Wednesday, October 30, 2013

Saeng-il Chukahamnida!

Oktober bakal melabuhkan tirainya..
November akan segera menyapa..
Lalu, Disember akan terus menyusul...

Eh..macam sekejap je dah penghujung bulan Oktober kan,
Macam baru je lalui Januari 2013

Harini,
30 Oktober 2013
Hari ulangtahun kelahiran my dear husband yang ke 24,

Takde hadiah nak bagi,
Cuma rantaian doa yang mampu ku kirimkan,
Ya Allah,
Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah.
Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, berkat dan direstuiMu 
Jauhkanlah dia dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga. 
Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan ,pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.
Jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.
Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.
Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.
Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.
Berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.
Sinari dirinya dengan cahayaMu dalam hatinya, telinganya, matanya, kiri kanannya, mukanya, belakangnya, atas dan bawahnya, urat sarafnya, dan pada darahnya, serta dagingnya, rambutnya dan lidahnya, kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu.
Ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman-temannya dan muslimin muslimat kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.
Jadikan dia juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan dengannya. 
Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.
Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Kek pun isterimu tak buat,
Teruk kan?
Haha,
Cuma yang ada,


Apam Karamel ni je,
Untuk kita makan petang,
Hope Abi suka
^_^

Monday, October 07, 2013

[Resepi] Puding Roti Agar-Agar / Chocolate Marble Bread Pudding

Ni pun dah lama punya cerita,
Baru nak up, Hihi.
Mr Zauj suka sangat makan agar-agar,
Kebetulan ada stok agar-agar strip, lama beli tak pakai, buat je la.
Buat untuk tea-time memang sesuai sangat,
Nak-nak bila cuaca panas, sejuk je tekak.


Puding Roti Agar-Agar
Resepi Oleh: LindaRahim

Bahan-bahan: 
  • 4 keping roti 
  • 2 biji telur 
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1 tin susu cair 
  • 3 cawan air 
  • 10 gm serbuk agar-agar 
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 3 sudu besar milo 
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara: 
  1. Kisar roti bersama telur, susu pekat dan susu cair. Ketepikan 
  2. Di dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula. 
  3. Masak di atas api sederhana sehingga semua gula larut. 
  4. Tuangkan pula bahan kisar ke dalam adunan agar-agar. Teruskan mengacau sehingga adunan agak pekat.
  5. Masukkan mentega dan gaul rata. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api. 
  6. Asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan milo. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang, kemudian tuang pula adunan milo. 
  7. Buatkan berbelang-belang supaya nampak seperti marble. 
  8. Sejukkan.

Sunday, October 06, 2013

[Resepi] Donut Gebu

Selamat pagi!
Dah sarapan belum ni?
Sarapan donut pagi-pagi ni pun best gak kan?


Cubaan pertama buat donut.
Tak berapa menjadi sangat,
Saiz tak sama,
Ana ni bab mencanai memang failed siket.
Ada yang tinggi, ada yang rendah.
So, donut tu pun ada yang gemok, ada yang kuruih..
Nak share ngan neighbours pun rasa malu.
Ditambah pulak tak pakai acuan,
Terap pakai gelas je.
Lubang dia terap pakai penutup air mineral,
Haa..memang tak center la lubang dia kan.
Belah kiri besar, kanan pulak kecik.
Kikiki

Tanya Mr Zauj, sama ada dia pandai mencanai ke tak?
Boleh pulak dia jawab,
"Kalau mencanai besi kat workshop tu, Bam tau la"
Wat lawak petang pulak dia tu kan..hihi

So, tangan Ana yang tak berapa nak lembut ni la mencanai.
Dah siap canai, mana yang dah kembang tu,
Mr Zauj pelawakan diri nak gorengkan.
Tak sabar dia nak makan,
Coz one of his favorite kuih is donut.
Ada pulak baki2 terakhir yang dah tak muat nak terap tu, dia  ngap.
Yang mentah-mentah tu.
Sambil mulut mengomel, "dap nyeee"
Aiyaa..

