Tuesday, November 22, 2011

Kusangkakan Panas Hingga Ke Petang..........

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Alya lembut sambil membetulkan pakaian Fakhri. Fakhri tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Fakhri mencubit pipi Alya lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Fatin,Farah dan Arif meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Alya hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Fakhri berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Pontian mengambil masa lebih kurang empat jam. Fatin,Farah dan Arif dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Alya. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Fakhri berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Fakhri menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Fakhri semakin seronok. Fakhri dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civic putihnya mula memecut.Fakhri cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Fakhri masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Alya terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Alya takut." Alya cuba memujuk Fakhri supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Alya, tak ada apa-apa," Fakhri terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Fakhri setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Alya tengok abang motong dia aaa...." Fakhri terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Fakhri terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Alya....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara uminya.

Alya membuka matanya. Dia terlihat uminya di situ. "Mana abang Fakhri mi? Macammana dengan suami saya, mi? Arif?Fatin?Farah?....mana anak-anak saya mi?" Bertubi-tubi Alya menyoal uminya. Alya tak dapat menahan kesedihannya lagi. Alya menangis semahu-mahunya di depan uminya. Uminya memandang Alya tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Alya mak, abang Fakhri?" Alya masih terus menangis.

PANGGG!!. Bergegar kepala Alya akibat pipinya ditampar uminya dengan tiba-tiba. Alya terdiam. Kenapa uminya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" Uminya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Alya tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam mesin basuh!! Bengang siotttt.....HAKHAKHAK...Sebulan jalan menunduk dalam rumah...=P

Sunday, November 20, 2011

[Resepi] Kek Marble Mendung Bergelora

ahhaa..zhana kembali merapu..
Semalam buat kek merapu...
siap bagi nama "Kek Marble Mendung Bergelora" lagi..

Sebab apa mendung bergelora?
Mendung: coz kaler die yang MasyaAllah..tak menarik langsung, tak menyerlah langsung..kusam jer..
Bergelora: coz Dungun sekarang tengah tengkujuh..laut bergelora (apa kaitan??)

kek ni sekali lagi tak guna butter...juz guna minyak masak...
maka, texture die amat la halus dan kurang naik dengan sendirinya...
jadi, kek ni tak tinggi macam kek yang terdapat di pasaran..
untuk mengelakkan kependekan kek ini, silala guna loyang yang lebih kecil di masa akan datang..hehe



resepi asal den sedut kat My Resipi...dan tak patuh sepenuhnya pun..banyak gak den derhaka kat resepi asal die..hihi


comot lagi...huhh!! zhana memang tak cermat!


fresh dari oven...ibu cakap 'sarang labah-labah' kena tiup angin..=.=




hehehe..begini la rupanya yang tak menarik tu..
rasenye boleh tahan la...(nak jage hati sendiri)

Kek Minyak/Kek Marble
Resepi: Kemma81 @ MyR

Bahan-bahan ( 8 x 8 x 2 inci )    
    5 biji telur
    3/4 cawan gula halus
    2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik / baking powder.
    1 cawan susu pekat
    1 sudu besar ovallate
    1 cawan minyak masak
    perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka
    1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

   
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
    Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
    Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
    Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
    Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
    Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus.
    Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong. 

Wednesday, November 16, 2011

[Resepi] Kek Karamel (1st Trial)

wulaweeiii...zhana buat kek dowh...
macam tak percaya..
kalau ikotkan..den la umat paling malas kat dunia...
sejak kek coklat den buat aritu bantat, (err..betol ke istilah tu?) den dah macam tak de mood nak buat kek...
kalau ibu buat kek pun, den juz tolong-tolong basuh pekakas-pekakas yang dah kotor je..
Tak berani nak pukul telur ke, ayak tepung ke...
Orang cakap wat kek ni kena banyak sabar...nanti kek tak menjadi..
Entahlah....den ni kurang sabar dan cepat neves....
Kalau tersilap satu step dari resepi, da gelabah & tataw nak cover camner..aduiii...T___T

Tapi hari ini..
Den macam nekad nak buat kek..
Biorla tak menjadi pun..den nak wat gak...
Member den, Dila dengan baik hatinya telah meng'share'kan resepi Kek Karamel kat den..
Den pun perati la satu persatu bahan-bahannye..
Ehhh..takde la susah sangat nak carik bahannya...
Tak payah pakai butter/marjerin pun...
Dengan separuh beraninya den pun try la buat kek tu pagi tadi...
Tak berani sepenuhnya coz den just buat separuh adunan jer..hahahaha
Bimbang tak menjadi...buat separuh adunan adalah yang paling selamat buat masa nie..=P
Dan resepi asal den ade tokok tambah sesuai dengan adunan yang separuh itu..ngeee



Keadaan yang carca marba & comot before nak masuk dalam oven....


Takde ghoman kek dah kek ni biler dapek kat den...Langsung tak nampak belang-belangnya...




Rasanya??
Wallahuallam...
Ibu kata best sangat..boleh bukak kedai kek..=.=
ibu memang macam tu, selalu memuji anak...lebiu ibu...

Kek Puding Karamel
Resepi: E-na Lovely Kitchen


Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

    2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
    Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:

    Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
    Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
    Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
    Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
    Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding

    400ml fresh milk / susu cair
    3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
    2 biji telur
    140 gram gula castor
    1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

    Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
    Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
    Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
    Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
    Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
    Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1.

Adunan  2:

    3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
    130 ml air
    50 ml minyak masak
    70 gram gula castor
    140 gram tepung gandum
    1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

    Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
    Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
    Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
    Matikan mixer.
    Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
    Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
    Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak..
    Warnakan dengan warna pilihan anda.
    Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
    Sudukan 4 sudu besar adunan merah, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan kuning diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
    Kemudian 3 sudu besar adunan merah, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan kuning sebanyak 3 kali lagi.
    Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
    Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
    Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
    Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
    Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
    Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
    Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...