Monday, January 28, 2013

Tuesday, January 08, 2013

Degil-Degil Manja

Thursday, January 03, 2013

Wednesday, January 02, 2013

Aku Cinta Kau Lebih Dari Kelmarin

Ku cinta kau saat ini
Lebih dari hari yang kemarin 
Dan akan kuberikan lebih dan lebih 
Sampai akhir hayat nanti 
Hari ni genap 131 hari Ana diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Nordin Mohammad. Setelah hampir 4 tahun berkenalan, pada tanggal 25 Ogos 2012 jam 11.06am kami sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. :)


4 bulan, usia yang masih terlalu muda bagi kami. Terlalu panjang lagi masa untuk kami terus saling mengenali dengan lebih dalam, saling mencintai, saling menghormati & pelbagai saling lagi la. hihi

Tentang diri dia, siapa dia, kisah perkahwinan kami, biarlah menjadi rahsia indah kami berdua. Kalau nak diceritakan, terlalu banyak.  :)

Ana cuma nak share serba sedikit tentang majlis yang penuh ringkas dan berkat (hendaknya) ini.

Kad Kahwin 

E-card ni hanyalah design sendiri, tak mampu nak upah grafic designer tuk buat kad kawen..T__T

My side (klik untuk pembesaran berganda!)

His side (klik untuk pembesaran berganda!)

Kad yang hantar kat umah orang pun design sendiri je jugak, konon-konon nak bagi sentimental value (la sangat)..padahal DIBUANG jugak kan..hihih
Dengan kerjasama, sokongan moral & ehsan dari family & incik tunang (sekarang dah jadi incik suami), maka kad kawin ciptaan sendiri pun terhasil. Pada mulanya memang rasa malas je nak buat, nak pakai yang ready made jer, tapi incik tunang bersungguh-sungguh nak jadikan design memain saya tu as our official kad kahwin, so saya pasrah je la..hhihihi (padahal senyum sampai ke telinga)

Tapi tuk kad jemputan yang diedarkan kat orang ni, ana combinekan jemputan belah ana dan jemputan belah lelaki dalam 1 kad..nak jimat beb...hik3
Dan designnya juga sangatlah simple, memikirkan nak edar kat orang2 kampung + otai2 kan, macam tak sesuai pulak kalau fancy2 sangat, segan plak parent nak bagi menjemput nanti..hiiii

Pelamin



 

Direka cipta oleh mak sedara, Cik Ma & Pak-pak sedara, Paklang & Pak Wi.Actually, macam membazir je rasanya kalau sewa pelamin. Paling murah, RM800 kot. Tu pun, bila selesai kenduri, semua hiasan tu jadi milik orang tu. Tapi kalau buat sendiri ni, jimat la sikit kan. Bunga2 hiasan, kain2, boleh dapat kat kita. Ditambah pula dengan makcik2 & pakcik2 yang kreatif belaka. Memang menjadik la kan. hii

Bilik Pengantin 

Ini hasil dekorasi my kazen punye anak sedara & my aunt. Bunga-bunga hiasan just guna bunga-bunga bertunang aritu. Tabir belakang tu memang 1set dengan cadar pengantin.

Rossete



Ini hasil tangan Ibu, Adik & Ana. Atas tunjuk ajar Cik Ma (mak sedara). Sampai mengantuk-ngantuk jugak la buat benda ni, tapi Alhamdulillah, sempat siap before raya.

Tilam Akad Nikah


Ni ibu yang buat. Pakai tilam & toto lama. Benda elok lagi kan, kenapa nak membazir? huah huah. Just beli renda & kain putih jer. Lepas nikah, tilam tu boleh diguna pakai tuk landing-landing sambil berbaring kat depan tv. Bukan ke multipurpose tu. haha

Penunjuk Arah



Dengan menggunakan 'tema' kad kahwin (kartun), maka terhasillah penunjuk arah yang tak seberapa ni. Print atas kertas A4 biase tu je, pastu tuk menambahkan 'elemen keras'& supaya tak kaku, Ana tampal atas kotak kek Swiss Roll/Apollo yang dah tak pakai tu. Swiss Roll/Apollo nye kan dah dijadikan goodies tuk tetamu, daripada terbuang macam tu je, apa salahnya guna pakai balik kan? hihi. Dan untuk mengelak daripada hujan, ana balut la dengan pembalut buku.(laminate mahal) Ngee..=P

Thank You Tag


Ni print atas kertas A4 biasa tu jer. Pakai tema kartun yang sama gak. Hihi. Pastu buat border dengan marker pen. Siap. xD

Hantaran

12 berbalas 8. Ha, perempuan bagi lagi sikit dari hantaran lelaki. hihi



Hantaran yang digubah sepenuhnya oleh Cik Ma.
1. Kemeja
2. Kasut
3. Set Penjagaan Muka & Minyak Wangi
4. Buku Motivasi
5. Kek
6. Buah-buahan
7. Bunga Telur & Wajik
8. Cincin



Hantaran yang diterima dari pihak incik suami.
1. Baju Kurung
2. Kasut & Beg Tangan
3. Kasut & Beg Tangan
4. Sejadah & Quran
5. Set Penjagaan Muka
6. Mekap
7. Cupcake
8. Buah-buahan
9. Bunga Telur
10. Coklat
11.  Sireh Junjung
12. Jam Tangan & Rantai

