Dalam kesedihannya itu, dia cuba berhibur dan mencari CD kegemarannya di kedai.
Tiba-tiba, tanpa disangka-sangka dia jatuh cinta pada pandang pertama pada gadis penjual CD.
Tapi dia tak pernah meluahkan cintanya kepada gadis tersebut.
Setiap hari, dia akan pergi beli CD di kedai gadis tersebut semata-mata untuk menatap wajah ayu gadis tersebut dan melepaskan kerinduan di jiwa.
Dia langsung tidak membuka bungkusan CD tersebut apatah lagi memainkannya.
Niatnya pergi ke kedai tersebut hanya mahu melihat gadis pujaannya.
Selepas dua bulan berlalu, Nabil pergi buat selamanya.
Hari demi hari, si gadis menantikan kehadiran Nabil, tapi tiada.
Dan kemudian, dia teringat akan alamat yang Nabil bagi kepadanya tempoh hari.
Si gadis pergi mencari Nabil dan ibu Nabil memberitahu bahawa anaknya sudah pun meninggal dunia, akibat kanser otak.
Lalu, dengan linangan air mata, si gadis meminta izin tuk melihat bilik Nabil tuk kali terakhir.
Ibu Nabil mengizinkan.
Dan......si gadis ternampak kesemua CD yang dibeli oleh Nabil, langsung tidak dibukanya. Si gadis sebak, lalu berjurailah air matanya..
Kenapa dia menangis melihat kesemua CD yang langsung tidak disentuh Nabil itu?
Kerana, senyap2 si gadis telah meletakkan nota cinta pada setiap bungkusan CD yang Nabil beli.
Kedua-duanya saling menyintai tetapi memilih untuk PENDAM perasaan cinta mereka...T____T