Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Lahir, Ana

Alhamdulillah...
Hari ini, 26 Oktober 2011, genap umur den 23 tahun..
dan kebetulan, hari ni hari Rabu, den pun dilahirkan pada hari Rabu, 23 tahun yang lalu...
hehhehe


Terima kasih Ya Allah..
Atas nikmat umur yang masih Kau hadiahkan buatku...
Atas kesihatan baik yang Kau limpahkan padaku...
Seiring dengan pertambahan usia ini...
Engkau bantulah aku menjadi lebih matang, lebih dewasa..
Engkau bantulah aku memperbaiki semua kekurangan diri ini...
Engkau cabutlah segala macam keburukan yang terdapat pada diriku..
dan Engkau gantikanlah dengan segala sesuatu yang indah Ya Allah..

Terima kasih ayahanda bonda..
Tanpa kalian, siapalah aku..
Tanpa ikatan kasih sayang kalian, mungkin mustahil ku dapat melihat keindahan dunia..
Doa, kasih sayang dan pengorbanan kalian
Akan ku kenang hingga hujung nyawa.

Terima kasih sahabat..
Atas ingatan dan doa yang tak putus-putus pada hari kelahiranku ini..
Doa-doa kalian adalah hadiah paling berharga untukku..
Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

TERIMA KASIH SEMUA...

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Apa Sebenarnya???












Saturday, October 15, 2011

DreamLover

Tengah mengungsai2 tadi...terbelek plak komik2 lame den dulu..
den ni gomar beli komik..nak2 zaman sekolah dulu...
salah satu komik yg den suke beli..UTOPIA...2x sebulan beli...
sampaikan tak makan ni, simpan duwet belanja beli komek...aduyai..

belek duk belek..terjumpe lak cite besh..
kisah seseorang yang bercinta dalam mimpi...
dan hanya alam mimpi yang mampu membahagiakan hidupnyer....
tetibe plak terkene cam situasi 'seseorang' tu..
asek bermimpikan hal yang indah dengan orang yang sama tetiap hari...
huhuhuhu...

kartun ni karya Ben..den minat betol die..lukisan die comel2..
jalan citer die pulak syok...
salah satunye Le Gardenie...
kesemua 4 sequence den ade..ngeee
syok citer tu...

ok...den da merepek tang Le Gardenie la pulak..huhu
layan la erk citer ni..den baru scan tadi...
mungkin ramai yg da bace..mungkin tak...=P


















Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita, tetapi dia masih sanggup menyayangi kita dengan sepenuh hatinya...

Wednesday, October 12, 2011

Saturday, October 08, 2011

Surat Dari "Ayah & Ibu"

My child,

When I get old, I hope you understand '...n have patience with me
In case I break the plate, or spill soup on the table because I’m losing my eyesight, I hope you don’t yell at me.
Older people are sensitive, always having self pity when you yell.
When my hearing gets worse 'n I can’t hear what you’re saying, I hope you don’t call me ‘Deaf!’
Please repeat what you said or write it down.

I’m sorry, my child.
I’m getting older.
When my knees get weaker, I hope you have the patience to help me get up.
Like how I used to help you while you were little, learning how to walk.
Please bear with me, when I keep repeating myself like a broken record, I hope you just keep listening to me.
Please don’t make fun of me, or get sick of listening to me.

Do you remember when you were little 'n you wanted a balloon? You repeated yourself over 'n over until you get what you wanted.
Please also pardon my smell. I smell like an old person.Please don’t force me to shower.
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold. I hope I don’t gross you out.

Do you remember when you were little? I used to chase you around because you didn’t want to shower.
I hope you can be patient with me when I’m always cranky. It’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older.
'n if you have spare time, I hope we can talk even for a few minutes.
I’m always all by myself all the time, 'n have no one to talk to.
I know you’re busy with work.
Even if you’re not interested in my stories, please have time for me.

Do you remember when you were little? I used to listen to your stories about your teddy bear.
When the time comes, 'n I get ill 'n bedridden, I hope you have the patience to take care of me.
I’m sorry if I accidentally wet the bed or make a mess.
I hope you have the patience to take care of me during the last few moments of my life.
I’m not going to last much longer, anyway.
When the time of my death comes, I hope you hold my hand 'n give me strength to face death.

