Friday, June 21, 2013

Swollen Gum & Cheek Puffed Out! (This Never Happened Before)

"Tiada suatupun yang menimpa seseorang Muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan, tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan, hinggalah kepada tusukan duri, melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu"

18 Jun 2013 (Malam)

Rasa berdenyut-denyut di sekitar geraham atas, kiri dan kanan. Mengadu pada Ibu, Ibu suruh tumbuk bunga cengkih, balut dengan kapas, letak pada lubang kat gigi tu dan gigit tuk seketika.
Rasa kebas, ingatkan dah nak baik. Rupanya tidak. Mak pula mencadangkan kumur-kumur dengan air garam. Incik Asben tolong buatkan. Kumur punya kumur, masih sama. Mula pasrah. Nak nangis pun ada. Tapi Alhamdulillah ada suami dan mertua sebagai penguat semangat. Tidur dalam keadaan yang penuh kesakitan.

19 Jun 2013

Pipi dah mulai bengkak. Tapi sedang-sedang je. Incik Asben kelihatan mula risau. Tengahari itu, segera dia bersama Ayah ke farmasi mencari ubat. Ana rasa macam tak larat sangat nak masak, mintak tolong Incik Asben tapaw je. Petang tu, dia pulang membawa sebungkus ubat; ubat kumur, antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat susut bengkak berserta Nasi Ayam. Dia dengan rela hati nak suapkan nasi kat wife yang sakit ni. Isteri apa lagi, nak je la. Hehe. Selesai 5,6 suap, rasa kenyang, bercampur tak tahan nak mengunyah. Maklumlah, geraham kiri kanan dah out, terpaksa kunyah pakai gigi depan. Bukan ke seksa tu!

Petang tu, Incik Asben pergi menyambung tugas semula. Tinggallah Ana keseorangan. Bila dah sorang, apa nak buat lagi, tidur la. Tambah pulak dengan kondisi badan yg tak berapa nak best. Sebelum tidur tu, berWeChat ngn ibu dulu. Ibu siap pesan;
"Bila sedih dan sakit, ingat Allah ada utuk menolong. Minta lah dengan Dia. Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Orang disekeliling kita hanya dapat tunjuk simpati dengan cari ubat. Tapi kesembuhan milik Dia. Rabbulalamin. Dia yang tidak sibuk dan sentiasa mendengar rintihan hambaNya".
Dan ibu ajar doa;
"Ya Allah,sembuhkan penyakit yang ku tanggung ini. Di tangan Mu kesembuhan. Tiada kesembuhan melainkan dengan pertolonganMu. Amin". 
Lepas je baca doa tu, Ana pun tertidur. Dan bila terjaga, pipi semakin kembung. Ya, Allah sedang menguji Ana. Malam tu, Incik Asben belikan Bihun Sup. Pun tak habis. Makan tu cuma nak isi perut untuk makan ubat je.

20 Jun 2013

Bangun pagi, rasa pipi kiri dah semacam, tapi takut nak tengok cermin. Incik Asben ke tempat kerja tanpa sarapan. Dia tak kasi wife dia ni bancuhkan air coklat untuk dia. Dia suruh rehat. Bila nak mandi, beranikan diri nak tengok cermin. Ya Allah, makin teruk! Sakit kat gusi kiri dah kurang, tapi gusi kanan pulak berdenyut. Memang tak larat sangat nak masak, tapi gagahkan juga. Keluarkan ayam dari fridge dan rendam. Plan nak masak bubur ayam je. Incik Suami pun nak makan bubur. Tapi, Alhamdulillah. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Mak datang hantarkan bubur untuk menantunya ni. Hehe. Tak lama kemudian, hantar masak lemak putih fucuk+kembang semangkuk dengan ayam goreng. Alhamdulillah. Cuma masak nasi je, untukIncik Asben. Seusai makan tengahari, makan ubat dan terlelap lagi. Alhamdulillah, petangnya, kembung kat pipi dah semakin susut tapi mata masih 'cemey' sebelah. Incik Suami asyik tersengih je tengok keadaan Ana macam tu. Dia kata; "kesian ada, nak gelak pun ada". Ayoo. Dan Alhamdulillah, menjelang malam, dah semakin kurang bengkaknya.

Beginila lebih kurang kalau nak diilustrasikan keadaan sebenar. Nak tepek wajah sebenar, macam, "Ehh, takpelah!" HAHA.

Pipi: Puffed out sebelah kiri. Sebelah kanan kembung jugak, tapi tak berapa nak kembung sangat. Ibu cakap, pipi kembung comey buat Gwiyomi. Apakah? HAHA
Mata: Cemey/sepet sebelah kiri. Incek Asben siap cakap, "Comeynye mata, macam cina". DUSH DUSH!
Hidung: Kelihatan dah tak mancung sebelah kiri. HAHA. Macam hidung dah bertepek sangat dengan pipi.
Mulut: Senget! Renyok! Sebelah kiri je la. Kanan normal lagi.

