Wednesday, May 01, 2013

Ku Punya Seekor Kucing

Ya..
Seekor kucing ku punya,
Yang entah mana asalnya,
Entah siapa tuannya,
Di laman rumah berkeliaran ntah kemana halanya.

Sang suami pula obseskan kucing,
Dibawa ke rumah si kucing bermulut bising,
Setelah seminggu rumah ini dia memusing-musing,
Ketahu pula tuan si kucing.

Hati si suami tidak keruan,
Disangka liar rupanya bertuan,
Tanpa rela terpaksa dilepaskan.

Si isteri riang tidak terkira,
Bukan kerana tidak suka,
Bukan pula kerana Ailurophobia,
Cuma bulu si kucing membuatkan si isteri pedih mata.
 
Si suami sugul bermuram durja,
Baru ingin dijadi teman bermanja.

Tidak lama selepas itu,
Eh, muncul pula dia mengetuk pintu.

Bukan niat hendak menculik,
Tapi serasinya si kucing bertukar milik,
Maaf dipinta wahai si pemilik,
Harap-harap jangan diculik balik.

Si suami mula runsing,
Mahu dipanggil apa pada sang kucing?

Takkan cuma meow-meow,
Atau takkan dipanggil grung-grung?

Terpahat sudah nama yang satu,
Dipanggil Mr Tom seolah sejutu,
Si isteri yang alah juga terpaksa setuju,
Agar dengan suami tidak seteru.

Menetaplah Tom di rumah yang baru,
Makan nasi bergaul ikan rebus pun dia lalu,
Si isteri pula dah mula setuju,
Dari seteru mula jadi sebulu!

Si isteri membela Tom dalam senyuman,
Pandai menangkap tikus bukan untuk dimakan,
Tapi ditangkapnya tikus untuk mendapat habuan,
Apa lagi kalau bukan makanan!

Tom kucing yang pandai,
Tapi pandainya hanya sesekali,
Kadang berak dalam baldi,
Tapi selalu 'menabur' di bawah sinki!
Selalu membuat si isteri terganggu emosi!!

Tapi secara total,
Fikiran si isteri masih rasional,
Haiwan punya otak tapi bukan akal,
Masalahnya kecil bukan kritikal.

Hadirnya si kucing sebagai ujian,
Ujian erti kesabaran,
Ujian dengan rezeki Tuhan,
Ujian kasih sayang insan dengan haiwan.

Mr Tom,
Saya akui,
Kamu memang nakal,
Suka mencabar emosi saya,
Bila awak kerap melabur bawah sinki,
Meskipun saya dah puas sental dengan sabun.

Tapi tak apalah,
Dalam sedegil-degil kamu,
Kamu juga peneman saya di rumah ketika si suami mencari nafkah,
Kamu juga yang menjadikan peha saya sebagai tilam kamu bila saya di hadapan laptop,
Kamu juga yang setia menanti saya di depan pintu bilik air ketika saya membersih diri,
Kamu juga yang menunggu saya di muka pintu dapur ketika saya memasak,
Kamu juga yang menolak pintu bilik ketika saya menyendiri di dalam bilik,
Kamu juga kucing jantan pertama yang pernah saya pelihara!

Ok la,
Cukup sudah saya  mencecey.
=)


Norsyazana Zulkifli
01:14AM
Segamat, Johor

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...