MENGKAJI KESAN ISI IKAN TERHADAP TEPUNG SAGU RUMBIA
ABSTRAK
Eksperimen ini dijalankan bagi mengkaji kesan isi ikan selayang terhadap tepung sagu rumbia. Ini bertujuan untuk mengenyangkan perut2 yang kebulur lapar di waktu petang yang kedinginan. Parameter yang dikaji adalah rasa, kerangupan serta kekembangan apabila ianya digoreng didalam minyak panas (takde lagi orang menggoreng dalam minyak yang sejuk yer) . Keropok lekor yang bermutu serta enak banget bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan, nisbah bahan utama, serta proses penyediaannya.
PENGENALAN
Keropok ikan ni adalah sejenis makanan ringan (tapi bukan junkfood) yang digemari oleh penduduk2 Malaysia & negara jiran. Perusahaan keropok lekor banyak kat Pantai Timur terutamanya kat Ganu Kiterr. Keropok lekor diproses daripada ikan & diadun bersama tepung kanji/tepung sagu sebagai bahan utama dan garam ngan ajinomoto sebagai penambah perasa secukup rasa. Ikan parang, tamban, selayang, bara(takkenal), biji nangka(takcamyangmana), conor(takkenaljugak) dan lain-lain ikan selalu menjadi mangsa dalam pembikinan keropok lekor ini.
BAHAN DAN KAEDAH
a) Membancuh Adunan
Bahan2 yang telah disediakan tuk wat keropok lekor adalah tepung sagu rumbia, garam, gula, ajinomoto...yang terpenting sekali adalah isi ikan. kalo guna isi ketam@udang,jangan panggil keropok lekor k!. Semua bahan tu diadun sebati. Adunan yang dah sebati dapat di ketahui apabila ia tak melekat kat bekas penggaul & boleh membentuk doh.
Pada eksperimen kali ini,ikan selayang telah menjadi mangsa
isi ikan selayang disediakan sebagai bahan utama
tepung sagu rumbia digunakan kerana experter cakap besh guna tepung nie.nisbah lebih kurang sama dengan isi ikan
adun tepung sagu rumbia bersama2 garam & ajinomoto secukup rasa
kendian baru masukkan isi ikan
& gaul sampai mesra~~
b) Membentuk
Adunan dibentuk kepada bentuk silinder. Saiznye ikot suke ati sendiri ok! Panjang ke, pendek ke, tak kesah. Tak perlu la amek tali tape ke,pembaris ker, nak ukur same saiz cam jual kat kedai tuh..hehe. Nak wat bentuk bintang bulan pown boleh, tapi cam pelik pulak la kan?
c) Memasak
Keropok lekor ni boleh dimasak samada dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng. Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang baik kalau dibandingkan dengan keropok yang direbus, tetapi kena tunggu lama la, dalam sejam hingga sejam setengah. Amat sesuai dibuat oleh orang yang penyabar..=]. Pada eksperimen kali ini, kaedah merebus telah dipilih. Ia cuma amek masa dalam 20-30 minit jer. Kalau dah masak, keropok tu akan timbul ke permukaan air. Keropok ini juga boleh terus digoreng tanpa melalui proses rebusan.
keropok goreng selalu~
KEPUTUSAN & PERBINCANGAN
Keropok lekor yang dihasilkan agak liat tetapi rasanya ikannya masih terasa. Orang yang tidak mempunyai gigi tidak digalakkan untuk mencube keropok lekor hasil eksperimen ini. Ini mungkin kerana jenis ikan yang digunakan (selayang+tamban) tidak bersesuaian. Selain itu, jumlah air yang digunakan untuk mengadun keropok lekor ini sangat sedikit. Ini juga penyebab keliatan keropok ini. Keropok lekor yang 'menjadi' biasanya akan sedikit menggerutu(Rujuk Rajah A) tetapi keropok lekor yang dihasilkan dalam eksperimen ini agak licin(Rujuk Rajah B).
KESIMPULAN
Daripada keputusan, didapati bahawa adunan isi ikan terhadap tepung sagu rumbia telah menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan KEROPOK LEKOR. Untuk mengurangkan ralat dalam pembikinan keropok lekor ini supaya tidak keras & liat lagi,nisbah tepung sagu rumbia : isi ikan boleh dikurangkan sedikit. Ais juga boleh dicampur bersama2 dalam membuat keropok lekor disamping penggunaan air kosong. Selain itu, elakkan dari mencampurkan isi ikan yang berbeza. kalau nak guna isi selayang,sume selayang. kalau nk gune tamban,sumenye tamban. Err..lau guna isi ikan smilang aci tak yer?huhuDibuat oleh: En. Zulkifli
Dibantu oleh: Pn. Zakiah
Di'capture' oleh: Nunaa Zhana
p/s: Adeh..sila jangan guna format ini dalam penulisan lab report anda. kompem failed.HAhA