Friday, April 29, 2011

Untuk Terakhir Kali...

...meski aku takkan pernah bisa lagi melihat mu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan...


okey..sekarang bukan saya nak nyanyi lagu Terakhir by Mahkota Band pun..
mukadimah je tu..kang kalau nyanyi betol-betol nanti, lagi lebat pulak hujan kat luar tu..^^

Sebenarnya den antara percaya ke tidak ni...
Betul ke dah tamat pengajian den sebagai seorang pelajar prasiswazah di UKM?
Bersusun-susun bebudak last year update status pesbuk & YM habaq dah habes undergrad...
oh..no no no..belom tamat lagi sebenarnya...
Masih ada 6 jam kredit belum disempurnakan...
Ya..jangan terlalu awal untuk bersorak..huhu
Ada lagi 'subjek' yang masih belum diselesaikan..
Latihan Industri!!
Aigoo..ingat dah ley wat teriak hepi la kan?kan?huhu
Psttt....Sebenarnya den tergolong gak dalam senarai orang yang bersorak tu..kui2..

Last paper aritu..mean dah ending semuanya..
Dah tamat dari segala bagai kuliah...segala bagai assignment...segala bagai kuiz..segala bagai exam...
Tak tau nak describe camner perasaan hepi bila kuar dari DECTAR aritu..
27hb April lepas DECTAR telah menjadi saksi kegembiraan kami (botanist) apabila last paper berakhir dan mungkin 27hb September ini, sekali lagi DECTAR akan menjadi saksi kegembiraan kami merangkul segulung ijazah ada hari Konvokasyen UKM ke 39 nanti..insyaAllah...(^^,)

Harini...dan mungkin dengan kata yang lebih tepat, Malam ini...
merupakan malam terakhir den tidur kat bilik ini!


Okeyh..tang ni touching siket..;'(
Selama dua tahun..empat semester aku bertapa kat bilik ini..
Macam-macam benda dah den buat kat dalam bilik ni..
Makan sorang-sorang, minom sorang-sorang, tido sorang-sorang, stadi sorang-sorang, lepak sorang-sorang, tengok movie sorang-sorang, ngenet sorang-sorang, ketawa sorang-sorang, nanges sorang-sorang, bercakap sorang-sorang....*erkk*
Bila baca banyak sangat perkataan "sorang-sorang" tu..macam den ni jenis spesies "Forever Alone" plak kan?haha

Rasa sayu pulak nak meninggalkan Kolej Burhanuddin Helmi ni...
Selama kat UKM ni..hanya KBH sahaja yang sudi terima den..
Walaupun den ni langsung tak berjasa pada kolej, tapi alhamdulillah, masih dapat stay tuk 3 tahun.

Yelah, berjasa apa sangatnya la kan?
Beli lunch ke..dinner ke.. kat KUO
Fotostet kat KUO
Print kat KUO
Beli jajan-jajan kat KUO
hahaha..*gelak devil*
Okey..den mengaku memang den langsung tak berjasa..

by the way..dapat stay kat KBH ni memang best..
nak pergi mana-mana, majority boleh walking-walking jer..
Nak pegi fakulti..dekat
Nak pegi Canselori..dekat..
Nak pergi PTSL(library)..dekat..
Nak pegi DECTAR,KTAMS,DG(dewan exam)..dekat..
Nak pegi PUSANIKA(tempat shopping)...dekat..
Nak pergi Pusat Kesihatan lagilah dekat..
Jeling je boleh nampak..depan kolej katakan...haha
Tapi..sedekat-dekat PK pun, den ni malas bebenor nak turun ke sana kalau sakit..
Sanggup telan penedol je, terbongkang sorang-sorang dalam bilik dari pegi sana..
tatau lah kenapa..
mungkin den ni menghidapi Nosocomephobia kott..
yakni perasaan cuak yang melampau-lampau terhadap tempat yang namanya spital, klinik dan semua yang seangkatan dengannya..
*erkk..boleh pulak bagi alasan cenggitu*

Pasal pengangkutan ni den tak berapa nak kesah sangat...
Tak perlu terkejar-kejar bas kalau lambat kuar dari Lecture Hall
Tak perlu tertunggu-tunggu bas kalau kuliah abeh awal...
tapi yang eksklusifnya KBH ni..*ecehh..bodekk*
Semua bas akan lalu depan kolej den..
tak kiralah bas Zon 2 ke, Zon 3 ke, U ke, 6K ke, 6Z ke, RapidKL ke, bas mini kajang ker... *ok!yang last tu tipu* ..hehehe
Semua bas-bas tersebut MESTI akan melalui kolej den...
Sesat camner pun jangan risau, naik je bas mana-mana..kompem sampai..
But,tragedi suruh bas berenti tapi tak berenti time Tahun 1 aritu *freshie la katakan* membuatkan den malas nak naik bas kalau pegi mana-mana sekitar UKM ni..
Melainkan tempat tu sangat jauh dan memerlukan masa 3purnama tuk sampai...baru den naik bas..hihi


kalau nak ceritakan kes monyet..
semua kolej ade spesis tu..
tak de la eksklusif sangat kan..?
bukan setakat anak beranak monyet, anak beranak anjing malah anak beranak cikBi pun menghuni kolej den dengan gumbiranya..
Mana taknya,UKM ni kan satu-satunya Universiti(kalau tak silap) yang mempunyai hutan simpan dalam perkarangan Universiti...
Tak hairanlah segala macam fauna-fauna hutan boleh datang melepak kat kawasan kolej kan?
Tak heran..tak heran..(^^,)


Segala macam kenangan dah terukir dan terpahat di UKM ni
Semuanya akan terus kekal dalam ingatan selagi den tak menghidap Dementia, tak pun Alzheimer..huhu
Tak kirala kenangan apa-apa pun..
Pahit, manis, masam, masin semuanya akan menjadi perasa yang enak dalam kehidupan den di masa akan datang..
Terutamanya kenangan bersama rakan seperjuangan, Botanist
Kenangan bersama kalian memang sangat manis...
Jatuh bangun kita sentiasa bersama...
Kalau ada sesiapa yang menghadapi masalah, bukan kejian yang diterima, malah tangan yang dihulurkan...
Tidak lupa juga pada kawan-kawan sealiran, Biologist...
kamu..kamu..kamu juga sangat terbaekkkk...
Terima Kasih Sahabat! ;')
Terima kasih UKM, kerana menerima diri ini menimba ilmu di bumimu..
Terima kasih untuk para staf sokongan, atas segala yang kalian lakukan...
Terima kasih para pensyarah, atas ilmu dan bakti yang dicurahkan tuk mendidik & mendewasakan kami..
dan yang paling penting..
Syukur ya Allah..kerana mengizinkan hambaMu menuntut ilmu dalam suasana damai & harmoni tanpa sebarang persengketaan & pertelingkahan..
...Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah...

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...