Monday, August 25, 2014

Won’t You Be My Partner After This World?

Masih terbayang saat itu di ruangan mindaku,
Saat lafaz sakti itu engkau ungkapkan,
"Aku terima nikahnya.."

Hari ni,
Genap dua tahun peristiwa itu berlalu,
Setiap kali ku bukakan mata,
Hati tersentuh kau hiasi dunia,
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku.
Semua impian yang ku damba menjadi nyata,
Tak perlulah lagi ku bermimpi,
Kini kau hadir dalam sedar mencintai,
Untuk kekal sehidup semati.
Tak perlulah ku memeluk angan,
Kini kau ada erat di dalam dakapan.

Ku mampu tempuhi halangan,
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu.
Di saat ku memikul bebanan,
Kau memberikan ku kekuatan.
Kau berikan ku segalanya,
Sabar tanpa ada rasa jemu.
Kau membuat ku terlena dalam rindu.

Telah kurela hadirmu temani relung hatiku,
Simpanlah jiwaku dalam doamu,
Kan kujaga cintamu,
Telah kurela hadirmu temani relung hatiku,
Simpanlah nafasku dalam hidupmu.
Kan kujaga setiamu.

Terima kasih untuk segala memori,
Kau selalu menceriakan semula hatiku yang kadang terluka,
Usah dikau hampakan harapanku terhadapmu.
Genggamlah erat tanganku,
Berikrar setia bersama sehingga ke akhirnya.

Monday, August 18, 2014

Welcome To The World, My Little Girl

Assalammualaikum.
Wah. Lama benor tak conteng blog ni.
Suci mulus je blog ni tanpa contengan merapu Ana kan?
Haha

Alhamdulillah,
Setelah 22 bulan menanti,
Ana sudah bergelar seorang Ibu!
Ana telah melahirkan seorang puteri yang comel, sihat dan sempurna.
Alhamdulillah.

Setelah 61 hari kelahiran,
Baru nak berpeluang kongsi cerita.
Untuk tatapan dan kenangan sendiri dimasa akan datang.
:)

15 Jun 2014

Ana terpaksa serah diri kat Hospital Segamat sebab Ana ada Gestational Hypertension (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). Terpaksa bersalin sebelum EDD untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada si ibu/baby. Walau langsung takde rasa sakit nak bersalin, tapi terpaksa pergi jugak la.

Buat USG. Alhamdulillah, baby dalam keadaan baik. Dr tengok 'jalan' masih belum terbuka, jadi Dr tolong untuk bukakan jalan. Kemudian, Dr panggil Incik Suami untuk tandatangan surat izin IOL (induced on labour). Dr terangkan segalanya tentang IOL ni, tentang kesakitannya, tentang segalanya la. Incik Suami izinkan tapi dia siap bagi syarat, "Saya taknak doktor/misi pelatih yang sambut anak saya nanti, saya taknak isteri saya kena jahit banyak kali. Saya nak doktor yang betol2 doktor dan misi yang berpengalaman je yang ada nanti". Doktor senyap sekejap.Haha. Dia setuju dan dia suruh Incik Suami cakap semula tentang hal tu bila Ana dah nak bersalin nanti. Sebab dia takut bila Ana bersalin nanti, bukan waktu di on call.

16 Jun 2014

0711hrs: Buat CTG untuk yang ke berapa kali ntah. Tapi buat kat katil je, tak pergi kat labour room. Sepatutnya kena induced, tapi doktor tak datang-datang. Ada meeting kot. Dalam tengahari, ada pulak budak medik dari kolej medik datang interview. Hayoo. Takde orang lain ke nak pilih. Nak taknak, kena bagi kerjasama jugak la, sebab Ana pun pernah jadi student dan tau macam mana rasa kalau orang yang kita nak interview tu taknak bagi kerjasama. memang hangin rasanya. Haha. Makan sarapan nasi goreng specially cooked by Incik Suami. Nyummyy...