Donut Gebu
Resepi Oleh: HaSue @ MyR

Bahan-bahan:
  • 500g tepung gandum
  • 1 Peket Mauripan-11gram
  • 50g marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) shortening
  • 2 Sudu makan (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu makan susu tepung
  • 1 biji telur
  •  ½ sudu teh garam
  •  Gula Halus atau topping kegemaran
  • 190ml-200ml air suam

Cara-cara:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
  3. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  4. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. (sisa-sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
  5. Doh dah siap. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tambah sedikit-sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
  6. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.
  7. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan.
  8. Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  9. Setelah minyak agak panas(jangan terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)
  10. Perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
  11. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda
 
Banyak ni je yang Ana buat topping coklat ala Big Apple gitu, walaupun rasa dia tak la sama kan.
Tapi feeling tu kena ada walaupun sememeh yang amat. =P
Masa dah siap topping ni, terbuntang mata Mr Zauj, siap bodek nak makan terus.
 
 
Ni Ana goreng separuh masak. Tuk frozen.  Jelas ketara ketidakkemasannya kan? kih3

Suruh Mr Zauj komen,dia jawab,
"Ermm..lembutlah Sayang. Bam suka! Boleh buat meniaga ni"

Tak tau la ikhlas tak tu..=P



Thursday, October 03, 2013

[Resepi] Roti Jala Kari Sardin

Actually,
Dah buat roti jala ni few weeks ago,
Baru la nak update,
Nak update resepi je pun,
Tuk kegunaan akan datang,
Resepi ni kawan Ibu yang ajar.

Ada kisah disebalik terbuatnya roti jala ni.
Hihi. Nak dijadikan cerita;
[Pagi] 
Ana: Bam, Sayang mimpi makan roti jala pagi tadi. Ape maksud dia erk? 
Mr Zauj: Sayang teringin nak makan kot. 

[Petang] 
Ana: Sayang mimpi makan roti jala lagi la mase tidur tadi. Bam caye tak? (padahal tak mimpi pun sebenarnya.) 
Mr Zauj: Caye je. Susah tak bahan buat roti jala Yang? 
Ana: Tak pun. Tepung, telur, minyak, air, kunyit. Pastu garam. Tu je rasenye. 
Mr Zauj: Kalau macam tu, pas Maghrib nanti kita buat nak? Biar Bam tolong. Tapi nak cicah apa ek? 
Ana: Nak...nak.. Buat kari sardin je, ok x? 
Mr Zauj: Ok. Boleh-boleh. Nanti kite buat sama-sama ek? 
Ana: Yeah...;) 
(Nampak tak permainan physiology di situ? Haha)
Ini kali kedua kami buat roti jala after married.
Ana membancuh, Mr Zauj menjala, Ana menggulung. hehe.
Apa yang penting?
KERJASAMA! Hihi

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • Sedikit kunyit
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air
Cara-cara:
  1. Blendkan semua bahan-bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. 
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dengan sedikit minyak pada kuali. 
  3. Menggunakan acuan roti jala, ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala . Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada minyak dalam adunan.
  4. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan, mesti sentiasa dikacau-kacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
Resepi Kari Sardin Simple

Bahan-bahan:
  • 1 tin ikan sardin - toskan sosnya
  • 5 biji cili padi hijau
  • Garam secukup rasa 
Bahan-bahan kisar: 
  • 4 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 sudu besar rempah kari ikan 

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan ikan sardin dan kacaukan perlahan-lahan supaya ikan tidak pecah/terburai 
  3. Akhir sekali masukkan cili padi & garam secukup rasa.
  4. Kacaukan rata. Padamkan api dan sedia dihidangkan.
Simple giler kan resepi dia. Ingatkan nak letak kentang & tomato kat kari sardin tu, tapi da abeh stok pulak, bantai je la apa yang ada. Hihi

[DIY] Personalized Wall Clock


Berderet pulak entry DIY ni kan?
Actually, dah lama bersimpan dalam draft,
Tapi entah kenapa, tak terpublish2 jugak,
Macam busy sangat je kan?

Baru-baru ni,
Ana cuba DIY lagi,
Kali ni Ana buat jam dinding,
Kebetulan ada jam meja yang dah pecah,
Pastu bersimpan je dalam almari,
Padahal jam tu berfungsi lagi.
Ana pun apa lagi,
Buat la projek. Hihi

Ana bukak skru jam tu suma,
Amek kit yang kat belakang jam tu,
Ala, yang orang letak bateri tu...
Mende alah tu, mana reti nak buat sendiri. HAHA

Bermulalah projek..

