Aku tak tahu apa sebenarnya yang selalu berada di benaknya.
Tetap masih mampu tersenyum.
Walau berjuta dugaan datang menimpa.
Bertindih.
Bertindan.
Berlapis-lapis.
Hey kamu!
Dari apa asal hatimu?
Dari besi padu barangkali.
Kerna hatimu masih tetap teguh mengharungi setiap cubaan dan halangan yang menyinggah.
Walau ku tahu, engkau seakan mahu rebah dan jatuh,
Tetapi engkau tetap terus bangkit, bersemangat mengharungi hari mukamu,
Dan sering berkata padaku; "Aku akan terus kuat kernamu. Kekuatanku ini adalah darimu. Semangatku darimu. Tanpamu, pasti hidupku akan hilang punca. Sebab semua yang ku lakukan hanyalah untukmu".
Kamu.
Tika kau pulang dari kerja,
Peluh masih basah di tubuh,
Lelah masih belum pergi,
Engkau masih tetap memanggilku dengan nada yang lembut dan manja tika pintu rumah dikuak.
Walau ku lambat menghidangkan penyejuk tekak untukmu,
Engkau tidak menempelakku.
Malah engkau turut sama membantuku,
Tika kau lihat ku terlantar kepenatan.
Kamu...
Mana lagi dapat ku temui insan sepertimu.
Yang sanggup memilih derita demi melihat insan-insan yang kau sayangi bahagia.
Yang sentiasa memikirkan kepentingan insan lain melebihi kepentingan dirimu sendiri.
Kamu...
Takkan pernah ku lupa segala budi dan layananmu,
Tika ku tak mampu memakai sandalku sendiri, kau duduk dihadapanku, menyarungkannya untukku.
Tika kau terlihat cermin mataku berwap ketika keluar dari kereta, kau menanggalkan cermin mataku, dan mengesatkannya pada bajumu.
Tika ku sukar bangun, kau meminjamkan tangan dan lehermu untuk ku berpaut.
Tika ku menangis, kau sanggup pinjamkan bahumu untukku basahkan dengan airmata.
Tika ku tak mampu sediakan pelbagai hidangan enak untukmu, engkau masih menjamahnya dengan berselera walaupun hanya berlaukkan kicap.
Tika ku sakit, engkau sanggup meninggalkan bebanan tugasmu seketika untuk menjaga dan mengurusiku.
Kamu...
Aku sendiri tak tahu sampai bila Allah beriku peluang untuk terus berada di sisimu,
Tetapi izinkan aku berada di dekatmu sebelum ku melangkah ke perhentian terakhirku.
Doaku agar kamu terus kuat menempuh kepahitan hidup,
Dan percayalah kemanisan akan tiba jua jika kau terus bersabar dan sentiasa berserah kepadaNya

Isterimu,
03052014 - 1513hrs
Segamat, Johor