Showing posts with label rEpEkAn. Show all posts
Showing posts with label rEpEkAn. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Journey To Pulau Lagenda (3)

Holaaa...
Bertemu kita di hari terakhir percutian kami..
Chewahh..
Macam poyOver jer kan..

20 Januari 2014

Destinasi pertama di hari terakhir.
Kami ke Underwater World Langkawi, Pantai Cenang.
Ala-ala lawatan sambil belajar la kan? HAHA
Melihat pelbagai spesis hidupan marine dan hutan tropika.
Antara species di Underwater World yang sempat snap gambarnya. Hihi. Pakai kamera henpon je, tu gambar tak berapa nak sharp tu. Tapi Alhamdulillah, ada la jugak dari takde. Hihi
Sambil berjalan-jalan sekitar situ, ternampak pulak kedai makan.
Eh, macam lapar la pulak.
Tapi teragak-agak juga nak beli, sebab maklumlah, tempat-tempat yang macamtu, harganya boleh bikin tersemboq!

Bila tengok-tengok menu, last-last kami ambil roti sandwich je la, dengan secawan milo.
Sandwich tuna for me & Sandwich Tuna+Sandwich Cheese for him.
KIKIKI
Alhamdulillah, mengenyangkan la jugak..

Kemudian, kami sambung lagi mengukur tanah kat Underwater World tu.
Sampailah ke penghujung.
Ada tempat jual cenderahati kat situ.
Tapi tak la mahal sangat harga dia,
Ingatkan harga souvenir kat situ standard macam kat Aquaria KLCC juge,
Tapi tak..Affordable  
Kami sempat jugak rembat satu dua barang kat sana.
Rembat yang berbayor..huhu

Dah siap semua,
Kitorang gi jalan-jalan cari makan la pulak.
Dah nak menghampiri tengahari kot.
Kitorang makan di Nasi Kandar Tomato, Pantai Chenang.
Tapi Ana tak ambil nasi kandaq pun, macam tak selera nak jamah nasi.
Order bakso, dia kata orang tu buat lambat.
Last-last order bihun sup je la. Tapi mengenyangkan jugak. Kiki
Ramai giler foreigner kat kedai tu.
Ada yang tergigit-gigit beria masa makan satay. Lucu! Hihi
Kebanyakan foreigner makan masakan tempatan kita, bangga pulak tengok.

Selesai makan, kami lepak-lepak di Pantai Chenang
Saja santai-santai tepi laut.

Dah lama melepak, kami terus menuju pulang.
Nak packingkan apa yang patut before kembali ke bainati jannati.

Sekitar jam 1718, kami tiba di Langkawi International Airport
Menunggu FIL dan Mr Zauj ambil barang pula.
Maklumlah, pergi satu troli, balik dah 3 troli.
Terpaksalah trip pertama bawak orang, trip kedua bawak barang. Hik3

Jam 1905, kami berangkat pulang dengan penerbangan Air Asia AK6323
Senja hari ini menampakkan pesonanya. Selaras dengan guratan awan biru keputihan yang seiring waktu menua mengikuti jejak jingga mentari yang semakin merunduk.
Tiba di LCCT sekitar jam 2020
Sementara menunggu yang lain turun dari flight, ternampak satu situasi yang menyakitkan hati!!
Kelihatan bagasi kami dihentak dengan rakusnya!
Gila tak panas hati mak!
Banyak barang kaca kot!!
Dah la untuk bagasi sahaja kami kena bayar RM225
Takkan dah bayar, macam tu je diorang hentak bagasi kitorang.
Bukannya tak bubuh tag 'fragile'
Kurang hasam sungguh la!!!

Setibanya di balai ketibaan,
FIL & Mr Zauj terus ambil kereta di parking lot.
Jauh juga mereka berjalan.
Selesai punggah barang ke dalam kereta, terus kami bertolak pulang.
Setibanya di R&R Seremban, kami isi perut dan solat.
Dan menyambung perjalanan.

Ana tabik betul kat diri sendiri hari tu,
Langsung tak tidur dalam kereta.
Teman Mr Zauj borak.
Yelah, kalau nak ikutkan, dia lagi letih kan.
Kat Langkawi dia drive, nak balik pun dia drive lagi.
Jadi tanpa dipinta, Ana teman la dia.
Buka mata leluas, tak kasi terlelap.
Sedar tak sedar, dah sampai kat rumah.
Alhamdulillah, tak muntah pulak Ana masa tu. Hihi
Kami tiba di rumah jam 0244

Perkara pertama lepas sampai rumah,
Ana pergi kat katil la.
Rasa katil tu da memanggil-manggil da.
AHHAHA
Tapi lain pulak Mr Zauj,
Perkara pertama dia tengok,
Barang kaca yang kitorang beli tu.
Malangnya, tea set yang kami cadang nak bagi kat orang, dah pecah.
Bukan sikit-sikit. 3 biji cawan kot yang pecah!
Jadi, terpaksalah guna untuk diri sendiri.
Takkan nak bagi orang yang pecah kan.

Mr Zauj tak dapat lelapkan mata,
Tapi Ana dah tak tahan dah.
Mintak izin dia nak lena dulu.
Dia pun kata nak selesaikan projek inovasi dia.
Hish..rajin betul la budak debab sorang ni.
Tengah penat-penat pun masih memikirkan kerja.

Okeh.
Selesai sudah Ana membebel dalam Journey To Pulau Lagenda
See you next entry.
Tak tau lagi entry pasal apa.
Yang pasti, pukan asal Langkawi lagi la kot.Hihi
Tiga entry berturut pasal Langkawi.
Mesti korang nak baca yang lain pulak kan?
(Statement konon Ana ni blogger yang ramai readers la kann..AHHA)

Wednesday, January 29, 2014

Journey To Pulau Lagenda (2)

Alahai...
Lama pulak ambil masa nak sambung tuk hari seterusnya kan? kiki
Okeh, jom kita meneroka hari seterusnya.(eh, macam iklan susu pulak!)

19 Januari 2014

Hari kedua di Langkawi. Lewat bangun.
Selesai sarapan bihun goreng masakan Mak dan roti bakar, bersiap untuk masak tengahari pulak.
Mr Zauj & FIL ke pasar cari barang basah.
 
Taraa..
Tengahari tu makan Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol cooked by Mr Zauj, Sambal Sardin & Ayam Goreng by MIL & Tumis Bayam by SIL.
Ana? Ana jadi pemerhati tak bertauliah je. Ikiki

Selesai makan, kami ke Panorama Langkawi Cable Car.
Ana macam 50-50 nak naik bende alah ni.
Tapi bila Mr Zauj kata "InsyaAllah, takde apa-apa", Ana pun turutkan lah.
Tiket kami jam 1430.
Sebelum tu, kitorang jalan-jalan la kat bazar sekitar tu.
Takdelah mahal sangat harganya.
Kek coklat yang kat sini RM10, kat sana baru RM6.50
Jenama sama.Packaging pun sama.

Tengah menjenguk-jenguk kedai orang tu,
Ada la terkenan satu maxi dress ni. Long sleeve.
Susah nak jumpa yang long sleeve ni.
Tapi macam teragak-agak je nak beli.
Maklumlah, dah banyak beli baju sebelum ni.

Dah 1430,
Masuk beratur.
Fuh..gila panjang orang beratur.
Jam 1518 baru kitorang dapat naik gondola.
Ana dan Mr Zauj share 1 gondola,
In-laws yang lain satu gondola.
Coz 1 gondola boleh naik max 6 orang je,
Kitorang bertujuh,
Jadi, kena ada yang berpisah la.
Hihi

Ahaha..Nampak tak nombor di situ? Mula-mula Ana tak perasan pun masa Ana snap. Tetiba bila bukak balik gambar dalam hard-disc, ternampak pulak gondola tu nombor 26. Ana hampir naik gondola tu, tapi disebabkan taknak berpisah dengan Mr Zauj, Ana move ke gondola berikutnya dengan Mr Zauj. Kebetulan yang melampau!

Alhamdulillah, Ana tak pulak rasa gayat masa duk dalam gondola tu,
Siap pandang bawah, pandang sekeliling,
Sehingga tiba ke puncak pertama,
Subhanallah, cantiknya pemandangan hutan hujan tropika kita ni dari atas.
Hijau. Segar.
Angin kat atas sana toksah kira la,
Boleh menggigil,
Angin tak kuat, tapi sejukkk...
Pemandangan di middle point sebelum sampai puncak Gunung Mat Chinchang. Tenang tengok lautan luas yang membiru, hutan yang menghijau dengan pelbagai jenis tumbuhan tropika.

