Monday, May 13, 2013

Senduduk



Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Nama Saintifik: Melastoma malabatricum
Lokasi: Belakang rumah

[Resepi] Kek Coklat Kukus (Kali Pertama Di Rumah Sendiri)

 
Alhamdulillah
Kali pertama buat kek kukus di rumah sendiri
Dibantu oleh incek asben dengan hati yang riang,
Semua dia nak tolong,
Kita campurkan adunan, dia yang beria-ia nak kacau (bukan mengacau),
Seronok kalau buat sama-sama ni, takde la stress sangat kan..hiii
Lagi seronok bila tengok dia makan dengan berselera sekali..hihi


Mula-mula hajat nak cari loyang tuk kukus kek,
Konon nak guna pengukus yang ibu hadiahkan,
Duk cari punya cari,
Si suami suggest beli pengukus,
Eh, pengukus kat umah kan dah ada,
Dia kata takpe la,
Yang ibu bagi tu guna jugak,
Yang ni pun guna jugak,
So, dah orang pelawa kan,
Setuju je la.
Ekekeke

p/s: The best thing of my hubby: Dia suka beli barang dapur melebihi diri saya sendiri. Ngee

Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis

Bahan-bahan:
 

2 cawan tepung gandum 
2 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil baking soda 
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula 
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat 
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten) 
3 biji telur 
 beberapa titik esen vanila

Cara-cara: 
      Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus. 
      Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.   
      Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik. 
      Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan 

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Friday, May 10, 2013

Berakhir Sudah Suatu Pemilihan


Haha..
Tajuk kemain.

Alhamdulillah,
PRU 13 sudah melabuhkan tirainya,
dan Ana selesai menunaikan tangunggjawab sebagai seorang rakyat Malaysia.
Jauh balik ke kampung semata-mata untuk memangkah calon pilihan,
Suka atau kecewa dengan keputusan, terpaksa terima juga dengan hati terbuka.
Barangkali, perubahan yang diharap masih belum menjelma.
Andai ada kecurangan, akan Allah balas dengan setimpalnya kelak.

Kali pertama mengundi,
Pengalaman yang dasyat!
Haha.
Menunggu keputusan dengan hati yang berdebar,
Seakan menunggu result SPM pulak!

Sumber dari tukang kira undi sendiri,
Mengatakan anak muda dah berubah!
Terutama pengundi luar,
Berubah untuk membina negara yang lebih baik.
Dan Alhamdulillah,
Calon yang Ana undi, menang!

Ana taknak berulas panjang,
Sebab Ana ni bukannya penganalisis politik pun.
Hihi

Jadi,

Janganlah kita berbalah sesama sendiri,
Dan jangan pula kita semarakkan api perkauman yang tidak seharusnya wujud dalam masyarakat majmuk di negara kita ini,
Sama-samalah kita menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing,
Janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Janganlah kita menjadi masyarakat yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai rohani & agama,
Jangan hanya maju dalam pembangunan infrastruktur tetapi mundur dalam pembangunan sahsiah diri,
Dan semoga kebenaran itu akan tegak berdiri dan kebatilan itu akan roboh lenyap,
Suatu hari nanti,
InsyaAllah.. 



Kalah tak semestinya jatuh terlentang.....
Menang tak semestinya lompat bersorak... 
Langkah pertama baru sahaja bermula... 
Kesederhanaan dan kesaksamaan yang dicari.. 
Hidup masih perlu diteruskan... 
Biar apa yang diperjuangkan... 
Dipahat selamanya...

Saturday, May 04, 2013

DIA Tahu Apa Kita Tak Tahu


Sepi..
Kosong..
Sendiri..

Itulah aku kini,
Ditemani kucing dan kelinci disisi,
Ditemani papan kekunci yang tidak bisa bersuara,
Ditemani layar skrin yang memaparkan aneka ragam dunia.

Aku tahu,
Allah tak pernah menjanjikan pasangan yang berkahwin itu akan menimang cahaya mata.
Walaupun setiap pasangan berkahwin inginkan penyambung zuriat.
Aku tahu,
Allah tahu apa yang kita tak tahu,
Mungkin Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kita,
Dalam kita tidak sedar.

Perancangan Ya Aziz jauh lebih hebat dari kita yang kerdil ini,
Segala yang Allah tentukan itu ada hikmah yang terselindung,
Siapa kita, untuk pertikaikan?

