Sunday, October 26, 2014

Sudah Dua Puluh Enam Kali..


26 Oktober,
Tarikh itu tiba lagi,
Saban tahun tanpa culas melakukan tugasnya,
Hadir di helai-helaian terakhir sesebuah takwim

Tahun ini,
Sudah dua puluh enam kali tarikh itu menjengah dalam hidupku,
Mungkin bagi orang lain,
Itu hanyalah tarikh yang biasa,
Sama seperti tarikh-tarikh yang lain.

Tetapi bagiku,
Tarikh itu sangat istimewa,
Bukan hanya kerana ia tanggal kelahiranku,
Tetapi ada peristiwa hebat yang berlaku disebaliknya.

Imbas kembali pada tarikh itu,
Pada dua puluh enam tahun yang lalu,
Ada seorang wanita mulia,
Pertaruhkan hampir seluruh nyawanya,
Dikerahkan segala keringat dan tenaga yang ada,
Sedaya upaya dia berjuang,
Hanya untuk melahirkan puteri sulung yang ditunggu-tunggunya ke dunia,
Seorang diri tanpa suami disisi,
Dek kerna tuntutan kerja.
Tidak gusar andai nyawanya menjadi taruhan,
Pintanya hanya untuk melahirkan puterinya dengan selamat.

Kini..
Dua puluh enam tahun selepas peristiwa itu,
Puteri yang dulu tapak kakinya hanya sebesar dua jari,
Telah meningkat usia menjadi seorang gadis riang,
Dan sudah pun menjalani kehidupan berkeluarga bersama pilihan hatinya,
Serta dipinjamkan seorang puteri dariNya sebagai pengikat cinta mereka.

Selamat Ulangtahun Kelahiran,
Rasanya ucapan 'selamat' itu lebih layak diucapkan kepada dia,
Dia yang melahirkan aku ke dunia ini,
Tanpa dia, aku tiada di sini,
Tanpa dia, tidak dapat ku rasai nikmat menjadinya seorang Ibu,
Terima kasih Bonda,
Zakiah binti Abdullah,
Keranamu anakmu disini,
Bernafas di bumi Allah ini atas izinNya.


Sudah dua puluh enam tahun berlalu,
Masihkan aku di sini pada dua puluh enam tahun akan datang?
Hanya Allah yang tahu,
RahsiaNya yang kekal dalam simpananNya,
Sehingga Dia sendiri yang membongkarkan rahsia itu.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" .
( Surah Ali Imran : Ayat 185)

Friday, September 26, 2014

Saya Dah 100 Hari!

Assalammualaikum
Lama betul tak update blog.
Macam bizi sangat je kan?
Haha



Dalam 100 hari ni,
Banyak yang Ana tahu
Lagi banyak yang Ana tak tahu,
Belajar sikit demi sedikit,
Cuba untuk menjadi Ibu yang terbaik meskipun bukanlah Ibu yang sempurna,

Dalam 100 hari ni,
Delisha dah pandai senyum,
Dan ketawa, meski tak lah segalak mana lagi.
Dia jugak dah boleh mengiring,
Bila meniarapkan, boleh tahan lama jugak dia bertahan.
Kepala pun dah tak bergoyang bila didukung & diteriapkan.
Dah pandai angkat kepala masa baring, macam nak bangun,
Kaki dan tangan sangat aktif,
Sentiasa bergerak-gerak tak kira masa,
Ada satu hari, masa tidur, bantal yang kat kaki dia boleh sepak terus ke muka dia,
Tiba-tiba dengar dia menangis,
Rupa-rupanya bantal dah melepek kat muka dia!
Bila kita dirikan badan dia kat lantai,
Dia dah boleh menapak,
Mata dia dah pandai tengok objek,
Dah pandai mengekor gerakan objek tu.
Dia dah mula kenal orang,
Bila merenung orang, lama betul dia memerhati,
Tak berkelip mata!
Bila Ayah dia agah, suka betul dia!
Konon dah pandai tengok TV,
Bila tengok TV tu, macam paham je.
Ralit!


Dalam 100 hari ni,
Ana masih belum lagi sempurna sebagai seorang Ibu,
Tak secekap mana nak menguruskan rumahtangga,
Masak pun simple-simple je,
Rumah kadang bersapu kadang tak,
Arnab kat reban kadang terlupa nak bagi makan,

Ya Allah,
Berikan aku kekuatan untuk mengharungi semua ini,
Berikan aku kesabaran dalam mendidik dan membesarkan amanah pinjamanMu ini,
Berikan aku kemahiran yang terbaik untuk membimbingnya kejalan redhaMu seiring piawaian yang telah Engkau gariskan.
Kurnikanlah anakku akal yang cerdas, tubuh yang cergas dan iman yang tebal.
Jauhkanlah dia dari sebarang penyakit yang berbahaya.
Murahkanlah rezeki kami sekeluarga,
Jauhkanlah kami dari bebanan hutang,
Redhakanlah perjalanan hidup kami.

Monday, August 25, 2014

Won’t You Be My Partner After This World?

Masih terbayang saat itu di ruangan mindaku,
Saat lafaz sakti itu engkau ungkapkan,
"Aku terima nikahnya.."

Hari ni,
Genap dua tahun peristiwa itu berlalu,
Setiap kali ku bukakan mata,
Hati tersentuh kau hiasi dunia,
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku.
Semua impian yang ku damba menjadi nyata,
Tak perlulah lagi ku bermimpi,
Kini kau hadir dalam sedar mencintai,
Untuk kekal sehidup semati.
Tak perlulah ku memeluk angan,
Kini kau ada erat di dalam dakapan.

Ku mampu tempuhi halangan,
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu.
Di saat ku memikul bebanan,
Kau memberikan ku kekuatan.
Kau berikan ku segalanya,
Sabar tanpa ada rasa jemu.
Kau membuat ku terlena dalam rindu.

Telah kurela hadirmu temani relung hatiku,
Simpanlah jiwaku dalam doamu,
Kan kujaga cintamu,
Telah kurela hadirmu temani relung hatiku,
Simpanlah nafasku dalam hidupmu.
Kan kujaga setiamu.

