"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Alya lembut sambil membetulkan pakaian Fakhri. Fakhri tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Fakhri mencubit pipi Alya lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Fatin,Farah dan Arif meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Alya hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Fakhri berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Pontian mengambil masa lebih kurang empat jam. Fatin,Farah dan Arif dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Alya. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Fakhri berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Fakhri menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Fakhri semakin seronok. Fakhri dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civic putihnya mula memecut.Fakhri cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Fakhri masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Alya terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Alya takut." Alya cuba memujuk Fakhri supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Alya, tak ada apa-apa," Fakhri terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Fakhri setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Alya tengok abang motong dia aaa...." Fakhri terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Fakhri terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
"Alya....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara uminya.
Alya membuka matanya. Dia terlihat uminya di situ. "Mana abang Fakhri mi? Macammana dengan suami saya, mi? Arif?Fatin?Farah?....mana anak-anak saya mi?" Bertubi-tubi Alya menyoal uminya. Alya tak dapat menahan kesedihannya lagi. Alya menangis semahu-mahunya di depan uminya. Uminya memandang Alya tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Alya mak, abang Fakhri?" Alya masih terus menangis.
PANGGG!!. Bergegar kepala Alya akibat pipinya ditampar uminya dengan tiba-tiba. Alya terdiam. Kenapa uminya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" Uminya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Alya tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam mesin basuh!! Bengang siotttt.....HAKHAKHAK...Sebulan jalan menunduk dalam rumah...=P