1st oF all...
mintak maap..cOz entry ni lebih panjang dari biasa..
harap anda bersabar membace nyer...
hahaha....(panjang la sangat)
petang 16 Mac lepas...(eh..brape punye lama daaa) Mun,Ain & Zana merayau2 carik fern tuk projek "Kampusku Tersayang"
aduyai..macam2 la prOjek fern ni..hehe..tapi.....
alhamdulillah...sumer da siyap tuk part Botani Kriptogam...
juz tgah putar alam tuk present mini project ekO terrestrial pulak ni..aduyaiiii...
berbalik pada tOpik paku pakis..hehe..
aritu g la jalan2..nk snap gmbr paku pakis sekitar kolej Aminuddin Baki ngan kolej Burhanuddin Helmi..
nk wat assignment punyer pasal...kitOwang gagahi jua..ececehhh
lagipown..mmg lame da xjalan2 petang2 ni....tapi bez gak..
yg xbeznyer..den kene geget ngan kerengge..
mengotip2 badan den rasO ae..hoho
*di sekitar kawasan pengembaraan kitowang..ekeke*
*wif ain...mane badan saya???*
*pOsing depan masjid pOwn jadi..haha**wif mun....dekat ngan canselOri*
selaen snap gambar paku pakis tuk present..
ade lagi tugasannyer...
wat esei tuk paku pakis yang jumpe tu..
hadOii...
ape la nak wat tuk esei nie...
kitowang sume langsong xder idea nk wat ape nie..
tapi..tibe2..di 1 pagi yang hening...cheewaaahh
sekitar jam dOblas pagi...den cube2 la karang citer sal paku pakis..
before tu tanye ibu sket..mintak berkat..hehe
last2..3jam kemudian...terhasillah cerpen instant yang ntah pape nie..hOhO
Demam peperiksaan sudah mula dirasai, ini bermakna selepas semua pelajar institusi pengajian tinggi beperang habis-habisan di dewan peperiksaan,mereka akan mendapat habuan di penghujungnya, iaitu cuti akhir semester. Maz, seorang mahasiswa tahun dua di UKM juga turut merasai bahang cuti yang bakal menjelma. Di bilik sambil menelaah pelajaran, dia sudah berkira-kira tentang apa yang akan dia lakukan pada cuti semester ini. Maz merupakan seorang yang menggemari suasana segar ,tenang dan amat sukakan pokok serta kehijauan. Kerana itulah Maz memilih kos botani di UKM. Tiba-tiba Maz tersenyum sendirian. Dia telah mendapat idea untuk program yang bakal dia lakukan pada cuti semester ini. “Balik kampung atuk!!”, jeritnya. Maz segera menutup mulutnya kerana tersedar dia sudah ‘over-excited’. Mujurlah Maz hanya bersendirian di bilik ketika itu, kalau tidak, pasti dia akan ditertawakan oleh rakan sebiliknya kerana responnya yang spontan itu.