1603hrs: Check jalan. Bukaan serviks 1.5cm. Doktor kata tak perlu masuk prostin lagi sebab kes semi-urgent. Fuhh. lega.

2230hrs: Rasa sakit2 dari pinggang ke lutut. Tapi on-off. Taktau tu sakit apa. Tak boleh lelap malam tu. Asyik ke bilik air je, terkencing. Minum air pun bukan main banyak. Berapa kali ntah mintak misi top-up kan air. Hihi. Baring tak kena, duduk tak kena, mengiring je boleh. Tu pun masih rasa sakit. Mengadu kat misi, misi cakap biasa lah tu. Bila tengok kat CTG, kontraksi tu ada, tapi masih slow. Satu kontraksi dalam masa 10 minit dan jangkamasa kontraksi tu 15 saat.

17 Jun 2014

0729hrs: Bukaan serviks 2 cm. Suppositories (pil Prostaglandin) di masukkan kedalam faraj. Rasa seram sejuk jugak masa Dr masukkan tu. Huhu. Tujuan tablet ni dimasukkan adalah untuk melembutkan servik akan mencetuskan kelahiran bayi pada hari berikutnya. Ini bergantung kepada individu jugak. Ada yang masuk sebiji prostin pun dah rasa sakit nak beranak, ada orang, walau dah masukkan 3 biji pun masih belum rasa sakit nak bersalin tu.Kena puasa sejam selepas masuk ubat. Pakar datang melawat. Dia pegang perut. Dia anggarkan baby 3.4kg lebih.


1323hrs: Ada makcik sebelah tu melawat anak dia. Dia pegang perut Ana. Dia kata cantik kedudukan, dan kepala baby dah masuk (enggaged). Dia rasa belakang Ana kat kawasan pinggang, rasa sejuk dan seakan berair. Dia kata dah tak lama dah ni. Dia rasa betis plak. Panas lagi. Dia kata, kalau betis dah sejuk, dah dekat sangat la nak bersalin tu. Hihi

1405hrs: Misi panggil suruh turun ke Klinik Pakar. Ayoo. Kenapa pulak. Misi cakap sebab pakar check tadi, baby besar. Dia nak scan semula baby besar mana sebenarnya.  Buat USG, baby 3.8kg ++. Dr bagi pilihan, sama ada nak bersalin normal / caesarian. Ana bimbang. Kenapa Dr sampai bagi pilihan. Teruk sangat ke kes Ana ni? Dr kata baby besar. Anggaran ni biasanya ± 0.5kg. Kemungkinan baby boleh jadi 4kg lebih. Berisiko kalau bersalin normal sebab Ana ada darah tinggi dan kelahiran sulung. Ana tak dapat nak bagi keputusan serta merta. Ana kata Ana nak bincang dengan Incik Suami dulu.Hihi

1430hrs: Dah mula rasa sakit yang amat.

1720hrs: Ajak Incik Suami jalan-jalan sekitar wad. Orang cakap kalau banyak berjalan, 'jalan' cepat bukak. Walau dah start rasa sakit2 dari  pinggang sampai peha, tetap gagahkan jugak. Incik Suami tak jemu melayan kerenah Ana. setia memimpin Ana kemana sahaja asalkan tak jauh dari kawasan wad. Hihi. Balik semula ke dalam wad, rasa sakit yang amat. Incik Suami suruh rehat kat katil je. Pergi toilet, dah ade 'show' (darah campur lendir). Ya Allah, tak lama lagi aku bakal melahirkan? Tunjuk kat Incik Suami, dia terkejut.

18 Jun 2014

Pagi tu Incik Suami datang awal ke wad. Dia terpaksa ke Palong atas urusan kerja.Sakit dah makin kerap. Dah ada 2 kontraksi dalam 10 minit.

Petang tu ajak Ibu pulak jalan-jalan sekitar wad. Sakit sangat. Rasa macam lutut nak tercabut. Tapi nak jugak jalan, sebab rasanya dengan berjalan, sakit tu kurang la sikit kot. Hihi.