Kemudian,
Naik cable car lagi untuk pergi puncak Gunung Mat Chinchang.
Tapi Ana tak naik pun sampai pelantar tinjau tu.
Berat sangat kepala rasanya.
Tapi tak naik kat pelantar tinjau tu pun masih boleh tengok pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang terbentang luas.
Pulau-pulau di selatan Thailand juga kelihatan jelas.

Dari puncak tu jugak,
Kita boleh nampak jambatan gantung melengkung atau Langkawi SkyBridge.
Yang merupakan jambatan gantung melengkung yang terpanjang di dunia.
Tapi masa kitorang kat sana, tengah under maintenance.
So, tak dapat naik la.
Agak kagum jugak la tengok SkyBridge tu.
Intelligent architecture yang superb!
Mr Zauj pun terpikir-pikir macam mana la orang buat kerja kat atas tu kan.

Jambatan tu unik sebab walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan.
Selain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tak jejaskan langsung tumbuhan-tumbuhan semulajadi kat bawahnya.

Masa untuk turun.
Weeee
Masa tu Ana dah pening-pening lalat dah.
Asal pening tu bukan masa naik cable car, pening mase dalam kereta dah.
Coz OTW ke sana, jalannya bengkang bengkok. Tu terpening tu. :-(

Seram pulak rasa masa nak turun tu.
Tetiba kat tengah-tengah perjalanan, enjin mati!
Haiya...Kecut perut rasanya.
Dan masa enjin mati tu pulak angin nak tiup gondola tu,
Berhayun-hayun kitorang dalam tu.
Ayoyo!!
Nak kata gayat tu, tak jugak,
Tapi memandangkan Ana tengah pening kepala,
Tetiba rasa tak sedap perut.
Mintak tolong Mr Zauj ambilkan beg plastik dalam handbag (guna isyarat je, nasib dia paham)
Dia pun cepat,cepat ambil plastik,
Bila Ana bukak je plastik,
BLUERKKK...melambak-lambak isi perut keluar.
HAHA..nasib la kebetulan masa tu dalam gondola just Ana, Mr Zauj & one of my SIL.
Takde la rasa malu sangat. Hihi

Fuh....lega je rasa bila sampai je kat bawah.
Sementara tunggu yang lain tengah shopping kat bazar, Ana duduk dekat bangku berdekatan 6D Cinema.
Mr Zauj entah kemana. Tiba-tiba hilang.
Mula-mula dia nak naik ATV kat Sky Adventure Park, tapi memandangkan 15 minit je dah RM50, dia batalkan je niat dia.

Tak lama kemudian, dia datang. Bawa satu bungkusan.
Eh, apa pulak dia beli ni? Senyap-senyap jer.
"Abi beli apa tu?" soal Ana ingin tahu.
"Abi beli baju untuk Sayang", jawab dia sambil tersenyum.
Dia pun keluarkan baju dari bungkusan tersebut.
Wahh...long sleeve maxi dress yang Ana berkenan masa mula-mula sampai tadi la!
Hihi...rase nak peluk Mr Zauj tang tu jugak, tapi cover..Ngeee

Bila semua dah ada, terus kami cari surau untuk solat jamak.
Seusai solat, kami berehat-rehat dulu sementara menunggu semua selesai solat.
Tiba-tiba Mr Zauj datang.
"Sayang..Sayang. Nak tengok rabbit tak? Masuk free jer"
"Nakkk!!!" balas Ana tanpa fikir panjang.

Di Rabbit Farm. Kemain jinak rabbit kat situ. Tak pasti la sama ada jinak atau kebuluran. Hihi. Tapi banyak rabbit yang dah tak lawa bulunya, yang berkurap pun ada. Mungkin kasi makan kangkung kot. Kangkung kan bergetah. Bila tengok rabbit kat situ, terubat jugak rindu dekat rabbit yang ditinggalkan di rumah. Hihi
Selesai bagi makan arnab. Kitorang pun balik.
Tak balik lagi sebenarnya.
FIL nak cari charger video-cam.
Ana tunggu dalam kereta je. Pening sangat rasanya.
Tak lama kemudian, Mr Zauj datang.
"Sayang, jom. Ayah panggil makan"
Cantik gak! Ana pun tengah lapar. Maklumlah, semua makanan tak sempat nak proses dah terkeluar balik. Hihi
Kami pun makan di restoran mamak berdekatan situ.
Ana order Roti Kosong garing dengan Limau Ais.
Nak kasi hilang loya ni sikit.
Berselera jugak Ana makan, walau pening tu masih taknak hilang.

Kemudian, kami berlegar-legar kat kawasan situ.
Mr Zauj suruh beli satu trolley bag lagi.
Dia kata nak letak barang Ana pulak.
Ana pun pilih yang murah je la. =D

Selesai semua,
Kami berangkat pulang ke homestay.
Baru je beberapa km perjalanan,
Terkeluar balik roti canai ngan limau ais tadi.
Aiyarkk...berlumba-lumba keluar.
Nasib la dah spare banyak plastic bag.

Sampai je kat homestay, Ana terus baring.
Memang tak tahan sangat rasanya.
Yang lain tengah sakan memasak kat dapur, Ana duk terbongkang dalam bilik.
Teruk kan? :(
Kemudian, MIL ajak makan.
Ana pun makan la. Tapi memang takde selera.
Rasa sakit mengatasi segalanya.
Lauknya memang sedap dah. Semuanya peberet Ana.

Selesai makan, baru je nak bangun,
BLUERKK lagi.
Tepat-tepat dalam pinggan.
Tapi muntah air semata-mata.
Huhh..sakan betul muntah hari ni.
Mr Zauj cepat-cepat ambil pinggan Ana tu dan bawa ke sinki.
Dia suruh Ana rehat.
Ana rehat dan kemudian pergi mandi tuk segarkan badan.
Selesai mandi, pun masih pening lagi.

Tak lama kemudian, Mr Zauj bawa Ana ke ruang tamu.
Mintak tolong MIL tarik rambut.
Biasanya dulu, time bujang-bujang, kalau Ana sakit kepala, Ibu la yang tolong tarikkan rambut.
Rasa lega sikit bila buat macam tu.

MIL tarik rambut Ana,
Sedap+sakit sikit.
Berderup-derup bunyi angin keluar dari kepala.
Selesai MIL buat tu, rasa macam ringan sikit kepala ni.

Ana sambung tidur.
Dengan harapan, keadaan esok kembali pulih seperti sedia kala.
Tak best kalau vacation dengan keadaan sakit cenggini, seksa!
Allah baru tarik nikmat sihat tu sekejap je kan? Tapi dah tak tahan.
T_____T


Bersambung lagi! hihi

Jumpa 'next day'!
The last day!

Masa type entry ni pun rasa macam ngantuk.
 
Nak tidur lu sat!

HAHA

Monday, January 27, 2014

Journey To Pulau Lagenda (1)

Assalamualaikum
Wah wah..berhabuk dah belog ni kan?
Macam dah lama tak mencatuk-catuk kat sini.
Walau banyak je hal nak tulis, tapi macam malas je rasa.
Macam nak melepak-lepak atas katil sepanjang hari.
Hik2.

Minggu lepas,
Ana, Mr. Zauj dan keluarga mertua berpeluang bercuti ke Langkawi.
Ana je yang pertama kali pergi sana.
Mr. Zauj & in-laws da banyak kali pergi dah.

17 Januari 2014

Bertolak dari rumah pada jam 1027 dan tiba di LCCT sekitar jam 1540.
Agak awal jugak la sampai kat LCCT.
Depature pukul 1925
Penerbangan AirAsia AK6316

Kena pulak hari tu, tepat pada hari kelahiran Ana (kelandar Hijrah),
Bersamaan 15 Rabiulawal 1435H,
Pertama kali dalam hidup Ana naik kapal terbang.
HAHA.
Macam jakun kan?
Tak jakun mana pun, biasa-biasa jerk. *cover-cover*

Cantik sangat awan berkepuk-kepuk masa tu. Macam cotton candy! *nyum-nyum*
Harap kamera Ana rosak skrin jerk, kalau tak, memang snap angle baek punya.
Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar jam 2010.
FIL terus call kereta sewa & pemilik homestay.
Dalam setengah jam jugak la menunggu kereta sewa tu.
Bila kunci kereta dah bertukar tangan, terus pemilik homestay bawak kami sekeluarga isi minyak dan terus ke homestay.
Kat kawasan Kuala Teriang
Selesa homestay dia. Berangin sokmo. Depan jelapang padi.
Dah lama betul tak duduk kat kawasan sawah.
*rindu zaman praktikal. TETIBE!*

Selesai tuan rumah tu beri kunci, terus kami ke kedai makan pulak.
Mengisi perut yang sedang rancak berirama zapin remix dangdut.
Kami makan di Airport Corner Masakan Panas
Bila perut dah kenyang, balik ke homestay la..apa lagi.
Rehatkan diri sebelum memulakan perjalanan esok.

