!”, segera Irsyad mematikan talian.

***********************

Dalam kesamaran cahaya lampu jalan yang masuk melalui celahan langsir bilik tidurnya, Irsyad masih boleh lihat jam dinding. Berbalam-balam. Dah jam dua setengah pagi. Dia masih belum boleh lelap walaupun bilik dah separa gelap. Ada sesuatu yang berlegar-legar di kotak fikirannya. Tentang bomoh yang Khairul ceritakan itu. Jasmin sudah pun setuju selepas mendengar cerita Khairul petang tadi.

Imbas Kembali…

“Kau jangan nak risau, Cad. Dukun tu mengamalkan perubatan Islam. Ada bacaan ayat Quran time dia merawat orang. Bukan jampi serapah yang mengarut-ngarut”, terang Khairul bersungguh-sungguh.

“Bini aku punya member pernah berubat gak kat dukun ni dulu. Kes diorang lebih kurang sama macam korang. 11 tahun diorang kahwin, tapi still tak dapat anak. Lepas je diorang jumpa dukun tu, terus bini dia disahkan mengandung. Sekarang dah ada anak dua dah”, tambah Khairul lagi.

“Eh, betul ke ni, Rul? Macam excited pulak aku dengar cerita kau. Bang, esok kita pergi jumpa dukun tu nak?”, teruja Jasmin mendengar cerita Khairul dan meminta agar Irsyad dan dia segera ke sana.

“Esok? Tak rushing sangat ke Yang?”

“Ala..apa salahnya bang. Esok kan holiday. Bukan kita ada plan lain pun kan? Boleh ye, Bang? Please…”, pujuk Jasmin sambil memegang tangan Irsyad.

“Tapi…..sayang kan belum buat persediaan mental fizikal lagi. Biasanya nak pergi travel jauh, sayang cakap kena ready fizikal mental dulu kan?”, perli Irsyad sambil mengulum senyuman.

“Ala…Abang perli Min la ni. Benci la!”, rajuk Jasmin sambil memalingkan wajahnya ke arah lain tanpa menyedari Khairul tengah memerhatikan gelagat mereka.

“Ewah-ewah korang ni. Macam pengantin baru, merajuk-rajuk pulak! Nak pergi ke tak ni? Kalau nak, aku boleh tolong buatkan appointment. Kau jangan tak tau, nak jumpa bomoh pun kena buat appointment tau!”, ujar Khairul sambil memandang Irsyad memohon jawapan segera.

“Em, ok lah. Aku setuju. Tapi kau teman la kitorang ye! Aku mana tahu tempatnya kat mana”, jawab Irsyad.

***********************

Keesokannya, mereka tiba di tempat yang dimaksudkan. Di kawasan kepulauan di selatan tanah air. Setelah berjumpa dan menceritakan tentang masalah yang mereka alami, dukun itu seakan memahami. Berbekalkan pengeras yang hanya RM5.25 bersama 7 batang paku dan 7 biji buah keras membuatkan Jasmin dan Irsyad yakin bahawa dukun ini bukan seorang penipu.

Dukun tersebut sudahpun memulakan bacaannya. Suaranya terketar-ketar dan sangat perlahan dan ada ayat-ayat yang sukar Irsyad dan Jasmin fahami. Setelah dukun itu selesaikan bacaannya, dia menerangkan bahawa terdapat jin yang tinggal dalam rahim Jasmin. Jin itu menghalang persenyawaan dan sekaligus kehamilan gagal berlaku.

Mereka terkejut mendengar penjelasan dari dukun tersebut. Tak sangka ada makhluk lain yang ‘menumpang’ dalam tubuh Jasmin, sekaligus menyebabkan Jasmin gagal untuk mengandung.

“Nah, ini air mineral yang sudah Tok bacakan dengan bacaan Quran tadi dengan air Yassin. Minum dan sapu pada perut isteri 3 kali sehari”.

“Oh ya, satu lagi. Ini yang penting. Kamu berdua mesti ke makam wali Allah yang keramat berhampiran pulau ini. Pohon doa dan bernazarlah di makamnya. Untuk mendapat berkat, bawalah bersama sesisir pisang dan pulut kuning. Doa lah dengan bersungguh-sungguh di situ mudah-mudahan permasalahan yang kalian hadapi sekarang dapat diselesaikan”. Panjang lebar dukun tersebut menerangkan apa yang perlu mereka berdua lakukan.

"Terima kasih Tok. Kami akan buat semua pesanan Tok itu. Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan Tok", balas Irsyad.

Kereta mereka pun beransur pergi meninggalkan perkarangan rumah dukun tersebut dan menuju ke makam wali keramat yang dimaksudkan. Setibanya di sana, Irsyad dan Jasmin pun memberi salam dan berselawat kepada wali Allah tersebut seperti yang dipesan dukun tadi.

Mereka pun mula berdoa agar jin yang ‘tinggal’ di dalam rahim Jasmin itu dimusnahkan dan memohon agar dimudahkan proses kehamilannya. Mereka sepakat bernazar sekiranya mereka dikurniakan cahaya mata selepas ini, mereka akan membuat kenduri kesyukuran, menyumbang RM3000 kepada anak yatim dan berjanji akan menyayangi anak yang dilahirkan itu dengan sepenuh hati dan tak akan sesekali memarahinya apatah lagi memukulnya.

***********************

“Yang…kan Sayang dah janji dengan Abang nak pergi dating-dating hujung minggu ni kan? Jangan nak mengelat lagi tau! Abang dah booking chalet untuk kita dah!”. Irsyad tersenyum girang sambil tangannya merangkul pinggang Jasmin yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

Jasmin tersenyum manis, menyerlahkan lagi lesung pipitnya.

“Min ingatkan Abang dah lupa dah. Min saja je buat senyap. Kalau Abang tak ingat, boleh Min layan sinetron puas-puas lagi”, usik Jasmin.

Irsyad mengeratkan lagi pautan pinggang isterinya.

“Eh..eh..cuba nak main kotor la tu! Nakal! No sinetron-sinetron this weekend. Kita akan cipta sinetron kita sendiri di Sabah sana. Mana tahu, angin sejuk kepulauan Borneo tu bakal membawa berita gembira buat kita. Who knows kan, Sayang?”.

“Sabah? Baru-baru ni Abang cakap kita nak pergi Cameron Highland je kan?”, soal Jasmin kehairanan.

Irsyad melepaskan pinggang Jasmin lalu melangkah menuju ke gazebo yang tidak jauh dari tempatnya berdiri.

“Iyalah. Memang hari tu Abang ajak Min pergi Cameron, tapi Min jual mahal. Kali ni Abang ajak Min pergi Sabah pulak. Arahan ni. Tak boleh bantah. Apa salahnya, sesekali bercuti naik ‘belon’ pulak. Letih la asyik drive jer”, beritahu Irsyad sambil tersenyum memandang Jasmin.

“Mana aci guna kuasa veto! Tapi... Min suka! Wah, bestnya pergi Sabah, Bang! Min tak pernah sampai sana. Kali ni Min tak jual mahal. Min memang nak pergi Sabah naik belon! Yes!”, ujar Jasmin begitu riang sambil membayangkan keindahan pemandangan Sabah yang selalu ditontonnya di kaca televisyen.


***********************

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...