2015hrs: Sakit sangat. Call ibu. Ibu masuk dengan Ayah Mertua. Dr check jalan. Dah 4 cm. Misi suruh makan kenyang-kenyang dulu untuk tenaga kat labour room nanti. Cuma selera nak makan roti dengan air coklat jer.

2115hrs: Ditolak masuk ke labour room guna wheel chair. Tengok sekeliling. Mencari kelibat suami. Sedih. Dia tiada. Dia belum balik dari Palong lagi. Berdoa banyak-banyak dalam hati semoga dia ada di sisi semasa Ana bersalin nanti.

2215hrs: Dr masuk. Dia pecahkan air ketuban .
Amniotomi/Artificial rupture of the membranes(AROM)
Doktor pecahkan air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis,steril dan plastik. Ia digunakan mencetus air ketuban pecah menyebabkan kepala bayi bergerak di dalam servik dan kontraksi menjadi lebih kuat.Ini disebabkan oleh air ketuban pecah boleh merangsang hormon Prostaglandin dan mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi keluar.  
Doktor lain datang. Dia kata 4 jam lagi dia akan check bukaan jalan (bermakna jam 2.15am) dan sekiranya jalan masih belum 10cm, akan tunggu lagi 4 jam (6.15am) dan sekiranya masih belum buka juga, pukul 8 am Ana terpaksa bersalin secara caesarian. Doktor kata bukaan jalan makan masa sekurangnya sejam untuk 1 cm bukaan. Jadi mereka jangka Ana mungkin bersalin dalam 6 am ke atas. 

Mengadu dahaga dengan misi. Misi kat KK ada cakap, kat labour room tak boleh makan/minum. kalau 8 jam kita kat situ, 8 jam la kita tak makan/minum. Takut kita terberak/terkencing pulak. Ana cuba nasib je mintak air dengan misi. Eh, bagi pulak dia. Satu mug dia bagi. Hihi. Tak lama lepas tu Dr masuk, Dr kata nak air Milo tak? Ana apa lagi. Cakap je la nak. Haha. Alhamdulillah, rezeki.

19 Jun 2014

1230hrs: Tengah menahan sakit yang amat sangat. Tak boleh duduk. Cuma mengiring dan baring je. Rasa nak larikan diri dari labour room. Menyesal pegi labour room awal2. Kalau duk kat wad, maybe boleh berjalan-jalan atau duduk tuk kurangkan kesakitan. Dalam tengah menahan sakit tu, nampak kelibat seseorang yang dirindu! My husband!! Ya Allah, tak sangka betul. Kalau ikutkan prosedur, suami mana boleh masuk, melainkan kalau isteri betul2 tengah nak bersalin. Ana tanya macam mana dia boleh masuk, dia kata misi bagi tengok sekejap. Sementara dia dalam tu, dia tenangkan Ana, tolong urutkan kaki dan belakang Ana. Misi masuk, di bubuh ubat dalam drip. Ubat tahan sakit katanya. Tak lama kemudian, Incik Suami terpaksa keluar. Sebelum dia keluar, Ana ada mengadu dengan dia. Tak tahan sangat rasanya sakit ni. Rasa macam nak operate je. Dia tenangkan Ana. Dia kata jangan putus asa. Sakit ni penghapus dosa. 

0115hrs: Rasa mengantuk sangat bercampur dengan sakit. Ana tidur untuk hilangkan rasa sakit tu. Hihi. Eh, boleh pulak terlelap kan dalam sakit tu. Hihi

0210hrs: Sakit yang memuncak. Rasa punggung nak tertanggal! Kebetulan misi lalu, mengadu kat misi yang rasa sakit gila. Misi datang tengok. Terus dia panggil Dr. Dr sepatutnya datang nak check bukaan jalan, tapi dah jadi lain. Dr kata kepala baby dah nampak, bukaan 9.5cm. 

