Esok adalah misteri,2013 bakal melabuhkan tirainya cuma beberapa jam sahaja lagi.
hanya harapan yang akan tetap hidup menerangi gelapnya misteri.
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti
kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
Pelbagai kisah suka duka tercoret di sini
Tapi 39 entry je yang bertepek kat sini.
Ikikiki
Rasa macam sekejap je waktu berlalu,
16 bulan sudah jadi isteri pada suami yang loving,
dan insyaAllah 2014 ini bakal melakar memori baru lagi dalam hidup kami
Moga diizinkan Nya.
Azam?
Ana pun sebenarnya tak pernah berazam.
Haha.
Tapi cuma harapan Ana,
Semoga kasih sayang antara kami suami isteri terus subur mewangi,
Semoga kedua ibu bapa kami dikurniakan umur yang panjang dan berkat,
Semoga keluarga kami terus harmoni dan bahagia,
Semoga kami dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati,
Semoga kami dikurniakan dzurriyyatan thoyyibatan, soleh, menyenangkan hati, penyejuk mata dan mendamaikan,
Semoga kami selalu mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kami dan kepada
ibu bapa kami dan supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang diredhaiNya.