Terima kasih untuk segala memori,
Kau selalu menceriakan semula hatiku yang kadang terluka,
Usah dikau hampakan harapanku terhadapmu.
Genggamlah erat tanganku,
Berikrar setia bersama sehingga ke akhirnya.

Monday, August 18, 2014

Welcome To The World, My Little Girl

Assalammualaikum.
Wah. Lama benor tak conteng blog ni.
Suci mulus je blog ni tanpa contengan merapu Ana kan?
Haha

Alhamdulillah,
Setelah 22 bulan menanti,
Ana sudah bergelar seorang Ibu!
Ana telah melahirkan seorang puteri yang comel, sihat dan sempurna.
Alhamdulillah.

Setelah 61 hari kelahiran,
Baru nak berpeluang kongsi cerita.
Untuk tatapan dan kenangan sendiri dimasa akan datang.
:)

15 Jun 2014

Ana terpaksa serah diri kat Hospital Segamat sebab Ana ada Gestational Hypertension (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). Terpaksa bersalin sebelum EDD untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada si ibu/baby. Walau langsung takde rasa sakit nak bersalin, tapi terpaksa pergi jugak la.

Buat USG. Alhamdulillah, baby dalam keadaan baik. Dr tengok 'jalan' masih belum terbuka, jadi Dr tolong untuk bukakan jalan. Kemudian, Dr panggil Incik Suami untuk tandatangan surat izin IOL (induced on labour). Dr terangkan segalanya tentang IOL ni, tentang kesakitannya, tentang segalanya la. Incik Suami izinkan tapi dia siap bagi syarat, "Saya taknak doktor/misi pelatih yang sambut anak saya nanti, saya taknak isteri saya kena jahit banyak kali. Saya nak doktor yang betol2 doktor dan misi yang berpengalaman je yang ada nanti". Doktor senyap sekejap.Haha. Dia setuju dan dia suruh Incik Suami cakap semula tentang hal tu bila Ana dah nak bersalin nanti. Sebab dia takut bila Ana bersalin nanti, bukan waktu di on call.

16 Jun 2014

0711hrs: Buat CTG untuk yang ke berapa kali ntah. Tapi buat kat katil je, tak pergi kat labour room. Sepatutnya kena induced, tapi doktor tak datang-datang. Ada meeting kot. Dalam tengahari, ada pulak budak medik dari kolej medik datang interview. Hayoo. Takde orang lain ke nak pilih. Nak taknak, kena bagi kerjasama jugak la, sebab Ana pun pernah jadi student dan tau macam mana rasa kalau orang yang kita nak interview tu taknak bagi kerjasama. memang hangin rasanya. Haha. Makan sarapan nasi goreng specially cooked by Incik Suami. Nyummyy...

1603hrs: Check jalan. Bukaan serviks 1.5cm. Doktor kata tak perlu masuk prostin lagi sebab kes semi-urgent. Fuhh. lega.

2230hrs: Rasa sakit2 dari pinggang ke lutut. Tapi on-off. Taktau tu sakit apa. Tak boleh lelap malam tu. Asyik ke bilik air je, terkencing. Minum air pun bukan main banyak. Berapa kali ntah mintak misi top-up kan air. Hihi. Baring tak kena, duduk tak kena, mengiring je boleh. Tu pun masih rasa sakit. Mengadu kat misi, misi cakap biasa lah tu. Bila tengok kat CTG, kontraksi tu ada, tapi masih slow. Satu kontraksi dalam masa 10 minit dan jangkamasa kontraksi tu 15 saat.

17 Jun 2014

0729hrs: Bukaan serviks 2 cm. Suppositories (pil Prostaglandin) di masukkan kedalam faraj. Rasa seram sejuk jugak masa Dr masukkan tu. Huhu. Tujuan tablet ni dimasukkan adalah untuk melembutkan servik akan mencetuskan kelahiran bayi pada hari berikutnya. Ini bergantung kepada individu jugak. Ada yang masuk sebiji prostin pun dah rasa sakit nak beranak, ada orang, walau dah masukkan 3 biji pun masih belum rasa sakit nak bersalin tu.Kena puasa sejam selepas masuk ubat. Pakar datang melawat. Dia pegang perut. Dia anggarkan baby 3.4kg lebih.


1323hrs: Ada makcik sebelah tu melawat anak dia. Dia pegang perut Ana. Dia kata cantik kedudukan, dan kepala baby dah masuk (enggaged). Dia rasa belakang Ana kat kawasan pinggang, rasa sejuk dan seakan berair. Dia kata dah tak lama dah ni. Dia rasa betis plak. Panas lagi. Dia kata, kalau betis dah sejuk, dah dekat sangat la nak bersalin tu. Hihi

1405hrs: Misi panggil suruh turun ke Klinik Pakar. Ayoo. Kenapa pulak. Misi cakap sebab pakar check tadi, baby besar. Dia nak scan semula baby besar mana sebenarnya.  Buat USG, baby 3.8kg ++. Dr bagi pilihan, sama ada nak bersalin normal / caesarian. Ana bimbang. Kenapa Dr sampai bagi pilihan. Teruk sangat ke kes Ana ni? Dr kata baby besar. Anggaran ni biasanya ± 0.5kg. Kemungkinan baby boleh jadi 4kg lebih. Berisiko kalau bersalin normal sebab Ana ada darah tinggi dan kelahiran sulung. Ana tak dapat nak bagi keputusan serta merta. Ana kata Ana nak bincang dengan Incik Suami dulu.Hihi

1430hrs: Dah mula rasa sakit yang amat.

1720hrs: Ajak Incik Suami jalan-jalan sekitar wad. Orang cakap kalau banyak berjalan, 'jalan' cepat bukak. Walau dah start rasa sakit2 dari  pinggang sampai peha, tetap gagahkan jugak. Incik Suami tak jemu melayan kerenah Ana. setia memimpin Ana kemana sahaja asalkan tak jauh dari kawasan wad. Hihi. Balik semula ke dalam wad, rasa sakit yang amat. Incik Suami suruh rehat kat katil je. Pergi toilet, dah ade 'show' (darah campur lendir). Ya Allah, tak lama lagi aku bakal melahirkan? Tunjuk kat Incik Suami, dia terkejut.