Eh, dah setahun pun kosong lagi?
Makan pil perancang ke?
Tak nak mengandung nak jaga badan ehh?
Antara soalan yang kalau boleh mahu aku elakkan.

Walaupun kita berusaha sehabis baik,
Tetapi...
Allah telah menyatakan bahawa ia bukan rezeki kita,
Maka kita harus terima dengan redha.

Atau,
Mungkin kita belum benar-benar berusaha sesungguhnya,
Atau,
Mungkin saja amalan kita belum cukup,
Atau,
Mungkin kita tidak bertawakkal dan serahkan segalanya kepadaNya.

Maka,
Mungkin disebabkan itu rezeki kita masih tertahan.
Cepat atau lambat,
Itu semua dari Ar-Razzaq
Dia beri apa yang kita perlukan,
Dan bila tiba masanya,
Pasti Dia akan beri apa kita mahukan.
Dan harus diingat ada lagi kurniaan Allah yang lebih baik daripada itu,
Untuk manusia yang beriman dan yang sabar.
Maka,
Bersabarlah duhai hati.

Tapi yang membuatkan ku amat terkilan,
Media arus perdana tidak putus-putus memaparkan kisah pembuangan bayi,
Dan penderaan terhadap kanak-kanak,
Seperti trend yang dibanggakan.
Hari demi hari,
Kekejaman manusia bertali arus,
Tak pernah surut,
Malah makin bercambah dan terus tumbuh.

Hipotesisnya,
Semakin manusia menuju dunia tanpa sempadan,
Semakin manusia melanggar garis sempadan agama,
Semakin manusia mengejar kemajuan dunia,
Semakin manusia menjadi mundur dan keterbelakang.

Mundur mengawal emosi,
Mundur mengawal amarah,
Mundur menjadi manusia yang belas kasihan.
Dan hipotesis diterima. 

Alangkah rakus dan zalimnya manusia,
Sanggup membuang darah daging sendiri ke tempat-tempat yang kotor,
Jamban, longkang, tong sampah lumrahnya tempat yang jijik,
Dijadikan tempat beradunya si kecil yang tak berdosa,
Dibiarkan serangga meratah batang tubuh comel si manja,
Dibiarkan terik mentari membakar ubun-ubunnya,
Dibiarkan rintik hujan membasahi jasadnya,
Ada juga yang sanggup mencampak zuriatnya dari tempat yang tinggi,
Hingga berkecai seluruh anggota yang baru menjengah dunia.

Ahh..kejammya dunia!!
Kemana tercampaknya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri?
Tidak terdetikkah rasa bersalah dengan perbuatan sendiri?

Bayi kecil tidak berdosa diperlakukan seperti binatang tidak berperasaan.
Layakkah kau ini dipanggil binatang?
Sedangkan binatang sendiri tahu mencurahkan kasih kepada anak-anaknya.
Jadi, kau lebih hina dari binatang?
Layakkah kau dipanggil manusia?
Sedangkan dengan panggilan binatang pun tak layak untuk kau!

Marilah kita sama-sama,
Berpegang kepada tali Allah,
Jangan biarkan diri kita terus hanyut dibawa badai keseronokan dunia,

Ingatlah,
Anak-anak adalah aset terpenting kita di akhirat kelak,
Jika zuriat sendiri dibuang seperti sampah,
Siapa lagi yang akan mendoakan kita tatkala di barzakh nanti?

Norsyazana Zulkifli
04052013 - 1308hrs
Segamat, Johor

Bayu Malam


Angin malam,
Seakan mengerti perasaanku tika ini,
Mencium lembut pipiku.
Dingin...
Seperti dinginnya hati ini,
Dingin dengan sikap manusia yang egois dan prejudis.

Hatiku kian membeku,
Pelbagai perkara hanya kupendam di lubuk hati,
Khuatir akan melukakan,
Tapi..
Dunia seolah tak memahami.

Diam menjadi senjataku,
Akur dengan peraturan yang telah digariskan untukku,
Samada aku suka atau tidak,
Terpaksa aku turutkan dalam rela.

Tapi diamku bukan bermakna ku lemah,
Cuma hanya menanti sedikit percikan,
Yang akan membuatkan lava jiwaku menggelegak lalu melimpah keluar,
Lalu mungkin akan melukakan insan sekeliling.

