Saturday, December 31, 2011

Pendam

Nabil ada penyakit kanser dan doktor memberitahu yang dia cuma ada lebih kurang 2 bulan untuk hidup..
Dalam kesedihannya itu, dia cuba berhibur dan mencari CD kegemarannya di kedai.
Tiba-tiba, tanpa disangka-sangka dia jatuh cinta pada pandang pertama pada gadis penjual CD.
Tapi dia tak pernah meluahkan cintanya kepada gadis tersebut.
Setiap hari, dia akan pergi beli CD di kedai gadis tersebut semata-mata untuk menatap wajah ayu gadis tersebut dan melepaskan kerinduan di jiwa.
Dia langsung tidak membuka bungkusan CD tersebut apatah lagi memainkannya.
Niatnya pergi ke kedai tersebut hanya mahu melihat gadis pujaannya.
Selepas dua bulan berlalu, Nabil pergi buat selamanya.
Hari demi hari, si gadis menantikan kehadiran Nabil, tapi tiada.
Dan kemudian, dia teringat akan alamat yang Nabil bagi kepadanya tempoh hari.
Si gadis pergi mencari Nabil dan ibu Nabil memberitahu bahawa anaknya sudah pun meninggal dunia, akibat kanser otak.
Lalu, dengan linangan air mata, si gadis meminta izin tuk melihat bilik Nabil tuk kali terakhir.
Ibu Nabil mengizinkan.
Dan......si gadis ternampak kesemua CD yang dibeli oleh Nabil, langsung tidak dibukanya. Si gadis sebak, lalu berjurailah air matanya..
Kenapa dia menangis melihat kesemua CD yang langsung tidak disentuh Nabil itu?
Kerana, senyap2 si gadis telah meletakkan nota cinta pada setiap bungkusan CD yang Nabil beli.
Kedua-duanya saling menyintai tetapi memilih untuk PENDAM perasaan cinta mereka...T____T

Wednesday, December 28, 2011

Resepi: Pau Ros

Gud morning shumerr.....
da bangon tidor lom?
mestilah dah kan? lau tak, caner nak bace entry ni kan? hihih *sengal*
haa...apa kes pepagi buta ni upload gambor heart dengan rose nie?
Meroyan ke..ilang akal? hahaha
Eceli, di pagi Rabu yang indah ni, den dah terbuat Pau Bunga Rose yang tidak berapa cantik paras rupanya..hik3
Teruja nengok pau ni kat belog Kak Ita...


Kaler violet gitu pau dia...suka sangat nengok..cantik lak tu..
meruap2 rasa nak buat....
nak buatnye pau ni pun agak sadis la...
banyak cobaan (la sangat)
nak tau??

Every rose has its thorn
Just like every night has its dawn

Just like every cowboy sings his sad, sad song

Every rose has its thorn


Kronologi Pau Bunga Rose:

25.12.2011_4.14 pm:Pegi pasaraya (namanya dirahsiakan tuk menjaga nama baik kononye), nak carik tepung pau. Dah habes stok! Tanya pekerja2 kat situ, dia buat muka selenga jer..kalau dah habis, kira dah habis la. pastu den terpandang kat atas rak tu..ade berkotak2 tepung pau yang tak bersusun! choiii...pemalas betol la..makan gaji buta!! Balik rumah dengan perasaan hampa..

27.12.2011_4.17 pm: Perasaan nak buat pau dah kurang meruap-ruap. Konon pergi balik kat pasaraya tu coz nak beli barang tuk buat macarons. Nampak best gak mende alah tu..Gi pasaraya tu nak carik serbuk badam. Pastu ternampak la yang tepung pau dah ada..Ting! bersemangat balik nak buat pau bunga ros. Beria-ia carik purple sweet potato...Haa..jumpa pun. adek den pun cakap betol yang benda tu keledek ungu. Sampai je kat umah, terus rebus. pastu ibu ternampak macam ada daun bayam kat dalam sinki.."sapa beli bayam ni?". ibu pun pegi la nengok ape yang den rebus tu...wakakak..sekali bukan keledek ungu daa..LOBAK UNGU!!! choiii...wat malu jerr...botanist tak dapat differentiate keledek ngan lobak!! T____T. hampa! terbantut lagi nak buat pau..

27.12.2011_6.46 pm: Ayah pun mintak tolong abang den belikan keledek. Carik punye carik, takde keledek ungu. Yang ada keledek biasa jer. Okey, hampa lagi tak dapat wat pau kaler ungu..sobsobsob...ibu kate takperlah, ni nak tau rasanya camner jer, nanti kalau jadi, baru la carik keledek ungu pulak...Den pun akur je la...Mulakan langkah dengan rebus keledek tuh.....

sungguh sadis!!
banyak lagi liku-likunya..tapi malas pulak nak cerita..
huhuhu

dan hasilnya...
Taraaaa....
Sarapan pagi tuk arini
Pau Ros Kuning
28 'kuntum' pau bunga ros dah berjaya terhasil


ni ghoman before kena kukus..haa..nampak tak intinya apa tu?


alhamdulillah...rasa dia boleh tahan la....lembut.
walaupun tak penah lagi seumur hidup makan pau yang berintikan PEANUT BUTTER! =.='


ngappp...sarapan harini...