18 Jun 2014

Pagi tu Incik Suami datang awal ke wad. Dia terpaksa ke Palong atas urusan kerja.Sakit dah makin kerap. Dah ada 2 kontraksi dalam 10 minit.

Petang tu ajak Ibu pulak jalan-jalan sekitar wad. Sakit sangat. Rasa macam lutut nak tercabut. Tapi nak jugak jalan, sebab rasanya dengan berjalan, sakit tu kurang la sikit kot. Hihi.

2015hrs: Sakit sangat. Call ibu. Ibu masuk dengan Ayah Mertua. Dr check jalan. Dah 4 cm. Misi suruh makan kenyang-kenyang dulu untuk tenaga kat labour room nanti. Cuma selera nak makan roti dengan air coklat jer.

2115hrs: Ditolak masuk ke labour room guna wheel chair. Tengok sekeliling. Mencari kelibat suami. Sedih. Dia tiada. Dia belum balik dari Palong lagi. Berdoa banyak-banyak dalam hati semoga dia ada di sisi semasa Ana bersalin nanti.

2215hrs: Dr masuk. Dia pecahkan air ketuban .
Amniotomi/Artificial rupture of the membranes(AROM)
Doktor pecahkan air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis,steril dan plastik. Ia digunakan mencetus air ketuban pecah menyebabkan kepala bayi bergerak di dalam servik dan kontraksi menjadi lebih kuat.Ini disebabkan oleh air ketuban pecah boleh merangsang hormon Prostaglandin dan mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi keluar.  
Doktor lain datang. Dia kata 4 jam lagi dia akan check bukaan jalan (bermakna jam 2.15am) dan sekiranya jalan masih belum 10cm, akan tunggu lagi 4 jam (6.15am) dan sekiranya masih belum buka juga, pukul 8 am Ana terpaksa bersalin secara caesarian. Doktor kata bukaan jalan makan masa sekurangnya sejam untuk 1 cm bukaan. Jadi mereka jangka Ana mungkin bersalin dalam 6 am ke atas. 

Mengadu dahaga dengan misi. Misi kat KK ada cakap, kat labour room tak boleh makan/minum. kalau 8 jam kita kat situ, 8 jam la kita tak makan/minum. Takut kita terberak/terkencing pulak. Ana cuba nasib je mintak air dengan misi. Eh, bagi pulak dia. Satu mug dia bagi. Hihi. Tak lama lepas tu Dr masuk, Dr kata nak air Milo tak? Ana apa lagi. Cakap je la nak. Haha. Alhamdulillah, rezeki.

19 Jun 2014

1230hrs: Tengah menahan sakit yang amat sangat. Tak boleh duduk. Cuma mengiring dan baring je. Rasa nak larikan diri dari labour room. Menyesal pegi labour room awal2. Kalau duk kat wad, maybe boleh berjalan-jalan atau duduk tuk kurangkan kesakitan. Dalam tengah menahan sakit tu, nampak kelibat seseorang yang dirindu! My husband!! Ya Allah, tak sangka betul. Kalau ikutkan prosedur, suami mana boleh masuk, melainkan kalau isteri betul2 tengah nak bersalin. Ana tanya macam mana dia boleh masuk, dia kata misi bagi tengok sekejap. Sementara dia dalam tu, dia tenangkan Ana, tolong urutkan kaki dan belakang Ana. Misi masuk, di bubuh ubat dalam drip. Ubat tahan sakit katanya. Tak lama kemudian, Incik Suami terpaksa keluar. Sebelum dia keluar, Ana ada mengadu dengan dia. Tak tahan sangat rasanya sakit ni. Rasa macam nak operate je. Dia tenangkan Ana. Dia kata jangan putus asa. Sakit ni penghapus dosa. 

0115hrs: Rasa mengantuk sangat bercampur dengan sakit. Ana tidur untuk hilangkan rasa sakit tu. Hihi. Eh, boleh pulak terlelap kan dalam sakit tu. Hihi

0210hrs: Sakit yang memuncak. Rasa punggung nak tertanggal! Kebetulan misi lalu, mengadu kat misi yang rasa sakit gila. Misi datang tengok. Terus dia panggil Dr. Dr sepatutnya datang nak check bukaan jalan, tapi dah jadi lain. Dr kata kepala baby dah nampak, bukaan 9.5cm. 

0215hrs: Dr kata jangan teran lagi, cuba kawal pernafasan. Tiba-tiba Incik Suami masuk. Dia terus ke sebelah kanan Ana. Tangan kananya memegang tangan kanan Ana, manakala tangan kirinya mengusap kepala Ana. Ana tak henti-henti membaca doa Nabi Yunus. Sejak masuk labour room, tak putus-putus Ana baca doa tu. Dengan harapan Allah mudahkan segala urusan Ana. Dr suruh teran. Ana guna sehabis tenaga untuk meneran. Doktor kata kepala dah hampir keluar. Dia puji, pandai! Haha. Dia suruh teran lagi, kali ni dia suruh teran lama-lama, jangan putus. Sebab tersekat kat hidung baby (mancung kot.haha), takut baby lemas. Ana pun teran selama dan sekuat yang boleh. 

0225hrs: Alhamdulillah, dalam 3 kali teran, Ana melahirkan seorang khalifah di dunia ni. Semua happy masa tu. Suami bisik kat Ana, "perempuan, Sayang", sambil tersenyum gembira. Selepas potong dan kepit tali pusat, misi letak baby tu kat dada Ana. MasyaAllah, tak tau nak cakap perasaan masa tu. Allahuakbar! Subhanallah. Sangat indah ciptaan Allah di depan Ana masa tu. Terasa kulitnya menyentuh kulit Ana. Misi tanya, 'Ni anak awak, Tengok, laki ke perempuan?". Ana jawab, "perempuan". Lalu dia ambil dan bawak baby keluar untuk mandikan serta buat penilaian seterusnya. 

