Sunday, January 23, 2011

Pabila Hati Mula Berdebar (3)

Sambungan dari PHMB1 & PHMB2

"Perghh..kat atas tasik pown ada lift erk..HEBAT!"..Fakhri seakan excited.
Alya yang tengah leka memerhati pemandangan tasik yang indah & damai itu, agak tersentak.
Dia sendiri pun teruja akan teknologi buatan manusia yang digunakan itu...
Air akan dipam keluar dan akan merendahkan kedalaman tasik itu.
Apabila isipadu air tersebut sudah mencapai ke sesuatu tahap, 'pintu lift' akan terbuka dan boat pun dapat menembusinya...
Nasib la Alya tak loya-loya masa boat tu tengah turun..kalo tak..mahu ikan-ikan tu dapat 'makanan free' petang tuh..hik3
maklumlah..Alya ni bukan juz mabuk darat jer..mabuk laut pun yer jugak..nasib dia belom pernah naik flight..kalo tak....memang pakej!
Mabuk laut, darat, udara sume dia ambek..^^
Santai jugak duduk kat atas bot tu, dapat tengok rumah cantik-cantik kat tepi tasik..
ada hotel mewah bertaraf 6 bintang..
ada chelet yang menarik..
Alya tak terpikir yang di tengah bandar yang pesat membangun & sibuk tu, rupa2nya ada juga tempat yang tenang tuk merehatkan fikiran dan minda..
Pelbagai ikan yang ada dalam tasik tu..semuanya besar2..
Kagum betol Alya & keluarga Fakhri..
siap pegang2 lagi ikan tu...fuhh..
di kawasan lain pula, ada sekumpulan kura2..banyak betul kura2 di sana..
Ada yang main kejar2 dengan ikan keli..sungguh lucu..geli hati mereka melihatnya..

Malamnya pula..mereka makan di Semenyih...
Banyak betol ayah Fakhri order makanan...
Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, Alya sempat lagi main Bejeweled 2 kat Ipad Fakhri..

Tengah dia leka main game, tetiba ayahnye yang tadinya tengah rancak berborak dengan Pn Fauziah dan Kak Farhana tetiba bersuara..."Dengar cita Yaa jenis tak makan banyak yer?"

Erkk..ni mesti Fakhri yang cakap kat ayah dia ni..adehh..segan plak rasenyer bila dah kena tanya cenggitu..
"Erm..nak kata tak boleh makan banyak tu takde lah jugak. Tapi kalo banyak sangat makan dalam sehari tu, saya boleh demam. Ummi saya pun perasan"..jawab Alya

"Laa..sampai macam tu sekali ker?Famili pakcik ni suma jenis kuat makan. Makan banyak mana pun maintain jer..hehe" gurau En Fikri

"Yaa kena ready lah yer, pasni kena makan banyak-banyak, takleh nak sekat2 dah. Kalau dah biasa, ok lah tu. Tak demam dah. Dulu, sedara pakcik pun ada gak cam Yaa ni, last2 badan dia dah 'boleh tahan' sekarang nie.." En. Fikri melawak sambil mengembungkan mulutnya.

Alya hanya tersenyum simpul..tak tau nk bagi jawapan apa.
"Aduhh...lucu betol la En. Fikri ni...saling tak tumpah macam anak2 dia", bisik hati Alya

Tidak lama kemudian, hidangan pun sampai..
En Fakhri siap boleh pesan kat Alya suruh Alya makan banyak2..
fuhh...tak termakan Alya..memang banyak...
Tapi akhirnya habis juga makanan2 tersebut...
Ditambah pulak Alya yang dari padi tidak menjamah nasik, tidak terasa sebu sangatlah perutnya memakan makanan yang banyak itu..
Keesokannya, mereka berjalan2 lagi.. Merata tempat mereka kunjungi.. Pelbagai restoran mereka singgahi,
Bermacam juadah sudah mereka jamahi, Akhirnya, Fakhri & keluarga sudah ingin pulang ke kampung semula.Maklumlah, esoknya mereka sudah mula bekerja.

Alya meminta izin untuk pulang ke kampus kembali.. Selepas bersalaman dengan Pn Fauziah, Kak Farhana, Fateen & Farrah..Alya pun mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka semua atas layanan baik yang diberikan kepada Alya sepanjang Alya bersama mereka..