18 Januari 2014

Pagi-pagi Ana dan Mr. Zauj keluar berjalan melihat sawah nan menghijau.
Subhanallah. Terpaku seketika melihat keindahan alam ciptaan Ilahi .
Pemandangan menghijau sawah padi yang terbentang luas serta angin yang bertiup sangat nyaman dan mendamaikan.
Tenang. memang tenang sangat.

Panorama di hadapan homestay. Lama tak meninkmati keadaan macam ni. Hihi

Sekitar jam 1050 kami memulakan perjalanan meronda-ronda.
Tempat pertama dituju, kedai makan! HAHA
Ingatkan nak cari sarapan, tapi memandangkan dah nak tengahari, sarapan tinggal yang hujung-hujung jer.
Apa lagi, brunch je la.=D

Kemudian, Mr. Zauj memandu menuju Beras Terbakar, Padang Matsirat
(1) Rumah Ku Halim Ku Hasan yang sekarang mungkin didiami oleh keturunannya. (2) Tapak kawasan beras terbakar. Memang tak nampak dah berasnya. Perasan banyak kelibat duit siling di bertaburan di atas rumput. Tak tau apa motif.  (3) Sampel beras terbakar yang dikumpulkan untuk tatapan pelawat dan duit sumbangan pelawat.



Kemudian kami bergerak ke bazar yang banyak menjual barangan batik jawa, pakaian, cenderamata dan sebagainya.
Boleh tahan murah jugak la harganya.
Sakan kami borong kat situ.
Jumpa pulak maxi dress yang lawa-lawa.

Bodek Mr Zauj. Dapat la 3 helai. Hihi
Sehelai dress batik sulam kait kat leher. Long sleeve.
Tapi kene pakai skirt labuh/seluar la, sebab baju tu singkat sampai atas buku lali. Terbelah pulak tu.
Dua helai lagi maxi dress short sleeve. Cotton. Susah betul nak jumpa yang long sleeve.
Cari jugak cardigan kat situ, tapi tak jumpa pulak.
Cari juga serba sedikit buah tangan tuk dibawa pulang tuk famili di Dungun.

Kemudian, kami pulang ke homestay.
Tuk menunaikan kewajipan dan melepaskan lelah.
Disamping itu, untuk meraikan hari ulang tahun MIL yang ke 41

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran, Mak. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezki yang berkat, pasangan dan anak-anak yang membahagiakan,
Petangnya, kami bergerak ke Kota Mahsuri, Padang Matsirat
Meninjau tinggalan yang katanya merupakan kubur Mahsuri Pandak Mayah.

Sekitar Makam Mahsuri, museum & rumah Kedah
Sekitar rumah Mahsuri. Ada buaian cantik, dapur dengan kukur kelapa antik, alat-alat berkenaan padi.
Ramai pelawat dari Thai nampaknya.
Sempat tengok orang buat kuih karas pakai tempurung kelapa. Sedap!
Kemudian, Mr Zauj memandu menuju Dataran Lang, Kuah
Sekitar jam 1814

Just posing-posing je kat sana, makan aiskrim, snap sana sini, pastu balik..Hihi

Aiskrim peberet Mr Zauj. Peppermint Chip. Pantang jumpa, mesti nak. Murah. Just Rm1.50 for 2 scoop 
Tengah jenjalan sekitar Dataran Lang tu, tetibe tali handbag putus pulak. Ngadu kat Mr Zauj.
Ana: Abi...beg putus..;'(
Mr Zauj: Ololo. Kesiannya. Nanti kita cari baru ye. Pandai pulak beg putus time kat sini erk?
Ana: Keh2....*blushing* 

Kemudian kami terus ke Hj. Ismail Group Chocolate Shop, Kuah
Apa lagi...Cari COKLAT!
Benda wajib (kononnya) yang kena beli kalau pergi Langkawi nih.
Pergh. Rambang mata! Macam-macam brand ada. Yang murah, yang mahal, pack besar, pack kecik, corak seashell, dalam botol, semua ada. Kalau Ana ni boros, semua nak borong. Tapi dalam jimat-jimat memilih tu, dalam RM200 gak melayang..=.=" 
Selesai shopping coklat, Ana & Mr Zauj pusing-pusing kat bazar sekitar situ. Nak cari handbag kononnya. Alhamdulillah jumpa. Tujuan utama nak cari handbag je, last-last banyak pulak beli barang lain. Dugaan betul la. Hihi
Pastu cari set pinggan mangkuk pulak kat HIG. Mr Zauj nak belikan tuk kawan dia. Tapi banyak corak yang berkenan, sold out la pulak. Haiyaa. Last-last rembat tea set dengan bagasi beg 1. Maklumlah, datang haritu bawak beg kecik je, tetibe sampai sini, banyak pulak shopping barang. Nak taknak, kena beli beg. Hihi. Ingatkan nak beli set sudu, tapi memandangkan naik flight, garfu dengan butter knife pun tak boleh bawak. So, batalkan je la niat tu. T___T
Setel semua, kitorang cari barang dapur tuk masak esok. makan & balik homestay. Fuhh.. Penat. Sehari suntuk keluar.Selesai je jamakkan solat Maghrib & Isyak, terus sulam mimpi.

*bersambung to next entry yang entah bila nak post. HAHA*

Wednesday, May 01, 2013

Ku Punya Seekor Kucing

Ya..
Seekor kucing ku punya,
Yang entah mana asalnya,
Entah siapa tuannya,
Di laman rumah berkeliaran ntah kemana halanya.

Sang suami pula obseskan kucing,
Dibawa ke rumah si kucing bermulut bising,
Setelah seminggu rumah ini dia memusing-musing,
Ketahu pula tuan si kucing.

Hati si suami tidak keruan,
Disangka liar rupanya bertuan,
Tanpa rela terpaksa dilepaskan.

Si isteri riang tidak terkira,
Bukan kerana tidak suka,
Bukan pula kerana Ailurophobia,
Cuma bulu si kucing membuatkan si isteri pedih mata.
 
Si suami sugul bermuram durja,
Baru ingin dijadi teman bermanja.

Tidak lama selepas itu,
Eh, muncul pula dia mengetuk pintu.

Bukan niat hendak menculik,
Tapi serasinya si kucing bertukar milik,
Maaf dipinta wahai si pemilik,
Harap-harap jangan diculik balik.

Si suami mula runsing,
Mahu dipanggil apa pada sang kucing?

Takkan cuma meow-meow,
Atau takkan dipanggil grung-grung?

Terpahat sudah nama yang satu,
Dipanggil Mr Tom seolah sejutu,
Si isteri yang alah juga terpaksa setuju,
Agar dengan suami tidak seteru.

Menetaplah Tom di rumah yang baru,
Makan nasi bergaul ikan rebus pun dia lalu,
Si isteri pula dah mula setuju,
Dari seteru mula jadi sebulu!

Si isteri membela Tom dalam senyuman,
Pandai menangkap tikus bukan untuk dimakan,
Tapi ditangkapnya tikus untuk mendapat habuan,
Apa lagi kalau bukan makanan!

Tom kucing yang pandai,
Tapi pandainya hanya sesekali,
Kadang berak dalam baldi,
Tapi selalu 'menabur' di bawah sinki!
Selalu membuat si isteri terganggu emosi!!

Tapi secara total,
Fikiran si isteri masih rasional,
Haiwan punya otak tapi bukan akal,
Masalahnya kecil bukan kritikal.

Hadirnya si kucing sebagai ujian,
Ujian erti kesabaran,
Ujian dengan rezeki Tuhan,
Ujian kasih sayang insan dengan haiwan.

Mr Tom,
Saya akui,
Kamu memang nakal,
Suka mencabar emosi saya,
Bila awak kerap melabur bawah sinki,
Meskipun saya dah puas sental dengan sabun.

Tapi tak apalah,
Dalam sedegil-degil kamu,
Kamu juga peneman saya di rumah ketika si suami mencari nafkah,
Kamu juga yang menjadikan peha saya sebagai tilam kamu bila saya di hadapan laptop,
Kamu juga yang setia menanti saya di depan pintu bilik air ketika saya membersih diri,
Kamu juga yang menunggu saya di muka pintu dapur ketika saya memasak,
Kamu juga yang menolak pintu bilik ketika saya menyendiri di dalam bilik,
Kamu juga kucing jantan pertama yang pernah saya pelihara!