Ana rasa nak pitam selepas uri dikelurkan. Darah tak berhenti-henti keluar. Nurse menghalang Ana dari tidur. Tekanan darah Ana diambil. Tekanan darah Ana jatuh menjunam. Tukar 3 jenis alat uji tekanan darah, keputusannya masih sama. Hypotension! Penglihatan Ana makin kabur. Kepala sangat pening. Ana rasa sampai situ je hayat Ana. Doktor cepat2 suruh nurse bagi Milo kat Ana. Ana dehydrate. Muka dah pucat. Selepas minum Milo, Ana rasa segar sedikit. Selepas beberapa lama, tekanan darah diambil kembali. Alhamdulillah. tekanan darah Ana kembali normal.

Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi Ana peluang hidup di buminya ini dan membesarkan anak Ana. Beratnya ketika dilahirkan adalah 3.5kg dan panjangnya 50 cm. Selepas dia dimandikan oleh nurse, Incik Suami azankan anak kami, tapi Ana tak dengar masa tu. Mereka kat tempat lain.

Kemudian, nurse hantar baby kat Ana dan suruh Ana susukan. Fuh! Memang janggal. Ana tak biasa pegang baby selama ni. Apatah lagi nak susukan. Pegang tu memang kekok, berapa kali ntah nurse betulkan cara pegangan Ana, tapi still kekok. HAHA

Lama kelamaan, Alhamdulillah. Ana dah biasa kendalikan anak kami.

Begitulah serba sedikit kronologi kelahiran Delisha Shakirah.
Ya, kami sepakat memberikan nama puteri kami Delisha (keseronokan,kegembiraan) Shakirah (yang berterima kasih,bersyukur) dengan harapan dia membesar menjadi seorang gadis yang riang dan memberikan keriangan kepada orang sekeliling serta sentiasa bersyukur diatas segala apa yang dia terima.

Doakan kami dapat membesarkan puteri kami dengan penuh kasih sayang serta mendidiknya selari dengan tuntutan syariatNya. Semoga Delisha Shakirah membesar menjadi anak yang solehah, sihat, pandai dan menyenangkan hati semua.

Oh ye,di sini Ana nak share serba sedikit jurnal sepanjang 9 bulan kehamilan Ana..:)
# Trimester pertama
# Trimester kedua
# Trimester ketiga

Monday, May 05, 2014

Lelaki Ini


Lelaki ini,
Aku tak tahu apa sebenarnya yang selalu berada di benaknya.
Tetap masih mampu tersenyum.
Walau berjuta dugaan datang menimpa.
Bertindih.
Bertindan.
Berlapis-lapis.

Hey kamu!
Dari apa asal hatimu?
Dari besi padu barangkali.
Kerna hatimu masih tetap teguh mengharungi setiap cubaan dan halangan yang menyinggah.
Walau ku tahu, engkau seakan mahu rebah dan jatuh,
Tetapi engkau tetap terus bangkit, bersemangat mengharungi hari mukamu,
Dan sering berkata padaku; "Aku akan terus kuat kernamu. Kekuatanku ini adalah darimu. Semangatku darimu. Tanpamu, pasti hidupku akan hilang punca. Sebab semua yang ku lakukan hanyalah untukmu".

Kamu.
Tika kau pulang dari kerja,
Peluh masih basah di tubuh,
Lelah masih belum pergi,
Engkau masih tetap memanggilku dengan nada yang lembut dan manja tika pintu rumah dikuak.
Walau ku lambat menghidangkan penyejuk tekak untukmu,
Engkau tidak menempelakku.
Malah engkau turut sama membantuku,
Tika kau lihat ku terlantar kepenatan.

Kamu...
Mana lagi dapat ku temui insan sepertimu.
Yang sanggup memilih derita demi melihat insan-insan yang kau sayangi bahagia.
Yang sentiasa memikirkan kepentingan insan lain melebihi kepentingan dirimu sendiri.

Kamu...
Takkan pernah ku lupa segala budi dan layananmu,
Tika ku tak mampu memakai sandalku sendiri, kau duduk dihadapanku, menyarungkannya untukku.
Tika kau terlihat cermin mataku berwap ketika keluar dari kereta, kau menanggalkan cermin mataku, dan mengesatkannya pada bajumu.
Tika ku sukar bangun, kau meminjamkan tangan dan lehermu untuk ku berpaut.
Tika ku menangis, kau sanggup pinjamkan bahumu untukku basahkan dengan airmata.
Tika ku tak mampu sediakan pelbagai hidangan enak untukmu, engkau masih menjamahnya dengan berselera walaupun hanya berlaukkan kicap.
Tika ku sakit, engkau sanggup meninggalkan bebanan tugasmu seketika untuk menjaga dan mengurusiku.

Kamu...
Aku sendiri tak tahu sampai bila Allah beriku peluang untuk terus berada di sisimu,
Tetapi izinkan aku berada di dekatmu sebelum ku melangkah ke perhentian terakhirku.
Doaku agar kamu terus kuat menempuh kepahitan hidup,
Dan percayalah kemanisan akan tiba jua jika kau terus bersabar dan sentiasa berserah kepadaNya

Isterimu,
03052014 - 1513hrs
Segamat, Johor

Wednesday, February 12, 2014

Friday, January 31, 2014

Journey To Pulau Lagenda (3)

Holaaa...
Bertemu kita di hari terakhir percutian kami..
Chewahh..
Macam poyOver jer kan..

20 Januari 2014

Destinasi pertama di hari terakhir.
Kami ke Underwater World Langkawi, Pantai Cenang.
Ala-ala lawatan sambil belajar la kan? HAHA
Melihat pelbagai spesis hidupan marine dan hutan tropika.
Antara species di Underwater World yang sempat snap gambarnya. Hihi. Pakai kamera henpon je, tu gambar tak berapa nak sharp tu. Tapi Alhamdulillah, ada la jugak dari takde. Hihi
Sambil berjalan-jalan sekitar situ, ternampak pulak kedai makan.
Eh, macam lapar la pulak.
Tapi teragak-agak juga nak beli, sebab maklumlah, tempat-tempat yang macamtu, harganya boleh bikin tersemboq!

Bila tengok-tengok menu, last-last kami ambil roti sandwich je la, dengan secawan milo.
Sandwich tuna for me & Sandwich Tuna+Sandwich Cheese for him.
KIKIKI
Alhamdulillah, mengenyangkan la jugak..