Ketika Alya baru masuk ke dalam kereta, En Fikri memanggil
"Nah, amekla ni, buat belanja", sambil menghulurkan beberapa keping not Rm50 kepada Alya.

"Ehh..apa nie? tak payahlah pakcik, susahkan jer", tolak Alya

"Takde menyusahkan pun, ambillah yer", pujuk En Fikri

"Err..baiklah. Terima kasih yer pakcik, tapi tak banyak sangat ke ni?", gusar Alya

"Ala..takpe", balas En Fikri sambil tersenyum lalu berlalu pergi.

"Wah..wah..sayang betol ayah kat awak, sampai bagi duit belanja. Saya tak dapat pun", gurau Fakhri

"Adehh..segan pulak rasenya wak, siap dapat duit belanja lagi. Dah la makan free, pastu dapat duit lagi..aduhaii..", keluh Alya seakan rasa bersalah

"Ala..rilek la. Nampaknye famili saya dapat terima awak lah tu. Untung lah kita kan? bolehla kawen cepat-cepat kalau camni gayanya..hihi", Fakhri ketawa kecil

"Banyak cantik!! Awak tu, keja pun baru start. Saya ni plak, tak abeh lagi belajarnya. Kumpul duit tu dulu, ilmu rumahtangga di dada tu kena mantapkan lagi. Belajar tuk jadi seorang imam, bukan juz imam dalam solat, tapi imam dalam keluarga. Belajar camne nak jadi pemimin yang tahu memimpin. Baru nak pikir nikah2 ni", jawab Alya. Ada sedikit ketegasan pada tiap butir bicara percakapannya itu.

"Baik Tuan Puteri. Akan patik junjung atas batu jemala patik segala pesanan Tuan Puteri", Fakhri seakan bercanda..

"Eee..dah la, malas saya layan awak ni..makin merapu kalau duk layan banyak2", rajuk Alya

Dan, Mazda RX7 milik Fakhri memecut laju bagi mengelakkan Alya sampai ke kampus pada waktu malam..
Petang itu, mereka berpisah lagi. Berpisah tuk sementara. Alya terus pulang ke bilik selepas mengucapkan terima kasih kepada Fakhri. Fakhri pula, meneruskan perjalanannya. Bukan hanya perjalanan untuk kembali ke kampungnya, tetapi ada lagi perjalanan yang lebih merumitkan dan berliku..
Perjalanannya untuk mencari rezki dengan tulang 4 kerat dan kudratnya sendiri tanpa mengharapkan belas ehsan orang lain..Serta perjalanannya tuk meneroka, mencari, mengumpul & memantapkan lagi ilmu di dadanya tuk memiliki gadis impiannya, Nur Alya Amani....
::::..T.A.M.A.T..::::

Friday, January 14, 2011

Saat Tuk Dikenang...

Salam petang menuju senja..^^
baru2 nie..dalam tengah2 wat writing tesis..terasa boring plak...
so..den belek2 la extHDD..kot2 ade citer best...
Pastu den ade la ternampak citer A Moment To Remember...citer Korea..
Nih mesti kawan adek den yang bubuh ni..setau den,den xde la pulak download citer ni @ amek kat sape2..
Den pown play lah...skip2..nk tengok besh ke tak..
hmmm..macam tak best..hero tak ensem...heroin ley tahan lah...
citer sedeh lak tu...den ni jonih tak gomar nengok cito2 ayermato nih...kalo tengok cito Korea @ cito papo, suko nengok cite thrill ke,lawakz ke,misteri ke..
oleh sebab takde citer dah..den pown layan jer lah...

citer ni da lame dah..taon 2004 punye..
heroin dia den tak penah tengok, heroin plak den penah tengok dalam Personal Taste
maklomlah..den ni baru berjinak2 dalam area drama pengkoreaan nih..
So..tak ramai la pelakon2 yang den kenal & tak banyak citer yang dah den nengok..ikiki

Ok2...sambong pada citer asal...
drama ni uper2nye BEST GILER!!
rase2nye ni la 1st filem yang fully sedeh yang den layan..
siap terkeluar cecair jernih lagi suci dari mata bile nengok drama nih...tak tipu pun okeyh!