'n don’t worry..
When I finally meet our creator, I will whisper in his ear to bless you. Because you loved your Mom 'n Dad.
Thank you so much for your care.
We love you. ! ♥


Really touch...Love my Ibu & Ayah very much...harap2 'anak' saya akan baca surat ini 1 hari nanti..sob3

Thursday, October 06, 2011

Teasing Thursday #1 - Usik Kitty

Sejak jadi penganggur professional ni....
inilah keje den..bergurau senda ngan binatang...
hehehe

lagipown, bosan giler arini...
maklumlah...ibu pi spital jage angah..
kesunyian den kat sini..
naseb ade Mama Mya and anak2nye..
Juju + Arenak & anak2nye..
Lulu &... eh..Lulu lom ade pasangan lagi la...ngeee
Tengok gaye macam si Juju tu ngah pregnant..
tapi tak pasti la pulak..
kita nengok je la yer..ngeee

baru kejap tadi den kidnap 2 ekor anak Mya..
Nak wat model photography kononnye..
Balasannye..memekak je kejenye...
nak snap pun tak senang..
Mya pun dah tak senang duduk bile anak2 die kene 'culik'..
duk mengioww je kat luor tu ha..
tapi...depa maintain shomel...
sori la yer miow2 yang belum diberi name lagi..
coz kak zhana lom dapat distinguish korang lagi..
kembar lima la katekan..=]
da besar2 siket baru bagi name k?
macam Oyen tu..da besar baru ade name..ngee

Gambor2 ni je la yang sempat disnap...
Sowi la yer kitty2 sekelian...ngusik korang arini sampai bubuh dalam mug...(^^,)

















Comel...nanti dah besar, jangan nakal2 yer..
dengar cakap Mama Mya...
Jangan wee-wee @ poo-poo merata-rata macam Mama kamoo yerk! (-.-")

Wednesday, October 05, 2011

Apa Guna Kau Muncul Kalau Hanya Dalam Mimpi?

Pagi itu, sayup-sayup kedengaran kokokan ayam.Usai solat Subuh, Alya berteleku sejenak di birai katil. Cuba mengingatkan kembali mimpinya sebentar tadi. Ya,Alya pasti 'dia' adalah orang yang hadir dalam mimpinya. Bukan hanya hari ini, tetapi sudah kerap tidur Alya ditemani 'dia'. Akhir-akhir ini, hampir setiap hari 'dia' datang. Boleh dikatakan, setiap kali Alya terlena,'dia' pasti akan menjadi watak utama pada layar mimpinya.

Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaannya. Mengapa dia datang? Mengapa dia hanya hadir dalam mimpi? Mengapa kita bergurau senda hanya dalam mimpi? Mengapa di alam realiti, kita bagaikan orang asing, padahal kita sudah saling mengenali lebih 20 tahun yang lalu? Kenapa??? Kenapa selepas kau pergi dari hidupku dan telah hadir insan lain menghulurkan cintanya, baru kau muncul kembali? Mengapa tidak dari dulu? Alya bermonolog sendirian.

Berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya. Dan Alya yakin soalan-soalan itu tak mampu Alya jawab kerana dia sendiri tiada jawapan bagi soalannya sendiri. Alya buntu. Alya tidak mahu dianggap curang oleh belahan hatinya, Fakhri. Tiba-tiba,kata-kata uminya tergiang-giang di telinga,
"Impian, Insya Allah boleh dicipta dan dicapai, namun mimpi dan igauan?? Memang tidak mampu di sekat dan diluar jangkaan..."
Walau ini hanyalah mimpi yang kata orang cuma mainan tidur, tapi hati kecilnya masih tidak tenteram. Kalau hanya mainan tidur, mengapa perlu setiap hari 'dia' ber"main" didalam tidurku? Tidak penatkah dia? Tidak jemukah dia? Di sudut otak Alya dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan. Jauh di sudut hati kecilnya pula berbisik, "Mungkin dia sedang merindui kau dan mungkin ingatannya sedang kembali menjangkau suasana masa lampau ketika bersamamu dulu?" Ahh..mana mungkin! Dia yang cuba menjauh dari aku,dia yang nak pergi dari aku.. Takkan lah dia masih rindukan aku!! Lagipun, dah lama kitorang putus, tapi kenapa baru sekarang dia nak rindu-rindu kat aku pulak?" Arghhh!!! Kegelisahan Alya semakin memuncak, tetapi akar persoalannya masih belum terlerai. Fikirannya terhenti seketika, berpintal-pintal, lalu kusut.

Disaat Alya membiarkan sejenak fikirannya menerawang, termenung mencari jawapan segala persoalannya, mata Alya semakin berat. Layu. Lalu dibaringkan tubuhnya ke atas katil bercadar rona ungu berbunga putih itu. Perlahan-lahan, matanya semakin layu dan rohnya entah hilang ke mana. Yang pasti, Alya sudah terlena...