Ok la,
Cukup sudah saya  mencecey.
=)


Norsyazana Zulkifli
01:14AM
Segamat, Johor

Wednesday, December 12, 2012

Aku Pencintamu...

Setelah 173 hari bersamaan 5 bulan 20 hari tak mengemaskini (chewaahh, bakunyee) blog kesayangan Ana ni, maka hari ni pada tanggal 12.12.12 ni, Ana akan berusaha mungkin untuk merepek semahunya sebelum jam 00:00 esok..hihi

Okey, kalau baca tajuk, mesti korang ingat entri ni berunsurkan jiwang-jiwangan, bunga-bungaan (eh, peliknye bunyi), syahdu-syahduan dan seumpamanya kan? Definitely not! Eh, mungkin iya jugak. Entri ini dikarang khas buat insan-insan yang terlalu Ana cintai sehingga hujung nyawa Ana. Mereka adalah Ibu & Ayah.

Kalau nak diceritakan semua, sampai mentari terbit di belah barat pun, masih takkan pernah tamat cerita tentang mereka. Terlalu banyak hal tentang mereka yang Ana terlalu kagumi. Tidak melampau seandainya Ana jadikan mereka role-model selepas Rasulullah SAW. Kan? :)
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa...
Mesti selalu sangat kita dengar kata-kata ni kan? Memang kasih sayang & pengorbanan mereka takkan dapat kita balas sehingga ke hujung nyawa kita. Terlalu banyak air mata, peluh, keringat, jerit payah yang telah mereka hadapi untuk membesarkan kami empat beradik. Kami bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang lenang, tapi alhamdulillah & sangat bersyukur kerana ibu & ayah tetap berusaha untuk mencukupkan keperluan kami sekeluarga.

So, Ana nak story sikit pasal Ibu & Ayah yang Ana sayang ni. Bukan nak mendewa-dewakan mereka, tapi cuma ingin berkongsi rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah telah meminjamkan mereka berdua kepada kami di dunia ini dan Ana berharap akan terus bersama mereka di Syurga nanti. Mereka adalah anugerah yang terindah yang telah Allah kirimkan kepada Ana..;')


Sepanjang hampir 24 tahun Ana hidup bersama mereka berdua, sesungguhnya Ibu & Ayah tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, sama ada sesama mereka, kepada kami adik beradik & kepada orang luar. Bak kata 'Kak Ngah' dalam cerita Keluarga Iskandar tu, perkataan 'bodoh' adalah perkataan contoh perkataan kesat yang berada pada level paling atas dalam semua senarai kata-kata kesat/lucah. Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak. Mungkin banyak lagi perkataan kesat yang sangat 'makan dalam' selain perkataan 'bodoh' kan? Ibu & ayah sentiasa mengucapkan perkataan yang baik-baik saja. Jarang @ mungkin tak pernah Ana dengar mereka mencarut tak tentu hala. Itu yang Ana sangat kagum tentang mereka berdua. Keperibadian melalui teladan ; bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ya, alhamdulillah jarang sekali/ tidak pernah kami mengeluarkan kata-kata kesat. Ana rasa, dalam 24 tahun ni, bohonglah kalau Ana cakap ana tak pernah mencarut/keluarkan kata-kata kesat kan? Tapi, taklah sampai sentiasa keluar dari mulut ni. Asal bercakap je, mencarut. Asal bercakap je, ade je yang dicarutkan. Adik beradik Ana pun memang jarang sangat la Ana dengar diorang cakap kesat. Bukan nak menceritakan kebaikan sendiri, tapi itulah hakikatnya. Bukan dalam famili kami jer, famili-famili belah ibu dan ayah pun jarang sangat Ana dengar mereka cakap kotor/kesat. Bersyukur sangat rasanya diletakkan ke dalam famili-famili ini sebab Ana memang sangat tak kuasa/tak tahan dengan orang-orang yang sentiasa 'bertasbihkan' perkataan kesat & menyakitkan hati ni. Sebab Ana ni seorang yang sensitif, orang cakap bodoh kat Ana pun, Ana dah sebak.

Mereka berdua juga terlalu hebat dalam mengawal perasaan amarah. Ana memang salute dengan mereka.  Bila dah tidak tertanggung barulah mereka akan marah kami. Contoh: Dah berpuluh-puluh kali ketuk pintu bilik, suruh bangun pagi, masih tak bangun, ibu akan mula marah. Tapi bukan sahaja ibu marah kepada seorang tu jer, habis semua orang kat rumah tu ibu akan marah dan ayah hanya berdiam. Ayah takkan pernah menambahkan lagi minyak ke dalam amarah ibu. Begitulah hidup suami isteri kan? Ketika seorang menjadi api, seorang pasti menjadi airnya. Tapi, amarah ibu takdelah sampai menengking kami dan mengeluarkan kata-kata kesat yang mengguris perasaan. Ya, memang tak pernah. Ana tekankan sekali lagi, TAK PERNAH! Kalau ibu marah, ibu hanya mendiamkan diri. AWAS, kalau kami menegur, memang padah. Sebab apa? Sebab kalau kita layan bercakap masa ibu tengah marah, memang tempah nahas. Bukan ibu lempang, apatah lagi terajang, tapi kata-kata ibu. Kata-kata ibu yang dibalas dari sapaan kita tu, walaupun lembut tapi BERBISA. MEMANG SENTAP. Walau hanya 3-4 patah perkataan je. Tapi, ibu cepat reda. Marah ibu bukan dendam. Kalau dia dah bawak bercakap dengan kita tu, maknanya dah ok la tu. Dan ibu mula 'slow talk'. Menerangkan kenapa dia marah dan mula menasihati. Lembut dan penuh berhikmah. Dalam seminggu,ada lah sekali dua ibu marah. Memang susah nak buat ibu marah melainkan dia tengah menanggung sakit, pastu anak-anak buat perkara yang menyakitkan hati, barulah ibu marah.Ayah pulak berbeza. Ayah tak pernah marah ibu & anak-anaknya. Ayah kuat bebel, tapi bukan dengan nada meninggi suara seakan marah. Ya, mungkin ayah jenis seorang yang bersuara keras & kuat, kadang-kadang Ana akan termenangis bila ayah sedang menasihat. Haha. Padahal ayah bukan marah pun, cuma memberi sedikit nasihat untuk menerangkan & perbetulkan kesalahan kami. Ya, cara mereka berbeza, cuma yang sama, mereka tak pernah menengking kami untuk menunjukkan amarah mereka.

Ibu & Ayah gemar duduk di rumah. Maksudnya, bila ayah selesai tugas di kedai & selesai membeli stok barang, ayah akan terus pulang ke rumah. Berehat bersama isteri & anak-anak. Mungkin masa ayah di kedai lebih banyak berbanding masanya di rumah, tetapi ayah tak pernah tak balik rumah. Hihi. Biasanya orang-orang sebaya ayah akan melepak-lepak di kedai kopi, main dam haji sampai berjam-jam, tapi ayah tidak. Ibu pun jenis seorang wanita yang suka duduk di rumah. Kalau keluar pun, keluar berkebun, bagi makan arnab, main dengan kucing, borak dengan jiran dan sebagainya. Tapi masih selalu berada di kawasan rumah. Tak pernah lagi Ana tengok ibu merayap ke rumah orang lain untuk mesyuarat tingkap macam cerita P.Ramlee tu. Hihi. Dan ibu bukan jenis suke mendengar & bercerita hal orang. Kalau lah ada orang berborak dengan dia, dan berceritakan tentang kisah orang lain, ibu cuma mendiamkan diri dan tersenyum. Jarang sekali ibu menyampuk atau memanjang-manjangkan lagi cerita tu. Melainkan kalau melibatkan keluarga dia & dia ingin tahu. Kami sekeluarga memang jarang pergi bercuti. Dan Ana tak pernah ralat pun ayah & ibu jarang bawak kami bercuti & jalan-jalan ke tempat orang sebab Ana HATE TRAVELLING! Ana memang gemar duduk di rumah sahaja. Sebab Ana rasa, duduk kat umah tu lebih mendamaikan dari berjalan merata-rata. Lagipun, Ana ni mabuk! Haha. Memang selalu standby beg plastik dalam handbag kalau nak berjalan jauh, contohnye balik kampung kat Seremban ke. Even Ana ni banyak duduk kat luar (asrama,matrik,Uni) , tapi Ana tetap rasa kat dalam rumah lebih mendamaikan. Biarlah orang nak cakap minda tak berkembang kalau asyik terperap dalam rumah je, tapi Ana suka. Ibu pun sebijik macam Ana. Eh, mungkin Ana yang sebijik dengan Ibu. Ibu ni, kalau orang ajak dia kemana-mana, kebanyakannya dia menolak. Bukannya dia tak sudi, tapi mungkin masalah kesihatan agaknya. Contoh kalau nk balik kampung, ibu dah mula pening-pening kepala walaupun masih ade 5jam lagi sebelum naik bas. Dan tak akan selera untuk menjamah sebutir nasi. Dan sepanjang perjalanan tu, tak akan ada makanan akan hinggap ke dalam mulutnya (melainkan asam) sehinggalah tiba ke destinasi. Aneh kan? Itulah ibu saya yang unik. Dan keunikan ibu tu turut hinggap kepada saya. "Eh, orang ajak berjalan pun taknak, bukan ajak berperang pun!?". Ya, that's my mom & me! Ana kalau berjalan-jalan sekali sekala ni boleh la, excited la jugak. Kalau sentiasa berjalan, Ana tak suka. Ana memang lebih suka duduk di rumah. Zaman duduk kat matrik & UKM dulu, mana ada Ana sentiasa keluar. Asal weekend je, gi bandar, gi Kuantan, gi Midvalley, gi Times Square. Tak. Ana tak macam tu. Ana lebih suka abehkan hujung minggu dalam dorm. Sampaikan nak keluar kafe beli nasik pun berat hati nak tinggalkan dorm. Haha. Over kan? Tapi itulah realitinya. Dalam dorm tu bukannya study mana pun, habiskan masa depan lappy. Tak kisah lah duk buat aktiviti mengedit gambar ke, ngenet ke, skype ke. Haha. Teruk kan? Memang Ana takde social life dan Ana langsung tak terkilan.

