potong kek la kunun..hihi. Mr Zauj excited nak potong kek. Semalaman geram je tengok kek tu dalam fridge katanya.
Simple homemade Chocolate Cake made by me. Takde tulisan coz bila testing, tulisan cam budak 4tahun. Lama sangat dah tinggalkan alam tulis tangan ni, asyik menaip je. Haha. Deco pun simple, buat tetengah malam katakan. HihiMonday, August 26, 2013
Pada Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama....
Sunday, August 25, 2013
Terima Kasih Untuk Setahun Lalu
Teringat lagi detik itu,
25 Ogos 2012, tepat jam 11:06am
Kita disatukan sebagai suami isteri atas satu Ijab & Qabul.
Hanya bermula dengan sekali lafaz,
Hanya bermula dengan sekali lafaz,
Dan kini,
Sedar tak sedar,
Setahun sudah pun berlalu,
Masih segar dalam ingatan ketika kalimah itu kau lafazkan
Aku tak pernah mencari,
Tapi dia menjumpaiku,
Tuhan telah menemukan kau dan aku,
Dan aku menjadi milikmu.
Kerna kamu adalah separuh jiwaku
Atas setahun yang indah ini bersama Abi,
Moga sehayat bersama Abi nanti akan terus bahagia dan gembira.
Terima kasih kerana sentiasa give & take dengan Sayang,
Tapi Sayang rasa, Sayang banyak take dari give kan? Hihi
Terima kasih sebab selalu dengar apa saja pendapat Sayang tentang hal rumah tangga kita,
Walaupun pandangan yang Sayang bagi tu kadang-kadang worthless & merapu kan? Hik3
Tapi Abi tetap dengar dalam senyuman.
Terima kasih kerna selalu hulurkan bantuan kala Sayang memerlukan,
Selalu tolong Sayang kat dapur,
Selalu tolong Sayang kemas & hias rumah,
Selalu terus buat apa permintaan Sayang,
Selalu buat surprise untuk Sayang,
Selalu pujuk kalau Sayang mengajuk,
Selalu tahu apa Sayang nak meski Sayang tak luahkan.
Terima kasih sebab ajar Sayang banyak benda baru,
Ajar Sayang makan tempoyak,
Ajar Sayang makan pucuk serai kayu,
Ajar Sayang makan ikan sungai,
Ajar Sayang tentang komponen kereta,
Ajar Sayang tentang nama-nama heavy machinery,
Ajar Sayang format laptop.
Sayang tahu,
Sayang ni belum sempurna lagi untuk jadi isteri Abi,
Tapi sayang akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang akan sukar untuk Abi lepaskan,
Sayang akan cuba penuhi semua kehendak Abi selagi tak bertentangan dengan kehendak syara'.
Semoga ikatan yang kita bina ini berkekalan sehingga ke syurga hendaknya.
Aku berjanji akan menyintamu dan menyayangimu seumur hayatku,
Kerna bagiku, engkaulah nyawaku.
Kerna bagiku, engkaulah nyawaku.
Wednesday, August 14, 2013
Check Up Kesihatan Rohani
Saya pergi ke sebuah klinik untuk check up kesihatan rohani.
Pertama kali datang, ujian tekanan darah dibuat.
Ternyata saya memiliki KELEMBUTAN HATI YANG RENDAH DAN RASA EGO YANG TINGGI.
Ketika suhu saya diambil, termometer menunjukkan darjah KEGELISAHAN HAMPIR MENCAPAI 50°C.
Ketika pemeriksaan jantung, saluran arteri tersumbat oleh pelbagai KEKECEWAAN, KESEDIHAN, KEMARAHAN DAN DENDAM, sehingga memerlukan by pass.
Ketika saya ke Orthopedic, kelihatanlah tulang-tulang saya mulai mereput oleh RASA CEMBURU & IRI.
Ketika melakukan pemeriksaan mata saya yang mulai terganggu penglihatannya, diketahui penyebabnya adalah kerana saya sering MELIHAT KEKURANGAN-KEKURANGAN orang di sekitar saya, sehingga kemampuan mata saya untuk melihat perkara-perkara indah & baik mulai tertutup.
Ketika saya mengadukan masalah pendengaran saya, pakar terapi menyarankan saya untuk memulakan LATIHAN MENDENGAR SUARA-SUARA TUHAN setiap hari untuk lebih mensensitifkan pendengaran.
Setelah menjalani semua check up itu saya mendapat perundingan dan ubatan percuma atas rahmat Tuhan untuk mengubati semua penyakit saya tersebut.
Ubat yang diberikan adalah ubat semulajadi yang ditulis di atas resit seperti berikut:
- Setiap pagi minum segelas RASA SYUKUR atas segala yang saya miliki.
- Setiap petang minum sesudu FIKIRAN POSITIF & sesudu PENGAMPUNAN.
- Setiap jam minum sebiji pil KESABARAN, secangkir KERENDAHAN HATI & semangkuk KASIH.
- Setiap kali pulang ke rumah kala petang, minum satu dos CINTA.
- Setiap malam sebelum tidur minum kapsul SUARA HATI yang jernih, satu pil anti KESEDIHAN & KEPUTUS-ASAAN atas peristiwa-peristiwa yang saya alami hari ini. Dan tidur dengan berselimutkan DOA & PENGHARAPAN.
Alhamdulillah kini saya beransur sembuh & InsyaAllah dapat menjalani aktiviti dengan lebih baik.
Selamat Mencuba...
Thursday, August 08, 2013
Selesai Sebulan Puasa
Hamboi..tajuk. Macam feeling-feeling puasa penuh je kan? hik2
Nothing to share, cuma nak tepek kat belog ni antara juadah berbuka Ana & Suami,
Maklumlah, ni pertama kali masak di bulan Ramadan (haa..over kan?)
Dan kali pertama masak untuk suami di bulan Ramadan.
So, yang kali pertama kali pertama ni, teringin juga nak tampal kat belog ni, jadi kenangan.
Hik2
Subscribe to:
Posts (Atom)