Sunday, October 06, 2013

[Resepi] Donut Gebu

Selamat pagi!
Dah sarapan belum ni?
Sarapan donut pagi-pagi ni pun best gak kan?


Cubaan pertama buat donut.
Tak berapa menjadi sangat,
Saiz tak sama,
Ana ni bab mencanai memang failed siket.
Ada yang tinggi, ada yang rendah.
So, donut tu pun ada yang gemok, ada yang kuruih..
Nak share ngan neighbours pun rasa malu.
Ditambah pulak tak pakai acuan,
Terap pakai gelas je.
Lubang dia terap pakai penutup air mineral,
Haa..memang tak center la lubang dia kan.
Belah kiri besar, kanan pulak kecik.
Kikiki

Tanya Mr Zauj, sama ada dia pandai mencanai ke tak?
Boleh pulak dia jawab,
"Kalau mencanai besi kat workshop tu, Bam tau la"
Wat lawak petang pulak dia tu kan..hihi

So, tangan Ana yang tak berapa nak lembut ni la mencanai.
Dah siap canai, mana yang dah kembang tu,
Mr Zauj pelawakan diri nak gorengkan.
Tak sabar dia nak makan,
Coz one of his favorite kuih is donut.
Ada pulak baki2 terakhir yang dah tak muat nak terap tu, dia  ngap.
Yang mentah-mentah tu.
Sambil mulut mengomel, "dap nyeee"
Aiyaa..

Donut Gebu
Resepi Oleh: HaSue @ MyR

Bahan-bahan:
  • 500g tepung gandum
  • 1 Peket Mauripan-11gram
  • 50g marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) shortening
  • 2 Sudu makan (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu makan susu tepung
  • 1 biji telur
  •  ½ sudu teh garam
  •  Gula Halus atau topping kegemaran
  • 190ml-200ml air suam

Cara-cara:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
  3. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  4. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. (sisa-sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
  5. Doh dah siap. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tambah sedikit-sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
  6. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.
  7. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan.
  8. Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  9. Setelah minyak agak panas(jangan terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)
  10. Perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
  11. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda
 
Banyak ni je yang Ana buat topping coklat ala Big Apple gitu, walaupun rasa dia tak la sama kan.
Tapi feeling tu kena ada walaupun sememeh yang amat. =P
Masa dah siap topping ni, terbuntang mata Mr Zauj, siap bodek nak makan terus.
 
 
Ni Ana goreng separuh masak. Tuk frozen.  Jelas ketara ketidakkemasannya kan? kih3

Suruh Mr Zauj komen,dia jawab,
"Ermm..lembutlah Sayang. Bam suka! Boleh buat meniaga ni"

Tak tau la ikhlas tak tu..=P



Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...