Mereka juga agak tegas dalam hal solat. Ibu akan sentiasa bertanya, 'dah solat belum?'. Kalau kami jawab belum, ibu akan suruh kami solat waktu tu jugak. Waktu Subuh, ibu akan mengetuk-ngetuk pintu bilik pinta untuk kita menunaikan kewajipan kita. Dan kalau berjalan ke mana-mana sekalipun, ibu takkan tetap turun solat meskipun badannya tak sihat dan solat dalam keadaan duduk. Itu yang Ana kagum tentang ibu. Ana yang muda ni pun kadang-kadang tak cukup lima waktunya. :'(. Tapi Ana terus berusaha untuk melengkapkan yang lima itu. Ana tak faham, macam mana orang boleh rasa tak bersalah bila tinggal solat yer? Sampaikan kita lupa siapa yang menciptakan kita. Kita terlalu sibuk mengejar hal duniawi, sehingga terlupa yang kita di dunia ni bukan selamanya. Kita terlalu sibuk mencari rezeki sehingga kita lupa siapa Pemberi rezeki itu. Peringatan untuk diri sendiri yang selalu leka.
Ibu Ana seorang kaunselor yang hebat, lebih hebat dari kaunselor berbayar di luar sana.  Kenapa Ana cakap macam tu? Sebab setiap kali Ana bersedih/ sedang menghadapi masalah, Ibu pasti akan memberikan nasihat yang penuh berhikmah, dan bercerita kisah yang sesuai dengan situasi tersebut. Ana mengaku, terlalu banyak air mata kesedihan ibu yang telah menitis dek kerana sikap Ana. Ana ni jenis pemendam. Bukan pendendam! Apa sahaja yang orang buat pada Ana, Ana hanya bersikap pasif. Tapi, bila Ana dah tak dapat tahan perasaan tu, maka hancurlah! Ana memang tak akan dapat kawal perasaan itu dan terus berkata-kata akan ketidakpuashatian sehinggalah akan membuat ibu kecil hati. Dalam tangisan, ibu terus menasihati Ana. Kata-kata hikmah yang ternyata akan membuat hati kecil Ana menangis lalu terpancar di kelopak mata. Maka berderailah air mata penyesalan itu. Cepat-cepat ibu seka air mata yang dah mula basah di pipi. Ternyata, bersama ibu adalah waktu yang paling mendamaikan. Redup matanya mengundang kesayuan di hati. Bila Ana berhadapan masalah, ibulah orang pertama yang menghulurkan tangan membantu. Walaupun bukan dengan berbentuk wang ringgit/harta benda, tapi pertolongannya sangat bernilai. Kata-kata ibu membuat kita lupa masalah kita seketika. Lembut & mendamaikan sehingga kadang-kadang air mata ini tumpah.

Ayah seorang bapa yang tak pernah mengecewakan anak-anak. Ayah akan sedaya upaya memenuhi keinginan anak-anaknya walaupun agak berat, contohnya nak laptop, nak handphone baru, nak itu, nak ini. Al maklumlah, kami ni bukan orang kaya, nak dapatkan semua tu bukan hanya dengan petik jari. Ayah perlu kerja keras untuk dapatkan itu semua. Tapi, ayah tetap akan berusaha mendapatkannya. Thats my dad! I'm very adore & proud of him. Yang istimewanya ayah ni ialah, dia macam tahu akan isi hati anak-anaknya. Contohnya: Ayah pergi pasar. pastu Ana cakap dengan ibu, "kan best kalau dapat makan rambutan". Pastu ayah balik, bawah 3kilo rambutan! Wow! Ibu pun terkejut. Hihi. Pastu ada lagi. Ana teringin makan jagung. Tapi tak pernah luahkan kat ibu atau ayah. Ada 1 petang ni, ayah lambat sangat balik. Da 6ptg lebih pun tak sampai-sampai rumah lagi. Tak lama lepastu, ayah balik. Tengok-tengok, ade berbelas ketul jagung rebus ayah bawak balik! Jauh beli tu! Superwow!! Memang ayah Ana pandai baca hati anak-anaknya. Mungkin cara ayah menunjukkan kasih sayangnya berbeza dengan bapa-bapa lain di luar sana, tapi Ana tetap menganggap Ayahlah adiwira Ana selamanya.


Tahun ini, sudah 30 tahun ibu dan ayah melayari bahtera rumah tangga bersama. Sudah kelihatan kedutan yang mula berjinak-jinak di wajah mereka berdua. Kedut-kedut yang membesarkan kami, kedut ibu juga lah yang mengandungkan kami selama sembilan bulan. Kedut itu jugalah yang berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan kami. Bayangkan, berapa bnyak urat dan saraf telah terputus sewaktu melahirkan kita, kan? Tidak pernah diminta balas. Bagaimanalah caranya untuk Ana membalas semua jasa & pengorbanan mereka ye? Ana ni dahla kerja pun takde. Ingat taknak bagi dah Ayah kerja keras sangat. Tapi apakan daya, anaknya ini masih belum bisa membantunya walaupun usia hampir mencecah suku abad..T_T

Okey. Rasanya Ana memang balas dendam kali ni. Lebih 2000 patah perkataan ada ni. Maklumlah, dah dekat setengah tahun tak update belog ni. Hihi. Tapi, bukan semua sifat-sifat yang di atas sahaja yang Ana kagum tentang ibu dan ayah. Banyak lagi. Terlalu banyak. Tapi rasanya jari jemari ni nak mintak rest la pulak. Mungkin akan Ana sambung kisah mereka nanti. Seperti mana Ana cakap di awal entri tadi, sampai mentari terbit di belah barat pun, masih takkan pernah tamat cerita tentang mereka.

OK la. Gerak dulu. Nak lipat kain pulak. Dah lama kain tu berlungguk, sampai termasuk-masuk dalam mimpi. Bertapa kain-kain tu nak suruh Ana lipat dia.adehhh. =.="

Thursday, January 12, 2012

[Resepi] Apam Coklat

Hype...entry kali ni masih menceritakan pasal makanan..hahaha..
adeh..mane la tak 3G si zana ni kan..asek makan je...
3G?? tau tak apa tu? Gemox+Gempal+Gebu..auch...=P
So, di petang yang sejuk2 lali ni, den pun wat Apam Coklat plak..

Incik ayah pelik tengok apam den buat, bukannye bubuh kelapa parut, tapi bubuh manik love-love..haha
Oleh kerana ini apam moden (kononnye), maka ia tak memerlukan kelapa parut..


Saya amek resepi ni kat belog kak Ummi.



Bahan:
1 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan minyak masak

1/2 cawan air

1 biji telur

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1@2 sudu makan serbuk koko


Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam 'mixer'. Putar sebati.
2. Panaskan pengukus dan sediakan acuan apam (boleh ganti dengan bekas dadih kecil).