21 Jun 2013

Alhamdulillah. Kembung kat pipi dah makin surut. Tapi mata cemey lagi. Ekspresi riang terpancar jelas di wajah Incek Asben, "Sayang, dah tak bengkak sangat dah la". *Grinning*. Gembira betul dia. Mudah-mudahan, pada penghulu segala hari ni, sembuhlah Ana dari penyakit ini, kan? Amin. Tak sabar nak cabut je gigi yang rosak tu. Huhu.

P/S: Ya Allah, Andai penyakit yang Kau kurniakan ini adalah sebagai penghapus dosa-dosaku yang lalu, aku redha Ya Allah.

Wednesday, June 19, 2013

Dunia Semakin Maju, Bila.....

*Phones ~ Wireless
*Cooking ~ Fireless
*Cars ~ Keyless
*Food ~ Fatless
*Tires ~ Tubeless
*Dress ~ Sleeveless
*Youth ~ Jobless
*Leaders ~ Shameless
*Relationships ~ Meaningless
*Attitude ~ Careless
*Wives ~ Fearless
*Babies ~ Fatherless
*Feelings ~ Heartless
*Education ~ Valueless
*Children ~ Mannerless

Everything is becoming LESS 
but still our hopes are ~ Endless.

Tuesday, June 18, 2013

2nd Attempt Kek Kukus Velvet HawFlakes

-Throwback-
(Untuk Resepi: Rujuk Disini)

Tarikh: 15hb Jun
Result: Lebih nipis lapisannya dari percubaan pertama dulu. Coz stock hawflakes banyak. HAHA.
Respon: Husband cakap sedap & makan sampai licin.

Ibu cakap, masa duduk kat Lumut dulu, ayah pun penah buat kek ni. Wahh..hebat la Ayah saya! :-)

*&^%$#@!#*^$&^$&#@*#&

Dah lama rasanya tak memuntahkan pandangan kat belog yang sepi ni kan? hihi
Sebenarnya terlalu banyak yang nak diceritakan,
Tapi di kotak fikiran di sentiasa terbayangkan pesan ibu;
"Sebelum nak bercakap tu pasal sesuatu, fikir betul-betul dulu.Perlu ke kite cakap tu? Sesuai ke dengan tempat/masanya? Kalau kita cakap, boleh jadi orang tersinggung tak? Kalau rasa diam tu lebih elok untuk redakan suasana, diam je. Allah tahu apa sebenarnya yang terbuku kat hati kita"
Ana terlalu bersyukur kerana Allah telah meminjamkan seorang ibu seperti Ibu kepada Ana di dunia ini,
Seorang Ibu yang tak jemu-jemu menasihati anak-anaknya,
Seorang Ibu yang sentiasa mahu membimbing anak-anaknya walaupun masing-masih telah jauh dari pandangan matanya,
Seorang Ibu yang tak pernah Ana dengar dia melemparkan kata-kata kesat samada kepada kami adik beradik, jiran tetangga, saudara-mara atau sesiapa sahaja.
Seorang Ibu yang terlalu menjaga tutur katanya.
Ana memang nak sangat jadi macam Ibu,
Tapi mungkin susah, sebab Ibu terlalu baik.
Tapi Ana akan berusaha untuk jadi baik, sebaik Ibu.
Begitu juga Ayah,
Dalam ketegasannya membesarkan kami, Ayah mempunyai jiwa yang halus,
Ya, Ana kenal Ayah Ana.
Walaupun ramai yang anggap Ayah seorang yang bercakap 'keras' & 'direct' tapi sesungguhnya Ayah tak akan pernah mengeluarkan kata 'kesat' dalam setiap butir bicaranya.
Ana memang akan 'kalah' dengan kata-kata Ayah.
Di rumah, Ayah memang jenis yang tak banyak bercakap, tapi bila dia bercakap, memang sentap.
Bukan sentap kerana terasa hati, tapi kata-kata Ayah itu sememangnya benar belaka.
Rasa terkesan kat hati!
Ana betul-betul kagum dengan mereka berdua.

Alhamdulillah,
sejak dilahirkan,
Ana dibesarkan dengan suasana begitu,
Suasana yang penuh dengan kasih dan cinta,
Walau tidak ditaburkan dengan wang ringgit yang melimpah,
Tapi kami bahagia,
Bahagia walaupun kami hanya duduk di dalam rumah sahaja.
Jarang sekali untuk pergi vacation.
Tapi kami gembira.
kehidupan di dalam rumah jauh lebih membahagiakan dari kehidupan di luar sana.
dengan gelak tawa, senda gurau sesama adik beradik,
Serius,
Ana terlalu merindui untuk kembali ke sana lagi.
Ana tak kesah kalau balik, dan hanya terperuk di dalam rumah.
Sebab Ana rasa, disitulah sebenarnya terletaknya kebahagiaan berkeluarga.
Bainati, Jannati..
Dari dulu, memang Ana dah merasakan indahnya syurga dunia bila berada di dalam rumah,
menatap wajah ibu, ayah, along,angah dan adik..
di situlah terletaknya kebahagiaan Ana.