cete die cenggini..*cheewahh..cam nk citer kat anak2 sebelum tidow lak*
Heroin citer ni, Kim Soo-Jin ade penyakit..
Penyakit pelupa...dengan kata saintifiknya...dia ada Alzheimer's Disease!
haa..mesti korang yang tak tengok lagi citer ni assume yang heroin dia orang yang dah otai2..
yelah...orang dah veteren je la yang biase ade penyakit nyayok nie kan..huhu
Tapi time tu Soo-Jin baru jer 27taon..baru pas kawen lepas been dumped with her married ex-bf.
Suami dia a.k.a. Choi Chol-Soo yang den ingat takdelah ensem mane pown rupe2nye HOT!
nak2 bila die nanges...fuhh...meruntun jiwa...nampak macho bila nanges..kalo tak nanges lagi lah kan..Supermacho..^^
1st time diorang jumpa kat Family Mart, Soo-Jin hambek Chol-Soo punye air Coke. Soo-Jin tertinggal Coke dia kat dalam mart pas bayar.Bila dia nak amek Coke die yang tertinggal tu, die ternampak ade sorang mamat nih tengah pegang Coke. Mati2 die ingatkan mamat tu dah curik Coke die yang die tertinggal atas counter mart tuh. Dia pown rampas lah Coke tu.Bukan stakat rampas jerp, die minom & burpp ngan selambanya depan mamat tu & blah..Mamat tu muka blur jer...Tak lama pastu, dia tersedar yang dompet dia tertinggal,dia baru teringat yang die tertinggal kat atas kaunter mart tu jugak.bila die pergi, cashier kat mart tu bagilah dompet tu skali ngan air Coke yang die tertinggal tu..ALAMAK!! rupa2nya coke yang dia rampas tu.. Chol-Soo punyer..haha

lepas tu..caner dia jumpa balik, berkenalan, berkapel & kawen tu, tak mo la den citer..
kalo nak tau, kene tengok..bagi yang dah tengok....Sweat ehh sweet kan diorang?=]

Bermula kisah sedeh bila Soo-Jin taw yang dia ade penyakit Alzheimer tu. Dia tak percaya, mane mungkin gadis 27taon yang baru bernikah boleh kena nyanyok.tapi lepas penerangan dari doktor,dia terpaksa percaya. Dia rahsiakan dulu dari suami die..tapi last2 suami dia tau sendiri. Yang suami die suspek tu bila Soo-Jin bekalkan makanan tengahari tuk suami dia, bila Chol-Soo nak makan,rupa2nya Soo-Jin bekalkan 2bekas nasik untuk dia.Dia ingatkan Soo-Jin bekalkan nasik+lauk.Mungkin Soo-Jin lupa yang sebenarnya dia dah bubuh nasik dalam 1bekas tapi dia masih bubuh lagi nasik dalam bekas yang lain.Chol-Soo cepat2 pergi jumpa doktor yang Soo-Jin jumpa tuh & doktor pun citer la segalanya...Lepas tu,cepat2 Chol-Soo carik Soo-Jin.Merata2 tak jumpa.Last2 dia jumpa kat 1 tempat nih.Tempat feveret Chol-Soo..kat situlah Soo-Jin citer..
Soo-Jin: I have eraser in my head. Let's part ways. What's love good for is my memory is gone??
Chol-Soo:
If you forget everything, I'll pop up out of nowhere. Like now. And I'll hit on you. You won't be able to turn me down. We'll start anew every day. Like permanent dating. Awesome, isn't it?
Soo-Jin:
I'll forget everything soon. I won't know why you're with me. You'll be gone from my mind. And so will I. You understand? As my memory disappears, my soul will too. I'm scared.
Chol-Soo:
Why would your soul disappear? Get up. Leave it to me. I'm your memory. I'm your heart. Got that? No more tears.

