Tuesday, March 19, 2013

Flashback: Tragedi Hari Ke-199

Ahad-17 Mac 2013

Setelah berpindah ikut suami, inilah pertama kali Ana buat kek. Tu pun kek batik jer. Balik dari shopping barang dapur, terus Ana kelengkung kelengtang kat dapur, tuk buat kek. Lebih kurang pukul 1 pagi jugak la. Kebetulan Incik Asben cuti, bolehlah bagi dia sarapan macam best siket kan. Selalu sarapan biskut kering jer. Hihi. Incik Asben pulak puji sedap, wahhh, berbunga-bunga la hati ni kan..


Lebih kurang pukul 12.30 pm, Ana duk siang la sayur kangkung tuk buat lauk tengahari. Lepas siap siang tu, Ana rilek-rilek kejap mengadap laptop sambil berfacebook. Tak lama kemudian, MIL datang tanya nak ikut keluar tak. Incik Asben nampak keberatan, tapi kami ikut juga meskipun tak tau ke mana tujuannya. Seusai solat Zuhur, kami pun bertolak menghala ke Segamat dengan 2 buah kereta. Incek Asben dengan setia membontoti kereta ayah(FIL), sambil ditemani alunan lagu dari mp3 player didalam kereta. Ana rasa panas sangat. Pakai cap Incek Asben, tapi still rasa bahang. Aircond tak berapa sejuk la pulak. Tak pernah-pernah mintak spek hitam, tiba-tiba tanya Incek Asben ada spek hitam ke tidak. Haruslah tidak kan, coz spek dia jenis automatik jadi hitam kalau cuaca panas. Hihi.

Ana pun layan lah mata, ngantuk, macam nak tidur. Entah macam mana, kereta Incek Asben hilang kawalan, dek kerana ada Avanza putih, nombor plat berpangkal 'T' memotong di kawasan double line! Kereta tersebut betul-betul berada bertentangan dengan kereta Ayah. Ayah sempat mengelak ke bahu jalan. Incek Asben turut turun ke bahu jalan sebab Avanza tersebut masih belum berada di jalannya yang sepatutnya. Tapi Incek Asben terpaksa naik semula ke atas jalanraya sebab takut terlanggar kereta Ayah yang masih berada di bahu jalan. Memandangkan brek di atas tanah tak berapa nak kuat kalau dibandingkan dengan atas jalanraya. Dan tidak semena-mena, semasa Incek Asben nak naik ke atas jalanraya semula, kereta kami hilang kawalan.

Segalanya berlaku dalam masa yang singkat. Kereta kami terseret dekat penghadang jalan lalu berpusing, debu tanah berkepuk-kepuk naik ke udara dan melanggar penghadang jalan. Terasa bagaikan roh Ana melayang entah ke mana. Speechless,kaku,senyap, tidak bersuara. Bagaikan tidak percaya apa yang terjadi. Ayat pertama yang keluar dari mulut Incik Asben bukan "Allah, jahanam kereta aku!" atau "Kurang ajar betul kereta tu!", tapi ayat pertama yang keluar dari mulutnya selepas kereta berhenti, "Sayang, Sayang ok tak? Ada kena apa-apa tak?", sambil memegang tubuh Ana. Sejurus Ana geleng kepala (tak mampu nak bersuara), dia terus keluar dari kereta, tanpa sempat mematikan enjin kereta, terus memanggil Ayah untuk pergi bersama mengejar Avanza yang menyebabkan kami kecelakaan tu.

Ana memang betul-betul kaget. Ana tidak pernah lalui kemalangan sebegini. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kami. Allah masih memberi keizinanNya untuk kami terus bernafas di dunia ini. 
 


Kereta yang rosak teruk di bahagian hadapan tu terpaksa claim insurans kerna orang yang menyebabkan kecelakaan tu tak sanggup nak ganti rugi. Makan masa lebih kurang sebulan lebih jugak la tuk recover kepada keadaan asal termasul bodykit semua. Alhamdulillah, physically Incek Asben takde cedera apa-apa,cuma mentally dan psychologically dia mungkin parah siket kot, hihi.

Dinasihatkan,agar pemandu-pemandu di luar sana,tidak kira anda berlori,berbas,berkereta atau bermotosikal sekalipun, walaupun anda tidak sayang kepada keluarga anda, tolonglah fikir bahawa orang lain masih menyayangi dan disayangi keluarga sendiri. Jangan kerana anda,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa. Jangan ingat anda berpangkat besar sekalipun, anda boleh mengubah undang-undang, meskipun undang-undang tersebut dicipta oleh manusia sendiri.

Tolong jangan berlagak romeo diatas jalan raya! kalau nak berlagak romeo, sila pergi ke taman bunga ke, tepi sungai atau atas awan sekalipun, orang lain tak kisah. Dan silalah jangan jadi orang tolol kerana  "..kenderaan yang dipandu oleh seorang tolol itu lebih merbahaya dari selaras senapang..". Haha. See? Selaras senapang boleh membunuh kebiasaannya seorang bagi sebutir peluru. Tapi kalau kemalangan yang meragut nyawa hanya kerana ada seorang pemandu yang tolol? Mungkin berpuluh nyawa akan terkorban sekaligus! Jadi, gunakanlah ilmu memandu yang diberi tu sebaik-baiknya. Tolong bersopan di atas jalanraya. Ingat, kalau kenderaan rosak, boleh claim insurans untuk beli spare-part baru, kalau nyawa melayang? Boleh beli spare part nyawa? nak beli kat mana? Nak import dari mana? Kat pasar? Kat mudah.my? Takpun kat lelong.com.my??? Meskipun kereta korang best-best sekalipun, toksah la duk tunjuk lagak atas jalan raya la. Semua pinjaman dari Allah je tu. Kalau Allah nak rentap nikmat kereta mahal tu, bila-bila masa je Dia boleh ambil.

Monday, March 18, 2013

Bukan Hanya Untuk 200 Hari

31 Ogos 2012-18 Mac 2013

Alhamdulillah, harini genap 200hari Ana menetap di Komplek Perumahan ESPEK Keratong bersama suami & in-laws.
Sedar tak sedar, lebih setengah tahun Ana di sini.
Dan sedar tak sedar dan 200 hari Ana pindah dari Dungun,
sobs..sedih pun ada jugak, belum puas lagi duduk kat rumah, tapi bila dah bersuami ni, suami adalah yang pertama. :)
Di sini, Ana tinggal di kawasan yang penuh dengan pokok sawit, dimana Ana tak pernah merasainya sebelum ini, maklumlah, sebelum ni hidup dalam hutan konkrit..^_^
Disini mendamaikan, angin bertiup dengan lembut dan kadang-kadang amat panas kerana kata suami, pokok kecil-kecil lagi. Kalau pokok dah besar nanti, mesti redup.


Wednesday, March 13, 2013

Doa Seorang Zaujah...

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah 'bidadara' untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..
Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)

Saturday, March 02, 2013

Bahagiamu Menyempurnakan Bahagiaku


Aku sering memasang angan untuk membina istana indah.
Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU.
Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil,
Aku tau bahagia akan sentiasa ada disitu. :')

Adam = Nordin | Hawa = Norsyazana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...