Kemudian, kami sambung lagi mengukur tanah kat Underwater World tu.
Sampailah ke penghujung.
Ada tempat jual cenderahati kat situ.
Tapi tak la mahal sangat harga dia,
Ingatkan harga souvenir kat situ standard macam kat Aquaria KLCC juge,
Tapi tak..Affordable  
Kami sempat jugak rembat satu dua barang kat sana.
Rembat yang berbayor..huhu

Dah siap semua,
Kitorang gi jalan-jalan cari makan la pulak.
Dah nak menghampiri tengahari kot.
Kitorang makan di Nasi Kandar Tomato, Pantai Chenang.
Tapi Ana tak ambil nasi kandaq pun, macam tak selera nak jamah nasi.
Order bakso, dia kata orang tu buat lambat.
Last-last order bihun sup je la. Tapi mengenyangkan jugak. Kiki
Ramai giler foreigner kat kedai tu.
Ada yang tergigit-gigit beria masa makan satay. Lucu! Hihi
Kebanyakan foreigner makan masakan tempatan kita, bangga pulak tengok.

Selesai makan, kami lepak-lepak di Pantai Chenang
Saja santai-santai tepi laut.

Dah lama melepak, kami terus menuju pulang.
Nak packingkan apa yang patut before kembali ke bainati jannati.

Sekitar jam 1718, kami tiba di Langkawi International Airport
Menunggu FIL dan Mr Zauj ambil barang pula.
Maklumlah, pergi satu troli, balik dah 3 troli.
Terpaksalah trip pertama bawak orang, trip kedua bawak barang. Hik3

Jam 1905, kami berangkat pulang dengan penerbangan Air Asia AK6323
Senja hari ini menampakkan pesonanya. Selaras dengan guratan awan biru keputihan yang seiring waktu menua mengikuti jejak jingga mentari yang semakin merunduk.
Tiba di LCCT sekitar jam 2020
Sementara menunggu yang lain turun dari flight, ternampak satu situasi yang menyakitkan hati!!
Kelihatan bagasi kami dihentak dengan rakusnya!
Gila tak panas hati mak!
Banyak barang kaca kot!!
Dah la untuk bagasi sahaja kami kena bayar RM225
Takkan dah bayar, macam tu je diorang hentak bagasi kitorang.
Bukannya tak bubuh tag 'fragile'
Kurang hasam sungguh la!!!

Setibanya di balai ketibaan,
FIL & Mr Zauj terus ambil kereta di parking lot.
Jauh juga mereka berjalan.
Selesai punggah barang ke dalam kereta, terus kami bertolak pulang.
Setibanya di R&R Seremban, kami isi perut dan solat.
Dan menyambung perjalanan.

Ana tabik betul kat diri sendiri hari tu,
Langsung tak tidur dalam kereta.
Teman Mr Zauj borak.
Yelah, kalau nak ikutkan, dia lagi letih kan.
Kat Langkawi dia drive, nak balik pun dia drive lagi.
Jadi tanpa dipinta, Ana teman la dia.
Buka mata leluas, tak kasi terlelap.
Sedar tak sedar, dah sampai kat rumah.
Alhamdulillah, tak muntah pulak Ana masa tu. Hihi
Kami tiba di rumah jam 0244

Perkara pertama lepas sampai rumah,
Ana pergi kat katil la.
Rasa katil tu da memanggil-manggil da.
AHHAHA
Tapi lain pulak Mr Zauj,
Perkara pertama dia tengok,
Barang kaca yang kitorang beli tu.
Malangnya, tea set yang kami cadang nak bagi kat orang, dah pecah.
Bukan sikit-sikit. 3 biji cawan kot yang pecah!
Jadi, terpaksalah guna untuk diri sendiri.
Takkan nak bagi orang yang pecah kan.

Mr Zauj tak dapat lelapkan mata,
Tapi Ana dah tak tahan dah.
Mintak izin dia nak lena dulu.
Dia pun kata nak selesaikan projek inovasi dia.
Hish..rajin betul la budak debab sorang ni.
Tengah penat-penat pun masih memikirkan kerja.

Okeh.
Selesai sudah Ana membebel dalam Journey To Pulau Lagenda
See you next entry.
Tak tau lagi entry pasal apa.
Yang pasti, pukan asal Langkawi lagi la kot.Hihi
Tiga entry berturut pasal Langkawi.
Mesti korang nak baca yang lain pulak kan?
(Statement konon Ana ni blogger yang ramai readers la kann..AHHA)

Wednesday, January 29, 2014

Journey To Pulau Lagenda (2)

Alahai...
Lama pulak ambil masa nak sambung tuk hari seterusnya kan? kiki
Okeh, jom kita meneroka hari seterusnya.(eh, macam iklan susu pulak!)

19 Januari 2014

Hari kedua di Langkawi. Lewat bangun.
Selesai sarapan bihun goreng masakan Mak dan roti bakar, bersiap untuk masak tengahari pulak.
Mr Zauj & FIL ke pasar cari barang basah.
 
Taraa..
Tengahari tu makan Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol cooked by Mr Zauj, Sambal Sardin & Ayam Goreng by MIL & Tumis Bayam by SIL.
Ana? Ana jadi pemerhati tak bertauliah je. Ikiki

Selesai makan, kami ke Panorama Langkawi Cable Car.
Ana macam 50-50 nak naik bende alah ni.
Tapi bila Mr Zauj kata "InsyaAllah, takde apa-apa", Ana pun turutkan lah.
Tiket kami jam 1430.
Sebelum tu, kitorang jalan-jalan la kat bazar sekitar tu.
Takdelah mahal sangat harganya.
Kek coklat yang kat sini RM10, kat sana baru RM6.50
Jenama sama.Packaging pun sama.

Tengah menjenguk-jenguk kedai orang tu,
Ada la terkenan satu maxi dress ni. Long sleeve.
Susah nak jumpa yang long sleeve ni.
Tapi macam teragak-agak je nak beli.
Maklumlah, dah banyak beli baju sebelum ni.