huhh..sangat romantik...kalaulah ade hubby cam Chol-Soo..alangkah bahagianya..walaupun muka ganaz, tapi dalam hati ada taman beb..
Dia memang sayang giler2 kat Soo-Jin even isteri dia tuh sakit dan macam2 benda dia lupa. Macam2 Chol-Soo buat supaya kenangan tu sentiasa ada tuk Soo-Jin kenangkan..Dia tampal gambat & note kat setiap genap penjuru umah diorang.Sampaikan Soo-Jin panggil Chol-Soo & cakap ilebiu dengan panggilan name ex-bf dia pun dia masih menyahut & tersenyum manis walaupun dia tengah tahan air mata..masa tu dia dah nak g kejer,keluar2 je dari umah,terus air mata die membuak2 kuar...dia citer la kat doktor yang Soo-Jin dah tak ingat dia.Doktor cakap "the recent momory will disappear first"...sebab tu lah Soo-Jin masih ingat name ex-bf dia tapi dah tak ingat nama suami dia sendiri yang baru dia kenal tuh..Sangat sedih time nie..
Tak lame kendian,bila Soo-Jin jalan2 kat dalam umah dia & belek2 gambar & note yang ada kat umah tu, baru lah dia terperasan. yang dia dah salah panggil nama..Dia menangis beria2 dan tulis surat kat Chol-Soo tuk bercerai & berpisah sebab dia tak sanggup nak melupakan yang dia sebenarnya menyintai Chol-Soo..Chol-Soo ni,sejak diorang berkapel sampai dah kawen sekalipun, tak penah cakap "saranghae" kat Soo-Jin...tapi Soo-Jin taw,even Chol-Soo tak pernah lafazkan, tapi jauh di sudut hati Chol-Soo yang dia tersangatlah mencintai Soo-Jin...sob3..meleleh air mata i type kisah chenta diorang...


Lastly..Chol-Soo cuba carik gak Soo-Jin berpandukan alamat dari surat yang Soo-Jin kirimkan kat dia..
Bila jumpa, masa tu Soo-Jin memang dah totally tak ingat kat Chol-Soo dah..Siap dia berkenalan balik kat situ..
Chol-Soo cuba bawak Soo-Jin kuar, pergi kat Family Mart yang mula2 diorang jumpa..Siap dia lakonkan semula babak2 perkenalan diorang,.coke,cashier,dompet..suma lah..dengan bantuan doktor,mak,ayah,adek,mak mertua Soo-Jin jadi pelakon extra..hihi..Soo-Jin tanya..kita ni kat syurga ker?hihi..yelah..dah sume orang pakai baju putih, mane la pompuan tu tak pikir cenggitu...Malangya,memang Soo-Jin tak ingat langsung dah detik2 tuh..
Chol-Soo pasrah je lah & bawak Soo-Jin jenjalan naek jeep...Masa tulah 1st time Chol-Soo ucap "saranghae" kat Soo-Jin..Soo-Jin hepi, macam baru 1st time jatoh chenta...Akhirnya diorang tetap bersama..THE END!=]


P/s: pasni zhana nk citer pasal An Eraser in My Head plak..eekeke..sebab si zhana ni agak pelupa gak orangye..tapi nanti2 lah zhana citer..bila ade mood *macam lah ade orang yang nak bace*

Menangislah Di Bahuku...

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)

Thursday, January 13, 2011

Sumpahan Semut Sengal (SSS)...

hoolaa..
minggu ni banyak benar den wat status pesbuk sal semut..
giler tensyen ngan semot2 nih..
den pown tataw mane puncenya..
den bubuh racun semot pown tak jalan..
liat toi die nak mati..
yang tak tahannye..bukan die kerumun makanan manis ke hape..
die kerumun AIR MASAK!!
hadohh..pening den...

suku sakat semut duk serang kettle den..
abeh air masak den depa tibai..
tu boleh tahan lagi..
ni siap celah2 pown die masuk...last2 terlekat dalam tu..takleh bawak kuar
den apo laie..terpakse la jadi pomen skejap,bukak skru kettle tu..
baru lah leyh kuarkan mangsa2 tersekat tuh..

paling tak tahan..
den sengaja bubuh mug air coklat atas meja..sekor pown tak bertandang..
depa lebih prefer hurung air dalam heater tu..
padahal air dalam tu ade secoek jer..
betol2 jaga kesihatan semut2 alaf nie..
Grrrr....!!! goram toi rasenyer..

biler ngadu kat ibu..
ibu kata..orang dulu2 cakap yang semut ni bawak rezeki..
hoho..den tataw la fakta ke auta tu..
tapi yang penting..kes semut ni betol2 merimaskan den...