Fikiran Maz mula terawang-awang. Maz teringat akan peristiwa-peristiwa yang dialaminya ketika dia bercuti di kampung datuk dan neneknya pada cuti akhir semester yang lalu. Banyak perkara baru yang dia pelajari. Maklum sahajalah, rumah keluarganya dengan kampung datuk dan neneknya jauh, sebab itulah Maz jarang sekali bertandang ke rumah datuk serta neneknya. Apabila sudah belajar di UKM, mudahlah untuk Maz bertandang menjenguk mereka kerana berdekatan dengan kampung datuk dan neneknya. Pada petang hari pertama di sana, Maz mengajak neneknya berjalan-jalan di sekitar kampung. Walaupun neneknya sudah mencapai usia 70-an,tapi masih kelihatan sihat dan langsung tidak letih untuk menemaninya mengelilingi kampung, berbeza dengannya yang baru beberapa meter melangkah,sudah tercungap-cungap. Dia kagum dengan neneknya. Sambil berjalan-jalan, Maz berborak-borak tentang rahsia dan petua yang nenek dia amalkan sehinggakan dia masih sihat dan segar walaupun sudah lanjut usia. Neneknya tersenyum, maka ternampaklah beberapa batang gigi yang sudah tiada. Maz tergelak sendirian dan berkata dengan nada bergurau pada neneknya, “sesihat-sihat nenek, gigi luruh jugak yer?”. Neneknya ketawa sambil mencubit pipi Maz yang tembam itu. Maz mengaduh kesakitan. “Ha..inilah padahnya mengata kat nenek sendiri”,kata neneknya. Maz menarik muka seakan merajuk, lalu dipujuk neneknya, “ala cucu nenek,nak tau petua nenek tak?” dan Maz terus tersenyum, “nak...mestilah nak nek”. Rupa-rupanya neneknya banyak makan ulam-ulaman dan kebiasaannya tidak menggunakan sebarang produk kimia untuk ubatan seperti orang zaman sekarang. Semuanya diambil daripada hasil hutan terutamanya paku pakis. Maz kagum mendengarnya. Tiba-tiba, semasa neneknya rancak berbual, mereka nampak ada sejenis paku pakis yang mendominasi kawasan lereng bukit. Maz tahu itu adalah Dicranopteris linearis iaitu resam tapi dia tidah tahu apa rahsia perubatan pokok resam tersebut. Maz mula bertanya pada neneknya. Kata neneknya, biasanya kalau demam, nenek dia gunakan daun resam yang ditumbuk hancur-hancur,dan tuam pada dahi. InsyaAllah demam akan segera kebah. Dan neneknya memberitahu, pada zaman dahulu sebelum kewujudan pen berdakwat, neneknya menggunakan batang resam sebagai pen bersama dakwat yang sedia ada. Maz terpana mendengarnya. Fakta yang Maz tahu tentang resam ini hanyalah pada ekologinya. Resam ini cepat bertumbuh dan mendominasi sesuatu kawasan kerana dia berperanan untuk mengikat tanah dan mengelakkan terjadinya hakisan tanah pada kawasan tersebut. Resam juga berupaya mengembalikan kembali nutrient ke dalam tanah. Pada kaki bukit itu pula, Maz ternampak akan Amphineuron opulentum, dimana rizomnya pendek dan menjalar. Frondnya lebih kurang setengah meter panjang. Laminanya satu pinat. Neneknya berkata paku pakis ini beracun dan dia dengar ada orang menggunakannya untuk meracun ikan supaya senang ditangkap. Mereka berjalan lagi dan pada kaki bukit di bahagian yang lain, dia ternampak akan Coryphopteris viscosa dimana stemnya menjalar. Pinatnya pula dua. Dia tidak sempat bertanyakan pada neneknya akan khasiat tumbuhan itu kerana pada ketika itu, neneknya sedang rancak berbual dengan teman sekampungnya dan dia tidak mahu mencelah kerana tidak mahu dianggap budak yang kurang ajar dan tidak beradab.
Tidak lama selepas itu, Maz ternampak ada paku pakis pada satu pohon yang besar. Maz yakin itu adalah Asplenium nidus yakni paku langsuyar. Tiba-tiba nenek di bersuara, “Ha..Maz tahu tak apa cerita dongeng misteri di sebalik pokok paku langsuyar tu?”. Maz seakan bingung. Apa yang Maz tahu paku langsuyar adalah sejenis epifit yang tingginya boleh mencapai 1.5 meter, mempunyai rizom yang pendek, mengeluarkan akar serabut yang pendek dan bersisik. Daunnya pula tunggal, bertulang daun menyirip, rapat antara satu sama lain serta berbentuk lanset hingga berbentuk pita. Sorusnya pula bermula dari kosta. Tapi itu semua adalah fakta, bukan dongeng mahupun misteri. Neneknya mula tergelak kecil melihat reaksi Maz yang kebingungan. “Maz tahu tak kenapa pokok tu dipanggil paku langsuyar atau paku langsuir?”. “Tak tahu lah nenek, kenapa yer?”, tanya Maz seakan budak tadika. “Sebab, orang-orang kampung dulu-dulu percaya yang di situlah pontianak langsuir tinggal”. Maz menunjukkan muka cuak dan takut. Neneknya ketawa lagi. “Tapi kau tak payahlah percaya, kan nama pun dongeng”,jawab neneknya lagi sambil ketawa. “Ala nenek ni,buat takut Maz jer, cepat la bagitau khasiat dia pulak nek”, rengek Maz. “Okey,nenek bagitau tapi jangan lah tunjuk muka seposen tu”. Maz senyum kelat. “Kalau khasiat perubatan, nenek tak tahu sangat, tapi nenek guna untuk buat syampu”, kata neneknya. “Syampu?? Macam mana tu nenek?”, tanya Maz dengan semangatnya. Senyumannya yang kelat tadi sudah bertukar dengan senyum penuh ingin tahu. “Senang saja, daun paku langsuyar ni nenek tumbuk sampai halus dan nenek campur dengan parutan kelapa. Dan kemudian, airnya nenek guna untuk mencuci rambut. Khasiatnya untuk suburkan rambut. Maz nampak sendiri kan, rambut nenek lebat saja, jarang gugur, lawa saja kan”, kata neneknya sambil tersengih. Maz tersenyum puas bercampur geli hati dengan keletah neneknya itu.