0215hrs: Dr kata jangan teran lagi, cuba kawal pernafasan. Tiba-tiba Incik Suami masuk. Dia terus ke sebelah kanan Ana. Tangan kananya memegang tangan kanan Ana, manakala tangan kirinya mengusap kepala Ana. Ana tak henti-henti membaca doa Nabi Yunus. Sejak masuk labour room, tak putus-putus Ana baca doa tu. Dengan harapan Allah mudahkan segala urusan Ana. Dr suruh teran. Ana guna sehabis tenaga untuk meneran. Doktor kata kepala dah hampir keluar. Dia puji, pandai! Haha. Dia suruh teran lagi, kali ni dia suruh teran lama-lama, jangan putus. Sebab tersekat kat hidung baby (mancung kot.haha), takut baby lemas. Ana pun teran selama dan sekuat yang boleh. 

0225hrs: Alhamdulillah, dalam 3 kali teran, Ana melahirkan seorang khalifah di dunia ni. Semua happy masa tu. Suami bisik kat Ana, "perempuan, Sayang", sambil tersenyum gembira. Selepas potong dan kepit tali pusat, misi letak baby tu kat dada Ana. MasyaAllah, tak tau nak cakap perasaan masa tu. Allahuakbar! Subhanallah. Sangat indah ciptaan Allah di depan Ana masa tu. Terasa kulitnya menyentuh kulit Ana. Misi tanya, 'Ni anak awak, Tengok, laki ke perempuan?". Ana jawab, "perempuan". Lalu dia ambil dan bawak baby keluar untuk mandikan serta buat penilaian seterusnya. 

Ana rasa nak pitam selepas uri dikelurkan. Darah tak berhenti-henti keluar. Nurse menghalang Ana dari tidur. Tekanan darah Ana diambil. Tekanan darah Ana jatuh menjunam. Tukar 3 jenis alat uji tekanan darah, keputusannya masih sama. Hypotension! Penglihatan Ana makin kabur. Kepala sangat pening. Ana rasa sampai situ je hayat Ana. Doktor cepat2 suruh nurse bagi Milo kat Ana. Ana dehydrate. Muka dah pucat. Selepas minum Milo, Ana rasa segar sedikit. Selepas beberapa lama, tekanan darah diambil kembali. Alhamdulillah. tekanan darah Ana kembali normal.

Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi Ana peluang hidup di buminya ini dan membesarkan anak Ana. Beratnya ketika dilahirkan adalah 3.5kg dan panjangnya 50 cm. Selepas dia dimandikan oleh nurse, Incik Suami azankan anak kami, tapi Ana tak dengar masa tu. Mereka kat tempat lain.

Kemudian, nurse hantar baby kat Ana dan suruh Ana susukan. Fuh! Memang janggal. Ana tak biasa pegang baby selama ni. Apatah lagi nak susukan. Pegang tu memang kekok, berapa kali ntah nurse betulkan cara pegangan Ana, tapi still kekok. HAHA

Lama kelamaan, Alhamdulillah. Ana dah biasa kendalikan anak kami.

Begitulah serba sedikit kronologi kelahiran Delisha Shakirah.
Ya, kami sepakat memberikan nama puteri kami Delisha (keseronokan,kegembiraan) Shakirah (yang berterima kasih,bersyukur) dengan harapan dia membesar menjadi seorang gadis yang riang dan memberikan keriangan kepada orang sekeliling serta sentiasa bersyukur diatas segala apa yang dia terima.

Doakan kami dapat membesarkan puteri kami dengan penuh kasih sayang serta mendidiknya selari dengan tuntutan syariatNya. Semoga Delisha Shakirah membesar menjadi anak yang solehah, sihat, pandai dan menyenangkan hati semua.

Oh ye,di sini Ana nak share serba sedikit jurnal sepanjang 9 bulan kehamilan Ana..:)
# Trimester pertama
# Trimester kedua
# Trimester ketiga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...