Firstly,
Buat jarum jam dulu,
Agak rumit jugak la buat jarum ni,
Kalau nak pakai jarum asal, memang tak la kan!
Sebab jarum jam meja, cenonet je,
Nak transform jadi jam dinding, takkan nak kekalkan jarum asal,
Tak nampak la kan.

Mula2, pakai kertas keras, kotak Koko Crunch,
Mula2 jadi, pastu melengkung pulak.
Berlaga antara jarum jam & jarum minit.
Ok. REJECTED.

Pastu, guna bekas plastik pulak.
Yang bekas microwave tu,
Haiya.
Tak jadi jugak,
Plastik tu still melengkung.
REJECTED & patah hati.
Sob3

Guna pulak tin aluminium,
Bekas air gas tu,
Masih tak berjaya,
Selepas diketuk-ketuk tinnya supaya lurus,
Tetap nak melengkung.
REJECTED & masih patah hati.

One day,
Mr Zauj bawak balik bekas chewing gum,
Tanya dia, "ni nak buat apa?"
Pastu dia jawab, "kan Sayang nak buat jarum jam, pakai ni boleh kot",
Yes..suamiku genius. Haha.
Ana potong, pastu tampal dengan kertas warna (nak bagi menyerlah sikit) dan Mr Zauj tolong tebukkan ikut saiz jarum jam & jarum minit.
Alhamdulillah, ACCEPTED!
Dan ini hasil jarum jam nya.
Tanya kat Mr Zauj,
"Bam nak jadi jarum jam ke, jarum minit?"
Dia laju-laju jawab,
"Jarum minit, sebab Bam nak sentiasa kejar Ayang"
Suwit la pulak dia tu. Kih3

Kepala karikatur tu, amek kat kad kahwin yang lebih-lebih tu,
Nak bagi kukuh sikit, tampal atas plastik microwave tu. hihi

Kemudian, cuma hias sikit-sikit,
Tapak jam tu Ana pakai polistrin hantaran tunang haritu,
Nombor 12-3-6-9 tu beli kat kedai RM2, soft foam puzzle ada abjad A-Z & 0-9
Bunga carnation, pakai crepe paper, dah lama beli, tapi tak pakai-pakai.
Bunga kelabu tu, bunga hantaran kahwin untuk pihak lelaki,
Rama-rama tu dari hantaran tunang untuk pihak lelaki,
Paperfan tu, buat sendiri pakai kertas warna.
Print sendiri gambar Kaabah & Masjidil Haram, (one fine day, we will reach there, InsyaAllah)

Inilah hasilnya.
Hihi. Tak la cantik tapi memuaskan (kot).

Jam dinding yang asalnya di situ, Ana bubuh kat dapur.
Lagipun dah retak menanti belah.
Dan Ana pun personalized jam tu,
Untuk menampakkan lagi jam tu duduk kat dapur,
Ana lekatkan sudu & garfu kat situ,
Untung takde sudip, senduk, pisau kecik, kalau tak, Ana lekatkan jugak kot.
Hihihi


Sudu dan garfu tu MIL bagi (actually, Ana mintak). HAHA
Coz MIL dah tak pakai,
Bila basuh & rendam Clorox, masih ada beberapa batang yang tak hilang karatnya,
Nak guna, takut terkena tetanus pulak kang, naya!
Jadi, daripada dibuang, Ana customized la. Hihi
Tulisan DZ KITCHEN tu pakai soft foam puzzle lebih yang jam satu lagi tu. Untung takde repeated alphabet, kalau tak, tak buat kot tulisan tu, coz Ana beli 1 set je. Hihi
DZ means DinZana..=D
Supposedly kena ada 's (DZ's) kan?
Ala, skali sekala tak ikut grammar, aci la erk?

Ok, sampai sini je kot Ana mencecey,
Nanti 'jumpa' lagi.