Alhamdulillah,
Ana dibesarkan oleh Ibu dan Ayah yang super.
Dibesarkan bersama Along, Angah & Adik yang super juga.
Dikelilingi dengan sahabat handai yang super!
Alhamdulillah,
Dalam setiap langkah Ana,
Seiring dengan tumbesaran Ana,
Ana dibesarkan dalam suasana yang super!
Allah telah menjaga Ana dengan hebat,
Allah telah mengurniakan sepasang sayap (Ibu dan Ayah) yang membiarkan anaknya ini bebas terbang kemana inginnya seiring dengan kemahuannya tetapi akan mengawal kibaran sayap itu kiranya mula menuju ke jalan yang tak diredhai Allah.

Ibu & Ayah memang pantang dengar kami mencarut.
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu,
Ibu cepuk mulut ni sebab sebut perkataan yang tak elok.
Maklumlah, kat sekolah, macam-macam perkataan baru dapat.
Dan kita sendiri tak tau yang tu perkataan tak elok.
Dan dari sehari ke sehari,
Berkat asuhan & didikan Ibu & Ayah yang tak pernah jemu-jemu,
Kami adik beradik memang jijik rasanya bila nak sebut perkataan yang tak sepatutnya tu.
Kalau sebut, rasa macam dah buat satu dosa yang besar giler!
Dan Alhamdulillah, Allah pinjamkan juga sahabat-sahabat yang elok tutur katanya,
Betapa untungnya rasa diri ni.

That's why kalau orang yang kenal Ana ni,
Ana jenis yang tak berapa nak cakap sangat,
Ana lebih suka diam.
Sebab Ibu cakap, dari cakap yang takde faedah, baik senyap.
Tapi bila dah terlampau marah, kadang-kadang memang Ana tak dapat nak control.
Dan bila Ana terlalu tersinggung, Ana akan menangis semahunya.
Biarlah dikatakan 'cengeng', Ana tak kisah
Sebab tu je Ana rasa jalan terbaik dari maki hamun.
Sebab Ana sendiri tak suka orang carutkan Ana.
Lagi satu,
Sebab Allah benci orang yang suka maki hamun.
“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (al-Humazah:1)
Teringat akan hadits Rasulullah ni,

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”
Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”

Lantas Baginda s.a.w bersabda: 
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Ya Allah, jauhkanlah kami dari muflis di dunia apatah lagi di akhirat kelak.
Dah la pahala tak banyak sangat, nak pulak bagi kat orang. Bukan ke rugi tu?


P/S: From my point of view, lebih baik tidur kot daripada kita duk  lancang mencarut memaki yang entah apa-apa. Kan? Pandangan je la..don't be so serious. Hihi

Friday, June 14, 2013

Buat Lelaki Pertama Dalam Hidupku

Terima kasih atas segala curahan kasih dan cinta yang kau curahkan,
Takkan terbalas rasanya segala budimu padaku,
Tak pernah kau lukai hatiku tetapi ku yang terlalu banyak melukai hati kecilmu,
Maafkan aku, kerna masih belum bisa menjadi anak yang terbaik untukmu,
Tetapi akan ku cuba usahakan untuk membahagiakanmu di setiap hela nafasmu,
Terima kasih kerna tak pernah menghampakan pintaku mesti telah banyak pintamu yang ku hampakan,'
Walaupun kesihatanmu tidak begitu mengizinkan, tetapi kau masih membanting tulang mencari rezki halal untuk isteri dan anak-anakmu,
Takkan pernah aku melupakanmu seumur hidupku,
Kerana kamu adalah...
Lelaki pertama yang ku cintai dan lelaki pertama yang mencintaiku..
Lelaki pertama yang memenuhi segala pintaku,
Lelaki pertama yang mencurahkan kasih tanpa pinta balasan,
Syukur pada Allah,
Kerna telah meminjamkan dikau kepadaku..
Sayang Ayah selamanya....
Selamat Hari Lahir yang ke 56, Ayahku.
 
Disetiap titis keringatmu
Di derai lelah nafas mu
Penuhi kasih sayang yang luar biasa
Demi aku kau rela si sengat matahari
Hujan pun tak dapat membatasi mu untuk aku anakmu...
Setiap doamu kau berikan segenap harapan

Kan ku jaga setiap nasihatmu
Di setiap nafas ku
Di relung hati akan ku hangatkan namamu
Akan ku kobarkan semua impianmu
Hanya untuk menikmati senyummu
Di ufuk senjamu,
Ayah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...