Tuesday, November 10, 2009

++ dReAm oF a dReAmEr++

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan Dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi Dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini."
Balas gadis tadi.


"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip Mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian Ku lihat di tangan kirinya Ada seketul keju Dan di tangan kanannya Ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam Dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju Dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka Dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga Dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat Dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan Dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan Dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia Ku lihat ibu amat mentaatimu Dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau Dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar Dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau Dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah Dan berzikir Dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood



~~miMpi yAng tAk pAsti...~~
Entah mengapa,aku termimpikan dia lagi,walhal aku tidaklah selalu teringatkannya. Aku termimpikannya sewaktu tubuhnya masih kecil,tapi aku besar seperti sekarang.dia merengek-rengek hendak memelukku.aku yang lengkap berwuduk dan bertelekung itu,pada awalnya hanya membiarkan sahaja.Tapi dia sudah memeluk kakiku.timbul pula rasa simpati di hatiku dan aku melutut menghadapnya.dia mengukir senyuman tawar dengan wajah yang mahu menangis..dia merangkulku dengan kuat,erat,dan berjujuranlah air mata keluar dari kel0pak matanya hingga membasahi telekungku..aku bertanya,mengapa dia bersedih begini,tapi dia masih berdiam 10o0 bahasa,tetapi tetap menangis dalam pelukanku.aku masih dalam kehairanan dan memujukknya dengan menggosok-gosok lembut belakangnya agar dia tenang.(seperti gaya seorang ibu memujuk anaknya).Tidak lama kemudian,dia mel0nggarkan pelukannya,dan merenung mataku sedalam-dalamnya.aku menjadi semakin hairan dengan renungan matanya itu.dia mencium mukaku dengan kasih sayang dan tiba-tiba arghh bibirku turut diciumnya.aku menjadi semakin pelik dan rasa agak marah.mengapa dia bertindak sedemikian? Aku terus bangun tanda protes lalu menanggalkan telekungku dan mengambil kembali wudukku yang terbatal akibat menyentuhnya.aku meninggalkannya menangis tersedu-sedu. Tika ku selesai berwuduk dan bertelekung,dia datang kembali padaku..aku pelik,adakah dia mahu mengajakku pergi bersama-samanya ke ALAM SANA? Kerana pada mulanya tadi,aku lengkap berwuduk dan bertelekung serba putih,dia tiba-tiba muncul dan memelukku dengan erat seperti tak mahu melepaskan aku.seperti ingin mengajakku dengannya dan bila ku mengambil kembali wudukku lalu bertelekung semula,dia datang kembali juga secara tiba-tiba,seperti ingin aku menemaninya.seperti ingin mengajakku ke suatu tmpt..tapi ke mana? Aku sendiri tak pasti..tapi yang pasti pabila ku sedar dari lena,aku rasa seram sejuk di seluruh tubuhku.tubuhku lemah longlai tak bermaya..Apakah erti mimpiku ini? kerna kebelakangan ini aku kerap termimpikannya.adakah ini satu petanda yang aku bakal pergi mengikutnya ke SANA?? Arghh...Biarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan.................

--
(¯`v´¯;
.`·.¸.·´ ♥
¸.·´¸.·´¨; ¸.·*¨;
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·.♥

Ya Allah...Ampunilah beliau.
Naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah.
Dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup.
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam.
Luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
Al-Fatihah...

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...