Maz dan neneknya berhenti sebentar membeli pisang goreng dan sedikit kuih muih untuk santapan waktu petang. Selesai membeli, mereka meneruskan perjalanan lagi. Pada satu kawasan tanah lembab, Maz ternampak di depan matanya akan paku-pakis yang berwarna hijau kekuningan, bercabang banyak dan berakar dalam tanah. Batangnya tumbuh tegak mencapai tinggi, lebih kurang 10 cm. Bahagian pangkal batangnya pula lurus tidak bercabang. Sementara bahagian atas batang bercabang banyak yakni cabang-cabang kerapkali mengeluarkan akar kalau menyentuh tanah. Daunnya hampir menutupi permukaan batang dan cabang. Stobilusnya terdapat di hujung percabangan serta berbentuk ovat. Maz yakin itu adalah Lycopodiella cernua atau rumput serani. Maz tidak sabar untuk mendengar penerangan neneknya lagi tentang kegunaan dan khasiat paku pakis tersebut. Ujar neneknya, tumbuhan ini penting dalam perubatan tradisional. Air rebusannya apabila diminum dapat mengubati atau menyembuhkan batuk dan lelah. Selain itu, apabila dicampuran paku-pakis ini dengan sejenis getah dan ditumbuk halus serta dipanaskan, ia dapat digunakan untuk mengubati luka atau kudis pada kulit dengan cara menampalkannya pada bahagian tersebut. Maz ternganga mendengarnya, “Betul ke ni nek?”. “Mestilah”, jawab neneknya ringkas. Sedar tak sedar, mereka sudah tiba di rumah. Maz ceritakan pada datuknya apa yang diceritakan neneknya tadi, lalu datuknya mengiakan kesemuanya. “Ha,kan nenek dah cakap betul,mana ada nenek bohong”, perli neneknya. Maz tersenyum puas, dan dia ingin mengajak datuknya pula untuk bersiar-siar pada esok hari.
Keesokannya, Maz mengikut datuknya ke kebun. Neneknya juga pergi bersama. Di sana, Maz ternampak lagi sejenis paku pakis epifit di sebatang pokok besar. Rizomnya besar dan kuat, ditutupi sisik-sisik yang ovat dan berwarna coklat-kehitaman. Stipnya menjulang daun fertil di atas daun steril. Maz yakin itu adalah Drynaria quercifolia atau nama tempatannya daun kelapa tupai. Menurut datuknya, daunnya yang telah ditumbuk hancur berkhasiat untuk dijadikan tuam. Ia digunakan sekiranya sukar hadam, batuk kering dan demam. Maz tersenyum sendirian, dia tidak sangka mempunyai datuk dan nenek yang betul-betul mencintai dan banyak belajar dari alam jika dibandingkan dengan manusia millenium, yang hanya tahu memusnahkan alam. Berdekatan dengan pokok tersebut, ada dua lagi paku pakis epifit di dua pokok yang berbeza. Yang pertama adalah Phymatosorus longifolia dimana ia besaiz kecil dan melekat pada batang pokok. Keduanya ialah Pyrrosia lanceolata. Apabila Maz berpaling ke belakang, dia ternampak lagi paku pakis epifit. “Banyak betul paku pakis epifit kat kebun ni yer”, katanya dalam hati. Paku pakis tersebut berbentuk seakan segitiga yang melekat pada batang pokok. Tepian daunnya bergigi halus dan Maz yakin itu adalah Davallia denticulata. Maz tidak sabar untuk mengetahui akan khasiat ketiga-tiga paku pakis itu, tetapi malangnya datuk serta neneknya memandangnya sambil mengangkat bahu serentak. “Ni body language yang nenek dengan atuk tak tahu la ni yer”, gusar Maz. “Iya, kami tak berapa tahu”, kesal neneknya. “Ala,tak apa lah, banyak dah ilmu Maz dapat dari atuk dan nenek sejak semalam. Terima kasih, sayang atuk nenek”, kata Maz sambil memeluk erat mereka berdua.