Dah 1430,
Masuk beratur.
Fuh..gila panjang orang beratur.
Jam 1518 baru kitorang dapat naik gondola.
Ana dan Mr Zauj share 1 gondola,
In-laws yang lain satu gondola.
Coz 1 gondola boleh naik max 6 orang je,
Kitorang bertujuh,
Jadi, kena ada yang berpisah la.
Hihi

Ahaha..Nampak tak nombor di situ? Mula-mula Ana tak perasan pun masa Ana snap. Tetiba bila bukak balik gambar dalam hard-disc, ternampak pulak gondola tu nombor 26. Ana hampir naik gondola tu, tapi disebabkan taknak berpisah dengan Mr Zauj, Ana move ke gondola berikutnya dengan Mr Zauj. Kebetulan yang melampau!

Alhamdulillah, Ana tak pulak rasa gayat masa duk dalam gondola tu,
Siap pandang bawah, pandang sekeliling,
Sehingga tiba ke puncak pertama,
Subhanallah, cantiknya pemandangan hutan hujan tropika kita ni dari atas.
Hijau. Segar.
Angin kat atas sana toksah kira la,
Boleh menggigil,
Angin tak kuat, tapi sejukkk...
Pemandangan di middle point sebelum sampai puncak Gunung Mat Chinchang. Tenang tengok lautan luas yang membiru, hutan yang menghijau dengan pelbagai jenis tumbuhan tropika.

Kemudian,
Naik cable car lagi untuk pergi puncak Gunung Mat Chinchang.
Tapi Ana tak naik pun sampai pelantar tinjau tu.
Berat sangat kepala rasanya.
Tapi tak naik kat pelantar tinjau tu pun masih boleh tengok pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang terbentang luas.
Pulau-pulau di selatan Thailand juga kelihatan jelas.

Dari puncak tu jugak,
Kita boleh nampak jambatan gantung melengkung atau Langkawi SkyBridge.
Yang merupakan jambatan gantung melengkung yang terpanjang di dunia.
Tapi masa kitorang kat sana, tengah under maintenance.
So, tak dapat naik la.
Agak kagum jugak la tengok SkyBridge tu.
Intelligent architecture yang superb!
Mr Zauj pun terpikir-pikir macam mana la orang buat kerja kat atas tu kan.

Jambatan tu unik sebab walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan.
Selain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tak jejaskan langsung tumbuhan-tumbuhan semulajadi kat bawahnya.

Masa untuk turun.
Weeee
Masa tu Ana dah pening-pening lalat dah.
Asal pening tu bukan masa naik cable car, pening mase dalam kereta dah.
Coz OTW ke sana, jalannya bengkang bengkok. Tu terpening tu. :-(

Seram pulak rasa masa nak turun tu.
Tetiba kat tengah-tengah perjalanan, enjin mati!
Haiya...Kecut perut rasanya.
Dan masa enjin mati tu pulak angin nak tiup gondola tu,
Berhayun-hayun kitorang dalam tu.
Ayoyo!!
Nak kata gayat tu, tak jugak,
Tapi memandangkan Ana tengah pening kepala,
Tetiba rasa tak sedap perut.
Mintak tolong Mr Zauj ambilkan beg plastik dalam handbag (guna isyarat je, nasib dia paham)
Dia pun cepat,cepat ambil plastik,
Bila Ana bukak je plastik,
BLUERKKK...melambak-lambak isi perut keluar.
HAHA..nasib la kebetulan masa tu dalam gondola just Ana, Mr Zauj & one of my SIL.
Takde la rasa malu sangat. Hihi

Fuh....lega je rasa bila sampai je kat bawah.
Sementara tunggu yang lain tengah shopping kat bazar, Ana duduk dekat bangku berdekatan 6D Cinema.
Mr Zauj entah kemana. Tiba-tiba hilang.
Mula-mula dia nak naik ATV kat Sky Adventure Park, tapi memandangkan 15 minit je dah RM50, dia batalkan je niat dia.

Tak lama kemudian, dia datang. Bawa satu bungkusan.
Eh, apa pulak dia beli ni? Senyap-senyap jer.
"Abi beli apa tu?" soal Ana ingin tahu.
"Abi beli baju untuk Sayang", jawab dia sambil tersenyum.
Dia pun keluarkan baju dari bungkusan tersebut.
Wahh...long sleeve maxi dress yang Ana berkenan masa mula-mula sampai tadi la!
Hihi...rase nak peluk Mr Zauj tang tu jugak, tapi cover..Ngeee

Bila semua dah ada, terus kami cari surau untuk solat jamak.
Seusai solat, kami berehat-rehat dulu sementara menunggu semua selesai solat.
Tiba-tiba Mr Zauj datang.
"Sayang..Sayang. Nak tengok rabbit tak? Masuk free jer"
"Nakkk!!!" balas Ana tanpa fikir panjang.

Di Rabbit Farm. Kemain jinak rabbit kat situ. Tak pasti la sama ada jinak atau kebuluran. Hihi. Tapi banyak rabbit yang dah tak lawa bulunya, yang berkurap pun ada. Mungkin kasi makan kangkung kot. Kangkung kan bergetah. Bila tengok rabbit kat situ, terubat jugak rindu dekat rabbit yang ditinggalkan di rumah. Hihi
Selesai bagi makan arnab. Kitorang pun balik.
Tak balik lagi sebenarnya.
FIL nak cari charger video-cam.
Ana tunggu dalam kereta je. Pening sangat rasanya.
Tak lama kemudian, Mr Zauj datang.
"Sayang, jom. Ayah panggil makan"
Cantik gak! Ana pun tengah lapar. Maklumlah, semua makanan tak sempat nak proses dah terkeluar balik. Hihi
Kami pun makan di restoran mamak berdekatan situ.
Ana order Roti Kosong garing dengan Limau Ais.
Nak kasi hilang loya ni sikit.
Berselera jugak Ana makan, walau pening tu masih taknak hilang.