wahai semut...
den nak tujukan sebuah lagu kat ekau..ekau dan ekau..
kalau tetibe korang terbace entry blog den ni..
korang nyanyi dan hayatilah la ikot irama Toyol by Sudirman yerk!!

~~~~~~~~~~~~~
Semut, engkau datang padaku beramai-ramai
Tolong, kemanaku kan pergi

Semut, kenapa pula aku yang kau cari

Tolong, rupa kau hodoh wow.. wow.. wow.. wow


Badan hitam,
kecik dan legam
Disitu, disana,merata-rata

Ee...geramnya,ku melihat rupanya

Berlari-lari,menghurung pula


Apa yang kau mahu, datang kepadaku?

Aku tak tahu, asal-usulmu

Wahai semut jangan ganggu


Badannya hitam, buruk, kakinya banyak

Terkedek-terkedek, tertonggek-tertonggek

Ee geramnya, habih aku tenyeh dengan jari

Mencari-mencari, AIR MASAKku!!


Apa yang kau mahu, datang kepadaku

Aku tidak tahu, asal-usulmu

Wahai semut jangan ganggu


Padamu semut sebenarnya, ku tak rasa takut

Sengaja aku bagi racun, tapi kau tak lut


Pergilah semut jangan ganggu

Manalah ada kuih baulu

Mana, mana, mana ada


Semut, dia datang padaku beramai-ramai

Tolong, kemanaku kan pergi

Semut, kenapa pula aku yang kau cari

Tolong, rupanya hodoh woooow


Kakinya kontot tapi larinya kencang

Merata-rata, depan belakang

Ee kuat pula askar-askarnya

Bagi racun masih bersahaja


Apa yang kau mahu, datang kepadaku

Aku tidak tahu, asal-usulmu

Wahai semut jangan ganggu


Tiba-tiba aku, rasa sakit di kepala

Ku terjatuh dari katilku

Sungguh besar benjolnya


Rupa-rupanyaku tak bermimpi
Tidur tadi digigit semut dikaki
Mimpi, mimpi, bukan mimpi

Semut, jika kau datang, datanglah dalam mimpi
Aku ajak engkau tengok TV
Semut, jika kau ada lagi di bilik ini
Aku beli ridsect bagi kau mati!!
~~~~~~~~~~~~~

tapi kan...
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata;
"Rasulullah SAW melarang membunuh empat
macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad".
hmmm...ada den terbace hadis yang bunuh semut ni tak baek..
sebaik2nya kita carik sarang semut tuh, korek, pastu buang kat luar..
aduss..camner nie...den pown tataw kat mana depa punya sarang..T_T

Monday, January 10, 2011

Pabila Hati Mula Berdebar (2)...

Sambungan dari P.H.M.B 1..

Di dalam The Mines yang besar dan indah dengan hiasan dalaman yang menarik itu,Alya melangkah perlahan dan diselubungi rasa cuak di dada.
Dia perhatikan sekeliling, cuba untuk menyembunyikan rasa gemuruhnya..
Fakhri kata keluarganya ada di surau waktu itu, dan mintak Alya tuk tunggu sebentar.
Alya mahu ke tandas sebentar, dan Fakhri minta dia tunggu di ruang legar shopping mall itu..
Selepas selesai urusannya, Alya pun keluar,mencari-cari Fakhri. Tak jumpa! Alya agak panik.
Tetiba matanya terpaku ada sorang wanita yang agak cantik, putih melepak wajahnya, memberi senyuman manis kepada Alya.
Wanita itu bersama beberapa orang termasuk Fakhri ada di situ.
Alya yakin itu adalah kakaknya, Farhana yang selalu disebut-sebut Fakhri selama ini.
Alya membalas kembali senyuman wanita itu sambil menuju ke arah mereka.
Alya bertindak tenang walaupun dalam hati bagaikan hendak luruh rasanya.
Alya bersalam dengan meraka yang ada di situ kecuali abang ipar & ayah Fakhri.

Tak diduga, tiba-tiba adik bongsu Fakhri, Fateen memeluk bahu Alya dan tersenyum lebar padanya..
Begitu juga adik Fakhri yang seorang lagi, Farrah..turut tersenyum kepada Alya, dan mereka terus berborak panjang,seperti sudah lama berkenalan.

