Wednesday, June 16, 2010

ciPan pUnye oLang!!

ingat tak lagi sal entri nie yang sal kucen kene pijak ngan high heel tu?..
kesian kan?
walaupun den ni tak suke kat kuceng...tapi tak de la den tergamak nak wat camtu sekali kat haiwan kesayangan Rasulullah(tiada nas sahih dalam hal ini tetapi Rasulullah mmg penyayang orangmye hatta pada haiwan sekalipun) ni...
memang meremang bulu tengkuk(kalah tengok cite seram) bile tengok kedurjanaan pompuan niehhh...
rase nak pijak2 die balik pun ade jugak..aishhh...


Seorang wanita dimasukkan ke dlm neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberi makanan & minuman kpd kucing tersebut lalu kucing itu mati kelaparan.
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dlm Sunan Abu Dawud menceritakan perihal kucing;
Dawud Ibn Salih Ibn Dinar At-Tammar berkata bahawa ibunya telah melihat seorang perempuan menghantar harisah kepada Aisyah yg tengah mendirikan solat. Dia mengisyaratkan menyuruh meletakkan ke bawah. Kemudian seekor kucing datang dan makan sedikit darinya, tetapi setelah Aishah selesai bersolat dan makan pada tempat yg diminum oleh kucing itu...(dan seterusnya).

Kisah Abu Hurairah
Nabi memberi kunyah (gelaran) kpd sahabat beliau kerana mengasihi kucing. Namun demikian, bukanlah itu menunjukkan bahawa kucing satu2nya binatang yg wajar diperlaku dgn baik.

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

dipetik dari tulisan saudara ziy@d


hmmm...tengok...betapa sucinye sekor kucen tu...
dia tak de salah kat sesape jer...
apa salahnya kalau tak nak,bagi la kat sapa2...xpayah la hentam cenggitu sekali...

MyEm0.Com

Comments
0 Comments

0 0 mEnGomEn:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...