Kemudian, kami berlegar-legar kat kawasan situ.
Mr Zauj suruh beli satu trolley bag lagi.
Dia kata nak letak barang Ana pulak.
Ana pun pilih yang murah je la. =D

Selesai semua,
Kami berangkat pulang ke homestay.
Baru je beberapa km perjalanan,
Terkeluar balik roti canai ngan limau ais tadi.
Aiyarkk...berlumba-lumba keluar.
Nasib la dah spare banyak plastic bag.

Sampai je kat homestay, Ana terus baring.
Memang tak tahan sangat rasanya.
Yang lain tengah sakan memasak kat dapur, Ana duk terbongkang dalam bilik.
Teruk kan? :(
Kemudian, MIL ajak makan.
Ana pun makan la. Tapi memang takde selera.
Rasa sakit mengatasi segalanya.
Lauknya memang sedap dah. Semuanya peberet Ana.

Selesai makan, baru je nak bangun,
BLUERKK lagi.
Tepat-tepat dalam pinggan.
Tapi muntah air semata-mata.
Huhh..sakan betul muntah hari ni.
Mr Zauj cepat-cepat ambil pinggan Ana tu dan bawa ke sinki.
Dia suruh Ana rehat.
Ana rehat dan kemudian pergi mandi tuk segarkan badan.
Selesai mandi, pun masih pening lagi.

Tak lama kemudian, Mr Zauj bawa Ana ke ruang tamu.
Mintak tolong MIL tarik rambut.
Biasanya dulu, time bujang-bujang, kalau Ana sakit kepala, Ibu la yang tolong tarikkan rambut.
Rasa lega sikit bila buat macam tu.

MIL tarik rambut Ana,
Sedap+sakit sikit.
Berderup-derup bunyi angin keluar dari kepala.
Selesai MIL buat tu, rasa macam ringan sikit kepala ni.

Ana sambung tidur.
Dengan harapan, keadaan esok kembali pulih seperti sedia kala.
Tak best kalau vacation dengan keadaan sakit cenggini, seksa!
Allah baru tarik nikmat sihat tu sekejap je kan? Tapi dah tak tahan.
T_____T


Bersambung lagi! hihi

Jumpa 'next day'!
The last day!

Masa type entry ni pun rasa macam ngantuk.
 
Nak tidur lu sat!

HAHA

Monday, January 27, 2014

Journey To Pulau Lagenda (1)

Assalamualaikum
Wah wah..berhabuk dah belog ni kan?
Macam dah lama tak mencatuk-catuk kat sini.
Walau banyak je hal nak tulis, tapi macam malas je rasa.
Macam nak melepak-lepak atas katil sepanjang hari.
Hik2.

Minggu lepas,
Ana, Mr. Zauj dan keluarga mertua berpeluang bercuti ke Langkawi.
Ana je yang pertama kali pergi sana.
Mr. Zauj & in-laws da banyak kali pergi dah.

17 Januari 2014

Bertolak dari rumah pada jam 1027 dan tiba di LCCT sekitar jam 1540.
Agak awal jugak la sampai kat LCCT.
Depature pukul 1925
Penerbangan AirAsia AK6316

Kena pulak hari tu, tepat pada hari kelahiran Ana (kelandar Hijrah),
Bersamaan 15 Rabiulawal 1435H,
Pertama kali dalam hidup Ana naik kapal terbang.
HAHA.
Macam jakun kan?
Tak jakun mana pun, biasa-biasa jerk. *cover-cover*

Cantik sangat awan berkepuk-kepuk masa tu. Macam cotton candy! *nyum-nyum*
Harap kamera Ana rosak skrin jerk, kalau tak, memang snap angle baek punya.
Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekitar jam 2010.
FIL terus call kereta sewa & pemilik homestay.
Dalam setengah jam jugak la menunggu kereta sewa tu.
Bila kunci kereta dah bertukar tangan, terus pemilik homestay bawak kami sekeluarga isi minyak dan terus ke homestay.
Kat kawasan Kuala Teriang
Selesa homestay dia. Berangin sokmo. Depan jelapang padi.
Dah lama betul tak duduk kat kawasan sawah.
*rindu zaman praktikal. TETIBE!*

Selesai tuan rumah tu beri kunci, terus kami ke kedai makan pulak.
Mengisi perut yang sedang rancak berirama zapin remix dangdut.
Kami makan di Airport Corner Masakan Panas
Bila perut dah kenyang, balik ke homestay la..apa lagi.
Rehatkan diri sebelum memulakan perjalanan esok.

18 Januari 2014

Pagi-pagi Ana dan Mr. Zauj keluar berjalan melihat sawah nan menghijau.
Subhanallah. Terpaku seketika melihat keindahan alam ciptaan Ilahi .
Pemandangan menghijau sawah padi yang terbentang luas serta angin yang bertiup sangat nyaman dan mendamaikan.
Tenang. memang tenang sangat.

Panorama di hadapan homestay. Lama tak meninkmati keadaan macam ni. Hihi

Sekitar jam 1050 kami memulakan perjalanan meronda-ronda.
Tempat pertama dituju, kedai makan! HAHA
Ingatkan nak cari sarapan, tapi memandangkan dah nak tengahari, sarapan tinggal yang hujung-hujung jer.
Apa lagi, brunch je la.=D

Kemudian, Mr. Zauj memandu menuju Beras Terbakar, Padang Matsirat
(1) Rumah Ku Halim Ku Hasan yang sekarang mungkin didiami oleh keturunannya. (2) Tapak kawasan beras terbakar. Memang tak nampak dah berasnya. Perasan banyak kelibat duit siling di bertaburan di atas rumput. Tak tau apa motif.  (3) Sampel beras terbakar yang dikumpulkan untuk tatapan pelawat dan duit sumbangan pelawat.



Kemudian kami bergerak ke bazar yang banyak menjual barangan batik jawa, pakaian, cenderamata dan sebagainya.
Boleh tahan murah jugak la harganya.
Sakan kami borong kat situ.
Jumpa pulak maxi dress yang lawa-lawa.

Bodek Mr Zauj. Dapat la 3 helai. Hihi
Sehelai dress batik sulam kait kat leher. Long sleeve.
Tapi kene pakai skirt labuh/seluar la, sebab baju tu singkat sampai atas buku lali. Terbelah pulak tu.
Dua helai lagi maxi dress short sleeve. Cotton. Susah betul nak jumpa yang long sleeve.
Cari jugak cardigan kat situ, tapi tak jumpa pulak.
Cari juga serba sedikit buah tangan tuk dibawa pulang tuk famili di Dungun.