****************************
You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can i forget all that
When you're the one who make me smile
You'll always be a part of me
How i wish you were still mine...
Azhan mendendangkan lagu You nyanyian Nur Janah Allia itu dengan santai diiringi petikan gitar. Ya, kebetulan nama penyanyi itu hampir sama dengan nama Alya. Alya khusyuk mendengar nyanyian Azhan. Kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dadanya sebelum ini. Azhan tersenyum menampakkan barisan giginya yang asmaradanta. Senyuman Azhan kepadanya melapangkan dada lantas mendamaikan jiwa.

"Anje..." Azhan cuba membuka bicara yang terkunci sejak tadi. Lamunan Alya terbang pergi dek kerana teguran Azhan tadi, namun Alya masih bisu seribu bahasa.
"Err...Lia marah ker An panggil macam tu?" gusar Azhan.
"Err..takdelah, cuma tiba-tiba rasa bersalah kat Fakhri", balas Alya ringkas tanpa memandang mata Azhan
"Oh...ok-ok. An mintak maaf. An bukan apa, An rasa An masih sayangkan Lya, tapi nak buat macam mana kan, Lya dah jadi milik orang sekarang. An tengok Fakhri tu baik, untung Lya dapat dia, dan dia tersangatlah beruntung coz dapat Lya. Lagipun, An gak yang tinggalkan Lya dulu kan? Nak menyesal pun tak guna. Hmmm...mungkin jodoh Lya bukan untuk An barangkali dan kalau kita bersama sekalipun, bukan semua akan setuju, tak gitu?". Sayup dan pilu menghambat perasaan Azhan tika itu. Ingatan Azhan terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain. Peristiwa dan kenangan dia bersama Alya suatu ketika dahulu. Semuanya manis-manis belaka. Jarang sekali mereka bertengkar, dan jika ada cuma sekecil-kecil hal sahaja.

"Takpelah...mungkin berpisah adalah cara terbaik tuk menyelesaikan semua masalah kita. Dan jika kita masih bersama sekarang, masalah pasti sering memburu kita. Lagipun, tentu susah kita nak meyakinkan & menyenangkan hati-hati lain yang kita sayang", jawab Alya lembut namun awan mendung bergayutan di pelipis matanya. Sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya akibat ditinggalkan Azhan dulu.
"Terima kasih Lya, coz tak simpan dendam kat An. An rasa bersalah sangat dulu coz tinggalkan Lya, tapi Lya sendiri tau kan, sebab apa An buat semua tu?"
"Ya, Lya tau sangat. Lya paham sangat. Lya tak simpan dendam sikit pun kat An. Lagipun kita dah sepakat kan? Membuat sesuatu keputusan itu bukanlah seperti buluh yang dilentur dengan mudah dari rebungnya. Kita sama-sama makan hati. An tinggalkan Lya dulu pun dengan cara yang baik. ", Lya cuba tersenyum namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya.
"Thanks Lya. Mungkin kita dah tak dapat semesra dulu sebab setiap kali An tengok Lya, hati An bergelora. An tengok Lya pulak seakan nak jauhkan diri dari An. Tapi betul lah apa Lya buat tu, sebab Lya kan dah berpunya, takkan Lya nak layan lelaki lain kan?"
"Hmmm....mekasih sebab paham. Lya pun tak dapat nak gurau-gurau macam dulu dah sebab Lya takut Lya terpikat semula kat An, tak sampai hati Lya nak kecewakan Fakhri yang dah banyak berkorban tuk Lya. Harap An paham yer..", Alya cuma membalas hambar.

Bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajah Alya. Pandangannya ditebarkan keluar, jauh ke arah jalan raya yang sibuk agar An tidak nampak matanya yang mula basah.
Mulut Alya terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Dia pasti, selagi Fakhri masih bersamanya, tidak akan ada insan lain yang boleh singgah dihatinya. Dia berharap agar putik-putik kemesraannya bersama Fakhri akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan hati luka akibat ditinggalkan Azhan dulu.....

****************************

Kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh berdentam -dentum. Petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan. Bunyi guruh di langit sahut menyahut seolah-olah menggegarkan kamar Alya. Alya tersentak dari lenanya. Kesejukan mula menerpa ke tulang hitam. Arus fikirannya seperti terhenti. Cadar dan selimut yang renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga,renyuk-renyuk. Kini, dia yakin, mimpinya sebentar tadi merupakan jawapan bagi segala persoalan yang berselirat di dalam otaknya tadi. Alya mengulum senyuman tipis, segera dia mencapai tuala mandi dan mengatur langkah ke bilik mandi.

Wordless Wednesday #02 - Kitten

Tuesday, October 04, 2011

Berdua? Pasti Lebih Baik...♥


Bersenda gurau lah dengan yang halal agar tenang
hatimu, senang jiwamu, bahagia hidup berduamu...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...