3. Masukkan ke dalam acuan 3/4 penuh.

4. Kukus selama 10-15 minit.

5. Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan daripada acuan.

haa..senang gilerz kan? humban je semua bahan dalam mixer..
lau nak lagi senang blend jer dalam blender..
tu kalo malas sangat la..den rajin sket..wakakaka
lagipun, den tak humban.den bubuh dengan cermat..
Budak baru blajo kann..lau dah expert, laen la..(^^,)

Dan ini hasilnya..
Sangat comot & teruk kan?

Lenkali kalau nak buat lagi, tamau bubuh dah dalam cawan kertas..Tak berapa syantek.
pastu tamau bubuh manik love-love dulu, bila dah masak, baru letak masa tengah panas-panas..

Friday, September 09, 2011

Ini Mya dan Perotnye....

Assalammualaikum...
Da lame tak hupdate belog...
Konon nk wat maintanance la, renovation la...ceth!!
Padahal tak buat2 gak...yang jadi sekarang ni pun ntah pape...nak sambung decorate tadi,tetibe blackout pulak...tros terpadam semuanya...
Hai....nasib bdan..(-.-')

Ok...nampaknye repekan di atas takde langsung kene mengena dengan tajuk yang diberikan..hehe..
Eceli...den nk crite pasal kucing yang baru bermastautin kat umah den ni..tak tau la sape tuannye...tetibe je da ade kat umah...

Alkisahnye...sangat pelik pe'el kucing yang den memandai bagi namenye Mya Sara ni...
Nafsu makannye....Ya Allah..langsung tak terkawal...
Sampaikan maruku raya aritu pun dibantainye...
Kalau tak bagi makan karang, dia buat muka kesian...Ngiaoww memanjang..
Siap jawab "nakkk" bila tanya 'nak makan ke tak?'
Aduhhh!
Yang menjadi kemusykilan sekarang, Mya ni kengkadang gendut macam mengandung tunggu masa nak beranak, tapi kengkadang meleper plak perotnye...

Ntah mengandungkan anak bunian ke ape si Mya ni...takpaham den...




Wednesday, April 27, 2011

Last...but not Least

dengan terpublishnye entry ini..maka berakhirlah last paper (Ekologi Pengurusan Sumber) for da last semester and for da last year in UKM terchenta..
Eyhhh..macam tak percaya pulak kan...
Dah 3taon menghabiskan zaman remaja kat sini...
Dah 3taon sit exam kat sini..
Dah 3taon stress setiap kali nak exam kat sini...
Dah 3taon demam setiap kali exam nak bermula kat sini...
arghhh..pelbagai perkara berlaku sepanjang 3taon kat sini..
suka duka sedih ketawa tergelak tergolek..macam2 lah..
sume tu akan menjadi kenangan yang amat manis bagi den..
terutamanya kenangan bersama course-mate..Biologist dan BOTANIST for sure!...^^


dan sejajar dengan terpublish entry ini juga...
saya tengah berpoya2, berseronok2 dengan geng botanist yang koooolll!
pegi makan2, maen2, posing2 yang terakhir kali sebagai coursemate..
sob..sob..sob..sedeh la pulak bila mengenangkan...

Setiap dari mereka ada pelbagai ragamnya..dan kerana ragam mereka itulah membuatkan aku payah tuk meninggalkan apatah lagi melupakan mereka...!:')

Sahabat...
Maafkan diri ini bila diri ini bersalah
Meski kita melangkah pergi membawa haluan sendiri
Bagiku kalian selalu ada dalam hatiku
Karena kalian adalah sahabatku
Dari dulu dan selamanya....

Wednesday, April 20, 2011

oh Thesis....

Isnin lepas...18April 2011
duk Xploraced ngan Ijah(coursemate) carik tempat yang termurah nak pi jilid tesis..nak jimat punye pasal
memula Ijah pi ushar kat Kolej Zaba...mahal..rm15..
RM15x3=RM45..aghh...mahal!!reject!
pastu plan nak pi kat Hentian Kajang pulak..kawan cakap kat situ murah..
pegi punya pegi..tak jumpa lak kedai yang dimaksudkan..
jumpa kedai laen..pi la tanye kedai tu..
"nak jilid tesis berapa yer"?
"RM15..."jawab aunty tuh..
adehh..mahal la..baek jilid kat Zaaba je kalo tau 15hengget..
pilihan terakhir..kitorang naek la bas kontot pegi stesen KTM..
depan KTM tu ada kedai jilid buku gak...
bila nak je tuju kedai tu, ternampak plak banner besar "Hardcover tesis RM10-untuk pelajar UKM shj"..camtu la lebey kurang..
den ni apo laie..nampak je 10hengget..terjojol bijik mato den...

kitorang pon singgah la kedai tu...tak jadi pegi kat kedai yag dihajatkan...
bila tanye punye tanye..untuk sape2 yg print kat situ..die bagi diskaun..Rm 10 sebuah
sapa2 yang juz nak jilid je..Rm12..waahh..orait la tu..
kedai satu lagi tu,13hengget(sehengget je kot bezanye..haha)
den ni dah print..almaklumla..print free je kat lab...
sponsor baek punya..kikiki

kitorang pun jadilah jilid kat situ..bila tanya..berapa hari boleh siap?
dia cakap lusa..wahh..cepat! kedai lain makan 3 hari kott..
so..dengan senang lenang la keluar duwet rm36 kat aunty tu.
bagus kot aunty tu..dia check satu2 ikot gaya UKM..
margin..spacing..page number..huruf besar kecik..sume dia tengok.
dia pulak yang tulun printkan..tolong susunkan...memang terbaik la...
nampak sangat aunty tu da otai bab2 tesis dak UKM nie...

petang tadi..dalam kol 2pm lebih...
den pegi la merayau sengsorang amek tesis tu..
kalo ikot perjanjian (eceh..cam jual beli umah plak), arini boleh siap..
bila sampai je kat sane..Alhamdulillah..
terpampang tesis namo den atas meja kedai tu..
kiranya da siap la tu..hehe

Setelah penat merentas lautan mencarik rumpai laut...
Setelah berjuang meredah ombak badai yang melanda..
Setelah lali mencuim hanyirnya bau rumpai laut...
Setelah hidung dah immune dengan bau formalin...
Setelah mengorbankan cuti semester...
Setelah menjadikan Lab Fikologi sebagai umah kedua..
Setelah letih mematah2kan jari menaip itu ini...
Setelah puas meng'photoshop'kan gambor spesimen..
Setelah hilang cuak menghadapi Viva..
dan pelbagai 'setelah' lagi...
terciptalah latihan akademik aka tesis bertajuk
Kepelbagaian Makroalga Bentik di Pantai Teluk Bidara, Dungun,Terengganu..
Alhamdulillah..
(biar recheck ade lagi salah pun..aigoo..pasrah je la labuu)
Esok jugak mau hantar!!
hahaha...excited giler...

Monday, April 11, 2011

KluLid....

Di suatu petang yang sejuk dek kerna hujan yang mencurah-curah...
Alya menikmati keenakan biskut kering Hup Seng cap pingpong, dicelup pula dengan teh O panas..fuh,,memang terangkat!
Sedang dia melayan keenakan makanan petangnya yang ringkas dan menyelerakan itu, sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu Ucapkanlah nyanyian Erra Fazira dan Yusri..tiba-tiba telefon bimbit HTC Incredible S miliknya menjerit riang..itu tandanya ada incoming call lah tu...

"Arghh..sape pulak tepon time-time hujan nih! nak makan pun tak senang!". Alya bergerak malas ke katil untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

Screen telefon terpapar nama "Fakhri"...

"Aik..nape ringtone macam ringtone default jerp..selalunye kalo pakcik ni call,bunyi lagu lain", desus hati kecil Alya

Ehh..baru dia teringat...oleh kerana handphone tersebut baru sahaja dia miliki, dia masih belum mahir untuk setkan ringtone untuk specific person...theeheheh..

"Hello..Assalamualaikum, bapak mau bicara sama siapa?" Alya cuba tuk bergurau..

"Gue mau bicara sama bibik Alya..tolong panggil'in dia...gue mau tanya'in tentang permitnya..tarikh permitnya udah mati sihh.Gue patut hantar'in dia pulang ke Lombok dengan segera,kalau tidak mahu ditangkap oleh polisi"....Fakhri membalas sambil menahan ketawa

"Awakkk!!!! ee...jahat....suka kutuk orang!!! Dah la tak jawab salam orang!" Alya seakan marah...

"Waalaikumussalam.Kah3...itulah..berlagak nak cakap Indon konon..saya anta awak balik Lombok kang..padan muke awak..kah2...",Fakhri ketawa tak henti-henti...