Wednesday, October 02, 2013

[DIY] Gubahan Bunga (Dari Barang Terpakai)

Ibu penah pesan lebih kurang macam ni:
"Jadi isteri ni kena kreatif. Kalau nak sesuatu benda, sebolehnya buatlah sendiri. Jangan nak benda tu, nak beli benda tu jugak. Hasilkan dari benda lain yang kita ada untuk jadi benda yang kita nak. Baru la best."
Macam tu la lebih kurang pesan ibu.
So, daripada membazir biarkan bunga-bunga hantaran hari tu berhabuk & bersawang,
Maka terhasillah keras tangan ni...
Simple jer,
Tak menarik macam beli kat kedai,
Tapi ok la..free je.
Tak keluar sesen pun.
Semuanya guna barang yang dah ada kat rumah

 

Bunga dinding yang atas tu, tapak dia pakai polistrin hantaran tunang yang Ana bagi ke pihak lelaki. Haha. Amek balik. Kira buruk siku ke tak erk? Daripada biarkan je labah-labah buat rumah, baik guna kan? hihi.
Bunga-bunga black-grey tu pulak, bunga dekat hantaran kahwin, yang Ana bagi kat pihak lelaki gak. Yang kaler pink tu, bunga kat hantaran lelaki kepada pihak perempuan. Hihi.

Bunga dinding yang kat bawah tu pulak, yang bentuk love tu, guna polistrin hantaran kahwin. Ana potong bentuk heart. Pastu cucuk-cucuk dengan bunga-bunga yang pakai kat mini pelamin time tunang. Yang sebelah dia tu pulak, bunga dari rumah Ibu, Ibu dah tak pakai. So, Ana rembat, redecoration. Tapak dia pakai polisterin hantaran kahwin. Kih3

 

Yang gambar kiri, Ana tak buat pun. Cuma hias kat dinding. Bunga tu Ana dapat masa sepupu Ana kahwin. Hihi. Gambar kanan, yang bunga pomander tu pun Ana dapat dari weddding sepupu Ana. Yang bunga biru-putih tu, lebihan bunga telur masa Walimah Ana tempoh hari. Ana hiaskan kat meja tepi katil kat bilik.

 

Ini Ibu yang deko. Asalnya cantik Ibu deko, pastu Ana pomen2, jadi dah tak berapa nak cantik. Rompong sana sini. Hik3. Gambar kiri, bunga dari hantaran kahwin pihak lelaki + bunga mini pelamin tunang. Bakul tu, bakul hantaran kahwin. Gambar kanan, bunga dari hantaran pihak lelaki, bakul tu bakul pertama hadiah dari Mr Zauj, yang asalnya penuh coklat. Pandai gak Mr Zauj menggubah, tak caya? Tengok sini & sini. Hik2

Sampai sini je la kot Ana mencecey arini,
Nanti-nanti,
Ana kongsi bende lain yang Ana DIY lagi.
Best DIY ni, kita rasa puas hati tengok hasil kerja tangan sendiri,
Walaupun tak seberapa. 
Hik2

[Resepi] Cek Mek Molek & Keledek Ball (Keledek Time)

Sebenarnya,
Dah lama habis keledek ni,
Baru berkesempatan nak update

Rasanya,
Since nikah & pindah sini,
Belum penah makan keledek lagi,
Ni pertama kali, kot!
my MIL yang bagi.

Mula-mula,
Buat Kuih Cek Mek Molek
selang sehari pastu buat Keledek Ball pulak.

Alhamdulillah,
Mr Zauj suka,
Banyak dia makan..:-)


Cek Mek Molek 
Resepi Oleh : My Ibu

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 5 biji ubi keledek 
  • 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu 
Inti : Gula secukupnya 

Cara-cara:
  1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. 
  2. Tumbuk/lenyek hingga betul-betul lumat (Masa tengah panas-panas) dan dicampurkan dengan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. 
  3. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bebola.
  4. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan, kalau melekat taburkan sedikit tepung gandum ditangan, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. 
  5. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas. 


Bebola Keledek ala Keria

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 cawan ubi keledek; kupas, rebus & lenyekkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • Tepung secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam
  • Gula (untuk sira)
Cara-cara
  1. Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Tambah tepung sedikit demi sedikit.
  3. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  4. Buat bulat-bulat kecil.
  5. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Cara untuk Sira Gula :- 
  1. Masuk sukatan air dan gula 
  2. Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. 
  3. Air gula itu akan berbuih² putih. 
  4. Masukkan bebola keledek yang siap di goreng. 
  5. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), 
  6. Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...