Maaf kiranya ada yang terluka,
Maaf kiranya ku bukan yang terbaik,
Ku cuma insan terlalu biasa,
Yang hanya singgah di hentian rehat sebelum tiba di perhentian terakhir.
  
Norsyazana Zulkifli
03052013-2313hrs
Segamat, Johor

Friday, May 03, 2013

Dari Mata Burung

Terpulang kepada kita,
Mahu melihat dari kacamata sang burung,
Memerhati dan terus memerhati dari segenap penjuru,
Dari sudut pandang yang berbeza,
Menilai dari segala aspek yang lebih kompleks,
Memandang dari konteks yang lebih luas terbuka.

Atau,

Hanya mahu menjadi sang pemerhati dari bawah tempurung?
Hanya menatap tempurung dan diri sendiri,
Itupun sekiranya cahaya menembusi ruang tempurung.
Jika tidak?
Terus bergelap dan gelitalah di dalam sana.

Jadi,
Sebagai khalifah Allah di alam fana,
Berbekalkan nikmat iman dan akal yang diberi percuma,
Gunakanlah sesempurnanya.


Norsyazana Zulkifli
03052013 - 1455hrs
Segamat, Johor

Wednesday, May 01, 2013

Ku Punya Seekor Kucing

Ya..
Seekor kucing ku punya,
Yang entah mana asalnya,
Entah siapa tuannya,
Di laman rumah berkeliaran ntah kemana halanya.

Sang suami pula obseskan kucing,
Dibawa ke rumah si kucing bermulut bising,
Setelah seminggu rumah ini dia memusing-musing,
Ketahu pula tuan si kucing.

Hati si suami tidak keruan,
Disangka liar rupanya bertuan,
Tanpa rela terpaksa dilepaskan.

Si isteri riang tidak terkira,
Bukan kerana tidak suka,
Bukan pula kerana Ailurophobia,
Cuma bulu si kucing membuatkan si isteri pedih mata.
 
Si suami sugul bermuram durja,
Baru ingin dijadi teman bermanja.

Tidak lama selepas itu,
Eh, muncul pula dia mengetuk pintu.

Bukan niat hendak menculik,
Tapi serasinya si kucing bertukar milik,
Maaf dipinta wahai si pemilik,
Harap-harap jangan diculik balik.

Si suami mula runsing,
Mahu dipanggil apa pada sang kucing?

Takkan cuma meow-meow,
Atau takkan dipanggil grung-grung?

Terpahat sudah nama yang satu,
Dipanggil Mr Tom seolah sejutu,
Si isteri yang alah juga terpaksa setuju,
Agar dengan suami tidak seteru.

Menetaplah Tom di rumah yang baru,
Makan nasi bergaul ikan rebus pun dia lalu,
Si isteri pula dah mula setuju,
Dari seteru mula jadi sebulu!

Si isteri membela Tom dalam senyuman,
Pandai menangkap tikus bukan untuk dimakan,
Tapi ditangkapnya tikus untuk mendapat habuan,
Apa lagi kalau bukan makanan!

Tom kucing yang pandai,
Tapi pandainya hanya sesekali,
Kadang berak dalam baldi,
Tapi selalu 'menabur' di bawah sinki!
Selalu membuat si isteri terganggu emosi!!

Tapi secara total,
Fikiran si isteri masih rasional,
Haiwan punya otak tapi bukan akal,
Masalahnya kecil bukan kritikal.

Hadirnya si kucing sebagai ujian,
Ujian erti kesabaran,
Ujian dengan rezeki Tuhan,
Ujian kasih sayang insan dengan haiwan.

Mr Tom,
Saya akui,
Kamu memang nakal,
Suka mencabar emosi saya,
Bila awak kerap melabur bawah sinki,
Meskipun saya dah puas sental dengan sabun.

Tapi tak apalah,
Dalam sedegil-degil kamu,
Kamu juga peneman saya di rumah ketika si suami mencari nafkah,
Kamu juga yang menjadikan peha saya sebagai tilam kamu bila saya di hadapan laptop,
Kamu juga yang setia menanti saya di depan pintu bilik air ketika saya membersih diri,
Kamu juga yang menunggu saya di muka pintu dapur ketika saya memasak,
Kamu juga yang menolak pintu bilik ketika saya menyendiri di dalam bilik,
Kamu juga kucing jantan pertama yang pernah saya pelihara!

Ok la,
Cukup sudah saya  mencecey.
=)


Norsyazana Zulkifli
01:14AM
Segamat, Johor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...