Dah2...jangan nak mengada-ngada..ni awak tepon pepetang ari ni kenapa? Kacau daun je saya nak makan biskut..Alya merungut

"Aik..makan biskut jer? Takde ke makanan berkhasiat lain yang awak nak makan? Tak biskut..roti...Hehe..Takde, saje je nak borak-borak ngan awak..takkan tak leh....Nak dengar suara comel lagi manja dari Puteri kayangan nih", .Fakhri seakan memujuk

Elehhh..ayat bodek..pandai lah awak...saya tak terhasut punye..Saya ni darah kesatria..takkan termakan pujuk rayu...Alya cuba berlagak cool walaupun hakikatnye die hatinya tengah berbunga riang saat itu atas pujian Fakhri

Eleh..kesatria konon...jatuh siket dah lebam..kesatria! cethh.!! Fakhri memerli...

mereka pun berborak-borak kosong..
sambil diiringi gelak ketawa...
maklumlah...Fakhri memang pandai buat lawak...
citer pasal lembu tepi jalan pun boleh dibuatnya cerita jenaka...
walaupun hakikatnya takdelah kelakar sangatpun...

dihujung perbualan mereka...
Fakhri ada menyatakan sesuatu...
Sesuatu yang membuatkan Alya kelu tak terkata...
Kalo mat salleh memanggil situasi tersebut sebagai CLUELESS...
Alya boleh memanggil situasi dia ketika itu sebagai KLULID (KeLU LIDah)

"Kalau boleh...tahun ini jugak saya nak memperisterikan awak. Saya nekad, saya akan terus kerja kuat membanting tulang carik duit untuk ambik awak secepat mungkin. Kalau boleh, tahun ni jugak. Saya tak mahu lengahkan lagi"

Alya tergamam dan bisu seketika..
Namun...ada senyuman kecil terukir di bibir manis Nur Alya Amani...


Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan (mudah) mas kahwinnya." (Riwayat Ahmad)

"Perkahwinan yang paling berkat ialah perkahwinan yang paling ringan (mudah) maharnya."(Riwayat Ahmad)

Thursday, April 07, 2011

VIVA Forever...erkkk

Assalamualaikum readers..^^
14hb April tepat pada 10:10am, shayer bakal menghadapi saat2 yang agak genting..
iaitu VIVA..tuk Latihan Ilmiah(tesis) yang dahpun shayer berezkan..bertajuk
KEPELBAGAIAN MAKROALGA BENTIK DI PANTAI TELUK BIDARA, DUNGUN, TERENGGANU
tau tak viva tu haper?
sebenarnya..name dia Viva Voce means an oral examination, especially in reference to a thesis defense in academia (a common requirement for dissertations and theses in graduate education)
(sumber:Wikipedia)
Lebey kurang cam ujian lisan untuk mempertahankan tesis yang dah kita buat tuk grad tuh..

dup dap dup dap..
Awokk ni nerbes~~~
takot plak dengar2 cite sensasi lepas2 ramai yang menangis biler kuar ruangan viva tu..
coz pensyarah2 tanye..kite tak dapat jawab..

Ya Allah Ya Tuhanku...
Berikanlah aku kesungguhan, kesihatan yang baik dan diberi kemudahan semasa sesi VIVA itu nanti.
Tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

Kepada semua Biologist UKM sesi 2008/2011 (terutamanya Botanist)...
Good Luck for u'olz...
mudah2an urusan kita semua tuk exam yg terakhir ni & VIVA berlangsung dengan lancar erk...
dan dapat konvo sama2 beramai2 bulan 9 nanti!!
I luph u'olz more laaa...

Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan
mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau ridha dan sesudah ridha itu lalu aku mohonkan
pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala
kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia

Tuesday, March 29, 2011

Bila dah Final Sem!

lame benor rasenye dah tak merepek kat belog kesayangan nih...
mane taknye...waktu2 banyak diabeskan tidur...upsss..bukan...dengan menulis tesis!
arghhh..sangat tak lena tidur(tipu) bila pikir pasal ni..
esok dah nak kene anta full draft kat penyelia..
1 April plak kena anta kat Pusat Pengajian tuk disemak sebelum wat yang kulit tebal punyer dan dihantar pada 29 April!
Ini bukan tesis saya

esemen lak melambak2..exam berderet2...
ni ada 2 tutorial tak sentuh agi ni..padahal Dr dah suh anto minggu ni..aigoo~~
apa nak jadi wahai zana???

2hbMei-3hbOgos kene pergi Latihan Industri aka Praktikal...
Giler lame tak balik umah dowh....
pas abes LI..kene mai UKM balik nk present...adehh...

nak cepat2 abeh bulan 8...nak balik umah..nak bermalas2an..nak maen tenet pepuas tanpa loading..nak donload muvie bebanyak..nak layan citer korea pepuas...nak golek2 depan tibi nengok citer Detektif Conan ari2..nak maen ngan Bunny..nak gosok2 kuceng sampai mata bengkak..nak minom air teh ibu ari2...nak..nak..nak...!!!

Sunday, March 06, 2011

Kepada Bakal Nakhodaku Kelak...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..


Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda Khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku boleh saja berbuat salah dan menyakiti hatimu. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku. Nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu. Ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan putera puteri kita nanti..Insya’Allah. Maka aku akan nampak kotor dan berbau asap.

Atau kerana seharian ku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan putera puteri kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga putera puteri kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami. Maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..


Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul dengan lembut si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, tegurlah aku dengan hikmah, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada putera puteri kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu menadah pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku..Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian meningkat, iatu rasa cintaku padamu..Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa....terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA.....semoga kita bisa sama-sama bahagia...

Saturday, March 05, 2011

Kelawor vs Deghoyan

VS

sapa minat deghoyan? angkat tangan!!
sapa admire kat klawor?? tak yah angkat tangan..dah tau memang takde orang suke kat kelawor..kalo ade pun..ciput sangat lerr..lain lah Batman..mmg ramai yang admire..nak2 kereta dia...wee~~

so..apa la kaitan deghoyan ngan kelawor ni?
kalo takde kelawar..jangan harap kita dapat ghase makan deghoyan!
siyez..tak tipu siket pun..

deghoyan ni bunge time malam je taw..
dan dia berbunge juz 1 malam jerp..
so..binatang apa yang time memalam dia bersengkang mata?
Zhana!!!
Ciss kau..den orang la..bukan binatang!!

okey..mainly kelawor yang aktif time memalam kan?
bunga deghoyan yang bau kuat nih akan menarik perhatian kelawar buah.
even ade sesetengah spesies deghoyan ni boleh pollinate sendiri..tapi cross-pollination yang kelawor buah ni buat sangat2 perlu untuk menghasilkan buah durian yang banyak.
Cuba bayangkan..kalaulah pokok2 tempat kelawor ni main2 dah kene tebang,
kelawor ni dah takda tempat tinggal dah..
Caye tak? Kalo takde kelawor..kitaran semulajadi kita pun turut terjejas taw..
Ini adalah kerana kelawar memainkan peranan penting dalam proses
pendebungaan pokok2 yang berguna kepada kita.

Ada kes yang banyak pokok bakau kene tebang..
kelawor ni pollinator tuk bakau gak..
disamping tu..habitat depa pun area2 tu gak..
biler bakau dah kene tebang..die pun sedih..
tak dapat lah depa nak membiak..
kelawor2 otai pun mati tanpa sempat lahir zuriat..
so..takde la generasi kelawor yang nak pegi debungakan deghoyan kat dalam dusun/hutan dsb
deghoyan tu juz mampu berbunge dengan lebat je lah..
tapi langsong tak hasilkan buah..sebijik pun takder..
bila orang kaji2..rupe2nye ade kaitan dengan penebangan pokok2 bakau tuh..
see....
bila takde pokok bakau..takdelah kelawar..takdelah pendebunga deghoyan..takdelah buah deghoyan..takdelah penunggu deghoyan..takdelah pencuri deghoyan..takdelah penjual deghoyan..takdelah 'hantu' deghoyan nak beli deghoyan..takdelah duit hasil jual deghoyan..takdelah....hmm..ape agi erk?hii

akhir kata
No Bat...No Durian!

Thursday, March 03, 2011

WalimatulUrus...