Hari berikutnya, Maz masih ingin belajar lagi tentang paku pakis yang ditemuinya daripada datuk serta neneknya, walaupun ada jenis-jenis paku pakis yang mereka tidak tahu akan khasiat serta kegunaannya, Maz tetap ingin pelajari sesuatu dari mereka berdua lagi. Hari ini neneknya memasak gulai ikan berserta ulam-ulaman. Walaupun ringkas, ia masih menyelerakan. Semasa menolong neneknya di dapur, dia terpandang akan paku uban iaitu Nephrolepis auriculata. “Boleh makan ke paku uban ni nek? Bau dia tak sedap lah”,tanya Maz sambil menjauhkan hidungnya dari daun tumbuhan tersebut. “Boleh cu, daun dengan pucuk muda dia nak makan mentah sebagai ulam pun boleh, nak goreng pun sedap”, ujar neneknya. “Wah, iya ke nek? Tak sabar nak makan nanti”,kata Maz dengan ceria. “Ha,kalau nak makan, tolonglah nenek kat dapur ni dulu, kalau tak tolong tak dapat makan”, gurau neneknya. “Baik....”,kata Maz dengan ringkas. Selesai makan, Maz memuji akan keenakan masakan neneknya dan akan meminta ibunya masak hidangan seperti itu apabila pulang ke rumah nanti. Selesai makan dan membersihkan diri, Maz berjalan-jalan sendirian di sekitar rumah. Begitu banyak pokok-pokok bunga yang ditanam neneknya. Kesemuanya tumbuh dengan subur dan berbunga lebat serta berwarna warni. Maz amat menggemari bunga, kesempatan inilah dia ingin mengambil gambar sebanyak spesies pokok bunga yang ditemuinya untuk dijadikan koleksi peribadi. Ketika sedang asyik dia mengambil gambar bunga-bunga tersebut, dia ternampak ada sejenis paku pakis di atas tanah. Ia hidup menegak dari tanah serta pendek. Frondnya pula pinnae yang bersambung pada rakis. Maz beranggapan paku pakis itu adalah Nephrolepis latifolium. Tidak jauh dari situ, dia ternampak sejenis lagi paku pakis. Juga berada di atas tanah. Batangnya pendek dan hidup merayap. Sporangianya pula terdapat di bahagian tepian bawah daun. “Ini Adiantum latifolium kalau tak silap”, monolog Maz pada dirinya. Oleh kerana datuk dan neneknya telah keluar untuk membeli barang dapur, niatnya untuk bertanya tentang khasiat tumbuhan-tumbuhan tersebut terbantut tetapi malangnya dia terlupa untuk bertanyakan hal itu sehinggalah dia pulang ke rumah kedua ibu bapanya.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk, Maz tersentak dari lamunan. Rupa-rupanya rakan sebiliknya sudah balik dan dia tertinggal kunci di dalam bilik. “Haish..kacau saja la budak sorang ni,baru nak rindu kat nenek”, omelnya sendiri sambil membuka pintu lalu terus menelaah pelajaran yang tergendala sebentar tadi dek lamunannya yang panjang itu.
ekekek...
begitulah kisahnyer..
biarla xbez pown citer..
yg penting esemen siyap..hoho
okeyh...dah abesh da..
jOm sambOng wat kejer..huhu