Wednesday, October 02, 2013

[DIY] Gubahan Bunga (Dari Barang Terpakai)

Ibu penah pesan lebih kurang macam ni:
"Jadi isteri ni kena kreatif. Kalau nak sesuatu benda, sebolehnya buatlah sendiri. Jangan nak benda tu, nak beli benda tu jugak. Hasilkan dari benda lain yang kita ada untuk jadi benda yang kita nak. Baru la best."
Macam tu la lebih kurang pesan ibu.
So, daripada membazir biarkan bunga-bunga hantaran hari tu berhabuk & bersawang,
Maka terhasillah keras tangan ni...
Simple jer,
Tak menarik macam beli kat kedai,
Tapi ok la..free je.
Tak keluar sesen pun.
Semuanya guna barang yang dah ada kat rumah

 

Bunga dinding yang atas tu, tapak dia pakai polistrin hantaran tunang yang Ana bagi ke pihak lelaki. Haha. Amek balik. Kira buruk siku ke tak erk? Daripada biarkan je labah-labah buat rumah, baik guna kan? hihi.
Bunga-bunga black-grey tu pulak, bunga dekat hantaran kahwin, yang Ana bagi kat pihak lelaki gak. Yang kaler pink tu, bunga kat hantaran lelaki kepada pihak perempuan. Hihi.

Bunga dinding yang kat bawah tu pulak, yang bentuk love tu, guna polistrin hantaran kahwin. Ana potong bentuk heart. Pastu cucuk-cucuk dengan bunga-bunga yang pakai kat mini pelamin time tunang. Yang sebelah dia tu pulak, bunga dari rumah Ibu, Ibu dah tak pakai. So, Ana rembat, redecoration. Tapak dia pakai polisterin hantaran kahwin. Kih3

 

Yang gambar kiri, Ana tak buat pun. Cuma hias kat dinding. Bunga tu Ana dapat masa sepupu Ana kahwin. Hihi. Gambar kanan, yang bunga pomander tu pun Ana dapat dari weddding sepupu Ana. Yang bunga biru-putih tu, lebihan bunga telur masa Walimah Ana tempoh hari. Ana hiaskan kat meja tepi katil kat bilik.

 

Ini Ibu yang deko. Asalnya cantik Ibu deko, pastu Ana pomen2, jadi dah tak berapa nak cantik. Rompong sana sini. Hik3. Gambar kiri, bunga dari hantaran kahwin pihak lelaki + bunga mini pelamin tunang. Bakul tu, bakul hantaran kahwin. Gambar kanan, bunga dari hantaran pihak lelaki, bakul tu bakul pertama hadiah dari Mr Zauj, yang asalnya penuh coklat. Pandai gak Mr Zauj menggubah, tak caya? Tengok sini & sini. Hik2

Sampai sini je la kot Ana mencecey arini,
Nanti-nanti,
Ana kongsi bende lain yang Ana DIY lagi.
Best DIY ni, kita rasa puas hati tengok hasil kerja tangan sendiri,
Walaupun tak seberapa. 
Hik2

[Resepi] Cek Mek Molek & Keledek Ball (Keledek Time)

Sebenarnya,
Dah lama habis keledek ni,
Baru berkesempatan nak update

Rasanya,
Since nikah & pindah sini,
Belum penah makan keledek lagi,
Ni pertama kali, kot!
my MIL yang bagi.

Mula-mula,
Buat Kuih Cek Mek Molek
selang sehari pastu buat Keledek Ball pulak.

Alhamdulillah,
Mr Zauj suka,
Banyak dia makan..:-)


Cek Mek Molek 
Resepi Oleh : My Ibu

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 5 biji ubi keledek 
  • 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu 
Inti : Gula secukupnya 

Cara-cara:
  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. 
  2. Tumbuk/lenyek hingga betul-betul lumat (Masa tengah panas-panas) dan dicampurkan dengan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. 
  3. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bebola.
  4. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan, kalau melekat taburkan sedikit tepung gandum ditangan, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. 
  5. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas. 


Bebola Keledek ala Keria

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 cawan ubi keledek; kupas, rebus & lenyekkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • Tepung secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam
  • Gula (untuk sira)
Cara-cara
  1. Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit.
  3. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  4. Buat bulat-bulat kecil.
  5. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Cara untuk Sira Gula :- 
  1. Masuk sukatan air dan gula 
  2. Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. 
  3. Air gula itu akan berbuih² putih. 
  4. Masukkan bebola keledek yang siap di goreng. 
  5. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), 
  6. Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.

Wednesday, September 18, 2013

[DIY] Paper Fan Rossete

Ini antara paper craft terawal yang Ana buat.
Bende senang kan,
Tapi hasilnya awesome
Nak nak kalo orang tu pandai susun atur based on color & size, memang cun lah!
Ana ni tahap amatur lagi, tak nampak macam adult, gaya budak tadika ada la. terlalu banyak main dengan color. Hihi

[DIY] 3D Origami Art

Tak tahu la dari mana timbul passion nak buat benda alah ni.
Disokong pulak oleh  Mr Zauj, tu yang berkobar-kobar nak buat tu.
Anyone nak tempah, PM my pesbuk k? HAHAHA *berangan*

Belajar buat dari internet je,
Dah lama timbul keinginan nak buat, semenjak tengok model swan kat rumah arwah To'ki,
Tapi tengok macam complicated je, abaikan la.

