Tuesday, September 17, 2013

Kadang Kita Tak Nampak...


Alhamdulillah..
Ada lagi kesempatan untuk jemari ni menari mengarang isi hati.
Walau tidak semua diluahkan,
Namun secebis rasa yang terlahirkan ini mampu meninggalkan 'sesuatu' untuk difikirkan.

Kadang kita tak sedar,
Betapa banyak rezeki dan nikmat yang Allah dah bagi free-free kat kita,
Tapi kita masih menyombong padaNya,
Kan?

Ya Rabbi, jauhilah hamba ini dari sifat takbur kepadaMu

Kadang kita tak sedar,
Allah bagi melebihi apa kita mahukan,
Dan Allah beri tanpa berkira,
Tanpa pinta balasan.
Kadang kita tak nak pun sesuatu tu,
Tapi Allah bagi jugak sebab Dia tahu kita perlukannya.

Apabila sebut tentang rezeki,
Tak lari dari kotak fikiran kita tentang material,
Wang ringgit..
Kekayaan..
Kan?
Tidak!
Rezeki bukan terhenti sekadar yang itu sahaja.

Memiliki peneman hidup yang penyayang, setia, rajin membantu di dapur, sentiasa mendengar pendapat sang isteri,
Itu rezeki.
Dianugerahkankan ibu bapa yang pengasih & positif,
Itu rezeki,
Dikurniakan mertua yang amat memahami & 'sekepala',
Itu rezeki,

Dikelilingi insan-insan simbiosis mutualisma,
Juga rezeki.
Dijauhi dari golongan parasit & propa,
Juga rezeki
Masih dapat berkomunikasi dengan famili yang jauh di mata,
Juga rezeki.

Apabila tidak perlu lagi kerap ulang alik sejauh 32km untuk beli stok makanan dapur,
Apabila barang keperluan rumah dah boleh diperoleh beberapa langkah dari muka pintu,
Ia juga dipanggil rezeki,

Rezeki...
Pabila dikurniakan tubuh badan yang sihat,
Rezeki..
Pabila dapat mengabdikan diri kepadaNya tanpa menanggung kesakitan yang amat,
Rezeki,
Kerana masih ada perasaan takut untuk melanggar suruhan & perintahNya,
Rezeki,
Kerana masih dapat menghirup udara bersih dariNya hingga kini,
Rezeki,
Kerana masih diberi peluang untuk bernafas di buminya hingga detik ini.

Rezeki berbentuk harta,
Akan dikurniakan kepada semua makhluk Allah,
Samada dia seorang yang soleh mahupun seorang yang jahat.
Adapun rezeki berbentuk balasan kebaikan dan pahala,
Ia tidak akan dikurniakan oleh Allah melainkan untuk orang-orang yang dikasihinya sahaja.

Oleh itu,
Sebelum kita bersedih dilewatkan kurniaan rezeki,
Kita wajib terlebih dahulu mengetahui,
Apakah rezeki yang wajar ditangisi kelewatannya?
Dan apakah pula rezeki yang kelewatannya itu dikira sebagai suatu rezeki yang lain pula?

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...