Saya dengan penuh rasa kesyukuran menjemput seluruh saudara mara, rakan taulan, pembaca belog Biler Dah Start Merepek dan seluruhnya, tidak kira sama ada pernah bersua muka ataupun tidak, yang mengenali secara maya mahupun realiti, yang dah dapat kad jemputan ataupun belum, yang dah tahu ataupun tetibe heart attack bila dapat tau, untuk manambahkan lagi keberkatan majlis walimah kami:
Norsyazana Zulkifli
&
....
.....
..
....

hahahha...gimik jer...
gatai lak minah sorang nie..ekeke
Semalam den mimpi sal kawen derr...
Kalau org laen mimpi sal kawen, mesti jadi sweet dreamz korang kan?
tapi laen lak bagi den..
mimpi semalam macam dah jadi nightmare..seriau dowhh..

cenggini alkisahnye...
(ingat2 lupa)
den bagitaw kat sedara2 den yang den tamau sanding...
pastu orang laen sume suh den sanding..
aduhh..sape yang nak kawen sebenarnye nie??
Den berkeras gak yang depa, yang den tamau gak sanding..tak kire la ape jadi pon..
"bakal suami kan hensem..naper lah takmo sanding.."
(apa kaitan??)
aduh..den pun cakaplah yang sanding ni tak bape elok, ikot ajaran Hindu, bidaah..bla..bla..bla..
depa wat muke slenge je..goram gak den!
pastu terus depa boikot den..takmo tolong persiapkan den masa ari nikah den tu!
giler! den da la tak pandai langsong hal tacap2(touch-up) nie..
ala..ari kawen kan..mesti nak nampak seri2 siket..tambah mekap sesikit..ekeke
nak nanges rasenye time tu..den sorang2 je terkial2 dalam bilik...terai mekap sendiri tapi dah jadi cam muke hantu kak limah lak...aigoo~~
duk den sedih sorang2 tu..ibu pun mai la..tulun mekapkan..
ibu kesatkan mekap comot tu ngan kaen lembab..
pastu ibu bedakkan ngan bedak compact Garnier..pastu celak+gincu sket..done!
no foundation..no eyeshadow..no extra eyelashes...
haha..giler simple..tapi nampak suwit..(perasan nak mati)

pastu den pun kuar lah dari bilik...
orang laen kagum tengok den..haha
see..mama i pun pandai mekap tau..=D
(parah dah dak nie)
baru je nak pi kat tempat akad nikah tu..den pun terjaga.
choii!!! potong betol lah...
tak sempat den tengok sape pengantin lelaki tu...mane tau Zulhuzaimy ker..tak pun Asyraf Muslim..haha
tu yang jadi nightmare tu...lau nampak yang Asyraf Muslim jadi pengantin lelaki..otometik mimpi tu jadi suwit dremZz..hak3
~~~~~~~
den pelik ngan orang akad nikah kat masjid neyh...
bayangkan..MASJID..tempat wat ibadah kan..rumah Allah..

1st-masuk2 masjid kompem2 si pengantin tak wat solat sunat Tahyatul masjid kan?(bukan menuduh) yelah..bukan kemain dah mekap tetebal kat umah tadi..pastu sure kene amek wuduk lau nk solat kan? oh noo...takkan lah nak buang mekap sesenang jer..berjam2 tacap2 ni taw..ok fine..takpe..SUNAT je kan..

2nd-sementara tunggu akad nikah ni..tetibe berpeluh2 lak si pengantin pempuan..maklumlah..neves kan..takot lak bakal tok laki tergagap2..So, si 'mak andam' yang tak berapa nak pompuan ni pun touch-up2 la mekap si pengantin..kite kat masjid sekarang ni taw..mak andam tu sape? jantan kan (walaupun lembutnye mengalahkan pompuan)? oh noo!! dalam masjid wat perangai tak semenggah cenggitu..pegang2 bukan muhrim..ini dah jadi kes HARAM

3rd-Alhamdulillah...si dia dah sah menjadi suami anda..Pengantin lelaki ni pun melangkahkan kaki menuju isterinya..cincin disarung lalu dahi dikucup..Opss...bercium dalam masjid..tak leh jadi nie..even dah jadi pasangan suami isteri yang sah..tapi perkara ini sangat2lah dilarang..macam kite takleh borak2 kosong kat masjid lah..bende tu bukannye salah pada hukumnye..tapi bila dah masuk dalam masjid..adab tu jagela..rumah Allah kan..

4th- para pengantin especially pompuan sangat sangat sangat tak menghormati adab2 ketika dalam masjid..pakai pakaian yg tak tutup aurat..contohnye cenggini..
astaghfirullah al azim..tataw nak cakap ape..kompem org islam..takleyh nak kompius2 dah..coz dia nikah dalam masjid..laen la nikah dalam taman ke..ley lak pikir die ni agama laen ker..T_T

5th- tu lom kire lagi ngan sedara-mara,kengkawan lama si pengantin yang nak nengok hari bersejarah tu...Maklumlah,bila dah lama tak jumpa..macam2 lah nak diborakkan..yang ngumpat tu lain cerita pulak..kutuk baju pengantin tak matching la..muka takde seri lah..mekap cam hantu la..haha..kan dah salah tu..

kalo nak cerita..memang sampai den dah kawen betol2 pun tak abeh citer ni..ikiki..even nikah kat masjid tu ada berkatnya..tapi tuk elak dapat lagi banyok dose..nikah je la kat umah..Bukan salah pun nikah kat umah..Nikah atas pokok durian pun boleh asalkan pengantin, wali ngan saksi muat & selesa duk atas pokok tu..ngee.


Friday, February 18, 2011

Dikala Bulan Purnama...

semakin hari semakin dekat kita pada kematian..ye tak?
hoho....wat sadis pulak...
cuma mengingati diri sendiri..

arini..15 RabiulAwal 1432H
(time bulan mengambang tu!haha)
saya dapat SMS dari ibu..

"Saat melihat di angkasa, Sang bulan menebarkan cahaya, Terbayangkan si kecilku, Kini, telah menganjak dewasa... Dewasalah kau anak ku, Semoga kau dapat merangkul segala impianmu"

waa...tacing tak?tacing tak?
hihi..arini besday den rupanya..
haha..den ingat jer..tahap pelupa den belum seteruk melupakan tarikh lahir sendiri..ikiki
besday den sonang ingat coz cuma selang 3ari selepas tanggal kelahiran Kekasih Junjungan kita..Nabi Muhammad SAW..(^^,)

even tak ramai yang wish..sy nk wish jugak tuk diri sendiri..
desperate giler kan? haha
tenkiu kat ibu & ayah kerana dah susah payah membesarkan kiter sampai dah besar cenggini..
luph both of you....<3>

dan..tanpa disangka2..den dapat adiah..
wahh...cam tak cayer.. dapat 1TB portable HDD...
memandangkan ext.HDD den yg lamer dah fullhouse dah...^^
(akibat hobi yang suke mendonlod & menyimpan sebarang gambar yang dah disnap & tak suke mendelete)
tapi tak terpikir nak beli yang baru wat mase terdekat ni..
juz mau delete2 je pape item/movie dalam tu..
tapi cam sayang nak delete..coz penat2 woo den donlod..huhu..
tengok2..ade orang bagi ITB ext.HDD..sangat terperanjat..

Sabda Nabi SAW:"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang."
(Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)
:')
TERIMA KASIH!

Wednesday, February 16, 2011

Broken Heart!!

T____T
Tataw nak cakap apa..
hancus luluh hatiku bagai dihempas ke batu konkrit..
sedih giler..
kamera kesayanganku dah menuju penuaan...
padahal beli tak sampai 6 bulan kot..
even masih berfungsi dengan baik & boleh snap gambar cecantik lagi...tapi skrin dah tak cantik..
memula mase den perasan tu...juz ada 1 bulat,1 bujur & 1 garisan halus kat atas skrin tuh!
mase tu dah berlinang dah ayer mate...
bukan stakat berlinang..memang dah nanges sakan..T_T

den pun simpan la dalam lemari..
sorok di antara baju...
dengan harapan bila bangun tidow esoknye kamera tu kembali elok seperti sediakala kerana dah ditempatkan pada kedudukan yang sangat selesa dan lembut..
sampai termasuk2 dalam mimpi yang kemera tu dah ok..siap skrin dia boleh scroll ke atas dan skrin yang baru berganti..
ciss!! boleh pulak mimpi dongeng camtu..
tapi oleh kerana kepercayaan yang tinggi bahawa skrinnye akan elok..den cam buat2 percaya kat mimpi tu..
bangun2 tidow...keadaanya masih sama..tiada yang berubah cuma garisan halus dah mula menebal...

bila malam ni den tengok...
muncul pulak moles 3 bijik yang mencacatkan!!
Entah kenapa ley jadi cenggitu..
padahal masa guna hari sebelumya ok jer..
dah la ini hadiah spesel sempena hari yang spesel dari sorang yang spesel..

Thursday, February 10, 2011

Qasehhh...

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. ...
Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk Nya..
Manusia bagaimana?
Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ...
hidup menjadi sepi...
kita manusia..... ???

Oh nooo...Jangan Tinggal Daku...T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...