Fizikal dia tak berapa nak menarik sangat lah..
Tapi ini first trial, kire aci la kan? ^^

Pau Ros Kuning
Resepi: Kak Ita
 
Bahan-bahan: 
  • 250 gm keledek manis (warna kuning) - di kukus atau di rebus 200 gm air 
  • 500 gm tepung pau 
  • 1 t/s baking powder 
  • 100 gm gula 
  • 50 gm shortening atau lemak sayuran 
  • 1/4 t/s garam 
  • 11 gm yeast segera 
 Cara-cara:
  1. Keledek, dicuci bersih dan di rebus. 
  2. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
  3. Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis) 
  4. Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut 
  5. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. 
  6. Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung. 
  7. Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam. 
  8. Setelah doh naik tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. 
  9. Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
  10. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
  11. Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih. 
  12. Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. 
  13. Bulatkan bentuk bulat sebesar guli. 
  14. Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun. (sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yamh berada di sebelah bawah)
  15. Gulungkan doh hingga hujung. 
  16. Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick / pemotong doh.
  17. Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros. 
  18. Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik. 
  19. Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda 
  20. Doh yang telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu. 
  21. Kukus pau selama 10-12 minit

Saturday, December 17, 2011

Hidden Agenda!

ok..fine..
den pun tataw ape kaitan tajuk dengan entry yang den nak tulis ni...*sigh*


bile gune timeline ni...
boleh lak nengok activity log...status update yang dulu2....
salah satu yang wat den agak terkejut (jugak lah) ialah status nie...


maknanya....sebelum 31 Dis 2009 lagi den dah asek termimpikan "orang tu"
hmm...apalah makna semua ni erk?? T_T

dan 1 lagi FAKTA yang den baru taw...
den join facebook at 10:51- 09.02.09

Tu je nak bagitaw...okbhai....

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #06 - Memori






Anugerah Terindah


Selagi bumi ada
Kisah Adam dan Hawa takkan berakhir
Air sungai takkan henti mengalir
Awan itu sentiasa ada
Dan gelapnya cuma di malam hari
Tapi malamnya pasti diterangi bulan dan bintang
Mentari jua pasti muncul esok hari

Pokok-pokok yang besar dan mekar takkan sesekali layu
Kicauan burung itu takkan sesekali berhenti menyanyi
Selagi aku menyintai kamu.

Inilah kisah cinta kita yang nyata
Janganlah lagi kau bersedih sayang
Aku yang menantimu di setiap simpang
Aku yang menunggumu di setiap jalan
Jatuh bangun biar kita bersama
Ayuh gapailah tanganku
Biar ku bawa kau
Mengecapi apa itu
Erti bahagia

hadoiiii...jiwe plop minah ni....

Thursday, December 08, 2011

[Resepi] Kek Limau / Blended Citrus Cake

Hye sumerr....
Nak tau...pagi tadi, bangun-bangun tidur, mandi & teros pegi kat dapur..
Tengok2 ade limau..(ape punye anak dara..orang da balik pasar baru bangun tidor..)
Dah tengahari siket baru den makan limau tu...
Tingg!!! Tetibe terpikir nak buat Kek Limau!
Google punye Google...jumpe la 1 resepi nih...
♥Blended Orange Cake™
Cam biasa...nengok resepi dia..susah ke senang..

Bahan-bahan ( loyang 9 inci )

1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Okeh...bahan-bahan senang!
Tengok cara nak buat plak..
Kalo susah sangat..boo layan nak buat..huhu

Cara-cara:
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Tudiiaaa...prosedur dia pun senang giler..:)
Juz blend sumer bahan (kecuali tepung)
Den pun dengan beraninya buat SATU ADUNAN!!
Yelah kann.... buat separuh adunan je...

Hasilnya:
1.Kek pecah!! tataw kenapa. (T___T) Mungkin tak cukup gris kot..
2. Kurang rasa limau. Kena tambah limau lagi kalau buat laen kali.
3.Den tak pandai bab dekorasi! Hancus!!!


taraaa...inilah kek yang carca marba tu..
Terpaksa cover bahagian yang pecah dengan kepingan limau...
Tapi tak brapa nak cantik la deco nye..T___T
Ada pulak gula tumpah atas kek!!
Apa pun tak boleh!


Inilah jadi hidangan petang kami sekeluarga tuk petang ni dan petang2 seterusnye..sampai abeh..haha

Wednesday, December 07, 2011

Thursday, December 01, 2011

Pantulan Wajahmu...:'(



Walaupun kalian sudah pergi....
namun dengan kehadiran generasi kalian yang saling tak tumpah dengan wajah kalian mengubat sedikit kerinduanku pada kalian...
ku merindui kalian semua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...