Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal Kenangan, Selamat Datang Harapan

Esok adalah misteri, 
hanya harapan yang akan tetap hidup menerangi gelapnya misteri. 
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti 
kerana itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum
2013 bakal melabuhkan tirainya cuma beberapa jam sahaja lagi.
Pelbagai kisah suka duka tercoret di sini
Tapi 39 entry je yang bertepek kat sini.
Ikikiki


Rasa macam sekejap je waktu berlalu,
16 bulan sudah jadi isteri pada suami yang loving,
dan insyaAllah 2014 ini bakal melakar memori baru lagi dalam hidup kami
Moga diizinkan Nya.

Azam?
Ana pun sebenarnya tak pernah berazam.
Haha.
Tapi cuma harapan Ana,
Semoga kasih sayang antara kami suami isteri terus subur mewangi,
Semoga kedua ibu bapa kami dikurniakan umur yang panjang dan berkat,
Semoga keluarga kami terus harmoni dan bahagia,
Semoga kami dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati,
Semoga kami dikurniakan dzurriyyatan thoyyibatan, soleh, menyenangkan hati, penyejuk mata dan mendamaikan,
Semoga kami selalu mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kami dan kepada ibu bapa kami dan supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang diredhaiNya.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka

Wednesday, October 30, 2013

Saeng-il Chukahamnida!

Oktober bakal melabuhkan tirainya..
November akan segera menyapa..
Lalu, Disember akan terus menyusul...

Eh..macam sekejap je dah penghujung bulan Oktober kan,
Macam baru je lalui Januari 2013

Harini,
30 Oktober 2013
Hari ulangtahun kelahiran my dear husband yang ke 24,

Takde hadiah nak bagi,
Cuma rantaian doa yang mampu ku kirimkan,
Ya Allah,
Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah.
Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah, berkat dan direstuiMu 
Jauhkanlah dia dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga. 
Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan ,pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.
Jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga.
Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya.
Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.
Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan.
Berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.
Sinari dirinya dengan cahayaMu dalam hatinya, telinganya, matanya, kiri kanannya, mukanya, belakangnya, atas dan bawahnya, urat sarafnya, dan pada darahnya, serta dagingnya, rambutnya dan lidahnya, kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu.
Ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman-temannya dan muslimin muslimat kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.
Jadikan dia juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan dengannya. 
Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.
Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Kek pun isterimu tak buat,
Teruk kan?
Haha,
Cuma yang ada,


Apam Karamel ni je,
Untuk kita makan petang,
Hope Abi suka
^_^

Monday, October 07, 2013

[Resepi] Puding Roti Agar-Agar / Chocolate Marble Bread Pudding

Ni pun dah lama punya cerita,
Baru nak up, Hihi.
Mr Zauj suka sangat makan agar-agar,
Kebetulan ada stok agar-agar strip, lama beli tak pakai, buat je la.
Buat untuk tea-time memang sesuai sangat,
Nak-nak bila cuaca panas, sejuk je tekak.


Puding Roti Agar-Agar
Resepi Oleh: LindaRahim

Bahan-bahan: 
  • 4 keping roti 
  • 2 biji telur 
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1 tin susu cair 
  • 3 cawan air 
  • 10 gm serbuk agar-agar 
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 3 sudu besar milo 
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara: 
  1. Kisar roti bersama telur, susu pekat dan susu cair. Ketepikan 
  2. Di dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula. 
  3. Masak di atas api sederhana sehingga semua gula larut. 
  4. Tuangkan pula bahan kisar ke dalam adunan agar-agar. Teruskan mengacau sehingga adunan agak pekat.
  5. Masukkan mentega dan gaul rata. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api. 
  6. Asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan milo. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang, kemudian tuang pula adunan milo. 
  7. Buatkan berbelang-belang supaya nampak seperti marble. 
  8. Sejukkan.

Sunday, October 06, 2013

[Resepi] Donut Gebu

Selamat pagi!
Dah sarapan belum ni?
Sarapan donut pagi-pagi ni pun best gak kan?


