Wednesday, October 02, 2013

[Resepi] Cek Mek Molek & Keledek Ball (Keledek Time)

Sebenarnya,
Dah lama habis keledek ni,
Baru berkesempatan nak update

Rasanya,
Since nikah & pindah sini,
Belum penah makan keledek lagi,
Ni pertama kali, kot!
my MIL yang bagi.

Mula-mula,
Buat Kuih Cek Mek Molek
selang sehari pastu buat Keledek Ball pulak.

Alhamdulillah,
Mr Zauj suka,
Banyak dia makan..:-)


Cek Mek Molek 
Resepi Oleh : My Ibu

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 5 biji ubi keledek 
  • 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu 
Inti : Gula secukupnya 

Cara-cara:
  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. 
  2. Tumbuk/lenyek hingga betul-betul lumat (Masa tengah panas-panas) dan dicampurkan dengan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. 
  3. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bebola.
  4. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan, kalau melekat taburkan sedikit tepung gandum ditangan, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. 
  5. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas. 


Bebola Keledek ala Keria

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 cawan ubi keledek; kupas, rebus & lenyekkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • Tepung secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam
  • Gula (untuk sira)
Cara-cara
  1. Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit.
  3. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  4. Buat bulat-bulat kecil.
  5. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Cara untuk Sira Gula :- 
  1. Masuk sukatan air dan gula 
  2. Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. 
  3. Air gula itu akan berbuih² putih. 
  4. Masukkan bebola keledek yang siap di goreng. 
  5. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), 
  6. Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...