Sejak kebelakangan ni, rasa pulak nak buat lepas tengok model-model yang awesome kat internet,
Belajar nak buat triangle pieces kat sini , dan banyak tengok contoh-contoh model kat Google Image & Youtube.
My 1st 3D Origami model | Peacock.
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Haha. Tapi sangat tak ada rupa merak kan? Saja je taknak buat macam kejadian semulajadi. Dan memang tak reti nak buat macam real peacock pun. Hik3

My 2nd 3D Origami Model | Basket.
1 A4 paper = 16 pieces of triangles

Bakul ni Mr Zauj buat. Ana tolong alter je siket. Besar. Sebab guna triangle saiz besar. Agak rugi siket la, sebab 1 kertas A4 boleh dapat 16 keping triangles je.

My 3rd 3D Origami Model | Basket.
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Ni bakul ala-ala bakul hantaran yang takde tangkai tu. Tak tau la orang panggil apa. Hihi. Yang ni agak complicated sebab tapak dia tertutup, kalau tapak berongga tu, agak senang jugak la. Tapi Ana dah ceraikan bende ni dah, sebab rasa macam tak lawa & dia tak melengkung macam bakul, dah jadi leper macam pinggan. Hik3

My 4th 3D Origami Model | Rainbow Vase.
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Pasu ni Mr Zauj yang buat pada mulanya, bila dah sampai tahap leher pasu tu, dia dah surrender. Ana pun blur macam mana nak buat leher pasu tu. Godek punya godek, dapat lah macam tu, walaupun tak 'sejinjang' pasu biasa. hek2. Bahagian mulut pasu tu pun bantai jugak. Tapi tipulah kalau Ana cakap tak tengok tutorial kan? Tengok tu tengok tapi tak la copy paste bulat-bulat. HikHikz. Suka tengok final result. Dalam pasu tu spinning macam pelangi. I like..hihi

My 5th & 6th 3D Origami model | Flower Vase
1 A4 paper = 32 pieces of triangles

Ni lah hasilnya Ana remake bakul yang jadi pinggan kat atas tu. Nampak macam sama, tapi lain sikit. Ana boleh dapatkan 2 biji vase dari 'penceraian' bakul tu. Hihi.

So,
Ini je la yang Ana buat setakat ni.
Mungkin kalau rajin, ada la Ana buat lagi.
Tu pun kalau rajin la..
Adeh!

Tuesday, September 17, 2013

Kadang Kita Tak Nampak...


Alhamdulillah..
Ada lagi kesempatan untuk jemari ni menari mengarang isi hati.
Walau tidak semua diluahkan,
Namun secebis rasa yang terlahirkan ini mampu meninggalkan 'sesuatu' untuk difikirkan.

Kadang kita tak sedar,
Betapa banyak rezeki dan nikmat yang Allah dah bagi free-free kat kita,
Tapi kita masih menyombong padaNya,
Kan?

Ya Rabbi, jauhilah hamba ini dari sifat takbur kepadaMu

Kadang kita tak sedar,
Allah bagi melebihi apa kita mahukan,
Dan Allah beri tanpa berkira,
Tanpa pinta balasan.
Kadang kita tak nak pun sesuatu tu,
Tapi Allah bagi jugak sebab Dia tahu kita perlukannya.

Apabila sebut tentang rezeki,
Tak lari dari kotak fikiran kita tentang material,
Wang ringgit..
Kekayaan..
Kan?
Tidak!
Rezeki bukan terhenti sekadar yang itu sahaja.

Memiliki peneman hidup yang penyayang, setia, rajin membantu di dapur, sentiasa mendengar pendapat sang isteri,
Itu rezeki.
Dianugerahkankan ibu bapa yang pengasih & positif,
Itu rezeki,
Dikurniakan mertua yang amat memahami & 'sekepala',
Itu rezeki,

Dikelilingi insan-insan simbiosis mutualisma,
Juga rezeki.
Dijauhi dari golongan parasit & propa,
Juga rezeki
Masih dapat berkomunikasi dengan famili yang jauh di mata,
Juga rezeki.

Apabila tidak perlu lagi kerap ulang alik sejauh 32km untuk beli stok makanan dapur,
Apabila barang keperluan rumah dah boleh diperoleh beberapa langkah dari muka pintu,
Ia juga dipanggil rezeki,

Rezeki...
Pabila dikurniakan tubuh badan yang sihat,
Rezeki..
Pabila dapat mengabdikan diri kepadaNya tanpa menanggung kesakitan yang amat,
Rezeki,
Kerana masih ada perasaan takut untuk melanggar suruhan & perintahNya,
Rezeki,
Kerana masih dapat menghirup udara bersih dariNya hingga kini,
Rezeki,
Kerana masih diberi peluang untuk bernafas di buminya hingga detik ini.

Rezeki berbentuk harta,
Akan dikurniakan kepada semua makhluk Allah,
Samada dia seorang yang soleh mahupun seorang yang jahat.
Adapun rezeki berbentuk balasan kebaikan dan pahala,
Ia tidak akan dikurniakan oleh Allah melainkan untuk orang-orang yang dikasihinya sahaja.

Oleh itu,
Sebelum kita bersedih dilewatkan kurniaan rezeki,
Kita wajib terlebih dahulu mengetahui,
Apakah rezeki yang wajar ditangisi kelewatannya?
Dan apakah pula rezeki yang kelewatannya itu dikira sebagai suatu rezeki yang lain pula?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...