Cubaan pertama buat donut.
Tak berapa menjadi sangat,
Saiz tak sama,
Ana ni bab mencanai memang failed siket.
Ada yang tinggi, ada yang rendah.
So, donut tu pun ada yang gemok, ada yang kuruih..
Nak share ngan neighbours pun rasa malu.
Ditambah pulak tak pakai acuan,
Terap pakai gelas je.
Lubang dia terap pakai penutup air mineral,
Haa..memang tak center la lubang dia kan.
Belah kiri besar, kanan pulak kecik.
Kikiki

Tanya Mr Zauj, sama ada dia pandai mencanai ke tak?
Boleh pulak dia jawab,
"Kalau mencanai besi kat workshop tu, Bam tau la"
Wat lawak petang pulak dia tu kan..hihi

So, tangan Ana yang tak berapa nak lembut ni la mencanai.
Dah siap canai, mana yang dah kembang tu,
Mr Zauj pelawakan diri nak gorengkan.
Tak sabar dia nak makan,
Coz one of his favorite kuih is donut.
Ada pulak baki2 terakhir yang dah tak muat nak terap tu, dia  ngap.
Yang mentah-mentah tu.
Sambil mulut mengomel, "dap nyeee"
Aiyaa..

Donut Gebu
Resepi Oleh: HaSue @ MyR

Bahan-bahan:
  • 500g tepung gandum
  • 1 Peket Mauripan-11gram
  • 50g marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) shortening
  • 2 Sudu makan (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu makan susu tepung
  • 1 biji telur
  •  ½ sudu teh garam
  •  Gula Halus atau topping kegemaran
  • 190ml-200ml air suam

Cara-cara:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
  3. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  4. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. (sisa-sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
  5. Doh dah siap. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tambah sedikit-sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
  6. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.
  7. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan.
  8. Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  9. Setelah minyak agak panas(jangan terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)
  10. Perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
  11. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda
 
Banyak ni je yang Ana buat topping coklat ala Big Apple gitu, walaupun rasa dia tak la sama kan.
Tapi feeling tu kena ada walaupun sememeh yang amat. =P
Masa dah siap topping ni, terbuntang mata Mr Zauj, siap bodek nak makan terus.
 
 
Ni Ana goreng separuh masak. Tuk frozen.  Jelas ketara ketidakkemasannya kan? kih3

Suruh Mr Zauj komen,dia jawab,
"Ermm..lembutlah Sayang. Bam suka! Boleh buat meniaga ni"

Tak tau la ikhlas tak tu..=P



Thursday, October 03, 2013

[Resepi] Roti Jala Kari Sardin

Actually,
Dah buat roti jala ni few weeks ago,
Baru la nak update,
Nak update resepi je pun,
Tuk kegunaan akan datang,
Resepi ni kawan Ibu yang ajar.

Ada kisah disebalik terbuatnya roti jala ni.
Hihi. Nak dijadikan cerita;
[Pagi] 
Ana: Bam, Sayang mimpi makan roti jala pagi tadi. Ape maksud dia erk? 
Mr Zauj: Sayang teringin nak makan kot. 

[Petang] 
Ana: Sayang mimpi makan roti jala lagi la mase tidur tadi. Bam caye tak? (padahal tak mimpi pun sebenarnya.) 
Mr Zauj: Caye je. Susah tak bahan buat roti jala Yang? 
Ana: Tak pun. Tepung, telur, minyak, air, kunyit. Pastu garam. Tu je rasenye. 
Mr Zauj: Kalau macam tu, pas Maghrib nanti kita buat nak? Biar Bam tolong. Tapi nak cicah apa ek? 
Ana: Nak...nak.. Buat kari sardin je, ok x? 
Mr Zauj: Ok. Boleh-boleh. Nanti kite buat sama-sama ek? 
Ana: Yeah...;) 
(Nampak tak permainan physiology di situ? Haha)
Ini kali kedua kami buat roti jala after married.
Ana membancuh, Mr Zauj menjala, Ana menggulung. hehe.
Apa yang penting?
KERJASAMA! Hihi

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • Sedikit kunyit
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air
Cara-cara:
  1. Blendkan semua bahan-bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. 
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dengan sedikit minyak pada kuali. 
  3. Menggunakan acuan roti jala, ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala . Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada minyak dalam adunan.
  4. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan, mesti sentiasa dikacau-kacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
Resepi Kari Sardin Simple

Bahan-bahan:
  • 1 tin ikan sardin - toskan sosnya
  • 5 biji cili padi hijau
  • Garam secukup rasa 
Bahan-bahan kisar: 
  • 4 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 sudu besar rempah kari ikan 

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan ikan sardin dan kacaukan perlahan-lahan supaya ikan tidak pecah/terburai 
  3. Akhir sekali masukkan cili padi & garam secukup rasa.
  4. Kacaukan rata. Padamkan api dan sedia dihidangkan.
Simple giler kan resepi dia. Ingatkan nak letak kentang & tomato kat kari sardin tu, tapi da abeh stok pulak, bantai je la apa yang ada. Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...