Ibu serta kakak Fakhri pun ramah orangnya. Sejuk hati Alya memandang mereka.
Sedikit demi sedikit rasa gemuruh di dada Alya hilang...

Lega sikit Alya rasa dengan layanan baik yang diberikan keluarga Fakhri kepadanya.
Takut juga Alya kalau-kalau keluarga Fakhri tak dapat menerimanya, memandangkan Alya ini hanyalah anak kampung biasa manakala Fakhri boleh dikatakan orang yang agak berada.

Mempunyai kereta sport Mazda RX7 oren-hitam yang memukau sesiapa yang memandangnya.
Ditambah pula, Fakhri dikurniakan rupa paras yang tampan, lagi ramailah gadis-gadis cantik yang cuba untuk mendekatinya.
Alya pernah menyuarakan isi hatinya dulu, bahawa dia ingin menarik diri dari hubungan mereka, kerana Alya tahu yang diri dia dan Fakhri terlalu jauh berbeza dan Alya kurang yakin yang hubungan mereka dapat pergi jauh.

"Pipit sama pipit, enggang sama enggang, mana mungkin dapat terbang bersama, wak" kata Alya cuba berbasa basi, dengan harapan Fakhri faham apa yang cuba disampaikannya.

"Ha? Sape pipit? Sape enggang? Kan kita sama-sama puyuh", seloroh Fakhri.
Haha...Fakhri memang pandai bergurau...Alya yang tengah sedih ketika itu tiba2 ketawa

"Hihi..nape mesti puyuh wak? Takde burung lain ke yang lebih comel yang awak nak compare kan", balas Alya dengan diiringi tawa kecil

"Yelah, puyuh kan tak leh terbang, sama lah macam kita", spontan Fakhri menjawab.

"Erkk...cenggitu pun boleh ker??" balas Alya

"Mestilah boleh. Kita sume ni sama je wak. Takde yang kaya, takde yang miskin. Yang berhartanya ayah saya,bukannya saya. Kalaulah saya ni kaya, takderlah saya bekerja kuat siang malam nak kumpul duit wak, saya buat semua untuk awak. Untuk cepat-capat saya ambik awak jadi permaisuri hidup saya selamanya. Boleh je kalau saya nak pakai duit ayah saya tuk pergi pinang awak, tapi saya taknak. Saya nak rasa sendiri macam mana susah & peritnya tuk mendapatkan seseorang yang bernilai macam awak. Kalau senang-senang je saya amik awak, mane tahu senang-senang je saya buang awak nanti, sebab saya tak dapat rasa bertapa susahnya nak dapatkan awak. Betol tak?" panjang lebar Fakhri berceramah.

"Hmmm...entahlah wak",Alya seakan malas menjawab

"Awak tak usah bimbang sangatlah. Takde istilah pipit enggang kat sini. Yang penting kita sama-sama ikhlas, sama-sama jujur dalam hubungan kita. Tu dah cukup bermakna bagi saya. Awak tak usah risau kat pompuan luar sana yang asek pandang2 & try nak ejas saya, saya tak ingin pun. Sebab hati saya dah diisi dengan cinta awak, tak mungkin terisi dengan cinta gadis lain,percayalah. Ibu abah saya pun setuju saya berkawan dengan awak. Adik beradik saya pun suka tengok awak bila saya tunjuk gambar awak kat mereka. Tolonglah jangan mintak tuk putuskan hubungan kita, sebab saya tak dapat nak lalui hari-hari saya tanpa awak.Tolong wak, saya merayu sangat,jangan menjadikan alasan yang tak logik tu tuk awak jauhkan diri dari saya.Saya tak sanggup wak..tak sanggup!" kata Fakhri dengan linangan air mata pada kelopak matanya, tapi belum sempat air jernih itu jatuh ke bumi, Fakhri cepat2 menyekanya.


"Tinggal berapa lama lagi Alya belajar kat sana?" tanya Puan Fauziah, ibu Fakhri.