Alhamdulillah. Majlis yang yang dirancang telah berlangsung dengan sempurna. Tiada kata yang dapat diungkapkan untuk meluahkan rasa syukur dan terima kasih di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan sebelum,sepanjang & selepas majlis ini berlangsung. Doakan rumah tangga kami mendapat berkat Ilahi selamanya. :)

Penyatuan jiwa dua insan
Elemen cinta dan kasih sayang
Restu ibu ayah dan redha Illahi diharapkan
Kahwinilah dia kerana agamanya bukan kerana harta & kecantikan 

Allah menghalalkan satu ikatan, usah dicari lagi yang haram
Hanya sabar rencah memperkukuhkn ikatan
Wanita dan lelaki saling lengkap-melengkapi
Inilah fitrah dari Illahi
Niat ikhlas dan suci untuk menghalalkan sebuah ikatan cinta
Anak-anak adalah anugerah yg amat bernilai
Nun di akhirat nanti dapat balasan daripada apa yang kita lakukkan

Friday, December 14, 2012

Life Is Just A Game..

1 Safar 1434 H.
sedar tak sedar,kita dah masuk bulan kedua tahun baru hijrah kan? Tarikh yang cantik, 1.2.34. Jatuh pula pada hari yang indah, Jumaat. Ada yg melangsungkan perkahwinan pada hari ini? Kalau ada,tahniah diucapkan...:)

Kompem ramai yg tengok bola semalam kan? So,ape perasaan korang? Geram? Tak puas ati dengan pengadil? Mau boikot k-pop n tom yam gong? Rasa mau 'ganyang style'kan pengadil? Macam-macam perasaan yang timbul kan? Bayangkan, hanya dengan seketol bola,anything can happened. Kan?

Bile bukak pesbuk,penuh timeline,duk update pasal bola. Ada yang kutuk kemain coz Malaysia kalah, tak dapat pi final.Dah macam-macam cacian pemain Malaysia dapat, termasuklah binatang yang takde kena mengena dengan pemainan bola sepak, yakni BABI! Ana pun heran, awat la makhluk Allah yang tak berdosa tu pun terpalit sama dalam game tu ek? Hoho.. Terlalu ramai yg jadi pengulas sukan,kalah uncle Hasbullah tu.

Ana ni natural je. Sekadar tengok je tu,boleh la. Tapi tuk jerit-jerit sampai putus segala urat,memang Ana tak kuasa. Tang bola ni,Ana suke tau keputusan dia je, kalo terlepas tengok pun, tak rasa terkilan. Hehe.

Kita marahkan dan kutuk pemain Harimau Malaya kerna tak berjaya pertahan gawang sendiri, senang-senang je bagi si Gajah Perang sumbat gol. Seakan pemain-pemain tu buat salah & dosa yang besar kat kita. Tapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri, berjayakah kita mengawal dan pertahankan gawang iman kita ni dari dibolos syaitan? Sudah hebatkah sangat kita ni mempertahankan iman kita? Atau, kita langsung tak pertahankan gawang iman kita dan seakan mempersilakan si syaitan menyumbat berdas-das dosa dalam diri kita? Solat itu tiang agama. Sudah cukup teguhkah 'tiang gol' kita ni? Ataupun sudah mula bergoyang dan mula nak roboh? Masih mampu ke kita menepis serangan bertubi-tubi dari pihak syaitan? Bayangkan, kalau pihak lawan tendang bola,kena tiang. "Fuh,mujur kena tiang,kalau tak,gol dah tadi."...Macam tu la biasanya reaksi kita kan? Kita boleh andaikan tiang tu sebagai penyelamat pasukan kita. Sama jugak macam hidup kita ni. Solatlah yang jadi penyelamat kita di akhirat nanti.

 

So, hidup di dunia ni hanyalah permainan dan manusia sebagai pemainnya. Kejarlah PAHALA di atas padang DUNIA selaju mungkin. Tepis sebarang serangan DOSA dari pihak lawan. Bersama bantu-membantu menjaringkan PAHALA untuk mendapat gol utama kita, SYURGA. Ikutilah segala tunjuk ajar & panduan dari jurulatih kita, RASULULLAH SAW & pelajari peraturannya dari QURAN & SUNNAH. ALLAH sebagai Pengadil yang mengadili permainan. Hanya Dia berhak memberi 'kad merah' lalu terus menghumbankan kita ke dalam kebinasaan atas dosa-dosa dan khilaf kita,atau diberi 'kad kuning', memberi peluang kepada kita yang berdosa ini untuk bertaubat, atau terus membiarkan kita bermain hingga tamat permainan.Bila permainan ini akan tamat? Tiada siapa yang tahu berapa lamakah masa tambahan akan diberikan kepada pemain untuk terus mengejar untuk menjaringkan gol.Yang pasti,wisel penamat akan berbunyi dan pasukan/setiap pemain yang banyak menjaringkan pahala akan mendapat habuan kemenangan yang hakiki,yakni syurga yang indah menanti...:')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...