Kemudian, kami pulang ke homestay.
Tuk menunaikan kewajipan dan melepaskan lelah.
Disamping itu, untuk meraikan hari ulang tahun MIL yang ke 41

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran, Mak. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezki yang berkat, pasangan dan anak-anak yang membahagiakan,
Petangnya, kami bergerak ke Kota Mahsuri, Padang Matsirat
Meninjau tinggalan yang katanya merupakan kubur Mahsuri Pandak Mayah.

Sekitar Makam Mahsuri, museum & rumah Kedah
Sekitar rumah Mahsuri. Ada buaian cantik, dapur dengan kukur kelapa antik, alat-alat berkenaan padi.
Ramai pelawat dari Thai nampaknya.
Sempat tengok orang buat kuih karas pakai tempurung kelapa. Sedap!
Kemudian, Mr Zauj memandu menuju Dataran Lang, Kuah
Sekitar jam 1814

Just posing-posing je kat sana, makan aiskrim, snap sana sini, pastu balik..Hihi

Aiskrim peberet Mr Zauj. Peppermint Chip. Pantang jumpa, mesti nak. Murah. Just Rm1.50 for 2 scoop 
Tengah jenjalan sekitar Dataran Lang tu, tetibe tali handbag putus pulak. Ngadu kat Mr Zauj.
Ana: Abi...beg putus..;'(
Mr Zauj: Ololo. Kesiannya. Nanti kita cari baru ye. Pandai pulak beg putus time kat sini erk?
Ana: Keh2....*blushing* 

Kemudian kami terus ke Hj. Ismail Group Chocolate Shop, Kuah
Apa lagi...Cari COKLAT!
Benda wajib (kononnya) yang kena beli kalau pergi Langkawi nih.
Pergh. Rambang mata! Macam-macam brand ada. Yang murah, yang mahal, pack besar, pack kecik, corak seashell, dalam botol, semua ada. Kalau Ana ni boros, semua nak borong. Tapi dalam jimat-jimat memilih tu, dalam RM200 gak melayang..=.=" 
Selesai shopping coklat, Ana & Mr Zauj pusing-pusing kat bazar sekitar situ. Nak cari handbag kononnya. Alhamdulillah jumpa. Tujuan utama nak cari handbag je, last-last banyak pulak beli barang lain. Dugaan betul la. Hihi
Pastu cari set pinggan mangkuk pulak kat HIG. Mr Zauj nak belikan tuk kawan dia. Tapi banyak corak yang berkenan, sold out la pulak. Haiyaa. Last-last rembat tea set dengan bagasi beg 1. Maklumlah, datang haritu bawak beg kecik je, tetibe sampai sini, banyak pulak shopping barang. Nak taknak, kena beli beg. Hihi. Ingatkan nak beli set sudu, tapi memandangkan naik flight, garfu dengan butter knife pun tak boleh bawak. So, batalkan je la niat tu. T___T
Setel semua, kitorang cari barang dapur tuk masak esok. makan & balik homestay. Fuhh.. Penat. Sehari suntuk keluar.Selesai je jamakkan solat Maghrib & Isyak, terus sulam mimpi.

*bersambung to next entry yang entah bila nak post. HAHA*

Friday, January 03, 2014

Melayang

Di malam yang hening ini,
Keseorangan,
Kesepian.
Ingatanku melayang jauh,
Jauh..
Terkenang kalian di sana.

Teringat lagi,
Suatu masa dulu,
Ketika aku demam,
Muntah, hidung berdarah. 
Engkaulah insan yang paling risau,
Tanpa suami di sisi, 
Engkau bawaku pergi,
Ke klinik, 
Berjalan kaki.
Jauh 
Aku lemah,
Namun kau penguat semangatku.
Engkau memimpin tanganku, tanpa lepas. 
Seusai berjumpa doktor,
Kau membelikanku sebotol besar susu coklat,
Dan dengan izinNya, ku kebah.
Bukan kerna doktor itu,
Bukan kerna susu coklat itu,
Tapi kerana kasihmu, IBU.

Dan masih bermain di fikiran,
Ketika ku demam,
Badanku panas,
Dia membawaku ke hospital,
Menemaniku di ruangan kecemasan.
Walau riak mukanya bersahaja.
Namun ku tahu,
jauh di sudut hatinya,
Dia khuatir akan keadaanku.
Setelah keluar dari bilik rawatan,
Doktor mengesahkan tiada perkara buruk berlaku padaku. 
Terus dia membawaku ke suatu tempat.
Ke pasar malam! Ya. Pasar malam
Dia terus mencari ayam madu untukku.
Tapi malangnya,
Pasar malam sudah hampir tutup,
Banyak gerai yang sudah habis jualannya.
Termasuk ayam madu.
Lalu,
Dia membelikanku ayam goreng. Banyak.
Setibanya di rumah,
Di terus keluar, untuk menyambung tugasnya.
Aku sudah beberapa hari hilang selera makan.
Tapi entah kenapa, malam itu,
Aku berselera sekali.
Ayam goreng yang banyak tu, habis ku makan.
Dan demamku beransur pulih.
Dia mengetahui apa mahuku, apa inginku, apa rasaku, meski tidak pernah ku luah.
Dia adalah AYAHKU.


Dan saat ini,
Rinduku menerawang jauh,
Merindukan kalian dari sudut terdalam dilubuk hati,
Mencari cara untuk menghembuskan pesan rinduku,
Pada sang kekasih hati yang jauh dari pelupuk mataku.

Berjuta kemaafan ku pohon,
Kerna sudah lama tidak menjengukmu di sana,
Tapi ku bersyukur punya kalian yang sentiasa memahami.
Jika diizinkanNya, insyaAllah.
Kita akan berkumpul semula.
Berkongsi kisah, berbagi rasa.

Secebis Bingkisan Rindu dari Puterimu
03 Januari 2014 | 2037hrs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...