Alya tersentak,lamunan Alya terhenti dengan pertanyaan mengejut oleh ibu Fakhri.
"Err..tak lama dah makcik. Dalam bulan 8 ni insyaAllah habislah kalau takde aral", balas Alya tenang,cuba menyembunyikan perasaan terkejutnya tadi.

"Haa..tulah..mengelamun sangat lagi tengah2 orang ni.kan dah kena, tau kecut perot kau.Nasib pandai cover" Alya bermonolog dalam hati

"Ohh..tak lama dah tu. pejam celik pejam celik dah nak abis kan?" kata Pn Fauziah ramah
"Betol makcik,rasa macam sekejap je,tengok2 dah tahun akhir dah,cepat betul waktu berlalu" Alya membalas.

Mereka terus berbual2. Gelak tawa mengiringi perbualan mereka. Tak kering gusi Alya berborak2 dengan Pn Fauziah. Dia suka berjenaka, sama seperti anaknya, si Fakhri tu. Farrah & Fateen pun apa kurangnya, ada saja lawak yang mereka buat sampaikan melelah air mata Alya menahan tawa.

Hari itu Alya girang, walaupun masih malu2 dengan keluarga Fakhri, tapi Alya dapat merasakan yang dirinya diterima.
Pandangan Alya selama ini salah, tidak semua orang kaya itu sombong. Buktinya keluarga Fakhri, walaupun agak berada, tapi bersahaja. Sekali pandang orang tak akan percaya meraka itu dari keluarga yang berharta, kerana sikapnya yang merendah diri & tidak menunjuk itu

Hari ini, plan mereka untuk naik cruise boat kat The Mines,Serdang.
Ini adalah kali pertama Alya naek boat di sana.
Walaupun sudah lama menuntut di Serdang, tetapi sekalipun dia tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Ini kerna, Alya lebih gemar memerap dalam bilik, layan anime Naruto berbanding tuk bersosial di luar.
Sebelum menunggu giliran naik boat, sempat jugak Alya bergambar kenang2an bersama famili Fakhri..mereka semua sporting bab-bab bergambar,Alya pulak yang segan silu sedikit, ditambah pula dengan sifat Alya yang sememangnya agak pemalu.
Giliran meraka pun tiba, limit untuk penumpang dalam sesebuah boat adalah 12 orang, tetapi keluarga Fakhri ditambah dengan Alya cuma 9 orang.
Ada 3 lagi kekosongan, tapi ayah Fakhri, En.Fikri cepat-cepat memberitahu orang yang incharge boat tu supaya hanya keluarga-keluarga je yang dalam boat tu, tak mahu orang lain.

"Saya bayar lagi tuk genapkan 12 orang asalkan hanya kami2 sekeluarga je dalam boat nih", kata En Fikri kepada orang tersebut.

"Wahh..sekeluarga? tetibe Alya rasa lain. Adakah aku sudah diterima sebagai salah seorang ahli keluarga mereka? Alya!! kau jangan cepat sangat melatah.Takkan lah ayah dia nak cakap, Saya nak keluarga saya & awek anak saya dalam boat ni,tak mahu orang laen..Aishh..takkan lah ayah dia nak cakap camtu kan kat orang tu...Perasan lebih la si Alya nih!"perang hati Alya dengan jiwanya.

Alya cepat-cepat mematikan lamunannya, takut disergah tiba-tiba lagi seperti tadi.
Maka, selepas urusan pembayaran selesai, hanya mereka sekeluarga sahajalah dalam boat itu, termasuk pemandu boat.

Maka...sumua orang mengambil tempat masing2, enjin boat dihidupkan, lalu boat pun bergerak tuk melawat tasik2 di sekitar The Mines............................

Friday, January 07, 2011

Duhai Sahabat~

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani



Huraian:
Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya.
Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Thursday, January 06, 2011

Bersin & Menguap

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.
Riwayat al-Bukhari

Huraian:
  • Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
  • Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
  • Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.
  • Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.

Wednesday, January 05, 2011

Meminang, Bertunang & Adat~

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih.
Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh.
Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.
Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.
Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
http://www.melbournefunctionrooms.com.au/assets/24/images/877524(400x400).jpg

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan.
Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan.
Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan.
Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”.
Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.
Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang.
Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang.
Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung.
Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan.
Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang.
Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang.
Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan.
Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan.
Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
  • Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
  • Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Source:A.A.N.S

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...