Teringat lagi detik itu,
25 Ogos 2012, tepat jam 11:06am
Kita disatukan sebagai suami isteri atas satu Ijab & Qabul.
Hanya bermula dengan sekali lafaz,
Hanya bermula dengan sekali lafaz,
Dan kini,
Sedar tak sedar,
Setahun sudah pun berlalu,
Masih segar dalam ingatan ketika kalimah itu kau lafazkan
Aku tak pernah mencari,
Tapi dia menjumpaiku,
Tuhan telah menemukan kau dan aku,
Dan aku menjadi milikmu.
Kerna kamu adalah separuh jiwaku
Atas setahun yang indah ini bersama Abi,
Moga sehayat bersama Abi nanti akan terus bahagia dan gembira.
Terima kasih kerana sentiasa give & take dengan Sayang,
Tapi Sayang rasa, Sayang banyak take dari give kan? Hihi
Terima kasih sebab selalu dengar apa saja pendapat Sayang tentang hal rumah tangga kita,
Walaupun pandangan yang Sayang bagi tu kadang-kadang worthless & merapu kan? Hik3
Tapi Abi tetap dengar dalam senyuman.
Terima kasih kerna selalu hulurkan bantuan kala Sayang memerlukan,
Selalu tolong Sayang kat dapur,
Selalu tolong Sayang kemas & hias rumah,
Selalu terus buat apa permintaan Sayang,
Selalu buat surprise untuk Sayang,
Selalu pujuk kalau Sayang mengajuk,
Selalu tahu apa Sayang nak meski Sayang tak luahkan.
Terima kasih sebab ajar Sayang banyak benda baru,
Ajar Sayang makan tempoyak,
Ajar Sayang makan pucuk serai kayu,
Ajar Sayang makan ikan sungai,
Ajar Sayang tentang komponen kereta,
Ajar Sayang tentang nama-nama heavy machinery,
Ajar Sayang format laptop.
Sayang tahu,
Sayang ni belum sempurna lagi untuk jadi isteri Abi,
Tapi sayang akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang akan sukar untuk Abi lepaskan,
Sayang akan cuba penuhi semua kehendak Abi selagi tak bertentangan dengan kehendak syara'.
Semoga ikatan yang kita bina ini berkekalan sehingga ke syurga hendaknya.
Aku berjanji akan menyintamu dan menyayangimu seumur hayatku,
Kerna bagiku, engkaulah nyawaku.
Kerna bagiku, engkaulah nyawaku.